Jumaat, 24 Julai 2009

Kasih Tercipta 31



“Fariq..Tolong..tolong saya,” suara Anis tersekat-sekat. Sesekali terdengar esakan halus. Fariq kerisauan.

“Anis, kenapa ni? Kenapa awak menangis? Ada apa ni?” soalnya bertubi-tubi. Langkahnya pantas menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan dan dia memecut ke lebuh raya. Dia risau mendengar esakan Anis dari tadi. Belum pernah dia melihat Anis menangis, dan sekarang Anis bagaikan tidak terkawal lagi. Kelajuan kereta dipercepatkan. Telefon tidak lepas dari telinganya.

“E..encik Daniel. Dia..dia dah tahu. Dia dah tahu..,” esakan Anis semakin kuat. Fariq tersentak. Daniel tahu? Tahu apa?

“Anis, bertenang. Saya akan sampai tak lama lagi. Please, jangan buat perkara bodoh. Tunggu saya,” telefon dimatikan dan dilempar ke tempat duduk sebelah. Tiba-tiba dia matanya menangkap kereta mewah Aiman Daniel dari arah bertentangan. Wajahnya mula menegang. Serentak itu dia menukar haluan. Dia menekan pedal minyak mengejar kereta itu. Tangannya cekap mengawal stereng. Dia menjeling ke arah Aiman Daniel di saat ingin memintas. Rakannya itu kelihatan terkejut tetapi ekspresi wajahnya terus bertukar
tegang juga.
*************************************************


Aiman Daniel menekan kuat pedal minyak. Tangannya ligat mengawal stering. Dia tidak akan membiarkan Fariq memintas keretanya. Dia sudah lupa, aku jaguh lumba kereta? Saat kereta mereka bersebelahan, matanya tajam menjeling Fariq yang turut memandangnya marah. Apa yang merasuk Fariq sehingga sanggup mengejar keretanya? Adakah Anis sudah memaklumkan Fariq tentang kenyataannya tadi.
Serentak itu api marahnya menyala-nyala. Terus dia menekan brek pantas. Dia memerhatikan Fariq mengawal cekap stereng kereta agar tidak melanggarnya. Akhirnya kedua kereta tersandar di tepi jalan. Aiman Daniel meluru keluar. Pintu kereta dihempas kasar. Fariq turut keluar. Wajahnya jelas kesan tegang.

“Hei, kenapa dengan kau ni?!” tanyanya kasar. Hatinya masih sakit dengan pertengkaran dengan Anis tadi. Fariq diam. Aiman Daniel langsung tidak menyangka Fariq mencekak kolar kemejanya dan di tolak kasar ke kereta.

“Kenapa? Aku yang patut tanya kau. Apa yang kau dah buat pada Anis?” Fariq menengking. Aiman Daniel tersenyum sinis. Betullah tekaannya. Anis sudah memaklumkan Fariq tentang pertengkaran mereka.

“Bukan urusan kau!” serentak itu dia terjatuh ke tanah. Tangannya memegang rahang yang sakit. Darah di bibirnya dikesat.

“Hei, aku bagi amaran pada kau. Jangan ganggu Anis lagi!” kasar suara bekas kawan baiknya itu. Aiman Daniel tidak menyangka, kerana Anis persahabatannya dengan Fariq kini hampir berkecai. Bagaimana dia mahu menjernihkannya kembali?

“Calm down, Fariq. Aku tak ada niat tak baik dengan Anis. Aku cuma nak dapatkan hak aku aja,” suaranya diperlahankan. Fariq membuntangkan mata memandangnya.

“Hak? Hak apa?!” Aiman Daniel mengeluh apabila Fariq masih lagi menengking. Dia bangun dan membetulkan kemejanya. Mata mereka bertentangan tajam.

“Anak aku, Danny!” saat itu Fariq kaku. Wajahnya jelas ekspresi terkejut yang amat sangat. Seketika kemudian Fariq meraut wajah lama.

“Macam mana kau tahu?” nada Fariq rendah. Aiman Daniel lega Fariq sudah dapat mengawal marahnya. Dia menyandarkan tubuhnya ke kereta.

“Dari mama aku dan Mak Timah,”

“Mak Timah?” kening Fariq berkerut. Aiman Daniel mengangguk kecil. Teringat kali pertama mamanya bercerita tentang Danny kepadanya.

“Mak Timah yang beritahu mama aku. Pada mulanya mama tak percaya tapi lepas Mak Timah bawa Danny jumpa dengan mama, mama mula percaya,” ucapnya tenang. Fariq kembali tegang.

