Jumaat, 21 Ogos 2009

Kasih Tercipta 34



Anis terpaku di situ. Wajahnya kelat sambil matanya memandang tajam pemandangan di hadapannnya ini. Dia betul-betul marah. Dia betul-betul sakit hati!

“Danny, jom balik!” tangan Danny direntap kasar. Danny yang sedang memeluk insan di hadapannya itu kelihatan terkejut.

“Tak nak la mama. Danny nak jumpa uncle kejap. Kejap je,” Danny membuat muka comelnya. Anis mengetap bibir. Geram.

“Danny, dengar cakap mama. Kita balik sekarang!” tangan Danny ditarik kasar. Danny agak menjerit. Belum sempat dia melangkah, jalannya dihadang.

“Encik Daniel, tolong beri laluan. Saya nak cepat ni,” dingin suaranya. Jejaka tegap di hadapannya dipandang tajam. Kalau diikutkan hati yang panas ni, mahu sahaja dia menyimbah air sirap ke mukanya yang terlebih ‘handsome’ tu!

“Anis, Danny
sakit tu!” suara Aiman Daniel sedikit keras sambil memandang Danny. Anis tersentak. Dia menunduk memandang Danny. Kelihatan wajah Danny memerah, keningnya berkerut-kerut. Tangan kecilnya pula asyik menolak tangan Anis yang sedang mencengkam erat tangannya.

“Ops,” Anis segera melonggarkan pegangannya. Dia tidak sedar yang dia menyakiti Danny semata-mata kerana terlalu marahkan lelaki di hadapannya ini!

“Sayang, sakit ke?” pergelangan tangan Danny yang kecil digosok lembut. Dia kemudian terus mendukung Danny. Agak berat. Yelah, Danny makin besar.

“Sakit…” mata anaknya itu berkaca. Anis mengeluh perlahan. Menyesali perbuatannya tadi.
“Mama mintak maaf ya. Jom kita balik,” Anis mula melangkah namun sekali lagi langkahnya dihadang. Kali ini dia betl-betul marah.

“Encik n
ak apa lagi? Tepilah! Kan saya dah kata jangan ganggu saya lagi,” dia mula menengking namun ayat terakhirnya diperlahankan apabila melihat wajah takut Danny. Mungkin anaknya masih takut dengan pertangkaran terakhir mereka.

“Anis, tolonglah jangan berperangai macam budak-budak. Kau menghilang, menyusahkan semua orang!” Aiman Daniel memandangnya bengis. Anis meletuskan tawa. Sinis.

“Saya berperangai macam budak-budak? Suka hati sayalah. Kalau saya nak pergi mana pun. Bukan urusan encik!” Dia berpaling ke belakang. Mahu lari dari jejaka ini tetapi tangannya direntap kasar.

“Anis, jangan degil. Aku bagai nak gila cari kau dua mingg
u ni. Boleh tak kau jangan nak serabutkan kepala aku lagi?” Aiman Daniel meraut rambut. Anis memandang lelaki itu lama. Ah, dia masih sama. Masih kemas dan masih bergaya. Cuma wajahnya saja, macam nak telan orang!

“Siapa suruh encik cari saya? Saya ni kan perempuan murah, encik ada apa-apa urusan ke dengan saya?” Anis berkata sinis. Aiman Daniel menarik nafas panjang. Mungkin mengumpul kesabaran. Dia tidak peduli. Anis merentap tangannya namun pegangan Aiman Daniel terlalu kemas.
“Anis, kita berbincang?” Aiman Daniel merendahkan suaranya. Anis menggeleng. tangannya dicengkam kemas. Sakit.

“Kita berbincang?!” dia mengulangi kata-katanya sedikit keras. Tangan halus Anis dipegang erat.

“Tak nak! Encik, lepaslah!” kali ini suaranya tidak dikawal lagi. Dan serentak itu Danny di dalam dukungannya mula menangis. Anis menarik nafas panjang. Tangannya diretap dan dia mengelap air mata Danny.

