
“Puan, sarapan
sudah siap. Datuk dan Datin sudah menunggu di meja makan,” sopan sekali seorang
gadis lingkungan 20 an menegurnya. Emelda tersenyum dan tanpa kata melangkah ke
dapur yang dihiasi meja makan yang besar dan di atasnya terpapar pelbagai jenis
pinggan mangkuk yang mahal dan kebanyakannnya dibeli dari serata dunia oleh
mamanya. Sekali lagi tanpa kata Emelda duduk di kerusi.
“Nak pergi mana
cantik-cantik ni, Emelda?” tanya seorang wanita lingkungan awal 50an yang masih
kelihatan cantik. Emelda tersenyum.
“Emel nak jumpa
kawan sekejap, ma,” ujar Emelda sopan. Datin Sofea tersenyum.
“Emelda dah fikirkan cadangan papa tu?” tanya
Datuk Rosli. Emelda terdiam. Gerakan tangannya yang sedang menyapu roti bakar
dengan mentega terhenti.
“Er, Emel tak
fikir habis lagi, papa,” perlahan jawapan Emelda. Datuk Rosli berhenti menyuap.
Dia memandang Emelda lama.
“Apa susah
sangat? Terima ajalah, Emel. Lagipun kalau Emel terus kerja dengan papa,
senanglah Emel jumpa kami berdua. Kami tetap akan anggap Emel anak kami
walaupun Emel dah tak jadi menantu kami lagi,” pujuk Datin Sofea. Emelda
mengangkat wajah sambil tersenyum.
“Emel rasa
seganlah, mama, papa. Apa pulak tanggapan Qistina nanti kalau Emel terus kerja
dengan papa. Lagipun bila Airel balik dari London nanti, dia kerja kat syarikat papa
jugak. Tak naklah, papa,” tolak Emelda. Datin Sofea dan suaminya berpandangan.
“Nak segan apanya. Airel tu suami kamu
jugak. Syarikat tu, syarikat mertua kamu,” Datin Sofea masih tidak mengalah.
Emelda terdiam. Dia meletakkan roti bakar yang tidak sempat dijamah di atas
piring kembali. Matanya tepat memandang mertuanya itu.
“Tapi lepas ni kami dah tak jadi suami
isteri lagi. Kami dah jadi orang luar, mama, papa. Emel tak nak timbul salah
faham antara Qis dengan Airel. Mereka kan
nak nikah nanti,” lembut Emelda memberi penerangan. Jujurnya memang itu
alasannya selama ini. Dia mahu cepat-cepat keluar dari hidup Airel dan mulakan
hidup yang baru.
Perkahwinan yang dimeterai atas dasar cinta pada usia muda hanya
bertahan hanya setahun. Airel, suaminya mengambil keputusan untuk bekerja di
cawangan syarikat di London .
Katanya untuk menyendiri sambil memberi ruang kepada hubungan yang mula
terumbang-ambing. Namun, entah di mana silapnya, hubungan yang dingin menjadi
bertambah dingin. Hampir dua tahun suaminya di London , dan hanya beberapa kali mereka
berhubung.
Dari tahun lepas lagi Emelda sudah pasti perkahwinan mereka sudah tidak
dapat diselamatkan lagi. Dan di saat itu barulah Emel tahu rupa-rupanya
kedinginan hubungan mereka membawa kepada percambahan bibit-bibit cinta antara Airel
dan Qis di London. Saat mengetahui hal itu, tiada langsung rasa cemburu di
hatinya. Dia sendiri pelik dengan dirinya. Mungkin hal ini kerana cinta untuk
Airel sudah lama pudar. Sewaktu Airel menelefonnya sebulan lepas untuk
menyelesaikan segala kekusutan dalam perhubungan mereka, mereka berdua
bersetuju untuk bercerai sebaik sahaja Airel pulang dan mengambil alih syarikat
papanya. Selepas penceraian mereka, Airel akan berkahwin dengan Qistina
manakala dia akan teruskan dengan kehidupan asalnya semula. Mungkin ini yang
terbaik.
“Mama dan papa tak tahu nak cakap apa
lagi. Kamu berdua dah dewasa. Biarlah kamu berdua yang membuat pilihan. Cuma
mama dan papa berharap kamu tak menyesal dengan keputusan kamu tapi mama tak
habis fikir, kamu tak sayang ke pada perkahwinan kamu? Kamu dah yakin betul ke
kamu dah tak boleh selamatkan perkahwinan kamu?” tanya mama bertalu-talu.
