Mata Emelda terasa berat namun dia
tetap memaksa diri membuka mata. Silau matanya dengan cahaya lampu. Saat
penglihatannya pulih, dia perasan Airel ada di sisinya.
“You dah sedar? Syukurlah,” Airel
memberikan senyuman. Emelda tiba-tiba teringatkan seseuatu. Dia meraba perut.
“Baby tak apa-apa. Cuma ada pendarahan
sikit. Doktor kata you tertekan dan badan you lemah. You makan ke tak?” tanya
Airel prihatin. Emelda memandang ke arah lain.
“I mintak maaf. Kalau marahkan I pun,
jangan hukum baby tu. Itu anak you jugak. Biarkan dia menumpang di dalam rahim
you. Biarkan dia ada peluang untuk lahir ke dunia. Kita rujuk, ya,” pujuk
Airel. Emelda mengeluh perlahan.
“I akan lahirkan anak ini tapi I tak nak
rujuk dengan you semula. I nak sambung belajar. Jadi, you tak payah risaulah. I
akan jaga anak I baik-baik,” tenang Emelda menuturkan itu. Airel terkejut
apabila Emelda berkata begitu. Dia menggeleng.
“I nak jaga anak I. I nak lihat dia
membesar di hadapan mata I. Kenapa you nak pisahkan dia dengan
I?” tanya Airel geram. Dis memeluk tubuh. Emelda mengetap bibir.
I?” tanya Airel geram. Dis memeluk tubuh. Emelda mengetap bibir.
“Sebab kita dah bercerai! Sebab you akan
menikah dengan Qis. I tak nak dia terluka kalau dia tahu perkara sebenar nanti.
Jadi, lebih baik dia tidak tahu apa-apa,” terang Emelda. Airel tetap tidak
bersetuju.
“Dia anak I!” tegas suara itu. Emelda
mula naik angin.
“You akan ada anak dengan Qis juga
nanti. Lagipun you kan
dah pernah cakap tak nak ada anak dengan perempuan murah dan jahat macam I ni.
Tak malu ke mengaku ini anak you?!” tempelek Emelda geram. Airel terkesima.
Mulutnya terkunci. Mungkin tiada jawapan untuk soalan itu. Tiba-tiba tangan
Emelda digenggam.
“I betul-betul mintak maaf sebab cakap
macam tu. Waktu itu I ingat you menipu I lagi. You lupakan sajalah semua itu.
Kita mulakan hidup baru bersama dengan baby ni,” pinta Airel tulus sambil
mengusap lembut perut Emelda yang kempis. Emelda menutup mata, dia betul-betul
keliru sekarang. Dia betul-betul tidak percaya.
Kenapa Airel boleh berubah sebegitu setelah mengetahui dia mengandung?
Adakah kandungan ini yang mengubah Airel? Tapi macam mana dengan Qis? Airel
sangat mencintai wanita itu. Dia sudah letih mencuba memisahkan mereka berdua.
Mungkin Qis jodoh untuk Airel dan dia hanyalah orang ketiga yang mencuba
merosakkan hubungan mereka. Sekarang sudah masanya dia untuk mengalah. Dia
tidak akan menggunakan anak ini untuk memerangkap Airel. Perlahan-lahan tangan
Airel yang melekap di perutnya dialihkan. Dia dapat melihat raut hampa Airel
tetapi dia tidak peduli.
“I maafkan you. Sudah, jangan ganggu I
lagi. I mungkin boleh memaafkan tetapi bukan melupakan..,” lemah suaranya.
Airel meraut wajah kesal.
“Boleh tak you jangan pentingkan diri?
You tak fikir ke apa akan jadi pada baby tu nanti kalau you buat begini? Dia
juga perlukan ayahnya. You ingat you seorang boleh besarkan dia dengan baik
ke?!” suara Airel meninggi. Geram dengan sikap keras kepala Emelda. Emelda pula
merenung tajam ke arah Airel.
