Rabu, 2 April 2014

Kisah Cinta Emelda 3 (END)


Mata Emelda terasa berat namun dia tetap memaksa diri membuka mata. Silau matanya dengan cahaya lampu. Saat penglihatannya pulih, dia perasan Airel ada di sisinya.
       “You dah sedar? Syukurlah,” Airel memberikan senyuman. Emelda tiba-tiba teringatkan seseuatu. Dia meraba perut.
       “Baby tak apa-apa. Cuma ada pendarahan sikit. Doktor kata you tertekan dan badan you lemah. You makan ke tak?” tanya Airel prihatin. Emelda memandang ke arah lain.
       “I mintak maaf. Kalau marahkan I pun, jangan hukum baby tu. Itu anak you jugak. Biarkan dia menumpang di dalam rahim you. Biarkan dia ada peluang untuk lahir ke dunia. Kita rujuk, ya,” pujuk Airel. Emelda mengeluh perlahan.
       “I akan lahirkan anak ini tapi I tak nak rujuk dengan you semula. I nak sambung belajar. Jadi, you tak payah risaulah. I akan jaga anak I baik-baik,” tenang Emelda menuturkan itu. Airel terkejut apabila Emelda berkata begitu. Dia menggeleng.
       “I nak jaga anak I. I nak lihat dia membesar di hadapan mata I. Kenapa you nak pisahkan dia dengan
I?” tanya Airel geram. Dis memeluk tubuh. Emelda mengetap bibir.
       “Sebab kita dah bercerai! Sebab you akan menikah dengan Qis. I tak nak dia terluka kalau dia tahu perkara sebenar nanti. Jadi, lebih baik dia tidak tahu apa-apa,” terang Emelda. Airel tetap tidak bersetuju.
       “Dia anak I!” tegas suara itu. Emelda mula naik angin.
       “You akan ada anak dengan Qis juga nanti. Lagipun you kan dah pernah cakap tak nak ada anak dengan perempuan murah dan jahat macam I ni. Tak malu ke mengaku ini anak you?!” tempelek Emelda geram. Airel terkesima. Mulutnya terkunci. Mungkin tiada jawapan untuk soalan itu. Tiba-tiba tangan Emelda digenggam.
       “I betul-betul mintak maaf sebab cakap macam tu. Waktu itu I ingat you menipu I lagi. You lupakan sajalah semua itu. Kita mulakan hidup baru bersama dengan baby ni,” pinta Airel tulus sambil mengusap lembut perut Emelda yang kempis. Emelda menutup mata, dia betul-betul keliru sekarang. Dia betul-betul tidak percaya.
    Kenapa Airel boleh berubah sebegitu setelah mengetahui dia mengandung? Adakah kandungan ini yang mengubah Airel? Tapi macam mana dengan Qis? Airel sangat mencintai wanita itu. Dia sudah letih mencuba memisahkan mereka berdua. Mungkin Qis jodoh untuk Airel dan dia hanyalah orang ketiga yang mencuba merosakkan hubungan mereka. Sekarang sudah masanya dia untuk mengalah. Dia tidak akan menggunakan anak ini untuk memerangkap Airel. Perlahan-lahan tangan Airel yang melekap di perutnya dialihkan. Dia dapat melihat raut hampa Airel tetapi dia tidak peduli.
       “I maafkan you. Sudah, jangan ganggu I lagi. I mungkin boleh memaafkan tetapi bukan melupakan..,” lemah suaranya. Airel meraut wajah kesal.
       “Boleh tak you jangan pentingkan diri? You tak fikir ke apa akan jadi pada baby tu nanti kalau you buat begini? Dia juga perlukan ayahnya. You ingat you seorang boleh besarkan dia dengan baik ke?!” suara Airel meninggi. Geram dengan sikap keras kepala Emelda. Emelda pula merenung tajam ke arah Airel.
       “Baiklah. Kita boleh rujuk balik tapi you kena batalkan pernikahan you dengan Qis. Setuju?!” tanya Emelda sinis. Airel tersentak. Kelu lidahnya. Emelda tersenyum sinis. Ini satu-satunya cara untuk Airel berhenti mendesaknya. Dia tahu Airel tidak akan membatalkan perkahwinannya dengan Qis. Mereka akan bernikah tiga minggu lagi. Macam mana mahu di batalkan!
       “Kenapa? Tak sanggup? Kalau begitu, sila keluar dari sini. I tak nak tengok muka you,” jarinya menuding ke arah pintu.
       “I tak boleh, Emel. Majlis tiga minggu lagi. Kad jemputan pun dah diedar, semuanya sudah siap. You jangan desak I,” suara Airel kedengaran merayu. Emelda menolak tubuh Airel kuat.
       “Jadi you jangan desak I. I boleh buat apa saja yang I suka. Keluar!” tempik Emelda. Airel cuba memegang tangannya tetapi Emelda segera menepis.
       “Keluar! Keluar!”