“Hei, itu bukan bukti kukuh Danny tu anak kau!” tempelak Fariq.

“Memanglah. Aku pun tak akan percaya kalau setakat tu aja!” Aiman Daniel tersenyum sinis.

“Habis?!” keras suara Fariq. Aiman Daniel meraut rambutnya.

“Mama buat ujian DNA. Dah memang sah Danny tu anak aku!” dia menjeling Fariq. Jejaka itu memandang hadapan tanpa berkelip. Bagaikan sedang memikirkan sesuatu.

“Jadi?” Aiman Daniel mengetap bibir. Apa maksud pertanyaan itu?

“Aku nak anak aku. Aku nak hak aku!” nekad suaranya. Tiba-tiba Fariq ketawa. Aiman Daniel tercegang. Ketawa sinis..

“Kau tak ada hak terhadap Danny,” nada Fariq seakan mengejek. Aiman Daniel menggenggam tangannya kuat. Dia tahu itu. Dia tahu dia tidak berhak terhadap Danny tapi..

“Boleh tak kau lepaskan Anis?” tenang sahaja Aiman Daniel bertanya itu namun Fariq terus memandangnya tajam.

“Tak akan. Never!” Fariq menengking keras. Aiman Daniel meraut rambut sekali lagi. Dia tahu Fariq akan berriaksi begini tapi apa lagi pilihan yang dia ada? Untuk mendapatkan Danny, dia perlu mengahwini Anis. Dan untuk mengahwini Anis, dia perlu merampas Anis daripada Fariq terlebih dahulu.

“Selepas apa yang kau buat pada Anis sebelum ini, kau ingat senang-senang aje aku akan serahkan Anis pada kau?!” badannya ditolak kasar. Aiman Daniel menepis.

“Aku akan berubah. Kau bagilah peluang untuk aku balas balik semua perbuatan aku pada mereka!”

“Macam mana dengan Stephanie?” tiba-tiba Fariq bertanya itu. Aiman Daniel terkelu. Dia terlupa. Stephanie! Apa yang akan terjadi kalau dia memilih Anis? Mana boleh dia mencampak Stephanie keluar dari hidupnya begitu sahaja. Stephanie…

“Sudahlah! Aku tahu kau takkan pernah berubah!” pantas Fariq kembali ke keretanya. Aiman Daniel hanya mampu memandang kereta Fariq hilang dari pandangan.
******************************************


Air mata dikesat dengan jari runcingnya. Dia terasa bodoh pula. Buat apa dia menangis kerana lelaki itu? Dia tidak akan serahkan Danny kepadanya. Walaupun dia kehilangan segalanya, dia tidak akan rela kehilangan Danny.

“Sayang,” rambut Danny dielus-elus perlahan. Danny tertidur kembali setelah penat menangis. Nampaknya Danny betul-betul ketakutan dengan pertengkaran mereka. Dia tidak patut lupa kehadiran Danny tadi. Kesian anaknya ini..

“Mama,” Anis memandang mata bulat Danny yang terbuka. Dia tersenyum kecil. Pipi anaknya itu diusap.

“Tidurlah. Dah lewat ni,” dia bersuara lembut. Danny mengebil-ngebilkan matanya.

“Tangan mama..darah,” Danny memangang tangan Anis dengan tangan kecilnya. Anis mengamati tangannya. Dia terlupa. Tangannya yang terluka tadi. Sekarang darah itu sudah kering. Anis tersenyum.

“Mama terhiris dengan pisau tadi. Mama tak apa-apa. Danny tidur ya,” pipi anaknya itu dicium. Danny mengangguk. Matanya dipejam. Anis menarik nafas lega. Tiba-tiba mata Danny terbuka kembali.

“Mama, tadi Danny dengar. Uncle Daniel papa Danny, kan?” saat Danny bertanya itu, Anis merasakan dirinya bagaikan dirempuh lori. Dia terkelu!


Jumaat, 17 Julai 2009

Kasih Tercipta 30


Anis memotong bawang berhati-hati. Dia harus cepat dan memasak. Hari sudah lewat. Tangannya pantas bergerak. Sesekali dia menjenguk ke arah Danny yang sedang leka dengan botol susunya. Anis tersenyum. Danny begitu sayangkan botol susunya. Dia lansgung tidak meninggalkan tabiat minum susunya. Anis dan Mak Timah cuba menukar tabiat itu. Mengajar Danny minum susu dengan menggunakan gelas tetapi sebaliknya Danny muntah sebaik minum.