“Kenapa encik ni? Asyik nak buat anak saya nangis je!” dia berkata geram. Aiman Daniel menggigit bibir.

“Danny anak aku jugak!” balasnya. Berdesing telinga Anis dibuatnya.

“Siapa kata? Dan..,” tangisan Danny makin kuat. Anis panik. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghentikan tangisan anaknya itu. Tiba-tiba ada tangan mengambil Danny dari dukungannya. Dia terkejut. Puan Sri Maria!

“Kalau kau berdua nak bergaduh, jangan depan anak!” Puan Sri Maria duduk sambil meletakkan Danny di pehanya. Memujuk Danny sehingga tangisan Danny reda. Anis memandang lama. Kedua tangannya meraut wajah.

“Boleh tak jangan ganggu saya lagi? Saya tak kacau encik pun. Tolonglah pergi. Saya dah letih. Betul-betul letih,” Anis merayu. Aiman Daniel turut diam. Dia menarik tangan Anis dan mereka sama-sama duduk. Memerhatikan gelagat Puan Sri Maria dan Danny.

“Aku mintak maaf sebab berkasar tadi. Aku cuma geram. Kau menghilang macam tu saja,” Aiman Daniel memulakan bicara.

“Kalau saya menghilang pun, saya tak salah,” dia membalas. Aiman Daniel menggeleng.

“Kau bawa Danny. Dia anak aku!”

“Anak encik? Dia bukan anak encik. Dari segi hukum dan undang-undang pun dia bukan anak encik. Encik tak ada hak atas dia,” kali ini dia bersuara tenang.

“Dia perlukan papa dia. Kau ingat kau sorang boleh besarkan dia?” wajah Aiman Daniel menegang.

“Encik nampak macam dia kekurangan sesuatu ke? Dia baik-baik aja. Tanpa encik pun, hidupnya lebih baik!” dia membidas. Aiman Daniel menarik tangannya ke pantai. Anis tahu, pasti lelaki ini mahu menengking, menjerit, bla bla bla..

“Kau ni kenapa?!” tengkingnya. Anis tersenyum sinis. Tengok, betul kan tekaannya tadi!

“Kenapa pulak?” dia membuat muka bodoh. Aiman Daniel menyepak pasir di hadapannya.

“Encik ni panas baran, tau tak? Kalau saya serahkan Danny pada encik entah berbirat-birat badannya encik kerjakan!” komennya. Wajah Aiman Daniel terus selop. Dia meraut rambutnya.

“Mana ada aku panas baran? Aku marah je sebab kau ni degil,” jawabnya perlahan. Anis tersenyum. Tak panas baran? Dia melihat tangannya yang dipegang Aiman Daniel tadi. Biru!

“Ala, encik. Mengaku ajalah. Sikap encik ni yang buat orang di sekeliling encik menyampah tau tak. Bukan itu sahaja. Encik ni pentingkan diri, bongkak, perasan hensem, ingat diri sendiri je betul, tak per…”

“Sudah!” dia tersentak. Terkejut apabila bahunya digoncang Aiman Daniel.

“Okay, aku mengaku aku memang panas baran, bongkak, atau apa-apa jelah yang kau sebut tadi. Tapi boleh tak kau beri peluang untuk aku jelaskan semua masalah ni? Bukan kau sorang yang tengah marah, aku pun tengah berapi ni!” bahunya dilepaskan. Anis masih terkejut dengan aksi tiba-tiba tadi. Akhirnya dia menarik nafas panjang. Yalah, sudah sampai masanya dia berhenti melarikan diri. Langsung tidak menyelesaikan masalah.

“Baiklah. Sekarang ni, katalah apa saja,” dia duduk di bangku. Aiman Daniel mengambil tempat di sebelahnya tidak lama kemudian. Kedua tangannya digenggam.

