Sabtu, 8 Ogos 2009

Kasih Tercipta 33



Tangan yang dingin dihangatkan dengan hembusan nafasnya. Terasa lega sebentar. Namun kesejukan dan itu tetap mencengkam hingga ke tulang hitamnya.

“Mama, sejuklah,” Danny datang duduk di ribanya. Dia mengesat-ngesat hidungnya yang memerah. Bayu sudah membuat rambut anaknya itu tidak terurus. Anis tersenyum kecil lalu mengelap hidung Danny dengan sapu tangannya.

“Mana jaket Danny?” soal Anis lembut. Danny menuding ke arah sebatang pokok. Anis bangun dan mengambil jaket itu.

“Lain kali jangan tanggalkan. Danny kan ada asma,” Anis mengingatkan sambil memakaikan jaket itu di badan anaknya. Danny hanya mengangguk kecil.

“Jom balik hotel,” Anis memimpin tangan anaknya melewati pasir putih bersih itu. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin dari pantai itu. Berjalan di pinggir pantai ini pada waktu petang memang memberi ketenangan.

“Mama, pantai ini cantik,” Danny memberi komen dengan bibir comelnya. Anis tersenyum dan mengangguk. Dia dapat melihat teruja di raut Danny. Dia mahu sentiasa melihat Danny gembira. Dia mahu sentiasa membahagiakan Danny.

“Mama,” Danny menarik-narik tangannya.

“Ada apa, sayang?” kening Anis diangkat sebelah. Danny memandang mamanya lama.

“Mama, mana Uncle Fariq? Uncle Daniel? Danny rindulah,” Danny merengek-rengek. Anis tersentak. Dia bingung. Tidak tahu mahu menjawab apa terhadap soalan anaknya itu.

“Diorang sibuk, sayang,” dia bersuara memujuk sambil mengusap-ngusap pipi Danny yang mula memerah. Namun anaknya itu memuncungkan bibirnya.

“Asyik sibuk je,” Danny mula menghentakkan kaki. Anis menarik nafas lama. Agak geram dengan perangai Danny tapi hendak dibuat macam mana.

“Dah. Jom kita pergi,” Anis mendukung Danny tapi anaknya itu tetap berwajah masam. Bagaimana mahu memberitahu Danny yang dia takkan pernah berjumpa dengan kedua uncle kesayangannya lagi?

**************************************


Sampai bila awak nak sembunyi?” Fariq bertanya. Anis diam. Malas menjawab soalan itu. Yang penting sekarang dia mahu melarikan diri dari Aiman Daniel. Lelaki itu menakutkan.

“Sampai bila-bila!” Fariq mengeluh saat dia berkata begitu. Namun dia tidak peduli.

“Tak boleh Anis. Awak kena hadapi kenyataan. Awak tak perlu sembunyi. Dia tidak apa-apa hak terhadap Danny,” Fariq memujuk. Anis mengerutkan kening.

“Kenapa awak ni? Saya dan Danny menyusahkan awak ke? Kalau begitu, awak tak perlu lagi pedulikan kami lagi!”

“Anis!” suara Fariq sedikit kuat. Anis mengetap bibir kuat. Tidak tahu bagaimana dia boleh berbicara sekasar itu. Sebaik merenung wajah Fariq yang keruh, dia terasa menyesal. Dia tahu Fariq tersepit antara dia dan Aiman Daniel. Dia tahu Fariq masih sayangkan Aiman Daniel sebagai rakan baiknya. Mereka berkawan sejak kecil. Kerananya, sekarang hubungan mereka…

“Maaf..,” ucapnya perlahan. Fariq menarik nafas panjang sebelum meraut wajah. Lama mereka berdiam begitu.

“Awak ada masalah ke?” duga Anis. Fariq mengangkat wajah namun segera menggeleng.

“Tak adalah. Hm, saya kena pergi sekarang. Jaga diri baik-baik,” Fariq bergegas keluar tanpa memandanganya. Anis sedikit pelik. Apa kena dengan Fariq?

Anis menyandar ke sofa. Dia menumpang ke rumah Maira sekarang namun Maira masih tidak balik lagi. Sejak mula berpacaran dengan seorang ahli perniagaan, sering sahaja Maira pulang lewat. Anis tersenyum kecil bila teringat kegembiraan rakannya itu. tiba-tiba pintu diketuk. Kening Anis berkerut-kerut. Fariq tertinggal sesuatukah?

“Fariq, ada..,” kata-katanya segera terhenti apabila menyedari manusia di hadapannya itu bukan Fariq tapi…mama Fariq!

“Auntie. Macam mana auntie tahu Anis ada di sini?” tanyanya terkejut. Puan Zuria memandangnya tajam. Hati Anis berdebar-debar.

**********************************

“Mama!” teriakan Danny mengejutkannya. Anis segera meraut wajah. Mengapa begitu leka dia mengelamun?

“Kenapa sayang?” Anis menunduk. Danny memuncung mulut.

“Danny lapar,” mata Danny terkebil-kebil. Anis tersenyum. Dia membawa Danny ke restoran yang terdekat. Dia memesan untuk makan malam. Sambil menunggu pesanan, kata-kata Puan Zuria terngiang-ngiang di telinganya.

“Kenapa menipu?” pertanyaan itu mengejutkannya. Dia memandang keliru pada Puan Zuria. Menipu? Bila masa dia menipu?

“Kenapa ni auntie? Anis tak faham,” dia berbicara lembut. Wajah Puan Zuria kelihatan menegang. Anis mengetap bibir.