*********************************************

“Hai, Emel. You dah sihat ke?” Emelda terkejut apabila Syam memasuki ruang biliknya di kamar hospital.
       “Macam mana you tahu I ada di sini?” tanya Emelda hairan. Syam tersenyum lalu duduk di kerusi di sisi katilnya. Bunga di tangan diletakkan di atas meja.
       “Hati I yang beritahu,” Syam tersenyum manis. Dahi Emelda berkerut. Syam ketawa kecil.
       “Taklah. Airel yang beritahu,” Syam berterus-terang. Emelda pelik. Airel yang beritahu? Kenapa?
       “You nak balik semula pada Airel ke?” tiba-tiba Syam bertanya begitu. Emelda terkejut.
       “Kenapa tanya begitu?” tanya Emelda. Syam menyandarkan dirinya ke kerusi dan memandang tepat ke mata Emelda.
       “I tahu semuanya, Emel. Airel yang beritahu I,” akui Syam. Emelda menunduk. Sedikit sebanyak hatinya terguris mengetahui itu. Kenapa mesti dihebohkan?
       “Jadi isteri I, Emel. Saya sanggup terima anak you itu. Malah I akan jaga dia macam anak I sendiri,” tangan Emelda digenggam Syam. Emelda terkejut dengan lamaran itu. segera dia menggeleng.
       “Apa you mengarut ni, Syam?!” wajahnya dipalingkan. Malas menatap wajah Syam.
       “Airel tak cintakan you. Dia cintakan Qis,” kata Syam. Emelda mengangguk.
       “I tahu,” Emelda menunduk.
       “Jadi, kenapa you nak balik semula pada dia? You patut kembali pada I. I lebih menghargai you daripadanya,” Syam merayu. Emelda mengerut kening. Bila masa pula dia kata dia mahu kembali bersama Airel. Emelda tahu Syam salah faham tetapi dia tiada hati hendak membetulkan salah faham itu. Biarlah Syam fikirkan apa sahaja.
       “Airel cuma pentingkan kandungan you saja. Bukan pentingkan sangat pun. Dia cuma tak nak you betul-betul gugurkan. You ingat tak waktu you tipu dia yang you mengandung dulu? You ugut dia supaya Airel tinggalkan Qis, kan? You percaya ke dia tinggalkan Qis betul-betul?” sinis suara Syam. Emel memandang tajam Syam.
       “Apa maksud you?”  Syam senyum sinis. Emel menggigit bibir geram.
       “Dia cuma suruh Qis sabar dan tangguhkan perkahwinan mereka. Dia akan ceraikan you sebaik sahaja you habis pantang waktu itu. Dia juga kata I boleh dapatkan you sebaik sahaja lepas cerai. I kata itu kerja gila tetapi dia langsung tak dengar nasihat I. Memang I  sukakan I tapi I taklah sekejam itu. Itu rancangan dia waktu itu tapi dia tak sangka pula yang you menipu. Jadi, dia balik semula ke rancangan asal,” selamba Syam bercerita. Wajah Emelda berubah. Dia menunduk. Tidak disangka Airel sanggup berbuat begitu. Selepas melahirkan, dia akan diceraikan? Ah, mudahnya menjadi Airel. Mungkin sebab inilah Airel mahu mereka rujuk kembali. Untuk melaksanakan rancangannya semula.
       “Emel,” muncul Airel dengan senyuman. Namun senyumannya segera pudar apabila terpandangkan Syam dan wajah Emelda yang keruh. Apa yang sudah terjadi? Dadanya berdebar.
       “Aku dah ceritakan semuanya pada Emel. Aku rasa dia berhak tahu. Kau langsung tak layak untuk dia,” Syam berdiri dan mengadap Airel. Wajah Airel kelihatan terkejut. Dia kehilangan kata-kata.
       “Emel, I boleh jela..”
       “Cukup. I dah penat. Semuanya akan tamat selepas ni. Ikatan yang you dah leraikan tidak akan bercantum semula. Syam, I mintak maaf. I tak boleh terima lamaran you. I akan pergi selepas semua urusan penceraian selesai dan… Semuanya sudah berakhir. Airel, I mintak maaf sebab ganggu hubungan you dengan Qis dulu. You jangan risau, tiada siapa akan jadi penghalang lagi. I dah serik, dah letih,” keluh Emelda. Syam senyum hambar manakala Airel mengetap bibir.
       “Tak. I..I mintak maaf. I tak tahu apa yang merasuk I waktu itu. Dengar sini, Emel. Jauh dalam lubuk hati I, I tak pernah berniat nak buat begitu. Tapi ketika itu I terdesak. I…”
       “..cintakan Qis. Jadi, sebab itu you keliru, kan? Ahh, you tak payah fikir apa-apa lagi. I dah mengalah dan akan keluar dari hidup you,” sambung Emel kecewa. Airel memandang tajam Syam. Serentak itu Syam keluar dari bilik. Tangan Emel digenggam.
       “You harus fikirkan baby juga,” Airel cuba memujuk.
       “You jangan nak tunjuk baik, Airel! You bukan nak sangat baby ni. You cuma tak nak I gugurkan, kan? Selepas dia lahir, you akan tinggalkan dia dengan I, kan? Dengar sini, Airel. You tak payah buat semua tu. I janji I takkan gugurkan. Jadi, you boleh kahwin dengan Qis dan hidup bahagia. You juga jangan risau I akan balik dan perangkap you dengan baby ni sebab I takkan pernah akan balik!” Emelda segera turun dari katil. Dia mahu keluar dari hospital dan pergi dari hidup Airel secepatnya.
       “Emel, jangan bergerak. Doktor tak benarkan you turun dari katil ni,” Airel menghalang. Emel mengetap bibir.
       “Bukan urusan you. I tak apa-apa. I tak sakit. I dah sihat dan I nak balik!” jerit Emelda. Tangan Airel yang mencengkam tangannya segera dileraikan. Benci!
       “Please, Emel. Jangan buat macam ni. Jangan desak I. I betul-betul tak boleh tinggalkan Qis!” saat Airel berkata begitu, pergerakan Emel terhenti. Dia menundukkan wajah dan mengeluh perlahan.
       “Jadi you nak I buat apa?!” tanya Emel perlahan tetapi bernada keras. Airel meraut wajahnya.
       “I tak tahu. I betul-betul tak tahu,” Airel menggelengkan wajahnya. Emel terdiam. Terasa menyesal pula melaksanakan rancangannya dulu. Dia pentingkan diri. Sekarang dia yang kecewa dan dia turut mengheret Airel dan Qistina. Malah, anaknya yang bakal lahir juga akan menderita. Ini semua salahnya. Perlahan-lahan, air matanya mula tumpah.
       “Maafkan I, Emel. I betul-betul mintak maaf. I pun tak sangka semua ini boleh bertukar begini,” Airel sedikit cemas melihat air mata Emel. Namun, dia tidak berani untuk memeluk Emel. Dia tahu Emel terluka dengan perbuatannya.
       “Tak payah mintak maaf. I yang cari masalah. Sekarang ini I nak kembalikan semuanya ke tempat asal. You teruskan perkahwinan you dengan Qis. I tak ada niat ugut you semalam. I tahu you takkan lepaskan Qis, sebab itu I suruh you pilih. I nak you lepaskan I,” Emelda berdiri apabila dia berkata begitu. Airel cuba membantunya tetapi dia menghalang.
       “Jadi, bagaimana dengan you?”
       “I akan teruskan hidup I macam biasa,”
       “Tolong, jangan keluar dari negara ini,” suara Airel kedengaran seperti merayu.
       “Tengoklah nanti,” Tiba-tiba pintu ditolak kasar. Datin Sofea dan Datuk Rosli menerpa masuk. Emelda dan Airel terkejut besar. Dari mana mereka tahu Emelda berada di sini? Dia sudah memberitahu mereka yang Emel pergi bercuti.
       “Cepat jelaskan pada mama dan papa. Apa yang sedang berlaku ni?!” keras suara Datuk Rosli. Airel dan Emelda menggigit bibir.
       “Jelaskan apa, papa?”
       “Jangan nak menipu lagi. Linda dah beritahu mama semuanya. Kenapa kamu sanggup buat Emel macam ni, Airel!” suara mama agak kuat. Airel menunduk.
       “Bukan salah Airel, mama. Salah Emel,” Emelda kesiankan Airel. Mata mama membulat.
       “Papa tak kira. Papa nak Emel dan Airel rujuk semula. Perkahwinan Airel dan Qis dibatalkan!’ tekad suara Datuk Rosli. Emel dan Airel terkejut.
       “Tak boleh! Tak sampai sebulan lagi perkahwinan kami!” Airel membantah. Segera Datuk Rosli dan Datin Sofea memberikan jelingan tajam kepada Airel.
       “Jadi, Airel nak tinggalkan Emel begitu jelah? Emel kan tengah mengandung anak Airel! Mana boleh tinggalkan dia,” marah Datin Sofea pula. Airel terdiam.
       “Atau Airel nak Emel dan Qis sekaligus? Papa tak setuju itu!”
       “Mama, papa. Emel mintak maaf tapi biarlah keadaan berkekalan begini. Kami tak payah rujuk. Jadi, tak payahla Airel batalkan perkahwinannya dengan Qis,” Emelda menyampuk. Datin Sofea dan Datuk Rosli kelihatan terkejut.
       “Emel dah hilang akal ke? Bagaimana dengan anak Emel, cucu mama?!” Datin Sofea meluru ke arah Emel yang kelihatan tenang itu. Belakang bekas menantunya diusap-usap perlahan. Emel sudah semakin kurus. Badannya kelihatan lemah. Wajah cantiknya juga agak pucat. Bila mendengar cerita daripada Linda, dia tahu Emel turut bersalah tapi tidak adil untuk menghukum Emel dan cucunya sahaja. Dia tahu Emel masih sayangkan Airel. Sebab itu Emel sanggup bertindak sebegitu.
       “Emel dah tak tahu nak buat apa-apa lagi. Emel ingat nak sambung belajar overseas,” saat Emel berkata begitu, Datin Soefa terlopong.
       “Emel nak pisahkan cucu mama dari mama?” suara mama kedengaran sayu. Emelda serba-salah.
       “Emel tak ada niat begitu. Emel cuma nak mulakan hidup baru. Mama dan papa boleh melawat Emel dan anak Emel nanti. Ataupun bila Emel dah balik ke sini semula, Emel akan bawa dia jumpa dengan mama dan papa,”

***********************************************

“Kau dah fikir masak-masak?” pertanyaan Linda membuatkan Emelda tersenyum.
       “Dah dan aku rasa ini jalan terbaik,”
       “Maaf. Aku yang suruh kau buat begitu. Kalau aku tak cadangkan idea gila tu, tentu tak jadi macam ni,” Linda mengeluh. Emelda menarik nafas panjang.
       “Bukan salah kau. Salah aku jugak,” Emelda menenangkan Linda.
       “Alahan kau teruk lagi ke?” tanya Linda tiba-tiba. Emel tersenyum kecil sambil mengurut lehernya.
       “Teruk la jugak. Doktor kata baiklah sebulan dua lagi. Kan aku baru dua bulan,”
       “Aku betul-betul tak faham dengan Airel tu. Kalau dia tak suka kat kau, kenapa dia layan kau. Sampai mengandung pulak tu!” Linda berkata geram namun Emelda terasa lucu mendengarnya. Dia tersenyum.
       “Takut aku terlalu cantik untuk ditolak kot! Kucing manalah nak lepaskan ikan di depan mata,” balas Emelda cuba berjenaka tetapi Linda tetap bermuka serius.
       “Ini bukan satu guraun, Emel. Aku betul-betul benci pada Airel tu. Tak bertanggungjawab langsung!” marah Linda lagi. Senyuman Emelda mati. Dia mencapai tangan Linda.
       “Dia bertanggungjawab. Sebab itu dia tak nak lepaskan aku dan Qis. Tapi aku yang tak nak bermadu. Bukan salah dia,” Emel cuba memadamkan kebencian Linda pada Airel. Bukan salah Airel sepenuhnya.
       “Sudahlah. Er, kau nak pergi tak esok? Majlis resepsi dia?” tanya Linda takut-takut. Emel terdiam seketika.
       “Mestilah. Orang jemput, kita mesti pergi. Lagipun lusa baru aku pergi UK,” jawab Emel. Linda mengangguk lemah.