“Aku nak mintak maaf atas apa yang aku buat pada kau dulu. Sungguh, aku memang tak sedar malam tu. Aku mabuk,” katanya. Anis diam. Malas menyampuk.

“Well, aku memang dah agak kau pregnant dulu. Tapi kau cakap kau tak,” kali ini suaranya bertambah perlahan.

“Saya tak cakap sebab saya tahu kalau saya cakap encik pasti suruh saya gugurkan. Saya tak sanggup. Saya cakap pada Mak Timah, Mak Timah cakap pada puan sri, saya kena halau dan sekarang….saya berdiri di sini.
Saya bukan Anis yang dulu, yang senang encik buli,” balasnya agak lembut namun dia dapat melihat wajah Aiman Daniel berubah.

“Mama dah menyesal. Dia sendiri yang beritahu aku pasal Danny,”

“Dari mana puan sri tahu?” Anis segera bertanya.

“Mak Timah,” Anis dan Aiman Daniel serentak berpaling ke suara itu. Puan Sri Maria sedang memimpin Danny di sebelah.

“Pergi kat uncle, sayang,” kata Puan Sri Maria. Anis hanya memandang Aiman Daniel mendukung Danny dan bergerak ke pantai.

“Auntie mintak maaf,” Anis tidak sedar Puan Sri Maria berada di sebelahnya. Wajah Puan Sri Maria ditenung. Dia masih lagi cantik, namun jelas kecantikannya dulu sudah dimamah usia. Cuma satu sahaja yang berbeza. Dia tersenyum! Belum pernah Anis melihat mama Aiman Daniel ini tersneyum. Dulu dia sentiasa bengis.

“Tak ada apa yang hendak dimaafkan, puan sri. Benda dah lama berlalu. Lepaskanlah saya. Saya pinta sangat,” suaranya lemah. Tanpa diduga tangan Puan Sri Maria menepuk-nepuk perlahan bahunya.

“Panggil saja auntie. Auntia tahu Anis dah lama menderita. Auntie cuma nak tebus balik kesalahan kami sekeluarga terhadap Anis. Terhadap Danny. Tak kira apa pun, dia tetap darah daging kami. Kami tak boleh biarkan dia sahaja,” lembut suaranya. Anis menggeleng pantas.

“Tak. Danny anak saya. Encik Daniel tak ada hak atas dia!” Anis mengetap bibir.

“Auntie tahu. Tapi Anis kena faham. Danny makin besar. Apa yang Anis mahu jawab bila Danny persoalkan siapa papa dia pada Anis bila dia dewasa nanti?” tempelak Puan Sri Maria. Anis segera terdiam. Dia memang takutkan soalan itu. Dari dulu lagi dia takut, jika Danny tahu perkara sebenarnya nanti.

“Sebab itu Mak Timah bawa Danny jumpa auntie,” dia meneruskan kata. Anis tersentak. Mak Timah?

“Mak Timah?!” dia segera bangun. Matanya mula berkaca. Sampai hati Mak Timah buat dia begini. Dia percayakan Mak Timah.

“Jangan marah melulu, Anis. Dengar dulu penjelasan auntie,” Puan Sri Maria menarik tangannya. Anis kaku.

“Anis..,” suaranya bernada menegur. Anis duduk dengan wajah kelat.

“Baiklah. Terangkan semuanya. Sekarang!”

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kasih Tercipta 33



Tangan yang dingin dihangatkan dengan hembusan nafasnya. Terasa lega sebentar. Namun kesejukan dan itu tetap mencengkam hingga ke tulang hitamnya.

“Mama, sejuklah,” Danny datang duduk di ribanya. Dia mengesat-ngesat hidungnya yang memerah. Bayu sudah membuat rambut anaknya itu tidak terurus. Anis tersenyum kecil lalu mengelap hidung Danny dengan sapu tangannya.