“Baiklah. Kita boleh rujuk balik tapi you
kena batalkan pernikahan you dengan Qis. Setuju?!” tanya Emelda sinis. Airel
tersentak. Kelu lidahnya. Emelda tersenyum sinis. Ini satu-satunya cara untuk
Airel berhenti mendesaknya. Dia tahu Airel tidak akan membatalkan
perkahwinannya dengan Qis. Mereka akan bernikah tiga minggu lagi. Macam mana
mahu di batalkan!
“Kenapa? Tak sanggup? Kalau begitu, sila
keluar dari sini. I tak nak tengok muka you,” jarinya menuding ke arah pintu.
“I tak boleh, Emel. Majlis tiga minggu
lagi. Kad jemputan pun dah diedar, semuanya sudah siap. You jangan desak I,”
suara Airel kedengaran merayu. Emelda menolak tubuh Airel kuat.
“Jadi you jangan desak I. I boleh
buat apa saja yang I suka. Keluar!” tempik Emelda. Airel cuba memegang tangannya tetapi
Emelda segera menepis.
“Keluar! Keluar!”
*********************************************
“Hai, Emel. You dah sihat ke?”
Emelda terkejut apabila Syam memasuki ruang biliknya di kamar hospital.
“Macam mana you tahu I ada di sini?”
tanya Emelda hairan. Syam tersenyum lalu duduk di kerusi di sisi katilnya.
Bunga di tangan diletakkan di atas meja.
“Hati I yang beritahu,” Syam tersenyum
manis. Dahi Emelda berkerut. Syam ketawa kecil.
“Taklah. Airel yang beritahu,” Syam
berterus-terang. Emelda pelik. Airel yang beritahu? Kenapa?
“You nak balik semula pada Airel ke?”
tiba-tiba Syam bertanya begitu. Emelda terkejut.
“Kenapa tanya begitu?” tanya Emelda.
Syam menyandarkan dirinya ke kerusi dan memandang tepat ke mata Emelda.
“I tahu semuanya, Emel. Airel yang
beritahu I,” akui Syam. Emelda menunduk. Sedikit sebanyak hatinya terguris
mengetahui itu. Kenapa mesti dihebohkan?
“Jadi isteri I, Emel. Saya sanggup terima
anak you itu. Malah I akan jaga dia macam anak I sendiri,” tangan Emelda
digenggam Syam. Emelda terkejut dengan lamaran itu. segera dia menggeleng.
“Apa you mengarut ni, Syam?!” wajahnya
dipalingkan. Malas menatap wajah Syam.
“Airel tak cintakan you. Dia cintakan Qis,”
kata Syam. Emelda mengangguk.
“I tahu,” Emelda menunduk.
“Jadi, kenapa you nak balik semula pada
dia? You patut kembali pada I. I lebih menghargai you daripadanya,” Syam
merayu. Emelda mengerut kening. Bila masa pula dia kata dia mahu kembali
bersama Airel. Emelda tahu Syam salah faham tetapi dia tiada hati hendak membetulkan
salah faham itu. Biarlah Syam fikirkan apa sahaja.
“Airel cuma pentingkan kandungan you
saja. Bukan pentingkan sangat pun. Dia cuma tak nak you betul-betul gugurkan. You
ingat tak waktu you tipu dia yang you mengandung dulu? You ugut dia supaya
Airel tinggalkan Qis, kan ?
You percaya ke dia tinggalkan Qis betul-betul?” sinis suara Syam. Emel memandang
tajam Syam.
“Apa maksud you?” Syam senyum sinis. Emel menggigit bibir
geram.
“Dia cuma suruh Qis sabar dan tangguhkan
perkahwinan mereka. Dia akan ceraikan you sebaik sahaja you habis pantang waktu
itu. Dia juga kata I boleh dapatkan you sebaik sahaja lepas cerai. I kata itu
kerja gila tetapi dia langsung tak dengar nasihat I. Memang I sukakan I tapi I taklah sekejam itu. Itu rancangan
dia waktu itu tapi dia tak sangka pula yang you menipu. Jadi, dia balik semula
ke rancangan asal,” selamba Syam bercerita. Wajah Emelda berubah. Dia menunduk.
Tidak disangka Airel sanggup berbuat begitu. Selepas melahirkan, dia akan
diceraikan? Ah, mudahnya menjadi Airel. Mungkin sebab inilah Airel mahu mereka
rujuk kembali. Untuk melaksanakan rancangannya semula.