******************************************

Langkah Emelda lemah menuju masuk ke dewan hotel yang begitu meriah itu. Hatinya terasa disayat-sayat. Dia terasa ingin lari dari sini tetapi akalnya menegahnya. Sekurang-kurangnya dia harus menunjukkan diri.
       “Emel. Mama ingat Emel tak datang,” Datin Sofea datang memeluknya. Emel membalas pelukan itu. Senyuman cuba diukirkan.
       “Takkan Emel tak datang. Mama sendiri yang jemput Emel,” balas Emelda lembut. Pelukan dileraikan. Dia memandang wajah bekas mertuanya itu.
       “Lagipun Emel nak jumpa mama dan papa sebelum Emel pergi UK esok,” sambung Emelda lagi. Datin Sofea kelihatan terkejut.
       “Esok? Cepatnya,” Emelda hanya tersenyum. Dia kemudian meliarkan pandangannnya ke seluruh dewan hotel yang dihiasi dengan pelbagai bunga ros. Teringat majlis perkahwinannya dengan Airel dulu. Majlis mereka sederhana sahaja. Tapi sekarang, majlis perkahwinan Qis dengan Airel begitu meriah sekali. Emelda mengetap bibir.
       “Papa mana ma? Qis dan Airel?” tanya Emelda. Mama turut memandang sekeliling.
       “Papa di sini. Papa tak pergi mana-mana pun. Mana boleh tinggalkan mama kamu ni,” Datuk Rosli muncul tiba-tiba dan memeluk bahu Datin Sofea. Ibu mertuanya itu tersipu-sipu. Emel tersenyum tetapi sedikit sebanyak hatinya mencemburui mamanya. Kalaulah dia mempunyai seorang suami sebaik bapa mertuanya…
       “Emel tak sihat ke? Mama tengok muka Emel pucat,” tangan Datin Sofea lembut mengusap pipinya. Emelda hanya senyum.
       “Biasalah mama,” Datin Sofea memandangnya lama.
       “Mama risaulah,”
       “Tak payah riasaulah, mama. Emel tak apa-apa. Emel nak jumpa Qis dan Airel sebelum pergi,” ujar Emelda.
       “Tu pun Qis. Pergilah jumpa dia,” Datin Sofea menuding ke satu arah. Emelda mengalihkan pandangan ke sana.
       “Emel pergi jumpa Qis dulu ya,” Emelda berjalan lambat-lambat ke arah Qistina yang sungguh anggun dalam gaun pengantinnya. Hati Emelda berdarah tetapi dia hanya bersikap selamba.
       “Tahniah, Qis,” ucap Emelda sambil tersenyum. Entah senyuman apa yang dilontarkan tetapi dia dapat merasakan senyumannya hambar. Biarlah, selepas ini semua kepedihan ini akan berakhir.
       “Terima kasih, Emel. Saya tak sangka awak sudi datang setelah apa yang terjadi. Saya mintak maaf. Saya tak…”
       “Bukan salah awak. Sudahla. Saya pun nak minta maaf dengan awak. Saya akan pergi,” tutur Emelda berhati-hati. Dia pilu melihat Qis dan senyuman manisnya. Dia bukannya cemburu tapi…
       “Awak nak pergi mana, Emel?” Qis kelihatan terkejut. Emelda tersenyum. Sah Airel tidak memberitahu apa-apa kepada Qistina.
       “Saya nak sambung belajar. Saya dah tak akan ganggu hubungan awak dengan Airel lagi. Maaf atas apa yang telah berlaku,” ucap Emelda tulus. Emelda dapat melihat sayu di mata Qistina.
       “Emel…”
       “Sudahlah. Nanti rosak mekap awak. Tak cantik nanti!” usik Emelda. Senyuman cuba diukir walaupun berat.
       “Saya nak balik. Tahniah sekali lagi ya,” tangan Qis digenggam. Qis mengangguk.
       “Er, awak tak nak jumpa Airel ke?” pertanyaan Qis dijawab dengan gelengan. Buat apa menemui Airel kalau itu akan membuatkan dia lebih sakit hati? Langkahnya lemah meninggalkan dewan. Kepala yang agak pening diurut perlahan. Dia tertekan! Apa yang boleh dia lakukan sekarang? Memang dia yang sengaja mencari masalah. Sekarang, tanggunglah akibatnya sendiri!
    Di saat kakinya memasuki kereta, wajahnya disemban ke stereng. Sakit kepalanya mencucuk-cucuk. Tangannya memicit leher yang sudah mula terasa mual. Dia mengusap perutnya perlahan. Perutnya masih kempis tetapi sayangnya menggunung pada anaknya itu. Terasa menyesal pula kerana pernah terfikir untuk menggugurkannya.
       “Maafkan mama sayang,” ucapnya lirih. Air mata mula menitis di wajahnya yang tidak dilitupi mekap. Dia malas untuk bergaya kebelakangan ini. Dia keliru. Sesetengah wangian yang disukainya dulu pun tidak boleh dihidunya. Dia akan terasa mual dan muntah-muntah. Tiba-tiba cermin keretanya diketuk. Emelda segera mengelap air matanya.
       “Airel, apa yang you buat di sini?” hampir tersembul matanya melihat Airel di luar keretanya. Airel memberikan isyarat supaya dia keluar. Emelda yang masih terkejut menurut. Sebaik dia keluar, Airel menarik tangannya ke kereta mewahnya. Pintu tempat duduk penumpang dibuka. Emelda kehairanan tetapi dia tetap juga masuk.
       “Apa yang you buat ni? Tak baik tinggalkan majlis. Tentu mama, papa dan Qis sedang tercari-cari you sekarang,” ujar Emelda bertalu-talu namun Airel hanya diam dan meneruskan pemanduannya. Emelda menggelengkan kepala. Peningnya kembali semula. Dengan lemah, dia menyandarkan badannya ke kerusi. Tangan kirinya memicit dahi.
       “You sakit ke?” suara Airel kedengaran prihatin. Emelda diam.
       “I dah biasa,” perlahan suara Emel. Tiba-tiba Airel memberhentikan kereta di tepi jalan. Tangan kanan Emel digenggam.
       “I mintak maaf sebab selama ini I pentingkan diri I sendiri. I nak kita bersama semula. I nak lihat anak I membesar di depan mata I dan I tak sanggup kehilangan you,” rayu Airel. Emelda menepis tangan Airel dengan lemah.
       “You kan dah nikah dengan Qis. Apa yang you mengarut ni?!” keras suaranya. Airel tersenyum. Emel mengerutkan kening. Apa yang lucu?
       “You ingat I dengan Qis ke yang kahwin?” tanya Airel sambil tersenyum nakal. Emel menggigit bibir. Apa maksud Airel?
       “Qis tarik diri. Dia tak nak kahwin dengan I. Dia kata, dia tak sanggup lukakan you dan baby. Tadi majlis kahwinnya dengan sepupunya,” selamba Airel menuturkan itu. Mata Emelda membulat.
       “Apa?!!!” mulut Emelda terlopong. Airel ketawa kecil. Dia kemudian menggenggam tangan Emel dan dikucupnya perlahan.
       “Ya. Oleh sebab itu I nak kita rujuk semula,” lembut suara Airel namun Emelda memandangnya dengan dingin. Tangannya ditarik kembali.
       “Jadi, you balik semula pada I sebab Qis dah tinggalkan you? You ingat I ni apa? Bila tak suka, buang, bila nak, ambil semula?!” luah Emelda geram. Airel mengetap bibir. Dia tahu dia salah dan sekarang dia mahu menebus kembali kesalahannya. Lagipun baru sekarang dia sedar dia kembali menyintai Emelda. Cintanya yang padam dulu marak kembali malah dia menyintai Emelda melebihi Qis.
    Cuma dia tidak boleh membatalkan perkahwinannya dengan Qis kerana dia tidak mahu melukakan Qis. Lagipun dulu dia mati-mati mengaku dia cintakan Qis dan tinggalkan Emelda. Dia tidak sanggup lukakan Qis namun dia juga tidak sanggup kehilangan Emelda. Dia tahu dia tamak tetapi dia tidak berdaya dan bingung. Sekarang barulah dia menyesal mengikut egonya. Bukan dia sahaja yang menderita malah, Emel dan Qis juga. Dan dia tidak mahu kehilangan anaknya. Dia tahu Emelda sungguh lemah menghadapi kehamilannya dan dia berasa bersalah tidak berada di sisinya. Tengoklah wajah Emelda sekarang, pucat.
       “I mintak maaf. I mengaku I ego. I mengaku I salah. Boleh tak you maafkan I dan kita mulakan hidup baru?” Emelda memalingkan wajahnya. Airel tersenyum. Terasa comel melihat Emelda begitu. Dia akui, Emelda lebih cantik tanpa mekap yang tebal. Keaslian wajahnya semakin menyerlah sekarang. Cintanya semakin dalam apatah lagi Emelda sedang mengandungkan zuriatnya sekarang.
       “I lapar,” Emelda memalingkan kembali wajahnya. Airel mengangkat sebelah keningnya.
       “Apa yang you nak makan?” tanya Airel. Senyuman dihadiahkan untuk Emelda.
       “You nak belikan ke?” Emelda memandang Airel sinis. Airel mengangguk pantas. Sebelum ini Emelda tidak pernah meminta apa-apa daripadanya jika dia mengidam. Sekarang, dia mahu melakukan sesuatu kepada Emelda.
       “I sanggup belikan apa sahaja untuk you,” tekad Airel. Emelda tersenyum nakal.
       “Baiklah. I nak makan……belimbing, kedondong, laksa penang, sate kajang, sushi dan kebab. Tolong carikan untuk I, boleh tak? Laparlah,” rengek Emelda. Airel terlopong mendengar permintaan Emelda yang banyak itu.
       “Banyaknya, sayang. You boleh habiskan ke?”
       “Kalau tak nak belikan sudahlah. Biar I pergi cari sendiri,” Emelda mula berkecil hati. Tangannya mula membuka pintu kereta tetapi ditahan Airel.
       “Yalah, I belikan,” pujuk Airel. Emelda tersenyum lebar. Airel pula menggaru kepala. Macam mana nak dicari semua makanan itu?
       “Terima kasih,” ucap Emelda perlahan. Airel memandang Emelda lama. Sungguh dia sayangkan Emelda.
       “I tak kisah. Lagipun anak I jugak yang nak makan,” senyumannya dilebarkan. Tangan Emelda digenggam erat.
       “Kita rujuk ya,” Emelda terdiam. Akhirnya dia mengangguk setuju. Tangan Emelda dibawa ke dadanya. Dia berjanji, dia tidak akan melepaskan Emelda lagi. Dia tidak akan mudah melupakan cinta Emelda dan beralih pada perempuan lain lagi. Dia tidak sanggup kehilangan Emelda. Emeldalah cinta hatinya!