“Auch!” tangannya ditarik pantas. Dia melihat lelehan darah di jarinya, kesan daripada hirisan pisau. Serta-merta dia bergerak ke sinki untuk mencuci darah yang agak banyak. Kepala paip dipegang. Belum sempat dia berbuat apa-apa, pintu diketuk. Anis terkesima sebentar. Ketukan di pintu bertambah kuat. Anis mengetap bibir. Dia segera menuju ke pintu dengan tangannya yang berdarah. Sempat dijelingnya Danny kembali. Anaknya itu sedang tidur. Begitu polos.

“A..ap,” suaranya tersekat di kerongking. Dia memandang Aiman Daniel yang sedang merenungnya tajam. Dadanya terasa berdebar tiba-tiba. Bagaikan perkara buruk yang akan berlaku. Lama dia dan Aiman Daniel berdiri di situ. Sambil memandang mata masing-masing dengan fikiran yang berbeza.

“Apa yang encik buat di sini? Kalau encik nak bincang pasal kerja, saya rasa ini bukan masa yang sesuai,” Anis bersuara sebaik sahaja mendapat kembali ketengangan di dalam dirinya. Mata dialihkan dariupada terus merenung wajah kacak Aiman Daniel. badannya disandarkan ke pintu.

“Aku bukan nak bincang pasal kerja,” suara Aiman Daniel kedengaran menakutkan. Anis tersentak. Dia meneguk liur dan menarik nafas panjang.

“Kalau macam tu, saya tak nampak apa perlunya encik berada di rumah saya sekarang. Saya harap encik beredar,” pintu cuba ditutup tetapi Aiman Daniel menolak kasar. Anis tertolak ke belakang. Wajahnya kelihatan terkejut dnegan tingkah Aiman Daniel yang tiba-tiba.

“Kenapa dengan encik ni? Keluar dari rumah saya sekarang!” suara Anis mula tegang namun segera dia kawal. Danny sedang tidur. Namun lelaki itu seperti pekak. Dia langsung tidak memperdulikan wajah tegang dan merahnya sebaliknya Aiman Daniel menerpa ke arah Danny. Dia melutut di sisi sofa dan memerhatikan Danny tidur. Tangannya mengusap-ngusap rambut Danny. Aiman Daniel mengetap bibir. Betapa dia rindukan Danny. Dia mahu berada di sisi anaknya selalu.

“E..encik,” Anis bernafas kencang. Dia betul-betul tidak sedap hati melihat kelakuan Aiman Daniel yang pelik itu. Dia berdiri di situ. Memerhatikan tingkah Aiman Daniel untuk beberapa ketika. Tiba-tiba Aiman Daniel bangun dan menuju ke arahnya.

“Kita kahwin?” soalan itu terlontar dari bibir jejaka di hadapannya. Anis terlopong.

“Apa??!!” matanya membulat memandang Aiman Daniel. Jejaka itu kelihatan tenang. Anis segera menggelengkan kepalanya pantas.

“Jangan hendak buat lawak, encik!” Anis menahan rasa amarah yang mula timbul. Ini bukan masanya hendak bergurau!

“Aku tak buat lawak. Aku serius! Kahwin dengan aku,” tangan Anis digenggam. Anis betul-betul terpana. Apatah lagi melihat wajah Aiman Daniel yang kelihatan nekad.

“Encik tahu tak saya ni bakal isteri kawan baik encik? Sekarang ni, lebih baik encik keluar dari sini sebelum saya panggil polis. Lepaslah!” Anis berusaha merungkai pegangan Aiman Daniel tetapi jejaka itu terlalu kuat untuknya. Terasa sakit tangan kecilnya digenggam. Dia menjeling Danny yang sedang tidur di sofa. Dia tidak mahu Danny tersedar dan melihat pertengkarannya dengan Aiman Daniel.

“Aku takkan lepaskan kau sebelum kau setuju kahwin dengan aku,” tubuh Anis ditolak ke dinding. Hati Anis berdebar kencang sehingga terasa menyakitkan.

“Kenapa dengan encik ni?! Dah terdesak sangat ke? Kenapa encik nak paksa saya kahwin dengan encik?!” Anis cuba memberanikan diri merenung wajah Aiman Daniel yang tegang. Lelaki itu mendekatkan wajahnya ke arahnya. Anis mengetap bibir. Dia mahu lari tetapi dinding di belakang menyekat laluannya.