“Emel,” muncul Airel dengan senyuman.
Namun senyumannya segera pudar apabila terpandangkan Syam dan wajah Emelda yang
keruh. Apa yang sudah terjadi? Dadanya berdebar.
“Aku dah ceritakan semuanya pada Emel.
Aku rasa dia berhak tahu. Kau langsung tak layak untuk dia,” Syam berdiri dan
mengadap Airel. Wajah Airel kelihatan terkejut. Dia kehilangan kata-kata.
“Emel, I boleh jela..”
“Cukup. I dah penat. Semuanya akan tamat
selepas ni. Ikatan yang you dah leraikan tidak akan bercantum semula. Syam, I
mintak maaf. I tak boleh terima lamaran you. I akan pergi selepas semua urusan
penceraian selesai dan… Semuanya sudah berakhir. Airel, I mintak maaf sebab
ganggu hubungan you dengan Qis dulu. You jangan risau, tiada siapa akan jadi
penghalang lagi. I dah serik, dah letih,” keluh Emelda. Syam senyum hambar
manakala Airel mengetap bibir.
“Tak. I..I mintak maaf. I tak tahu apa
yang merasuk I waktu itu. Dengar sini, Emel. Jauh dalam lubuk hati I, I tak
pernah berniat nak buat begitu. Tapi ketika itu I terdesak. I…”
“..cintakan Qis. Jadi, sebab itu you
keliru, kan ?
Ahh, you tak payah fikir apa-apa lagi. I dah mengalah dan akan keluar dari
hidup you,” sambung Emel kecewa. Airel memandang tajam Syam. Serentak itu Syam
keluar dari bilik. Tangan Emel digenggam.
“You harus fikirkan baby juga,” Airel cuba
memujuk.
“You jangan nak tunjuk baik, Airel! You
bukan nak sangat baby ni. You cuma tak nak I gugurkan, kan ? Selepas dia lahir, you akan tinggalkan
dia dengan I, kan ?
Dengar sini, Airel. You tak payah buat semua tu. I janji I takkan gugurkan.
Jadi, you boleh kahwin dengan Qis dan hidup bahagia. You juga jangan risau I
akan balik dan perangkap you dengan baby ni sebab I takkan pernah akan balik!”
Emelda segera turun dari katil. Dia mahu keluar dari hospital dan pergi dari
hidup Airel secepatnya.
“Emel, jangan bergerak. Doktor tak
benarkan you turun dari katil ni,” Airel menghalang. Emel mengetap bibir.
“Bukan urusan you. I tak apa-apa. I tak
sakit. I dah sihat dan I nak balik!” jerit Emelda. Tangan Airel yang mencengkam
tangannya segera dileraikan. Benci!
“Please, Emel. Jangan buat macam ni.
Jangan desak I. I betul-betul tak boleh tinggalkan Qis!” saat Airel berkata
begitu, pergerakan Emel terhenti. Dia menundukkan wajah dan mengeluh perlahan.
“Jadi you nak I buat apa?!” tanya Emel
perlahan tetapi bernada keras. Airel meraut wajahnya.
“I tak tahu. I betul-betul tak tahu,”
Airel menggelengkan wajahnya. Emel terdiam. Terasa menyesal pula melaksanakan
rancangannya dulu. Dia pentingkan diri. Sekarang dia yang kecewa dan dia turut
mengheret Airel dan Qistina. Malah, anaknya yang bakal lahir juga akan
menderita. Ini semua salahnya. Perlahan-lahan, air matanya mula tumpah.
“Maafkan I, Emel. I betul-betul mintak
maaf. I pun tak sangka semua ini boleh bertukar begini,” Airel sedikit cemas
melihat air mata Emel. Namun, dia tidak berani untuk memeluk Emel. Dia tahu
Emel terluka dengan perbuatannya.
“Tak payah mintak maaf. I yang cari
masalah. Sekarang ini I nak kembalikan semuanya ke tempat asal. You teruskan
perkahwinan you dengan Qis. I tak ada niat ugut you semalam. I tahu you takkan
lepaskan Qis, sebab itu I suruh you pilih. I nak you lepaskan I,” Emelda
berdiri apabila dia berkata begitu. Airel cuba membantunya tetapi dia
menghalang.