Emelda tersenyum lalu mengenggam tangan ibu mertuanya itu.
“Mungkin jodoh kami sampai sini sahaja
atau kami silap perhitungan dulu. Kami masih muda dulu dan sekarang barulah
kami sedar yang kami memang tidak ditakdirkan bersama, mama. Baiklah, Emel
pergi dulu ya,” Emelda bangun dan menyalami ibu dan bapa mertuanya sebelum
menghilang di balik pintu. Datin Sofea dan Datuk Rosli berpandangan.
“Saya tak tahulah apa nak cakap apa lagi
dengan mereka berdua tu. Degil!” keluh Datin Sofea.
“Kita berserah sahaja. Biar mereka yang
tentukan hidup mereka sendiri,” Datuk Rosli menggelengkan kepalanya.
*******************************************************
Kaki Emelda segera melangkah
secara tergesa-gesa. Panggilan telefon yang diterima baru sebentar tadi
menyebabkannya segera membatalkan temu janji dengan Linda. Saat kaki Emelda
melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah, dia dibawa pelayan ke arah meja
yang sudah diduduki seorang jejaka yang kelihatan agak menarik rupa paras dan
cara pemakaiannya.
“Hai, Emel,” jejaka itu tersenyum sambil
menghirup kopinya. Emelda mengeluh lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu.
“Bila you balik, Airel?” tanya Emelda
selepas memberi pesanan kepada pelayan. Airel senyum sedikit. Dia tidak segera
memberikan jawapan kepada soalan Emelda itu malah dia meraut sedikit rambutnya
ke belakang. Perlakuannya itu membuatkannya kelihatan lebih menarik. Emelda
menarik nafas. Sudah hampir dua tahun tidak melihat Airel, lelaki itu kelihatan
sudah berubah. Kulitnya sudah semakin cerah, rambutnya pula sudah sedikit
panjang walaupun tidak mencecah sampai bahu. Potongan rambutnya kini agak
menarik dan menjadikannya kelihatan lebih kacak. Pemakaiannya juga sedikit
matang walaupun masih trendy. Ah, wangiannya juga sudah bertukar. Hanya satu
sahaja tidak berubah, senyuman manisnya yang penah menambat hati Emelda dulu.
“Semalam. I malas nak beritahu mama dan
papa. Lagipun I nak buat surprise,” Airel menjawab tenang. Pandangannya
ditumpahkan ke wajah isterinya yang sudah lama tidak ditemui. Emelda masih
cantik, malah lebih cantik daripada dulu. Rambutnya semakin pendek walaupun
masih lagi dianggap panjang. Cara pemakainya juga sudah hebat, memang sesuai dengan
jawatannya.
“Qistina balik dengan you?” tanya
Emelda. Dia teringatkan wanita cantik yang bertahta di hati Airel kini.
Nampaknya sudah sampai masanya dia keluar dari rumah Airel dan menjauhkan diri
daripada bakal bekas suaminya ini.
“Tak. Dia masih ada urusan di sana . Dia akan balik
beberapa bulan lagi,” Airel menghirup kembali kopinya. Sesaat itu pesanan
Emelda sampai. Jus epal. Airel tersenyum kecil.
“You masih seperti dulu, tak sukakan
kopi,” ujar Airel sambil memandang Emelda yang kelihatan tenang. Emelda
membalas renungannya.
“Nampaknya you tak lupa. Bagus juga
ingatan you,” nada Emelda kedengaran agak sinis. Airel segera mengalihkan
pandangan. Dia tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengan Emelda.
“You’re my wife. Mestilah I tak lupa,”
jawab Airel sambil menyandarkan badannya ke kerusi dan berpeluk tubuh memandang
Emelda. Serentak itu Emelda tersenyum sinis lalu meneguk minumannya.
“Lepas ni I akan jadi bekas isteri you.
Oh ya, bila patut kita uruskan urusan perceraian kita?” tanya Emelda. Saat
mendengar soalan itu, Airel membetulkan duduknya.
“I tak rasa kita perlu uruskan sekarang.
Tak perlu tergesa-gesa. Lepas Qis balik ke Malaysia baru kita uruskan hal itu.