“Mana jaket Danny?” soal Anis lembut. Danny menuding ke arah sebatang pokok. Anis bangun dan mengambil jaket itu.

“Lain kali jangan tanggalkan. Danny kan ada asma,” Anis mengingatkan sambil memakaikan jaket itu di badan anaknya. Danny hanya mengangguk kecil.

“Jom balik hotel,” Anis memimpin tangan anaknya melewati pasir putih bersih itu. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin dari pantai itu. Berjalan di pinggir pantai ini pada waktu petang memang memberi ketenangan.

“Mama, pantai ini cantik,” Danny memberi komen dengan bibir comelnya. Anis tersenyum dan mengangguk. Dia dapat melihat teruja di raut Danny. Dia mahu sentiasa melihat Danny gembira. Dia mahu sentiasa membahagiakan Danny.

“Mama,” Danny menarik-narik tangannya.

“Ada apa, sayang?” kening Anis diangkat sebelah. Danny memandang mamanya lama.

“Mama, mana Uncle Fariq? Uncle Daniel? Danny rindulah,” Danny merengek-rengek. Anis tersentak. Dia bingung. Tidak tahu mahu menjawab apa terhadap soalan anaknya itu.

“Diorang sibuk, sayang,” dia bersuara memujuk sambil mengusap-ngusap pipi Danny yang mula memerah. Namun anaknya itu memuncungkan bibirnya.

“Asyik sibuk je,” Danny mula menghentakkan kaki. Anis menarik nafas lama. Agak geram dengan perangai Danny tapi hendak dibuat macam mana.

“Dah. Jom kita pergi,” Anis mendukung Danny tapi anaknya itu tetap berwajah masam. Bagaimana mahu memberitahu Danny yang dia takkan pernah berjumpa dengan kedua uncle kesayangannya lagi?

**************************************


Sampai bila awak nak sembunyi?” Fariq bertanya. Anis diam. Malas menjawab soalan itu. Yang penting sekarang dia mahu melarikan diri dari Aiman Daniel. Lelaki itu menakutkan.

“Sampai bila-bila!” Fariq mengeluh saat dia berkata begitu. Namun dia tidak peduli.

“Tak boleh Anis. Awak kena hadapi kenyataan. Awak tak perlu sembunyi. Dia tidak apa-apa hak terhadap Danny,” Fariq memujuk. Anis mengerutkan kening.

“Kenapa awak ni? Saya dan Danny menyusahkan awak ke? Kalau begitu, awak tak perlu lagi pedulikan kami lagi!”

“Anis!” suara Fariq sedikit kuat. Anis mengetap bibir kuat. Tidak tahu bagaimana dia boleh berbicara sekasar itu. Sebaik merenung wajah Fariq yang keruh, dia terasa menyesal. Dia tahu Fariq tersepit antara dia dan Aiman Daniel. Dia tahu Fariq masih sayangkan Aiman Daniel sebagai rakan baiknya. Mereka berkawan sejak kecil. Kerananya, sekarang hubungan mereka…

“Maaf..,” ucapnya perlahan. Fariq menarik nafas panjang sebelum meraut wajah. Lama mereka berdiam begitu.

“Awak ada masalah ke?” duga Anis. Fariq mengangkat wajah namun segera menggeleng.

“Tak adalah. Hm, saya kena pergi sekarang. Jaga diri baik-baik,” Fariq bergegas keluar tanpa memandanganya. Anis sedikit pelik. Apa kena dengan Fariq?

Anis menyandar ke sofa. Dia menumpang ke rumah Maira sekarang namun Maira masih tidak balik lagi. Sejak mula berpacaran dengan seorang ahli perniagaan, sering sahaja Maira pulang lewat. Anis tersenyum kecil bila teringat kegembiraan rakannya itu. tiba-tiba pintu diketuk. Kening Anis berkerut-kerut. Fariq tertinggal sesuatukah?

“Fariq, ada..,” kata-katanya segera terhenti apabila menyedari manusia di hadapannya itu bukan Fariq tapi…mama Fariq!