“Jadi, bagaimana dengan you?”
“I akan teruskan hidup I macam biasa,”
“Tolong, jangan keluar dari negara ini,”
suara Airel kedengaran seperti merayu.
“Tengoklah nanti,” Tiba-tiba pintu
ditolak kasar. Datin Sofea dan Datuk Rosli menerpa masuk. Emelda dan Airel
terkejut besar. Dari mana mereka tahu Emelda berada di sini? Dia sudah
memberitahu mereka yang Emel pergi bercuti.
“Cepat jelaskan pada mama dan papa. Apa
yang sedang berlaku ni?!” keras suara Datuk Rosli. Airel dan Emelda menggigit
bibir.
“Jelaskan apa, papa?”
“Jangan nak menipu lagi. Linda dah
beritahu mama semuanya. Kenapa kamu sanggup buat Emel macam ni, Airel!” suara
mama agak kuat. Airel menunduk.
“Bukan salah Airel, mama. Salah Emel,”
Emelda kesiankan Airel. Mata mama membulat.
“Papa tak kira. Papa nak Emel dan Airel
rujuk semula. Perkahwinan Airel dan Qis dibatalkan!’ tekad suara Datuk Rosli.
Emel dan Airel terkejut.
“Tak boleh! Tak sampai sebulan lagi
perkahwinan kami!” Airel membantah. Segera Datuk Rosli dan Datin Sofea
memberikan jelingan tajam kepada Airel.
“Jadi, Airel nak tinggalkan
Emel begitu jelah? Emel kan
tengah mengandung anak Airel! Mana boleh tinggalkan dia,” marah Datin Sofea
pula. Airel terdiam.
“Atau Airel nak Emel dan Qis sekaligus?
Papa tak setuju itu!”
“Mama, papa. Emel mintak maaf tapi
biarlah keadaan berkekalan begini. Kami tak payah rujuk. Jadi, tak payahla
Airel batalkan perkahwinannya dengan Qis,” Emelda menyampuk. Datin Sofea dan
Datuk Rosli kelihatan terkejut.
“Emel dah hilang akal ke? Bagaimana
dengan anak Emel, cucu mama?!” Datin Sofea meluru ke arah Emel yang kelihatan
tenang itu. Belakang bekas menantunya diusap-usap perlahan. Emel sudah semakin
kurus. Badannya kelihatan lemah. Wajah cantiknya juga agak pucat. Bila
mendengar cerita daripada Linda, dia tahu Emel turut bersalah tapi tidak adil
untuk menghukum Emel dan cucunya sahaja. Dia tahu Emel masih sayangkan Airel.
Sebab itu Emel sanggup bertindak sebegitu.
“Emel dah tak tahu nak buat apa-apa
lagi. Emel ingat nak sambung belajar overseas,” saat Emel berkata begitu, Datin
Soefa terlopong.
“Emel nak pisahkan cucu mama dari mama?”
suara mama kedengaran sayu. Emelda serba-salah.
“Emel tak ada niat begitu. Emel cuma nak
mulakan hidup baru. Mama dan papa boleh melawat Emel dan anak Emel nanti. Ataupun
bila Emel dah balik ke sini semula, Emel akan bawa dia jumpa dengan mama dan
papa,”
***********************************************
“Kau dah fikir masak-masak?”
pertanyaan Linda membuatkan Emelda tersenyum.
“Dah dan aku rasa ini jalan terbaik,”
“Maaf. Aku yang suruh kau buat begitu.
Kalau aku tak cadangkan idea gila tu, tentu tak jadi macam ni,” Linda mengeluh.
Emelda menarik nafas panjang.
“Bukan salah kau. Salah aku jugak,”
Emelda menenangkan Linda.
“Alahan kau teruk lagi ke?” tanya Linda
tiba-tiba. Emel tersenyum kecil sambil mengurut lehernya.
“Teruk la jugak. Doktor kata baiklah
sebulan dua lagi. Kan
aku baru dua bulan,”
“Aku betul-betul tak faham dengan Airel
tu. Kalau dia tak suka kat kau, kenapa dia layan kau. Sampai mengandung pulak
tu!” Linda berkata geram namun Emelda terasa lucu mendengarnya. Dia tersenyum.