“Sebab Danny anak aku!” tengking Aiman Daniel. Anis terpaku. Suara Aiman Daniel tadi bagaikan halilintar mengenai tubuhnya. Dia bernafas kencang. Wajahnya digeleng-geleng pantas. Dari mana dia tahu? Bertahun dia cuba merahsiakannya. Dari mana Aiman Daniel tahu?

“Jangan mengarut, encik! Danny anak saya!” kali ini rontaannya bertambah kuat. namun Aiman Daniel membalas dengan memegangnya dengan lebih kuat. Terasa sakit bahunya.

“Aku tahu Danny anak aku. Ujian DNA sudah membuktikannya. Kau tak boleh nak sorok lagi, Anis. Aku mahukan anak aku!” Aiman Daniel bersuara kasar. Anis tersentak. Serentak itu..

PANGG!!!

Aiman Daniel terdorong ke belakang. Matanya terbeliak dengan tamparan Anis yang tiba-tiba. Dia betul-betul tidak terduga. Anis pula merenung Aiman Daniel dengan pandangan tajam. Wajahnya merah menahan marah.

“Dia anak saya! Encik tak ada hak atas dia!” kali ini giliran Anis pula menengking. Aiman Daniel betul-betul terkejut. Selama dia menyeksa dan mengenakan Anis, belum pernah dia melihat Anis semarah ini. Dia menarik nafas panjang. Tali leher yang terasa menjeruk lehernya tiba-tiba, dilonggarkan.

“Dia anak aku jugak. Sampai bila-bila pun kau takkan boleh ubah kenyataan itu,” suaranya diturunkan. Matanya memandang Anis yang mencebikkan bibirnya.

“Anak encik? Tak malu ke encik mengaku Danny tu anak encik? Kan dia anak luar nikah saya dengan lelaki lain? Lagi satu, tak malu ke ajak perempuan murahan macam saya ni kahwin? Jatuhlah reputasi encik!” tempelak Anis kasar. Aiman Daniel mengetap bibir. Kata-katanya dulu menjeratnya kembali.

“Aku tahu aku salah. Aku mintak maaf. Apa kata kita berdamai?” ujar Aiman Daniel. Dia bergerak merapati Anis. Namun sekali lagi..

PANGGG!

“What the…!!!” Aiman Daniel sekali lagi berundur ke belakang. Dia menggerakkan rahangnya yang terasa kebas. Matanya tajam merenung Anis. Tindakannya sudah melampau.

“Ini bukan apa-apa berbanding apa yang telah encik buat dalam hidup saya! Encik musnahkan hidup saya dan dengan mudahnya encik cop saya sebagai perempuan murahan. Saya malu! Semua orang pandang serong pada saya sedangkan ini bukan salah saya! Salah encik tapi encik bolah bersenang-senang saja. Encik tahu tak betapa menderitanya saya selama ini? Betapa susahnya hidup saya selama ini?! Encik takkan boleh bayangkan. Dan sekarang encik suruh saya lupakan! Takkan. Saya takkan pernah lupakan!” Anis menjerit bagaikan histeria. Aiman Daniel melulu ke arah Anis dan mencengkam bahunya.

“Sebab itu aku mahu tebus balik apa yang aku buat dulu. Beri aku peluang!” Aiman Daniel hanya membiarkan Anis memukul-mukul dadanya dengan tangan halusnya. Dia harus mententeramkan Anis.

“Tiada peluang untuk orang macam encik! Sekarang keluar dari sini dan jangan muncul dalam hidup kami berdua lagi!” Anis menerit. Dia betul-betul marah dengan jejaka ini. Jangan ingat dia akan senang-senang melupakan apa yang telah Aiman Daniel lakukan di atas hidupnya.

“Danny anak aku. Aku papanya!” cengkaman Aiman Daniel bertambah kuat. Dia geram dengan kedegilan perempuan ini. Susah sangat ke menerimanya? Kalau perempuan lain, sudah tentu menangis gembira apabila dilamar olehnya. Tetapi Anis tidak. Malah dia ditampar dua kali. Aiman Daniel menggerakkan rahangnya apabila teringat tamparan Anis. Sakit lorr!

“Danny tak ada ayah yang tak guna macam encik ni! Saya rasa kalau dia tak tahu, lebih baik!” balas Anis geram. Aiman Daniel menjeling Anis tajam. Tahap kesabarannya sudah mencapai hadnya.