**************************************
Silalah komen ya. ^_^

Ahad, 30 Mac 2014

Kisah Cinta Emelda 2

Rambut yang panjang dilepaskan. Baju tidurnya yang jarang dan terdedah dibetulkan sedikit. Haruman yang wangi menusuk ke hidungnya. Minggu lepas Linda sudah membawa dia membeli beberapa lingeria yang jarang dan beberapa haruman yang wangi. Katanya, itulah cara untuk menggoda Airel. Emelda tersenyum kecil dan menuju ke dapur. Keadaan di dalam rumah gelap. Mama dan papanya tidak ada di dalam rumah kerana mereka bercuti di utara tanah air. Hanya ada dia, Airel dan beberapa orang pembantu rumah. Langkah Emelda perlahan menuju ke dapur.
       “Oh, Airel. You ada di sini rupanya. Terkejut I. Ingatkan pencuri manalah tadi,” Emelda berpura-pura terkejut sedangkan pertemuan itu sudah dirancang. Dia tersenyum saat Airel kelihatan tergamam memandang badannya yang langsing, terdedah. Emelda tersenyum lagi apabila teringatkan dia sudah beberapa hari memulakan rancangannya untuk menggoda Airel. Seringkali Airel mengelak namun dia hanya berbuat selamba. Namun Emelda yakin, Airel sudah mula tergoda.
       “You..you buat apa di sini?” tanya Airel tergagap-gagap. Emelda tersenyum dan berjalan merapati Airel.
       “I nak minum. Haus,” dia berdiri di sebelah Airel lalu mengambil gelas dan diisikannya dengan air. Gelas itu dirapatkan ke bibirnya manakala badannya dirapatkan ke badan Airel yang sasa. Dia perasan mata Airel tidak lepas-lepas memandang bahagian dadanya yang terdedah dan dia hanya selamba sahaja. Badannya dipalingkan mengadap Airel.
       “You tak nak minum?” gelas disua kepada Airel. Badannya terlalu dekat dengan Airel sehingga jejaka itu menelan liur apabila terbau haruman yang begitu mengasyikkan. Spontan tangannya bermain-main di rambut Emelda yang lembut. Matanya merenung mata Emelda yang juga merenungnya. Gelas di tangan Emelda diambil dan diletak di atas meja. Selepas itu tangannya kembali bermain-main di wajah Meleda. Emelda hanya membiarkan. Dia tersenyum menang apabila Airel mencempungnya ke bilik. Malam semakin larut dengan membawa rahsianya sendiri.

*******************************************************

“Mama call tadi. Mama cakap mama dan papa tak jadi balik esok. Kawan papa kena strok. Jadi, papa nak temankan kawan papa,” Emelda duduk di sebelah Airel yang leka menonton televisyen di sebelah.
       “Jadi, untuk beberapa hari lagi, hanya kita berdualah di rumah ini?” tanya Airel sambil memandang tepat wajah isterinya itu. Emelda mengangguk.
       “Kenapa? Tak suka ke?” duga Emelda. Airel tersenyum. Dia memeluk pinggang Emelda lalu pandangannya dibawa ke skrin televisyen semula. Emelda membaringkan kepalanya di dada Airel. Terasa bahagia dirinya sekarang. Sudah beberapa hari hubungan mereka pulih seperti hari bahagia mereka tiga tahun dulu.
       “You tak nak pindah bilik I ke?” tanya Emelda. Wajah Airel berubah namun dia tidak mengalihkan pandangan.
       “Tak payahla. Begini pun bagus juga,” jawab Airel selamba. Emelda tersentak. Dia memandang Airel tepat.
       “Kenapa?” Emelda bertanya. Dia tidak sedap hati dengan jawapan itu namun Airel hanya tersenyum tanpa kata. Dia membenamkan wajahnya ke rambut Emeda yang lurus dan panjang.
       “Wanginya you,” bibir Airel mula mendarat di leher Emelda. Emelda hanya membiarkan. Senyuman terukir di bibirnya.

*****************************************************

“Macam mana dengan kau dan Airel sekarang?” tanya Linda. Emelda tersenyum.
       “Rancangan berjaya. Dah hampir dua bulan kami kembali seperti dulu,” ujar Emelda dengan senyum lebar. Linda turut tersenyum.
       “Aku gembira melihat kau bahagia. Aku harap kebahagian kau akan kekal selamanya,” tangan Emelda dicapai. Emelda mengangguk.
       “Aku pasti Airel tak akan terlepas lagi dari genggaman aku. Aku pun tak akan tinggalkan Airel lagi,” pegangan tangan Linda dieratkan.