“Auntie. Macam mana auntie tahu Anis ada di sini?” tanyanya terkejut. Puan Zuria memandangnya tajam. Hati Anis berdebar-debar.

**********************************

“Mama!” teriakan Danny mengejutkannya. Anis segera meraut wajah. Mengapa begitu leka dia mengelamun?

“Kenapa sayang?” Anis menunduk. Danny memuncung mulut.

“Danny lapar,” mata Danny terkebil-kebil. Anis tersenyum. Dia membawa Danny ke restoran yang terdekat. Dia memesan untuk makan malam. Sambil menunggu pesanan, kata-kata Puan Zuria terngiang-ngiang di telinganya.

“Kenapa menipu?” pertanyaan itu mengejutkannya. Dia memandang keliru pada Puan Zuria. Menipu? Bila masa dia menipu?

“Kenapa ni auntie? Anis tak faham,” dia berbicara lembut. Wajah Puan Zuria kelihatan menegang. Anis mengetap bibir.

“Kenapa tak beritahu auntie yang Anis dah ada anak?” kata-kata Puan Zuria bagaikan petir yang tepat mengenai jantungnya. Dia terkedu di situ.

“Danny memang anak Anis. Fariq tak beritahu auntie ke?” dia mencuba bersuara tenang.

“Tak. Kalau dia beritahu, dari dulu lagi auntie tak benarkan Fariq ada hubungan dengan anak auntie. Apa muslihat Anis sebenarnya? Kenapa nak susahkan Fariq dengan anak Anis?” tajam suara Puan Zuria. Anis tersentak. Kata-kata Puan Zuria betul-betul melukakannya? Susahkan Fariq dengan Danny?

“Anis tak ada niat macam tu. Fariq dan Danny dah rapat sej…,”

“Kenapa pentingkan diri, Anis? Fariq boleh dapat jauh lebih baik dari ini. Fariq bujang, kenapa dia harus berkahwin dengan seorang wanita yang sudah dicemari? Seorang wanita yang mempunyai seorang anak luar nikah?!” perlahan suara Puan Zuria tapi sudah cukup membuat hati Anis hancur berkecai. Dia tahu itu, dia sedar diri. Tapi tidak bolehkah dia mahu merasa bahagia bersama Fariq? Salahkah dia menerima huluran cinta Fariq yang sudah lama menantikannya? Salah ke?

“Auntie minta maaf kalau kata-kata auntie agak keterlaluan tapi auntie betul-betul tidak boleh menerima ini. Fariq satu-satunya anak auntie. Auntie dah hilang anak auntie yang lain. Auntie nak yang terbaik untuk anak auntie. Anis, tolonglah faham,” kali ini suara Puan Zuria berubah sayu. Anis menahan air mata yang terasa ingin gugur. Teringat raut keruh Fariq tadi. Inikah masalah yang cuba lelaki itu sembunyikan?

“Auntie nak Anis buat apa?” dia bertanya sebak. Puan Zuria menarik nafas panjang.

“Tinggalkan Fariq!”

************************************



Matanya dikelip-kelip. Air matanya tidak boleh tumpah di sini. Tidak di tempat awam, tidak di hadapan anaknya.

“Mama,” Danny menunjuk-nunjuk pinggan di hadapannya. Anis ketawa kecil. Terlupa pulak. Danny makan mesti bersuap. Yalah, anak kesayangan.

“Buka mulut, sayang,” dia menyuakan sudu ke mulut anaknya. Mulut Danny yang kecil dan comel itu terbuka. Disuapkannya nasi goreng. Danny makan dengan berselera sekali. Anis tersenyum kecil. Dia tiba-tiba teringatkan Fariq dan Maira. Selepas kedatangan mama Fariq dulu, terus dia keluar tanpa memberitahu Fariq. Maira juga diminta merahsiakan kemana dia menghilang. Dia tidak mahu Fariq mencarinya. Dia tidak mahu terus menyusahkan lelaki itu.