“Aku ada hak atas Danny! Baik kau jangan bermimpi hendak kahwin dengan Fariq. Kau akan jadi milik aku. Kau takkan terlepas daripada aku, selamanya! ” Aiman Daniel tersenyum sinis. Anis menggigit bibir marah. Tangannya diangkat untuk menampar Aiman Daniel untuk kali ketiga tetapi dihalang kejap dengan tangan kasar Aiman Daniel. Lelaki itu menggenggam tangannya kuat. Tidak rela pipinya ditampar lagi.

“Encik, lepaslah. Sakit!” Anis mengaduh sakit. Aiman Daniel tidak peduli. Kedegilan perempuan ini betul-betul mencabar egonya. Belum pernah dia ditampar seumur hidup, dan Anis pula menamparnya dua kali!

“Aku takkan lepaskan. Kau..” tiba-tiba kata-kata Aiman Daniel terhenti. Rontaan Anis juga terhenti tiba-tiba. Mereka berdua memandang ke arah kanan. Danny sedang duduk di atas sofa sambil menangis teresak-esak. Matanya memandang mama dan unclenya yang asyik bertengkar sejak tadi. Anis dan Aiman Daniel terpana. Mereka lupa pada Danny yang sedang tidur di sofa. Tentu Danny terkejut dan takut melihat pertengkaran mereka tadi.

“Mama..mama. Mama,” Danny terus menangis. Anis melepaskan pegangan Aiman Daniel yang sudah longgar dan meluru ke arah Danny. Anaknya itu segera didukung. Kepala dan belakang Danny diusap-usap. Berusaha menghentikan tangisan Danny yang makin kuat. Anis mengetap bibir. Rasa marah dan geram membuatkan dia terasa ingin menangis.


“Sayang, jangan nangis. Mama ada di sini,” Anis cuba memujuk. Dia menyeka air mata yang mula mengalir di pipinya. Akhirnya dia terduduk di sofa. Air matanya mengalir deras. Dia betul-betul kalah sekarang. Dia tidak sanggup lagi menghadapi ini semua.

Aiman Daniel pula terpaku di situ. Hatinya sakit melihat air mata Anis dan Danny mengalir. Dia mahu membalas balik kesalahannya tetapi dia hanya membuat Anis lebih terluka. Lihatkah air mata yang keluar dari mata cantik Anis itu. Dan lihatkah betapa takutnya Danny dengan pertengkaran mereka berdua tadi.

“Encik, keluar,” lemah suara Anis sambil cuba menahan air matanya dari terus mengalir. Aiman Daniel terpaku di situ. Akhirnya dia melangkah keluar dengan langkah yang lemah. Air mata Anis semakin lebat…

Sabtu, 4 Julai 2009

Kasih Tercipta 29


Anis melangkah pantas. Fariq di belakang yang cuba mengejar tidak diperdulikan. Dia betul-betul geram dengan Fariq.

“Anis, dengar dulu penjelasan saya,” Fariq mencapai tangan Anis. Takut dia melarikan diri lagi.

“Tak nak. Awak ni memang nak buat saya marah. Kenapa awak cakap macam tu?!” Anis mengetap bibir. Fariq dipandanganya tajam namun jejaka itu hanya tersenyum.

“Sebab saya memang bermaksud begitu. Saya memang mahukan awak menjadi isteri saya,” lembut suara Fariq. Anis tersentak. Dia terdiam

“Tapi saya tak beritahu jawapan apa-apa lagi,” perlahan suara Anis. Fariq membawa Anis ke keretanya. Di dalam dia memegang erat tangan Anis.

“Tapi saya dah tahu jawapan awak,” Fariq memandangnya lama. Anis mengerutkan kening.

“Macam mana awak tahu?” kali ini sebelah keningnya diangkat. Fariq ketawa kecil. Comel sungguh apabila Anis melakukan itu.

“Apa yang kelakar sangat?!” lengan Fariq dicubit geram. Segera jejaka itu mengaduh kesakitan.

“Mak oi, adik beradik ketam batu ke ni? Habislah saya bila kahwin dengan awak. Asyik kena cubit je,” Fariq tersengeh sambil mengusap lengannya. Anis menjeling.

“Siapa nak kahwin dengan awak?!” dicebikkan mulutnya. Fariq tersenyum.

“Awaklah,” Fariq segera mengelak apabila tangan Anis mencari lengannya yang hendak dicubit. Tangan Anis digenggam erat.