****************************************************

Langkah Emelda perlahan memasuki rumah. Matanya meliar memandang sekeliling.
       “Emel, baru balik?” Datin Sofia menegur Emelda. Segera Emelda menyalam tangan Datin Sofea.
       “Ya, mama. Emel naik dulu ya,” Emelda mendaki tangga. Saat matanya terhenti di depan pintu Airel, langkah Emelda terhenti. Dia berdiri di depan pintu agak lama sebelum memutuskan untuk masuk ke dalam bilik itu. Serentak itu dia terdengar suara Airel.
       “Sayang, you balik lusa? Baguslah. I betul-betul rindukan you,” hampir tercabut jantung Emelda apabila mendengar Airel berkata begitu namun dia terus mendengar.
       “Emel? Dia masih lagi tinggal di rumah I. I biarkan dia tinggal dulu sebelum you pulang dan kita kahwin. Kesianlah dia tak ada tempat nak tinggal, sayang,” lembut suara Airel bertutur dengan Qis. Darah Emelda menggelegak. Rupanya Airel hanya memainkan perasaanya. Dia tidak mahu putus dengan Qis. Dia cuma mahu memuaskan nafsunya sebleum Qis pulang. Jahanam!
       “Okay, I tunggu you balik. Daa,” talian dimatikan. Airel melangkah ke katil. Badannya direbahkan di situ sambil tersenyum. Saat itu, Emelda segera merempuh masuk dan menutup pintu dengan kuat. Airel terkejut dengan kedatangan Emelda.
       “Oh, jadi selama ni you tipu I?! I langsung tak sangka, Airel!” suara Emelada keras. Airel terdiam.
       “I sayangkan Qis. I nak kahwin dengan dia,” balas Airel. Emelda mengetap bibir.
       “Jadi I ni siapa? Pemuas nafsu you sebelum you nikah dengan Qis? You nak ceraikan I, kan?” marah Emelda lagi tapi suaranya dikawal. Dia tidak mahu ibu mertunya dengar.
       “You yang goda I,” perlahan suara Airel. Emelda tersenyum sinis. Kini dia pula yang disalahkan.
       “Terpulang tapi dengar sini. Kalau you tetap nak nikah dengan Qis, ceraikan I. itu yang you nak, kan? Tapi sebelum you buat apa-apa keputusan, I nak you tahu yang I sedang mengandung sekarang dan ini anak you! Kalau you nikah dengan Qis, I akan gugurkan tanpa berfikir panjang lagi. Jadi, sekarang keputusan ada di tangan you!” Emelda segera keluar dari bilik dengan wajah yang masam. Dia dalam biliknya dia meraut wajah. Terasa kesal pula mengatakan yang dia mengandung sedangkan tidak! Macam mana dia boleh terlanjur menipu? Tapi dia tidak sanggup kehilangan Airel lagi. Betulkah tindakan itu tadi?
    Airel yang duduk di atas katil betul-betul terkejut. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Emelda mengandung? Dan jika dia mengahwini Qis, Emelda mahu diceraikan dan menggugurkan kandungannya? Argh! Apa yang harus dibuat sekarang. Walau apapun, anak itu tetap anaknya. Dia tidak boleh membiarkan Emelda menggugurkannnya tapi dia tidak boleh lepaskan Qis. Ahh, pening!

**************************************************

“Apa yang kau nak?!” tanya Emelda kasar sebaik memandang wajah Qistina di hadapan pintu. Qistina tersenyum.
       “Airel ada?” tanya Qistina lembut. Emelda menggeleng.
       “Dia tak ada!” kasar nada suaranya. Sebenarnya dia masih marah. Walaupun dia menipu yang dia sedang mengandung, Airel masih tidak mengambil apa-apa tindakan tentang hubungannya dengan Qis. Itu yang membuat dia bengang!
       “Qis, aku nak mintak tolong boleh tak? Jangan ganggu Airel lagi. Dia masih suami aku!” Emelda berterus terang. Qis kelihatan terkejut tetapi dia masih tersenyum.
       “Tapi kamu berdua akan bercerai. Dia sayangkan aku,” selamba Qis berkata begitu. Emelda meradang.
       “Kau tak malu ke musnahkan rumah tangga orang. Untuk pengetahuan kau, aku sedang mengandungkan anak Airel. Jadi, betul ke dia sayangkan kau?!” sinis kata-kata itu. Qis kelihatan terkejut.
       “Emelda!” Airel menghampiri dengan wajah yang merah. Emelda memeluk tubuh tidak peduli. Dia tahu Airel tidak akan mengapa-ngapakannya walaupun dia menyakiti Qis. Airel terlalu menjaganya. Airel percaya bulat-bulat yang dia sedang hamil. Dia dilayan bak puteri.
       “Kita perlu berbincang,” Airel dan Qis beredar meninggalkan Emelda sendirian. Emelda hanya tersenyum sinis. Dia tahu kemenangan miliknya kini.

***********************************************

“Kau tipu dia yang kau mengandung? Gila ke?” suara Linda nyaring di telefon. Emelda ketawa kecil.
       “Aku cuma tak nak dia lari ke Qis je,” selamba jawapan Emelda. Linda mengetap bibir geram.
       “Habis, kalau dia tahu kau tak mengandung macam mana? Takkan kau nak letak bantal kat perut kau!” marah Linda. Emelda tersenyum.
       “Aku tahulah nak buat macam mana. Yang penting, sekarang Airel percaya aku mengandung dan dia dah putus dengan Qis. Nampaknya rancangan aku berjaya. Padan dengan muka Qis!” Emelda ketawa. Hatinya puas. Linda menggeleng.
       “Kau ni macam watak jahat la,” komen Linda.
       “Mungkin. Tapi kalau setakat menipu aku mengandung, aku bukannya jahat sangat lagi!” Emelda ketawa. Serentak itu pintu biliknya dirempuh kasar. Airel memandangnya dengan wajah menyinga. Emelda terlopong.
       “Kau…kau tipu aku? Cepat cakap, kau mengandung atau tidak?!” kasar suara Airel. Emelda terkejut. Dia betul-betul tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang. Tiba-tiba Airel datang dan mencengkam kuat lengannya.
       “Sakitlah, Airel,” rintih Emelda tetapi Airel tidak peduli. Tajam matanya memandang Emelda.
       “Kenapa kau tipu aku?!” tengking Airel. Emelda mengetap bibir.
       “Sebab I tak nak you nikah dengan Qis. You hak I!” marah Emelda kembali. Serentak itu ada tamparan yang mengena pipinya. Emelda terduduk.
       “Dengar sini, aku tetap akan nikah dengan Qis walaupun kau suka atau tidak!” pintu bilik dihempas kasar. Emelda mengesat air mata yang tiba-tiba tumpah.

**********************************************

“Tahniah, puan mengandung!” hampir terlopong Emelda apabila mendengar kata-kata itu. Dia mengandung? Dia tidak percaya.
       “Pasti, doc?” tanya Emelda dengan senyuman. Doktor itu mengangguk. Emelda ketawa gembira. Dia mengusap perut. Anak ini muncul di saat yang tepat. Airel akan menikah dengan Qis sebulan lagi. Dengan kehadiran janin ini, dia akan membatalkan perkahwinan Airel dan Qis dan hidup bahagia dengan Airel!

********************************************

“Airel, tolong benarkan I bercakap,” rayu Emelda. Wajah Airel memerah. Dia masih marah namun Emelda pasti Airel tidak akan marah lagi jika dia memberitahu khabar gembira tadi kepada suaminya ini.
       “Apa yang kau nak, Emelda?” tanya Airel kasar. Pintu direnggangkan. Emelda menapak masuk. Wajah Airel yang kelat direnung.
       “You masih marah I lagi?” tanya Emelda. Airel tidak menjawab malah memandang ke arah lain. Emelda mengetap bibir.
       “I mengandung,” lancar perkataan itu keluar dari mulutnya. Airel kelihatan terkejut. Dia kemudian ketawa kuat. Ketawa sinis.
       “Kau dah gila ke? Kau ingat aku akan percaya lagi? Pergi jahanam!” tengking Airel kuat. Emelda terkejut. Dia menghampiri Airel dan menggenggam kuat tangan Airel.
       “I tak tipu. Kali ini memang I betul-betul mengandung!” Emelda cuba menyakinkan Airel tetapi jejaka itu menarik tangannya kasar. Tidak mahu Emelda menyentuhnya. Emelda terasa hati.
       “I tak tipu you. I tak nak you kahwin dengan Qis!” ujar Emelda kuat. Serentak itu Qis menapak masuk. Dia memerhatikan Airel dan Emelda. Wajahnya keliru. Emelda tidak memperdulikan kehadiran Qis.
       “Kalau you menikah dengan Qis, I akan gugurkan kandungan ni,” Emelda menggugut. Dia sudah tidak ada modal lagi untuk menghalang perkahwinan Airel dan Qis. Qis kedengaran terkejut dengan kata-kata itu namun Airel hanya tersenyum sinis.
       “Oh, ya? Kalau begitu gugurkan saja! Aku tak kisah. Aku tak pernah nak ada anak dengan perempuan jahat dan murah macam kau. Dengan bersaksikan Qis, aku ceraikan kau dengan talak satu!” hampir terduduk Emelda apabila Airel bekata begitu. Qis turut terkejut. Perlahan-lahan, Emelda menapak keluar. Ditinggalkan Qis dan Airel dan dia melangkah ke biliknya.

