Sabtu, 21 Februari 2009

Kasih Tercipta 20


Gelas berisi air milo diletakkan di atas meja sebelum dia duduk di atas sofa. Daniel di sebelah meletakkan kepalanya di atas peha mamanya. Anis tersenyum kecil.

“Mama, Nek Timah mana?” tanya Daniel. Anis terdiam seketika. Sudah acap kali dia ditanya dengan soalan itu. Bila dijawap tentang kematian Mak Timah, dia seolah-olah tidak mengerti. Ah, dia masih kecil lagi.

“Nek Timah tak ada, sayang,” jawab Anis lembut. Daniel kelihatan tidak puas hati. Mata hazelnya merenung tepat mata Anis.

“Nek gi mana? Danny nak nek,” tanya Daniel lagi. Anis menggigit bibir perlahan. Tidak tahu apa yang perlu dijawabnya.

“Nek tak akan balik lagi, sayang,” Anis cuba untuk membuat anaknya itu mengerti tetapi apabila melihat Daniel mula menangis, Anis mula resah.
“Danny nak Nek. Nak Nek,” nangis Daniel. Anis memujuk anaknya itu. Hatinya terasa pilu. Daniel amat rapat dengan Mak Timah. Sudah tentu anaknya amat merasai kehilangan orang yang dianggap sebagai neneknya. Anis mula sebak. Dia juga menyayangi Mak Timah.

“Sayang, jangan begini,” pujuk Anis namun kelihatan anaknya langsung tidak memperdulikan kata-kata tersebut. Anis semakin resah. Akhirnya dia membawa anaknya ke bilik Mak Timah. Berharap rindunya pada Mak Timah berkurangan melihat gambar dan barang-barang Mak Timah. Rancangannya sedikit berjaya apabila Daniel tidak lagi membentak-bentak tetapi masih menangis. Akhirnya Daniel tertidur akib
at keletihan menangis. Anis membelai rambut ananya itu sambil mengeluh perlahan.

*****************************************


Badan yang letih dicampak kasar ke atas sofa. Dia meraut-raut wajahnya perlahan. Perbualan dengan ibu bapanya tadi kembali terngiang-ngiang di kepalanya. Terasa sebu otaknya seketika. Dia bingung. Olah sebab itu, dia melarikan dari mama dan papanya dan datang ke kondominiumnya. Dia perlu bertenang.

“Ah, kenapa boleh jadi macam ni?!” dia mencampakkan pasu bunga ke dinding kuat. cebisan-cebisan kaca bertaburan di lantai namun Aiman Daniel tak peduli. Dia membaringkan badannya di atas sofa. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Mengikut keputusan ujian DNA itu, memang sah budak itu anaknya tetapi dia masih terasa tidak percaya.

Ah, kenapa semuanya boleh bertukar seperti ini? Sebelum ini, mati-mati dia ingatkan Anis yang mencuri di rumahnya. Malah, dia mengingatkan anak itu lahir dari hubungan Anis dengan para mangsanya. Ah, apa yang aku dah buat ni? Patutlah Anis begitu marah dengannya sejak dia menghina anaknya itu.

“Argh!!” sebiji pasu lagi menjadi mangsa kemarahan Aiman Daniel. Kali ini, tangannya sedikit luka akibat kaca pasu itu. Dia memandang lukanya dengan pandangan kosong. Tiba-tiba aluman lagu memenuhi ruang tamu kondominium yang sunyi itu. Aiman Daniel segera mencapai telefon bimbit mewahnya.

“Hello, sayang,” suara manja kedengaran di corong telefon. Aiman Daniel tersenyum hambar.

“Ada apa?” tanya Aiman Daniel. Dia meraup rambut dengan tangannya yang luka.

“I cuma nak beritahu you, I nak balik Itali ni. I nak jumpa mummy and daddy I. I ingat I nak beritahu mereka tentang hubungan kita. Lepas ni, bolehlah kita bertunang dan kahwin,” ujar Stephanie masih dengan nada manja.

“Kenapa tak ajak I? Kita pergilah sama-sama jumpa mereka. I want to go with you!” balas Aiman Daniel. Dia bergerak dan mengambil tisu untuk mengelap lukanya.

“No, I don’t think it’s a good idea. You don’t need to worry, darling. Let me handle it,” pujuk Stephanie. Aiman Daniel mengeluh perlahan.