You boleh terus tinggal di rumah mama dan papa. I pun akan tinggal di sana juga sampai urusan
perceraian kita selesai,” ujar Airel bersahaja. Emelda membulatkan matanya.
“Mana boleh!” Emelda membantah. Airel
tersenyum. Sesaat itu, hati Emelda yang sudah lama kering berdengup kencang.
“Why not? Kita tak cerai lagi. Lagipun I nak
mengelak khabar angin kalau orang lain tahu kita terus berpisah sebaik I balik.
Ala , sekejap
je. You kan tengah kerja di syarikat papa
jugak, kan ?”
selamba je Airel menuturkan itu. Emelda menarik nafas panjang, Airel ini,
macam-macam!
“Suka hati youlah tapi kalau Qis marah,
I tak nak campur,” akhirnya Emelda mengalah tetapi wajahnya agak kelat. Airel
ketawa kecil. Emelda masih tidak berubah, manja dan suka merajuk. Sikap manja
itulah yang memikatnya namun entah di mana silapnya, kasih kepada Emelda sudah
pudar dan beralih kepada Qis. Puas dia cuba menepis tetapi akhirnya dia
mengalah. Mungkin jodohnya dengan Emelda hanya setakat ini sahaja.
“Emel, you nak pergi mana?” suara
itu menghentikan langkah Emelda. Dia menggigit bibir. Benci dengan suara itu.
“Apa yang you nak, Syam?” tanya Emelda
bosan. Syam tersenyum sinis dan mendekatinya.
“I dengar Airel dah balik. Bila you dan
dia nak bercerai?” tanya Syam. Emelda membuka langkah kembali tetapi Syam
mengekorinya.
“You tanyalah kawan baik you tu. I tak
nak jawab,” ujar Emelda geram. Syam ketawa kecil.
“Mestilah. I tak sabar nak you pulang
semula kepada I,” selamba Syam menjawab. Emelda menjeling Syam tajam sebelum
segera meninggalkan lelaki itu. Dari dulu lagi, Syam sentiasa mengejarnya. Dan
sekarang, Syam semakin kuat mendekatinya apabila mengetahui Airel akan pulang
dan mereka akan bercerai. Ah, susah!
Pintu bilik ditutup Emelda lalu
dia melangah turun dari tangga. Saat itu dia tersempak dengan Airel yang sedang
menaiki tangga. Langkah Emelda terhenti.
“Kenapa you tidak pergi ke pejabat
lagi?” tanya Emelda. Airel turut berhenti melangkah.
“I tertinggal kunci kereta,” Airel
menggaru kepala yang tidak gatal. Emelda tersenyum kecil lalu menghulurkan
kunci kereta kepada Airel. Airel menyambut dengan riak terkejut.
“Lain kali jangan tertinggal lagi tau,”
Emelda segera meninggalkan Airel ke dapur untuk bersarapan. Airel mengikuti
langkahnya. Sudah hampir sebulan Airel pulang semula ke Malaysia dan tinggal di rumah
bersamanya, cuma mereka tidak tidur sebilik. Mama dan papa faham dengan keadaan
mereka. Malah, Emelda dan Airel hanya berlagak seperti rakan sahaja.
“Sudah jumpa kunci keretanya?” tanya
papa. Emelda tersenyum lalu duduk di kerusi manakala Airel mengambil tempat di
sebelah Emelda.
“Sudah, papa. Emelda yang tolong
ambilkan,” jawab Airel lalu mencapai pinggan berisi nasi goreng yang dihulurkan
Emelda. Datuk Rosli dan Datin Sofea tersenyum.
“Emelda kena pergi dulu,”
Emelda bangun dan menyalami ibu dan bapa mertunya.
“Tak tunggu Airel ke? Boleh pergi
sama-sama,” tanya Datuk Rosli. Emelda menggeleng. Kalau boleh dia mahu mengelak
pergi bersama Airel ke pejabat walaupun mereka bekerja di tempat yang sama. Dia
lebih biasa dengan keretanya sendiri.
****************************************************
“Kau ni bodoh ke?” Linda menepuk
dahi Emelda agak kuat. Emelda terjerit kecil.
“Bodoh apanya?” tanya Emelda bingung.
Linda memukul lengannya pula.
“Yang kau bodoh sangat lepaskan Airel
tu, kenapa?!” marah Linda. Emelda tersenyum kecil. Mengerti kenapa Linda marah.