“Takut aku terlalu cantik untuk ditolak
kot! Kucing manalah nak lepaskan ikan di depan mata,” balas Emelda cuba
berjenaka tetapi Linda tetap bermuka serius.
“Ini bukan satu guraun, Emel. Aku
betul-betul benci pada Airel tu. Tak bertanggungjawab langsung!” marah Linda
lagi. Senyuman Emelda mati. Dia mencapai tangan Linda.
“Dia bertanggungjawab. Sebab itu dia tak
nak lepaskan aku dan Qis. Tapi aku yang tak nak bermadu. Bukan salah dia,” Emel
cuba
memadamkan kebencian Linda pada Airel. Bukan salah Airel sepenuhnya.
“Sudahlah. Er, kau nak pergi tak esok?
Majlis resepsi dia?” tanya Linda takut-takut. Emel terdiam seketika.
“Mestilah. Orang jemput, kita mesti pergi.
Lagipun lusa baru aku pergi UK ,”
jawab Emel. Linda mengangguk lemah.
Langkah Emelda lemah menuju masuk
ke dewan hotel yang begitu meriah itu. Hatinya terasa disayat-sayat. Dia terasa
ingin lari dari sini tetapi akalnya menegahnya. Sekurang-kurangnya dia harus
menunjukkan diri.
“Emel. Mama ingat Emel tak datang,”
Datin Sofea datang memeluknya. Emel membalas pelukan itu. Senyuman cuba
diukirkan.
“Takkan Emel tak datang. Mama sendiri
yang jemput Emel,” balas Emelda lembut. Pelukan dileraikan. Dia memandang wajah
bekas mertuanya itu.
“Lagipun Emel nak jumpa mama dan papa
sebelum Emel pergi UK
esok,” sambung Emelda lagi. Datin Sofea kelihatan terkejut.
“Esok? Cepatnya,” Emelda hanya
tersenyum. Dia kemudian meliarkan pandangannnya ke seluruh dewan hotel yang
dihiasi dengan pelbagai bunga ros. Teringat majlis perkahwinannya dengan Airel
dulu. Majlis mereka sederhana sahaja. Tapi sekarang, majlis perkahwinan Qis
dengan Airel begitu meriah sekali. Emelda mengetap bibir.
“Papa mana ma? Qis dan Airel?” tanya
Emelda. Mama turut memandang sekeliling.
“Papa di sini. Papa tak pergi mana-mana
pun. Mana boleh tinggalkan mama kamu ni,” Datuk Rosli muncul tiba-tiba dan
memeluk bahu Datin Sofea. Ibu mertuanya itu tersipu-sipu. Emel tersenyum tetapi
sedikit sebanyak hatinya mencemburui mamanya. Kalaulah dia mempunyai seorang
suami sebaik bapa mertuanya…
“Emel tak sihat ke? Mama tengok muka
Emel pucat,” tangan Datin Sofea lembut mengusap pipinya. Emelda hanya senyum.
“Biasalah mama,” Datin Sofea
memandangnya lama.
“Mama risaulah,”
“Tak payah riasaulah, mama. Emel tak
apa-apa. Emel nak jumpa Qis dan Airel sebelum pergi,” ujar Emelda.
“Tu pun Qis. Pergilah jumpa dia,” Datin
Sofea menuding ke satu arah. Emelda mengalihkan pandangan ke sana .
“Emel pergi jumpa Qis dulu ya,” Emelda
berjalan lambat-lambat ke arah Qistina yang sungguh anggun dalam gaun
pengantinnya. Hati Emelda berdarah tetapi dia hanya bersikap selamba.
“Tahniah, Qis,” ucap Emelda sambil
tersenyum. Entah senyuman apa yang dilontarkan tetapi dia dapat merasakan
senyumannya hambar. Biarlah, selepas ini semua kepedihan ini akan berakhir.