“Awak, saya betul-betul ikhlas menyayangi awak dan Danny. Saya tak tipu. Terimalah saya,” kali ini renungan Fariq redup menusuk ke hatinya. Anis memandang Fariq lama. Mencari keikhlasan di situ. Akhirnya dia tersenyum dan mengangguk kecil. Fariq tersenyum riang. Hampir saja tubuh Anis dipeluk erat!

**************************************


“Kenapa dengan you ni? Dari tadi asyik diam je,” rungut Stephanie apabila mereka sampai di kondominiumnya. Aiman Daniel yang sudah merebahkan badannya di atas sofa kelihatan kaku. Stephanie segera merapatinya.

“Hei, you dengar tak apa yang I cakap tadi?!” geram nada suara Stephanie sambil dia menampar kuat lengan Aiman Daniel. Jejaka itu kelihatan tersentak.

“Er, apa yang you cakap tadi?” pertanyaan Aiman Daniel menaikkan darahnya. Cushion di tangan segera dilempar kuat ke wajah Aiman Daniel yang terpinga-pinga. Ish, geram betul!

“Hei, apa ni?!” Aiman Daniel bersuara sedikit keras. Stephanie memeluk tubuh lalu merebahkan badannya di sebelah Aiman Daniel. Wajahnya kelat, mulutnya memuncung. Aiman Daniel segera bangun dan menuju ke pintu.
“You nak pergi mana tu?!” Stephanie mengekori langkahnya. Aiman Daniel meraut wajah lalu memandang malas Stephanie. Dia betul-betul malas sekarang. Dia pening. Dia hanya mahu merehatkan badannya dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya. Kata-kata Fariq tadi betul-betul mengejutkannya!

“I nak balik,” segera dia keluar. Bersama Stephanie, kepalanya bertambah sakit. Apatah lagi dengan sikap manja Stephanie yang berlebih-lebih. Maaflah, dia tidak ada mood nak melayan!

*****************************************

Pintu kereta dihempas kasar. Dia memandang rumah di hadapannya tajam. Memikirkan tindakan yang perlu dilakukan seterusnya. Sebetulnya dia buntu. Dia serba salah.

“Arggh!!” batu di atas tanah disepak geram. Batu itu melanggar kuat dinding dan melantun kasar ke tanah. Namun begitu, hatinya masih tidak tenang. Aiman Daniel melarikan diri ke taman permainan. Dia bagaikan dapat melihat Danny sedang ketawa sambil mengayun buaian. Dia beralih ke papan gelonsor. Di situ juga dia bagaikan dapat melihat kelibat Danny. Ah, dia rindukan anaknya itu! Bagaimana dapat dia leraikan rindu itu?

“Kenapa semuanya harus bertukar begini?” dia duduk di atas bangku sambil meraut wajah. Dia betul-betul berserabut. Apatah lagi setelah mendengar pengakuan daripada Fariq tadi. Dirasakan dia akan kehilangan Danny untuk selama-lamanya. Dia tahu, selepas Fariq dan Anis menikah, peluangnya untuk mendapatkan Danny teramatlah tipis. Dia tidak punya hak terhadap Danny, dia tahu itu. Tetapi dia tetap ingin menjaga anaknya itu. Dia mahu menebus kembali kesalahannya kepada Danny. Anak itu terpaksa hidup susah sedangkan ayahnya lebih baripada mampu untuk memberi kemewahan kepadanya

“Ish!” bibirnya digigit. Dia bangun dari kerusi. Niatnya untuk kembali ke kereta namun langkahnya terhenti apabila melihat kereta Fariq berhenti di hadapan rumah Anis.

“Awak tak nak masuk dan minum dulu ke?” dia mendengar suara lembut Anis mempelawa. Fariq hanya menggeleng. Danny yang tidur di dalam dukungannya beralih tangan. Mata Aiman Daniel terpaku pada anaknya yang comel dan polos itu tidur. Keinginannya meluap-luap untuk memilkinya.

“Saya terpaksa pergi dulu. Hati-hati ya,” kereta Fariq meluncur laju. Aiman Daniel tercegat lama sehingga dia tidak persaan Anis sudah lama masuk ke rumah. Bila disedarinya, marahnya meluap-luap. Dia tidak boleh membiarkan Anis dan Danny terlepas ke Fariq begitu saja. Dia harus melakukan sesuatu. Dengan pantas, kakinya melangkah ke pintu rumah Anis. Dia dan Anis perlu berbincang! Harus!!