Tadi semalam dia mengabarkan kepada Linda tentang hubungannya dengan Airel
kini. Sebelum ini dia tidak berpeluang kerana Linda pergi melawat saudaranya di
Paris.
“Dia nak kahwin dengan Qis. Lagipun kami
dah tak ada apa-apa perasaan lagi terhadap satu sama lain,” jawab Emelda
tenang. Linda memandang matanya tajam.
“Betul kau dah tak ada perasaan pada dia
lagi? Kau jangan nak tipulah, Emelda. Aku tahu tentu kau dapat rasakan cinta
itu berputik semula selepas dia pulang, kan ?
Aku tahu!” Linda berkata tegas. Emelda menunduk. Linda benar. Dia kembali
merasakan cintanya kepada Airel sekarang. Dia mula bingung dengan perasaannya
sendiri. Dia tidak mahu melepaskan Airel pergi tetapi dia sudah berjanji yang
mereka akan bercerai sebaik sahaja Qis pulang.
“Apa yang boleh aku buat sekarang?”
lirih suara Emelda. Linda tersenyum lebar. Emelda pelik.
“Kau ni pelikla. Kau nikan isteri Airel
yang sah. Tak ada susahnya nak dapat dia semula,” mata Linda bersinar saat
berkata begitu. Emelda merapati Linda.
“Apa yang perlu aku buat?”
“Kau gunalah kelebihan sebagai isteri
dia untuk dapatkan dia balik. Nak tau caranya?” tanya Linda. Emeda mengangguk.
“Kau goda Airel balik,” jawab Linda.
Emelda terkejut.
“Gila. Goda Airel?!” Emelda menggeleng.
Linda menarik tangan Emelda kuat.
“Ini satu-satunya cara agar Airel jatuh
hati kepada kau semula. Lagipun kau berhak, kau isterinya,” Linda menyakinkan
Emelda. Emelda teragak-agak.
“Jom kita cari barang-barang untuk
mulakan operasi memikat hati Airel semula!” Linda tersenyum nakal lalu menarik
tangan Emelda yang masih tergaman mengikutinya.
ok jom jom jom kite pegi cari sama sama... hihi...
BalasPadamNEXT!!! nak lagi...nak sambungannnn...
after longggg period what make u comeback dear? **curious**
GAMBATE DESU NE
Haha. Daripada cerpen duk terperap dalam laptop baik post kat sini.
Padam=) BETOL BETOL.. CUBA KOREK PULA LAPTOP TU KOT2 ADA LAGI YG BLH DI KONGSI BERSAMA...HIHI
Padamp/s: bla nk UP bab 2 =P
Buat pengguna android, nih ada app buat nyari DOLLAR online secara mudah tanpa modal dan legal modal HP aja , lumayan bisa ditukerin sama STEAM gift card, gem coc , Google Play gift card, paypal, facebook giftcard, Xbox,PlaystationStore, Amazon dan ItunesGiftCard
Padam1. Download aplikasi Whaff Rewards di playstore
2. Setelah ke intsall buka appnya
3. Seteah di buka klik tombol login, login ajaa pake akun facebook kalian
4. Abis itu ada kotak invitation code
5. Masukan kode AW47917
6. Setelah masukan kode diatas kalian bakal Dapet $0.3, lumayan kaan, kalian tinggal ngumpulin deh sampe 10$
7. Cara ngumpulinnya gampang, tinggal invite orang lain atau download aplikasi yang ada di app tersebut
8. Setiap download aplikasi kalian akan mendapat hadiah sebagai reward, hadiahnya bisa $0.17, $0.22 sampe $0.66
9. Setiap hari kalian pun akan mendapat reward bila setelah di download aplikasi tersebut tidak di uninstall lagi lumayan kaan setiap hari Uang kalian bertambah hehehe
10. Setelah terkumpul $10 baru deh kalian bisa tukerin ke voucher google play,
11. Terus kalian juga bisa tukerin sama Google Play gift card, steam gift card , paypal, facebook giftcard, Xbox,PlaystationStore, Amazon dan ItunesGiftCard
Jangan lupa share trik ini ya :)
Seronoknya. Baru je jumpa blog ni. Cepat sambung.
BalasPadam-fz-
Seronoknya. Baru je jumpa blog ni. Cepat sambung.
BalasPadam-fz-