“Terima kasih, Emel. Saya tak sangka
awak sudi datang setelah apa yang terjadi. Saya mintak maaf. Saya tak…”
“Bukan salah awak. Sudahla. Saya pun nak
minta maaf dengan awak. Saya akan pergi,” tutur Emelda berhati-hati. Dia pilu
melihat Qis dan senyuman manisnya. Dia bukannya cemburu tapi…
“Awak nak pergi mana, Emel?” Qis kelihatan
terkejut. Emelda tersenyum. Sah Airel tidak memberitahu apa-apa kepada Qistina.
“Saya nak sambung belajar. Saya dah tak
akan ganggu hubungan awak dengan Airel lagi. Maaf atas apa yang telah berlaku,”
ucap Emelda tulus. Emelda dapat melihat sayu di mata Qistina.
“Emel…”
“Sudahlah. Nanti rosak mekap awak. Tak
cantik nanti!” usik Emelda. Senyuman cuba diukir walaupun berat.
“Saya nak balik. Tahniah sekali lagi
ya,” tangan Qis digenggam. Qis mengangguk.
“Er, awak tak nak jumpa Airel ke?”
pertanyaan Qis dijawab dengan gelengan. Buat apa menemui Airel kalau itu akan
membuatkan dia lebih sakit hati? Langkahnya lemah meninggalkan dewan. Kepala
yang agak pening diurut perlahan. Dia tertekan! Apa yang boleh dia lakukan
sekarang? Memang dia yang sengaja mencari masalah. Sekarang, tanggunglah
akibatnya sendiri!
Di saat kakinya memasuki kereta, wajahnya disemban ke stereng. Sakit
kepalanya mencucuk-cucuk. Tangannya memicit leher yang sudah mula terasa mual.
Dia mengusap perutnya perlahan. Perutnya masih kempis tetapi sayangnya
menggunung pada anaknya itu. Terasa menyesal pula kerana pernah terfikir untuk
menggugurkannya.
“Maafkan mama sayang,” ucapnya lirih.
Air mata mula menitis di wajahnya yang tidak dilitupi mekap. Dia malas untuk
bergaya kebelakangan ini. Dia keliru. Sesetengah wangian yang disukainya dulu
pun tidak boleh dihidunya. Dia akan terasa mual dan muntah-muntah. Tiba-tiba
cermin keretanya diketuk. Emelda segera mengelap air matanya.
“Airel, apa yang you buat di sini?”
hampir tersembul matanya melihat Airel di luar keretanya. Airel memberikan
isyarat supaya dia keluar. Emelda yang masih terkejut menurut. Sebaik dia
keluar, Airel menarik tangannya ke kereta mewahnya. Pintu tempat duduk
penumpang dibuka. Emelda kehairanan tetapi dia tetap juga masuk.
“Apa yang you buat ni? Tak baik
tinggalkan majlis. Tentu mama, papa dan Qis sedang tercari-cari you sekarang,”
ujar Emelda bertalu-talu namun Airel hanya diam dan meneruskan pemanduannya.
Emelda menggelengkan kepala. Peningnya kembali semula. Dengan lemah, dia
menyandarkan badannya ke kerusi. Tangan kirinya memicit dahi.
“You sakit ke?” suara Airel kedengaran
prihatin. Emelda diam.
“I dah biasa,” perlahan suara Emel.
Tiba-tiba Airel memberhentikan kereta di tepi jalan. Tangan kanan Emel
digenggam.
“I mintak maaf sebab selama ini I
pentingkan diri I sendiri. I nak kita bersama semula. I nak lihat anak I
membesar di depan mata I dan I tak sanggup kehilangan you,” rayu Airel. Emelda
menepis tangan Airel dengan lemah.
“You kan dah nikah dengan Qis. Apa yang you
mengarut ni?!” keras suaranya. Airel tersenyum. Emel mengerutkan kening. Apa
yang lucu?
“You ingat I dengan Qis ke yang kahwin?”
tanya Airel sambil tersenyum nakal. Emel menggigit bibir. Apa maksud Airel?
“Qis tarik diri. Dia tak nak kahwin dengan I.
Dia kata, dia tak sanggup lukakan you dan baby. Tadi majlis kahwinnya dengan
sepupunya,” selamba Airel menuturkan itu. Mata Emelda membulat.