“Nenek, uncle!” Danny berteriak riang sambil meluru membelakanginya. Anis terpaku di situ. Tidak berani untuk berpaling. Nenek? Uncle? Ya Allah, tolonglah jangan mereka!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Kasih Tercipta 32



Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur langsung tidak dapat menenangkan resah yang menggila di dadanya sekarang. Matanya dipejam beberapa kali namun lena tidak datang mejenguknya. Akhirnya tangannya hinggap di dahi, memicit kepala yang terasa ingin pecah!

“Encik Daniel,” suara lembut membuatkannya tertaling. Matanya tajam melekap pada wanita yang kelihatan gelisah itu.

“Kenapa encik panggil saya ke sini?” Maira bertanya. Dia tertunduk apabila mata itu masih merenungnya. Berdebar juga hatinya direnung lelaki sekacak itu!

“Anis mana?” dingin suara Aiman Daniel. Maira tersentak namun wajahnya masih ditundukkan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sudah patut bersedia. Dia tahu, pasti lelaki ini akan meminta penjelasan darinya. Akhirnya wajahnya diangkat tenang.

“Kenapa encik hendak tahu?” soalan dibalas dengan soalan. Dia dapat melihat wajah lelaki itu bertukar tegang. Manahan marah barangkali. Dia tidak peduli…

“Kenapa? Ni!” lelaki itu melemparkan sesuatu di atas mejanya keras. Maira mengangkat kening dan mengambil kertas yang direnyuk teruk itu.

“Apa ni?” dia pura-pura bertanya sedangkan dia tahu apa kandungan surat itu. Surat perletakan jawatan Anis! Dia sendiri yang meletakkan kertas itu di meja atasannya ini.

“Awak jangan berlakon. Saya tahu awak yang letak ini atas meja saya. Sekarang baik awak beritahu saya kemana Anis menghilang,” suara itu kedengaran separuh menggugut. Kulitnya yang cerah sudah berubah kemerah-merahan. Maira tersenyum sinis dalam hati. Jangan haraplah, Encik Daniel!

“Maaf, encik. Saya tak tahu,” lembut dan sambil tersenyum dia bersuara. Aiman Daniel segera bagun dan berjalan mundar mandir di sekeliling pejabatnya yang luas itu. Maira hanya memerhati dengan ekor mata.

“Damn it! Aku tahu kau tahu. Jangan nak sorok lagi. Kenapa Anis nak berhenti?” tutur katanya sudah berubah kasar. Maira menarik nafas dalam. Panas baran betul lelaki ini! Kesian Anis…

“Encik, saya betul-betul tak tahu,” Maira tetap bersuara lembut. Kalau tidak difikirkan jejaka ini atasannya, dah lama tengkingannya keluar. Huh!

DUM!!

Mata Maira membulat melihar Aiman Daniel menumbuk dinding. Dia meneguk liur. Kalau Anis di hadapannya sekarang, entah apa yang lelaki ini akan dilakukan. Entah-entah dicekiknya Anis. Ish, teruk betul!

“Maira, tolonglah. Beritahu saya di mana Anis dan Danny. Dah seminggu mereka hilang. Kenama mereka pergi?” suara Aiman Daniel berubah perlahan. Dia terduduk di sofa. Tangannya meraut wajah. Maira terdiam. Dia memandang Aiman Daniel yang tiba-tiba berubah. Sekejap tadi dia bagaikan beruang kelaparan, sekarang ini dia kelihatan lemah dan tidak berdaya. Tidak pernah dia melihat ketuanya sebegini.