**************************************************

“Emelda, kenapa tak makan? Tak sedap ke nasi goreng tu?” tanya Datin Sofea. Emelda menggeleng. dia menyuap nasi sesudu lagi. Airel di sebelah dijeling. Mereka berdua tidak memberitahu lagi yang Airel sudah melafazkan lafaz cerai kepadanya minggu lepas. Airel hanya akan memberitahu mama dan papanya setelah dia menikah dengan Qis dan pada hari Emelda meninggalkan rumah.
       “Sedap, mama. Cuma Emel tak ada selera,” jawab Emel sepatah. Dia kurang makan kebelakangan ini. Dia susah hati. Dia tidak pedulikan kandungannya lagi. Dia sudah tawar hati setelah kata-kata Airel dulu. Sekarang dia merasakan kandungan ini satu beban pula. Alahannya begitu teruk. Hampir sahaja dia tidak boleh bangun setiap pagi. Badannya juga selalu letih dan kepalanya pening.
       “Tak baik begitu. Sarapan penting. Oh, ya. Mama tengok Emel lain sekarang ni. Macam orang....” kata-kata Datin Sofea berhenti situ. Airel memandang mamanya. Emelda mengetap bibir. Adakah mama sudah boleh menganggak? Emelda mengusap perutnya yang masih lagi kempis.
       “Tak adalah mama. Biasa saja,” ujar Emelda. Dia segera membawa pinggan ke dapur. Dia tidak mahu membicarakan topik yang berbahaya itu. Dia sudah betul-betul tawar hati untuk memberitahu sesiapa lagi. Dia hanya memberitahu Airel dan penerimaan Airel betul-betul mengecewakannya.
      
***********************************************

“Kau kena tolong aku, Linda,” tangan Linda digenggam. Emelda kebuntuan sekarang.
       “Kenapa ni?” tanya Linda. Emelda mengeluh. Teruk juga dia dileteri Linda sebaik sahaja dia tahu yang Airel mengetahui dia menipu. Linda betul-betul tidak suka dengan rancangan itu.
       “Aku mengandung,” mata Linda membulat. Dia menjerit kesukaan.
       “Mengandung? Wah, nampaknya masin mulut kau. Kau mengandung betul-betul! Jadi, apa yang kau nak aku tolong? Tolong belikan baju mengandung dan baby kat butik-butik luar negara?” Linda mengenyitkan mata. Emelda menggeleng.
       “Tolong aku cari tempat untuk gugurkan kandungan ini,” pinta Emelda. Wajah Linda berubah.
       “Apa? Kau dah gila ke?!” jerit Linda. Emelda memberi isyarat memperlahankan sedikit suaranya. Lagipun sudah ada beberapa orang di restoran itu memandang mereka.
       “Kenapa nak gugurkan? Kan ini yang kau hendak?” tanya Linda tidak puas hati. Emelda mengetap bibir.
       “Kalau dulu ya. Tapi sekarang tidak lagi,” Emelda menghirup kopi. Segera kopi itu dirampas oleh Linda.
       “Kopi tidak bagus untuk wanita hamil,” Linda mengingatkan. Emelda tersenyum.
       “Tapi aku akan gugurkan kandungan ini. Jadi, tak apalah,” Emelda mengambil semula cawan berisi kopi itu dan menghirupnya. Sekarang dia sudah meminum kopi. Kalau dahulu dia tidak sukakan kopi kerana rasanya yang pahit, sekarang dia merasakan kopi itu tawar pula rasanya. Ibarat hidupnya yang mulai tawar. Linda mengeluh.
       “Kenapa kau buat macam ini? Kau boleh gunakan baby itu supaya Airel balik semla pada kau,” kata Linda. Emelda tersenyum.
       “Aku dah cuba dan dia suruh aku gugurkan,” selamba kata-kata Emelda. Linda terlopong.
       “Dia…suruh…kau….gugurkan?!” tidak percaya kelihatan di wajah Linda. Emelda mengangguk.
       “Ya. Lagipun dia dah ceraikan aku. Aku akan keluar dari rumah itu selepas majlis perkahwinan mereka,” tenang raut wajah Emelda sebaik dia berkata begitu. Linda menyentuh tangan Emelda.
       “Tapi…gugurkan? Emel, dia tetap anak kau juga. Walaupun kau dan dia dah bercerai, baby tu tak bersalah,” nasihat Linda. Emelda menggeleng.
       “Aku tak tahan, alahan teruk sangat. Makan apa pun muntah balik. Pening kepala, letih, tak usah nak ceritalah. Aku tak nak jadi ibu tunggal. Kau lupa, mak aku lahirkan aku walaupun dia dan papa dah bercerai waktu itu. Aku betul bencikan tindakannya itu. Aku tanya kenapa dia lahirkan aku. Aku menderita tau, tak? Aku tak nak anak aku jadi macam aku. Aku tak nak buat kesilapan yang mama aku buat.
       Dan yang paling penting, aku benci Airel! Bencikan dia dan aku tak nak lahirkan anaknya. Lagipun senang je, dia pun dah suruh aku gugurkan. Jadi, semua masalah akan selesai sebaik sahaja aku gugurkan baby ni,” sambil tersenyum pahit Emelda berkata begitu. Linda sebak. Dia bersimpati kepada Emelda tetapi dia juga kesiankan anak yang dikandung Emelda. 
       “Airel, Qis. Kebetulan jumpa di sini,” Emelda menegur dengan senyuman sebaik Airal dan Qis berdiri di sebelah mejanya. Dia berpura-pura senyum walaupun hatinya berkecai.
       “Eh, apa ni Airel?” Emelda terkejut sebaik Airel menarik tangannya dan meninggalkan Qis dengan Linda. Tangan Emelda terus ditarik dan badan Emelda dipaksa masuk ke dalam kereta mewah Lexusnya. Emelda mengerutkan kening. Airel memandu dengan wajah tegang.
       “Airel, I tengah bercakap dengan Linda tadi. Tolong hantar I balik. Lagipun kereta I ada di situ,” pinta Emelda geram.
       “Tidak sebelum kau jawab soalan aku. Kau mengandung ke?” tajam renungan Airel. Emelda terkejut dengan pertanyaan itu. Lama dia terdiam sebelum menggeleng.
       “I tipu je,” perlahan dia menuturkan itu. Dia sudah malas memikirkan tentang kandungannya. Tiba-tiba Airel menghentak stereng.
       “Jangan menipu!” keras suara Airel. Emelda mengeluh.
       “Betullah. Sudah, kalau you tak nak balik semula, turunkan I di sini,” lemah suara Emelda. Dia memicit dahi. Peningnya kembali semula. Ini semua kerana Airel. Membencikan betul!
       “Aku dah dengar semua perbualan kau tadi,” Airel membuat pengakuan. Emelda terkejut tetapi dia hanya berlagak tenang.
       “Jadi?” wajah Airel memerah mendengar suara selamba Emelda.
       “Kau tak rasa apa-apa ke bila kau kata nak gugurkan kandungan? Kau tak tahu ke salah buat begitu! Kenapa dengan kau ni?!” amarah Airel meledak. Emelda ketawa kecil. Sinis.
       “Salah? You juga yang suruh I gugurkan!” balas Emelda geram.
       “Tapi waktu itu…”
       “..you ingat I menipu? Sudahlah, you teruskan ingat I menipu dan semua akan jadi baik. Lagipun beberapa minggu lagi you dah nak nikah dengan Qis. Jangan fikirkan apa yang you dengar tadi,” Emelda memandang ke luar tingkap. Airel menggigit bibir.
       “Aku tak akan lupakan. Dengar sini, jangan harap kau boleh gugurkan baby tu,” tegas suara Airel. Emelda menggeleng.
       “Siapa you nak arah I?” balas Emelda.
       “Aku…”
       “…bekas suami! Bukan suami I lagi. Jadi, I boleh buat apa yang I suka. Lagipun, you akan dapat anak juga dengan Qis nanti. Jadi, jangan risaukan I,” tempelak Emelda lagi.
       “Kau tak boleh buat begini, Emelda. Anak tu tak salah. Takkan kau tak sayang langsung pada dia?” kali ini suara Airel berubah nada. Emelda mengetap bibir.
       “Sebab sayanglah I kena buat begini. I tak nak dia jadi macam I,” suara Emelda juga berubah. Suasana diam seketika.
       “Apa yang perlu aku buat agar kau takkan gugurkan anak aku?!” keras kembali suara Airel. Emelda menggeleng.
       “Tak payah. I takkan ubah keputusan I,” Emelda menolak. Airel semakin tegang.
       “Kita rujuk!” tekad suara Airel. Emelda senyum sinis dan menggeleng.
       “Tak nak!” bantah Emelda. Airel memberhentikan kereta tiba-tiba. Serentak itu badan Emelda terdorong ke hadapan.   
       “Auch!” Emelda menekan perutnya. Airel memandang Emelda dengan cemas.
       “Sorry. Did I hurt you and the baby?” tanya Airel. Tangannya memegang erat bahu Emelda. Segera Emelda menepis kasar.
       “Jangan sentuh I. Hantarkan I balik. Sekarang!” Emelda menyandar ke arah kerusi. Perutnya masih terasa sakit. Terasa mencucuk-cucuk. Emelda teringatkan pesan doktor agar menjaga kandunganya. Kandungannya baru beberapa minggu, jadi tersangatlah lemah.
       “Kita ke hospital sekarang,” Airel memusingkan kereta. Emelda mengetap bibir.
       “Tak payah! Hantar I…Ahhh!” sakitnya semakin kuat. Emelda mengetap bibir. Airel di sebelah cemas apabila melihat keadaan Emelda yang begitu. Timbul rasa bersalah kerana mencederakan Emelda. Berpeluh dahi Airel melihat keadaan Emelda yang menahan kesakitan.
       “Maaf. Tahan ya,” kelajuan kereta dipercepatkan. Dia sudah tidak peduli lagi walaupun kelajuan keretanya melebihi 120km/j. Dia lebih mementingkan Emelda dan kandungannya. Tiba-tiba kepala Emelda terkulai di sebelahnya. Airel semain cemas. Ya Allah!