“Apa?!!!” mulut Emelda terlopong. Airel
ketawa kecil. Dia kemudian menggenggam tangan Emel dan dikucupnya perlahan.
“Ya. Oleh sebab itu I nak kita rujuk
semula,” lembut suara Airel namun Emelda memandangnya dengan dingin. Tangannya
ditarik kembali.
“Jadi, you balik semula pada I sebab Qis
dah tinggalkan you? You ingat I ni apa? Bila tak suka, buang, bila nak, ambil
semula?!” luah Emelda geram. Airel mengetap bibir. Dia tahu dia salah dan
sekarang dia mahu menebus kembali kesalahannya. Lagipun baru sekarang dia sedar
dia kembali menyintai Emelda. Cintanya yang padam dulu marak kembali malah dia
menyintai Emelda melebihi Qis.
Cuma dia tidak boleh membatalkan perkahwinannya dengan Qis kerana dia
tidak mahu melukakan Qis. Lagipun dulu dia mati-mati mengaku dia cintakan Qis
dan tinggalkan Emelda. Dia tidak sanggup lukakan Qis namun dia juga tidak
sanggup kehilangan Emelda. Dia tahu dia tamak tetapi dia tidak berdaya dan
bingung. Sekarang barulah dia menyesal mengikut egonya. Bukan dia sahaja yang
menderita malah, Emel dan Qis juga. Dan dia tidak mahu kehilangan anaknya. Dia
tahu Emelda sungguh lemah menghadapi kehamilannya dan dia berasa bersalah tidak
berada di sisinya. Tengoklah wajah Emelda sekarang, pucat.
“I mintak maaf. I mengaku I ego. I
mengaku I salah. Boleh tak you maafkan I dan kita mulakan hidup baru?” Emelda
memalingkan wajahnya. Airel tersenyum. Terasa comel melihat Emelda begitu. Dia
akui, Emelda lebih cantik tanpa mekap yang tebal. Keaslian wajahnya semakin
menyerlah sekarang. Cintanya semakin dalam apatah lagi Emelda sedang
mengandungkan zuriatnya sekarang.
“I lapar,” Emelda memalingkan kembali
wajahnya. Airel mengangkat sebelah keningnya.
“Apa yang you nak makan?” tanya Airel.
Senyuman dihadiahkan untuk Emelda.
“You nak belikan ke?” Emelda memandang
Airel sinis. Airel mengangguk pantas. Sebelum ini Emelda tidak pernah meminta
apa-apa daripadanya jika dia mengidam. Sekarang, dia mahu melakukan sesuatu
kepada Emelda.
“I sanggup belikan apa sahaja untuk
you,” tekad Airel. Emelda tersenyum nakal.
“Baiklah. I nak makan……belimbing, kedondong,
laksa penang, sate kajang, sushi dan kebab. Tolong carikan untuk I, boleh tak?
Laparlah,” rengek Emelda. Airel terlopong mendengar permintaan Emelda yang
banyak itu.
“Banyaknya, sayang. You boleh habiskan
ke?”
“Kalau tak nak belikan sudahlah. Biar I
pergi cari sendiri,” Emelda mula berkecil hati. Tangannya mula membuka pintu
kereta tetapi ditahan Airel.
“Yalah, I belikan,” pujuk Airel. Emelda
tersenyum lebar. Airel pula menggaru kepala. Macam mana nak dicari semua
makanan itu?
“Terima kasih,” ucap Emelda perlahan.
Airel memandang Emelda lama. Sungguh dia sayangkan Emelda.
“I tak kisah. Lagipun anak I jugak yang
nak makan,” senyumannya dilebarkan. Tangan Emelda digenggam erat.
“Kita rujuk ya,” Emelda terdiam.
Akhirnya dia mengangguk setuju. Tangan Emelda dibawa ke dadanya. Dia berjanji,
dia tidak akan melepaskan Emelda lagi. Dia tidak akan mudah melupakan cinta
Emelda dan beralih pada perempuan lain lagi. Dia tidak sanggup kehilangan
Emelda. Emeldalah cinta hatinya!
**************************************
Silalah komen ya. ^_^
**************************************
Silalah komen ya. ^_^