“Kenapa tak beritahu auntie yang Anis dah ada anak?” kata-kata Puan Zuria bagaikan petir yang tepat mengenai jantungnya. Dia terkedu di situ.

“Danny memang anak Anis. Fariq tak beritahu auntie ke?” dia mencuba bersuara tenang.

“Tak. Kalau dia beritahu, dari dulu lagi auntie tak benarkan Fariq ada hubungan dengan anak auntie. Apa muslihat Anis sebenarnya? Kenapa nak susahkan Fariq dengan anak Anis?” tajam suara Puan Zuria. Anis tersentak. Kata-kata Puan Zuria betul-betul melukakannya? Susahkan Fariq dengan Danny?

“Anis tak ada niat macam tu. Fariq dan Danny dah rapat sej…,”

“Kenapa pentingkan diri, Anis? Fariq boleh dapat jauh lebih baik dari ini. Fariq bujang, kenapa dia harus berkahwin dengan seorang wanita yang sudah dicemari? Seorang wanita yang mempunyai seorang anak luar nikah?!” perlahan suara Puan Zuria tapi sudah cukup membuat hati Anis hancur berkecai. Dia tahu itu, dia sedar diri. Tapi tidak bolehkah dia mahu merasa bahagia bersama Fariq? Salahkah dia menerima huluran cinta Fariq yang sudah lama menantikannya? Salah ke?

“Auntie minta maaf kalau kata-kata auntie agak keterlaluan tapi auntie betul-betul tidak boleh menerima ini. Fariq satu-satunya anak auntie. Auntie dah hilang anak auntie yang lain. Auntie nak yang terbaik untuk anak auntie. Anis, tolonglah faham,” kali ini suara Puan Zuria berubah sayu. Anis menahan air mata yang terasa ingin gugur. Teringat raut keruh Fariq tadi. Inikah masalah yang cuba lelaki itu sembunyikan?

“Auntie nak Anis buat apa?” dia bertanya sebak. Puan Zuria menarik nafas panjang.

“Tinggalkan Fariq!”

************************************



Matanya dikelip-kelip. Air matanya tidak boleh tumpah di sini. Tidak di tempat awam, tidak di hadapan anaknya.

“Mama,” Danny menunjuk-nunjuk pinggan di hadapannya. Anis ketawa kecil. Terlupa pulak. Danny makan mesti bersuap. Yalah, anak kesayangan.

“Buka mulut, sayang,” dia menyuakan sudu ke mulut anaknya. Mulut Danny yang kecil dan comel itu terbuka. Disuapkannya nasi goreng. Danny makan dengan berselera sekali. Anis tersenyum kecil. Dia tiba-tiba teringatkan Fariq dan Maira. Selepas kedatangan mama Fariq dulu, terus dia keluar tanpa memberitahu Fariq. Maira juga diminta merahsiakan kemana dia menghilang. Dia tidak mahu Fariq mencarinya. Dia tidak mahu terus menyusahkan lelaki itu.

“Nenek, uncle!” Danny berteriak riang sambil meluru membelakanginya. Anis terpaku di situ. Tidak berani untuk berpaling. Nenek? Uncle? Ya Allah, tolonglah jangan mereka!

13 ulasan:

  1. whoaaaaa....
    daniel n mama dye ker..?
    suspen2..
    ngeeeee...
    bgla chance kat daniel..
    danny syg sgt n ske je kat daniel n nenek dye..
    biakan fariq tuh..
    mama dye pon xske anis..
    huhu..
    nk aiman daniel n anis..

    BalasPadam
  2. mama fariq dtg jumpe anis ke
    adehhh.
    yesyes daniel n mama die dtg.sukesuke
    ketemu juga.
    anis give chance kat daniel.
    die dh berubah.
    fariq mgkn bukan utk anis.
    nak anis daniel
    ahakzzz.-na'dz

    BalasPadam
  3. waa, makin suspen je,
    cemana mama fariq tahu yg danny anak luar nikah??
    cepat sambung

    BalasPadam
  4. msti rina yg bgtau mama fariq....
    tp bgs jgk kalo fariq dh blah...
    bley la anis dgn daniel...
    danny pun suka ja kat uncle daniel dia 2...
    hehehe

    BalasPadam
  5. aha..
    mkn saspen la..

    BalasPadam
  6. mntk2 la daniel...
    kwin je la anis ngn daniel...
    da mmg daniel papa danny...

    BalasPadam
  7. stop kat part yg suspen plak..
    xpe2...sambung lagi yer nnti..panjang2 tau..
    xsabar nak tau sambungan nya..

    BalasPadam
  8. sokong2..
    kawinkan je anis n daniel...
    sweet je kalau jadi 2 org tue...

    BalasPadam
  9. hehe...
    anis kwin je la ngn daniel 2..
    daniel pn dh berubh 2..
    gpn mk fariq xnk trime anis..
    ble deorg nk kwin..
    danny pn suke je ngn daniel..
    cpt2 ye smbg

    BalasPadam
  10. baik nn daniel je.. mama fariq xsuke
    kalo kawin kang lg susah plak..
    kao ngn mama daniel dh ok.. so, ok la tu
    bangzai3

    BalasPadam
  11. uikkk....dpt gak nenek dan bapa biologi Danny cari Anis & Danny. so sweet.

    nak lagiii

    BalasPadam
  12. hu~
    neh msti daniel ngan mama dya kan??!!
    hak3..

    BalasPadam
  13. x kan la fariq ngan mama die...

    myb daniel...
    dlm jht2 daniel...
    still nak ending anis with daniel...
    x tau naper...

    BalasPadam