******************************************
Ada satu lagi part.


Sabtu, 29 Mac 2014

Kisah Cinta Emelda 1

Emelda menyapu sedikit pemerah pipi di pipinya sebelum mencalit warna merah di bibirnya yang merekah cantik. Dipandang wajahnya yang sudah disolek cantik namun ringkas itu dengan teliti di cermin. Setelah berpuas hati, diambil pula perfume jenama Calvin Klein dan disembur ke bahagian badan yang diigini. Sekelip mata, haruman dari jenama mahal itu menusuk ke rongga hidungnya. Senyuman terukir di wajahnya di saat dia menyambar beg jenama Gucci yang baru dibelinya dan melangkah keluar dari biliknya. Serta-merta matanya dihidangkan dengan hiasan dalaman yang mewah dan moden di ruang tamu sebaik sahaja dia menuruni tangga marmar yang sudah pasti mahal.
       “Puan, sarapan sudah siap. Datuk dan Datin sudah menunggu di meja makan,” sopan sekali seorang gadis lingkungan 20 an menegurnya. Emelda tersenyum dan tanpa kata melangkah ke dapur yang dihiasi meja makan yang besar dan di atasnya terpapar pelbagai jenis pinggan mangkuk yang mahal dan kebanyakannnya dibeli dari serata dunia oleh mamanya. Sekali lagi tanpa kata Emelda duduk di kerusi.
       “Nak pergi mana cantik-cantik ni, Emelda?” tanya seorang wanita lingkungan awal 50an yang masih kelihatan cantik. Emelda tersenyum.
       “Emel nak jumpa kawan sekejap, ma,” ujar Emelda sopan. Datin Sofea tersenyum.
       “Emelda dah fikirkan cadangan papa tu?” tanya Datuk Rosli. Emelda terdiam. Gerakan tangannya yang sedang menyapu roti bakar dengan mentega terhenti.
       “Er, Emel tak fikir habis lagi, papa,” perlahan jawapan Emelda. Datuk Rosli berhenti menyuap. Dia memandang Emelda lama.
       “Apa susah sangat? Terima ajalah, Emel. Lagipun kalau Emel terus kerja dengan papa, senanglah Emel jumpa kami berdua. Kami tetap akan anggap Emel anak kami walaupun Emel dah tak jadi menantu kami lagi,” pujuk Datin Sofea. Emelda mengangkat wajah sambil tersenyum.
       “Emel rasa seganlah, mama, papa. Apa pulak tanggapan Qistina nanti kalau Emel terus kerja dengan papa. Lagipun bila Airel balik dari London nanti, dia kerja kat syarikat papa jugak. Tak naklah, papa,” tolak Emelda. Datin Sofea dan suaminya berpandangan.
       “Nak segan apanya. Airel tu suami kamu jugak. Syarikat tu, syarikat mertua kamu,” Datin Sofea masih tidak mengalah. Emelda terdiam. Dia meletakkan roti bakar yang tidak sempat dijamah di atas piring kembali. Matanya tepat memandang mertuanya itu.
       “Tapi lepas ni kami dah tak jadi suami isteri lagi. Kami dah jadi orang luar, mama, papa. Emel tak nak timbul salah faham antara Qis dengan Airel. Mereka kan nak nikah nanti,” lembut Emelda memberi penerangan. Jujurnya memang itu alasannya selama ini. Dia mahu cepat-cepat keluar dari hidup Airel dan mulakan hidup yang baru.
    Perkahwinan yang dimeterai atas dasar cinta pada usia muda hanya bertahan hanya setahun. Airel, suaminya mengambil keputusan untuk bekerja di cawangan syarikat di London. Katanya untuk menyendiri sambil memberi ruang kepada hubungan yang mula terumbang-ambing. Namun, entah di mana silapnya, hubungan yang dingin menjadi bertambah dingin. Hampir dua tahun suaminya di London, dan hanya beberapa kali mereka berhubung.
    Dari tahun lepas lagi Emelda sudah pasti perkahwinan mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dan di saat itu barulah Emel tahu rupa-rupanya kedinginan hubungan mereka membawa kepada percambahan bibit-bibit cinta antara Airel dan Qis di London. Saat mengetahui hal itu, tiada langsung rasa cemburu di hatinya. Dia sendiri pelik dengan dirinya. Mungkin hal ini kerana cinta untuk Airel sudah lama pudar. Sewaktu Airel menelefonnya sebulan lepas untuk menyelesaikan segala kekusutan dalam perhubungan mereka, mereka berdua bersetuju untuk bercerai sebaik sahaja Airel pulang dan mengambil alih syarikat papanya. Selepas penceraian mereka, Airel akan berkahwin dengan Qistina manakala dia akan teruskan dengan kehidupan asalnya semula. Mungkin ini yang terbaik.
       “Mama dan papa tak tahu nak cakap apa lagi. Kamu berdua dah dewasa. Biarlah kamu berdua yang membuat pilihan. Cuma mama dan papa berharap kamu tak menyesal dengan keputusan kamu tapi mama tak habis fikir, kamu tak sayang ke pada perkahwinan kamu? Kamu dah yakin betul ke kamu dah tak boleh selamatkan perkahwinan kamu?” tanya mama bertalu-talu. Emelda tersenyum lalu mengenggam tangan ibu mertuanya itu.
       “Mungkin jodoh kami sampai sini sahaja atau kami silap perhitungan dulu. Kami masih muda dulu dan sekarang barulah kami sedar yang kami memang tidak ditakdirkan bersama, mama. Baiklah, Emel pergi dulu ya,” Emelda bangun dan menyalami ibu dan bapa mertuanya sebelum menghilang di balik pintu. Datin Sofea dan Datuk Rosli berpandangan.
       “Saya tak tahulah apa nak cakap apa lagi dengan mereka berdua tu. Degil!” keluh Datin Sofea.
       “Kita berserah sahaja. Biar mereka yang tentukan hidup mereka sendiri,” Datuk Rosli menggelengkan kepalanya.