“Fine, do what you want!” bentak Aiman Daniel sedikit kuat. Stephanie mengeluh perlahan.

“Please, janganlah marah. I just nak jumpa mereka dan beritahu mereka tentang you aje. Lepas tu I balik semula. Sebentar je. Bila I balik, kita bertunang ya?” tanya Stephanie dengan nada riang. Aiman Daniel menarik nafas panjang.

“Baiklah. Bila you nak bertolak?” suaranya sudah mula mengendur.

“Dua jam lagi. Boleh you jemput I kat kondo dan hantar I kat airport? I nak jumpa you sebelum ke sana. Boleh?” suara manja Stephanie kedengaran lagi. Aiman Daniel tersenyum kecil.

“Yalah. Jumpa you nanti,” jawab Aiman Daniel lalu segera meletakkan phone nya di atas meja. Senyuman tadi bertukar senyuman sinis. Buat susah je pening-pening fikir pasal Anis dan budak itu. Takkan dia mahu mememusnahkan segalanya dan mengikut kehendak ibu bapanya mengahwini Anis. Dia tidak sanggup. Apatah lagi Stephanie sekarang sudah bersetuju dengan lamarannya. Dia mahu kehilangan semuanya hanya kerana Anis. Perempuan itu bukan siapa-siapa padanya. Kenapa pula dia perlu berkorban? Lagipun, Fariq kan kekasihnya. Biarlah Fariq saja yang berkahwin dengan Anis. Tentang budak itu, dia tidak peduli!

*********************************************
“Encik, kita nak ke mana ni?” satu suara lembut menghapuskan lamunan Aiman Daniel. Dia segera meraut rambutnya dengan tangan. Ah, kenapalah aku boleh mengelamun ketika sedang memandu? Macam mana jika kemalangan berlaku sekali lagi?

“Er, apa yang kau tanya tadi?” Aiman Daniel langsung tidak memandang Anis di sebelahnya. Buat seketika tadi dia terlupa yang wanita yang pernah dibencinya sedang berada satu kereta dengannya. Mungkin kerana beban masalahnya semakin menghimpitnya. Walaupun dia sudah berbuat keputusan dengan tidak mengambil peduli tentang kebenaran yang baru diketahuinya, hatinya masih tidak tenang. Kenapa?

“Saya tanya kita nak ke mana? Encik dah lalu jalan bukan untuk ke pejabat,” ujar Anis perlahan. Dia takut mengundang kemarahan lelaki itu. Kebelakangan ini Aiman Daniel lebih kerap marah-marah daripada dulu. Cuma kata-kata hinaan yang sudah tidak keluar dari mulutnya lagi. Pelik, kan?

Aiman Daniel yang mendengar tersentak. Segera dia memandang sekeliling. Yalah, memang benar dia sudah tersilap jalan. Ah, inilah akibatnya kerana mengelamun. Aiman Daniel segera meraut rambutnya.

“Encik tak apa-apa ke?” tanya Anis lembut. Dia sedikit risaukan jejaka itu. Dia tidak kejam dengan langsung tidak memperdulikan Aiman Daniel walaupun jejaka itulah yang menghancurkan hidupnya dulu. Baginya, jejaka itu masih lagi orang atasannya yang harus dihormati. Lagipun, Aiman Daniel sudah tidak menggungkit kisah lalunya. Itu sudah cukup baik untuknya. Bolehlah dia bekerja dengan aman.

“Aku tak apa-apa,” perlahan dia menjawab soalan itu. Sedikit sebanyak dia menghargai sikap ambil berat Anis. Ah, terasa bersalah pula kerana melakukan begitu terhadapnya dulu. Argh, aku mana boleh berfikran begitu. Anis kisah silam yang gelap. Aku hanya perlu memikirkan masa depan yang cerah bersama Stephanie. Hentikan, Daniel!

“Kenapa ni, encik? Perlahankan sikit kereta itu. Encik nak ke mana ni? Kita seharusnya balik ke pejabat semula,” Anis memegang pintu kereta dengan erat. Gerun melihat wajah Aiman Daniel berubah tiba-tiba dan kelajuan kereta yang sudah mencapai hampir 120km/s. Laju tu!

“Suka hati akulah nak ke mana? Kereta aku. Syarikat itu, syarikat bapak aku!” suara Aiman Daniel berubah kasar secepat kilat. Sebenarnya dia malu jika Anis mengetahui yang dia berangan sehingga tersalah jalan. Lebih baik dia berbuat begitu. Anis yang mendengar membulatkan matanya.