“Maaf, encik. Saya tak tahu,” nadanya mendatar. Dia agak kesiankan Aiman Daniel tapi dia juga sedar dia harus menghormati keputusan Anis. Lagipun masalah antara mereka berdua ini terlalu kompleks. Hanya mereka berdua sahaja boleh selesaikan. Namun Anis lebih memilih melarikan diri. Hm, melarikan diri mungkin adalah jalan terbaik…

“Keluar,” arah Aiman Daniel perlahan. Maira mengangguk dan berjalan keluar. Setelah pintu tertutup, Aiman Daniel merebahkan diri di atas sofa. Belakang tangannya diletak ke dahi. Dia terasa letih. Begitu letih. Kenapa Anis sanggup menghukumnya begini? Dia sudah mahu berubah dan menjadi yang terbaik untuk Anis dan Danny tetapi kenapa dia langsung tidak diberikan peluang? Terlalu besarkan kesalahannya sehingga kemaafan itu terlalu mahal harganya?

*******************************
“Apa yang Daniel tanya tadi?” Fariq menghampiri Maira. Maira terdiam.

“Pasal Anis, kan?” Fariq mengangak. Maira mengangguk lambat-lambat. Fariq memalingkan wajahnya ke arah lain. Ekspresi wajahnya berubah.

“Apa yang awak jawab?”

“Saya cakap saya tak tahu,” jawab Maira. Fariq menggigit bibir.

“Dia nampak lain tadi. Mula-mula dia marah-marah. Lepas itu dia macam lemah… Lemah sesangat. Dia macam sangat kehilangan..,” suara Maira perlahan. Kali ini giliran Fariq yang terdiam lama. Matanya memandang ke luar tingkap tetapi siapa yang tahu apa yang ada difikirannya sekarang?

“Abang..,” tangan Fariq dipeluk mesra. Pantas dia pandangannya tumpah pada gadis yang sedang tersenyum manis itu. Senyuman itu dibalas. Hambar..

“Abang temankan Rina beli baju malam ni, boleh?” pinta Rina manja. Fariq masih tersenyum tetapi tangannya merungkai pelukan Rina. Wajah Rina sedikit berubah. Maira segera mengangkat kaki. Tidak mahu terlibat dalam perbualan mereka berdua.

“Maaflah. Malam ni abang ada hal,” Fariq menolak dengan cara baik. Rina menegakkan badan. Matanya tajam memandang orang yang paling dicintainya itu.

“Kenapa? Sibuk nak jumpa Kak Anis?” nada Rina berubah sinis. Fariq memandang ke arah lain. Mahu membuang rasa tidak senang terhadap sepupu kesayangannya ini.

“Kenapa Rina cakap macam tu? Salah ke kalau abang jumpa Kak Anis? Dia kan makwe abang,” sempat dia tersenyum dan mencuit dagu Rina. Rina memasamkan muka. Dia masih dilayan bagaikan budak-budak! Adakah lelaki ini langsung tidak pernah ada perasaan kasih kepadanya? Kasih kepada seorang perempuan, bukan kasih kepada adik!

“Salah! Dia bukan perempuan baik-baik. Kenapa abang nak sangat pada dia?!” suaranya ditinggikan. Dia betul-betul sakit hati pada Anis. Kenapa perempuan itu tak mati sahaja?!

“Apa yang Rina cakap ni?” Fariq masih lagi bersabar dengan kerenah Rina. Namun Rina sudah tidak apat bersabar dengan Fariq.

“Kenapa abang bodoh sangat? Anis tu kan ibu tunggal! Ingat Rina tak tahu? Satu pejabat tahu. Cuma tak ada orang mengumpat dia depan-depan!”

“Rina!” kali ini Fariq sedikit menengking. Dia betul-betul terkejut. Jika betul kata Rina betul, siapa yang memberitahu? Siapa yang menyebarkan?

“Abang tak nak Rina cakap Kak Anis macam-macam. Abang sayangkan dia seadanya dia dan abang akan selamanya begitu,” Fariq segera berlalu. Dia tidak mahu kesabarannya berkecai di hadapan Rina. Akibatnya pasti teruk!