*******************************************************
Kaki Emelda segera melangkah secara tergesa-gesa. Panggilan telefon yang diterima baru sebentar tadi menyebabkannya segera membatalkan temu janji dengan Linda. Saat kaki Emelda melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah, dia dibawa pelayan ke arah meja yang sudah diduduki seorang jejaka yang kelihatan agak menarik rupa paras dan cara pemakaiannya.
       “Hai, Emel,” jejaka itu tersenyum sambil menghirup kopinya. Emelda mengeluh lalu duduk berhadapan dengan lelaki itu.
       “Bila you balik, Airel?” tanya Emelda selepas memberi pesanan kepada pelayan. Airel senyum sedikit. Dia tidak segera memberikan jawapan kepada soalan Emelda itu malah dia meraut sedikit rambutnya ke belakang. Perlakuannya itu membuatkannya kelihatan lebih menarik. Emelda menarik nafas. Sudah hampir dua tahun tidak melihat Airel, lelaki itu kelihatan sudah berubah. Kulitnya sudah semakin cerah, rambutnya pula sudah sedikit panjang walaupun tidak mencecah sampai bahu. Potongan rambutnya kini agak menarik dan menjadikannya kelihatan lebih kacak. Pemakaiannya juga sedikit matang walaupun masih trendy. Ah, wangiannya juga sudah bertukar. Hanya satu sahaja tidak berubah, senyuman manisnya yang penah menambat hati Emelda dulu.
       “Semalam. I malas nak beritahu mama dan papa. Lagipun I nak buat surprise,” Airel menjawab tenang. Pandangannya ditumpahkan ke wajah isterinya yang sudah lama tidak ditemui. Emelda masih cantik, malah lebih cantik daripada dulu. Rambutnya semakin pendek walaupun masih lagi dianggap panjang. Cara pemakainya juga sudah hebat, memang sesuai dengan jawatannya.
       “Qistina balik dengan you?” tanya Emelda. Dia teringatkan wanita cantik yang bertahta di hati Airel kini. Nampaknya sudah sampai masanya dia keluar dari rumah Airel dan menjauhkan diri daripada bakal bekas suaminya ini.
       “Tak. Dia masih ada urusan di sana. Dia akan balik beberapa bulan lagi,” Airel menghirup kembali kopinya. Sesaat itu pesanan Emelda sampai. Jus epal. Airel tersenyum kecil.
       “You masih seperti dulu, tak sukakan kopi,” ujar Airel sambil memandang Emelda yang kelihatan tenang. Emelda membalas renungannya.
       “Nampaknya you tak lupa. Bagus juga ingatan you,” nada Emelda kedengaran agak sinis. Airel segera mengalihkan pandangan. Dia tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengan Emelda.
       “You’re my wife. Mestilah I tak lupa,” jawab Airel sambil menyandarkan badannya ke kerusi dan berpeluk tubuh memandang Emelda. Serentak itu Emelda tersenyum sinis lalu meneguk minumannya.
       “Lepas ni I akan jadi bekas isteri you. Oh ya, bila patut kita uruskan urusan perceraian kita?” tanya Emelda. Saat mendengar soalan itu, Airel membetulkan duduknya.
       “I tak rasa kita perlu uruskan sekarang. Tak perlu tergesa-gesa. Lepas Qis balik ke Malaysia baru kita uruskan hal itu. You boleh terus tinggal di rumah mama dan papa. I pun akan tinggal di sana juga sampai urusan perceraian kita selesai,” ujar Airel bersahaja. Emelda membulatkan matanya.
       “Mana boleh!” Emelda membantah. Airel tersenyum. Sesaat itu, hati Emelda yang sudah lama kering berdengup kencang.
       “Why not? Kita tak cerai lagi. Lagipun I nak mengelak khabar angin kalau orang lain tahu kita terus berpisah sebaik I balik. Ala, sekejap je. You kan tengah kerja di syarikat papa jugak, kan?” selamba je Airel menuturkan itu. Emelda menarik nafas panjang, Airel ini, macam-macam!
       “Suka hati youlah tapi kalau Qis marah, I tak nak campur,” akhirnya Emelda mengalah tetapi wajahnya agak kelat. Airel ketawa kecil. Emelda masih tidak berubah, manja dan suka merajuk. Sikap manja itulah yang memikatnya namun entah di mana silapnya, kasih kepada Emelda sudah pudar dan beralih kepada Qis. Puas dia cuba menepis tetapi akhirnya dia mengalah. Mungkin jodohnya dengan Emelda hanya setakat ini sahaja.

********************************************************

“Emel, you nak pergi mana?” suara itu menghentikan langkah Emelda. Dia menggigit bibir. Benci dengan suara itu.
       “Apa yang you nak, Syam?” tanya Emelda bosan. Syam tersenyum sinis dan mendekatinya.
       “I dengar Airel dah balik. Bila you dan dia nak bercerai?” tanya Syam. Emelda membuka langkah kembali tetapi Syam mengekorinya.
       “You tanyalah kawan baik you tu. I tak nak jawab,” ujar Emelda geram. Syam ketawa kecil.
       “Mestilah. I tak sabar nak you pulang semula kepada I,” selamba Syam menjawab. Emelda menjeling Syam tajam sebelum segera meninggalkan lelaki itu. Dari dulu lagi, Syam sentiasa mengejarnya. Dan sekarang, Syam semakin kuat mendekatinya apabila mengetahui Airel akan pulang dan mereka akan bercerai. Ah, susah!

*******************************************************

Pintu bilik ditutup Emelda lalu dia melangah turun dari tangga. Saat itu dia tersempak dengan Airel yang sedang menaiki tangga. Langkah Emelda terhenti.
       “Kenapa you tidak pergi ke pejabat lagi?” tanya Emelda. Airel turut berhenti melangkah.
       “I tertinggal kunci kereta,” Airel menggaru kepala yang tidak gatal. Emelda tersenyum kecil lalu menghulurkan kunci kereta kepada Airel. Airel menyambut dengan riak terkejut.
       “Lain kali jangan tertinggal lagi tau,” Emelda segera meninggalkan Airel ke dapur untuk bersarapan. Airel mengikuti langkahnya. Sudah hampir sebulan Airel pulang semula ke Malaysia dan tinggal di rumah bersamanya, cuma mereka tidak tidur sebilik. Mama dan papa faham dengan keadaan mereka. Malah, Emelda dan Airel hanya berlagak seperti rakan sahaja.
       “Sudah jumpa kunci keretanya?” tanya papa. Emelda tersenyum lalu duduk di kerusi manakala Airel mengambil tempat di sebelah Emelda.
       “Sudah, papa. Emelda yang tolong ambilkan,” jawab Airel lalu mencapai pinggan berisi nasi goreng yang dihulurkan Emelda. Datuk Rosli dan Datin Sofea tersenyum.
       “Emelda kena pergi dulu,” Emelda bangun dan menyalami ibu dan bapa mertunya.
       “Tak tunggu Airel ke? Boleh pergi sama-sama,” tanya Datuk Rosli. Emelda menggeleng. Kalau boleh dia mahu mengelak pergi bersama Airel ke pejabat walaupun mereka bekerja di tempat yang sama. Dia lebih biasa dengan keretanya sendiri.

****************************************************

“Kau ni bodoh ke?” Linda menepuk dahi Emelda agak kuat. Emelda terjerit kecil.
       “Bodoh apanya?” tanya Emelda bingung. Linda memukul lengannya pula.
       “Yang kau bodoh sangat lepaskan Airel tu, kenapa?!” marah Linda. Emelda tersenyum kecil. Mengerti kenapa Linda marah. Tadi semalam dia mengabarkan kepada Linda tentang hubungannya dengan Airel kini. Sebelum ini dia tidak berpeluang kerana Linda pergi melawat saudaranya di Paris.
       “Dia nak kahwin dengan Qis. Lagipun kami dah tak ada apa-apa perasaan lagi terhadap satu sama lain,” jawab Emelda tenang. Linda memandang matanya tajam.
       “Betul kau dah tak ada perasaan pada dia lagi? Kau jangan nak tipulah, Emelda. Aku tahu tentu kau dapat rasakan cinta itu berputik semula selepas dia pulang, kan? Aku tahu!” Linda berkata tegas. Emelda menunduk. Linda benar. Dia kembali merasakan cintanya kepada Airel sekarang. Dia mula bingung dengan perasaannya sendiri. Dia tidak mahu melepaskan Airel pergi tetapi dia sudah berjanji yang mereka akan bercerai sebaik sahaja Qis pulang.
       “Apa yang boleh aku buat sekarang?” lirih suara Emelda. Linda tersenyum lebar. Emelda pelik.
       “Kau ni pelikla. Kau nikan isteri Airel yang sah. Tak ada susahnya nak dapat dia semula,” mata Linda bersinar saat berkata begitu. Emelda merapati Linda.
       “Apa yang perlu aku buat?”
       “Kau gunalah kelebihan sebagai isteri dia untuk dapatkan dia balik. Nak tau caranya?” tanya Linda. Emeda mengangguk.
       “Kau goda Airel balik,” jawab Linda. Emelda terkejut.
       “Gila. Goda Airel?!” Emelda menggeleng. Linda menarik tangan Emelda kuat.
       “Ini satu-satunya cara agar Airel jatuh hati kepada kau semula. Lagipun kau berhak, kau isterinya,” Linda menyakinkan Emelda. Emelda teragak-agak.
       “Jom kita cari barang-barang untuk mulakan operasi memikat hati Airel semula!” Linda tersenyum nakal lalu menarik tangan Emelda yang masih tergaman mengikutinya.


*************************************************

Assalamualaikum semua. Dah lama kan admin x update blog. Ni cerpen lama. Tak panjang pun. Dalam tiga part je. Mungkin ada yang pernah baca cerpen ni sebab admin pernah post kat website lain atas nama lain. Selamat membaca. ^_^