“Memang itu semua milik encik tapi encik lupa ke yang saya ni makan gaji. Saya tak boleh buat macam encik buat ni! Lagipun saya tak nak mati sia-sia!” balas Anis geram tetapi dia masih mengawal nada suaranya agar tidak tinggi. Aiman Daniel tersenyum kecil.

“Aku peduli apa. Yang penting, aku lapar. Aku nak pergi makan,” tegas suara itu kedengaran. Anis mengeluh perlahan. Malas bertekak dengan jejaka ini lagi. Lebih baik dia melayan alam di luar tingkap daripada melayan makhluk kepala angin ni. Nanti tak pasal-pasal dia jugak yang berangin!

Tiba-tiba alunan My Baby You kedengaran. Cepat-cepat Anis mencapai telefon bmbitnya di dalam tas tangan. Selepas membalas salam, wajahnya segera berubah pucat. Aiman Daniel memerhatikan Anis dengan ekor mata.

“Terima kasih. Saya datang sekarang,” lemah suara itu kedengaran. Aiman Daniel makin pelik. Ada apa ni?

“Encik, turunkan saya di sini. Saya nak mintak cuti setengah hari. Ada kecemasan,” suara lemah itu berubah cemas. Aiman Daniel kehairanan tetapi dia tidak mengikut apa yang dikatakan Anis. Dia tetap memandu laju keretanya. Anis mengetap bibir.

“Please, encik. Saya tak ada masa nak bertekak dengan encik. Saya tengah cepat ni. tolong hentikan kereta,” pinta Anis sekali lagi. Aiman Daniel memperlahankan sedikit kelajuan keretanya tetapi tidak memberhentikannya.

“Siapa suruh kau bertekak dengan aku? Nak mintak cuti, kau harus bagi sebabnya. Sekarang, beritahu aku. Kenapa kau mintak cuti?” tanya Aiman Daniel sambil merenung tajam Anis. Anis pula menggigit bibir.

“Urusan peribadi. Encik tak perlu tahu,” balas Anis geram. Sejurus itu, Aiman Daniel menambahkan kelajuan serta-merta. Anis terdorong kebelakang kerana tidak bersedia. Dia mengutuk Aiman Daniel di dalam hati.

“Aku sebagai majikan kau, ada hak untuk tahu. Jika kau tak beritahu, tak ada cuti!” tegas suara itu. Anis terpaku. Dia serba-salah.

“Anak saya sakit. Saya nak ambik dia di taska,” lancar Anis menuturkan itu. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa lagi. Danny mungkin sedang dalam kesakitan sekarang. Aiman Daniel yang mendengar pula terpaku. Anak Anis sakit?

“Di mana taska tu?” tanya Aiman Daniel tanpa mengalihkan pandangannya dari jalan raya. Anis kelihatan terkejut dengan soalannya.

“Untuk apa encik tahu? Biar saya turun di sini saja,” jawab Anis pantas. Aiman Daniel menghentak stereng geram. Anis terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Suka hati akulah nak tahu. Untuk pengetahuan kau, aku nak pastikan betul-betul yang kau tak tipu. Sekarang beritahu aku di mana taska itu. Aku hantar kau ke situ,” kata Aiman Daniel tinggi tetapi masih dalam nada yang terkawal. Anis menggigit bibir. Serba salah dia dibuatnya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menemukan Aiman Daniel dan Danny. Kenapa? Hm, mungkin naluri seoarang ibu.

“Tapi saya…yalah,” Anis menundukkan wajahnya. Dia mahu menolak cadangan Aiman Daniel tadi tapi dia segera mengubah keputusan apabila melihatan renungan tajam Aiman Daniel. Gerun wei! Rasa takutnya pada
Aiman Daniel ketika menjadi pembantu rumahnya dulu masih bersisa lagi.

Jumaat, 13 Februari 2009

Kasih Tercipta 19


Pintu kereta Jaguarnya dihempas kasar. Aiman Daniel melangkah masuk kedalam rumah banglo mamanya dengan wajah merah padam. Pertengkarannya dengan Fariq tadi betul-betul menaikkan suhu kemarahannya. Ini semua Anis punya pasal!

“Daniel, ke sini sekejap,” mamanya melambaikan tangan ke arahnya. Aiman Daniel memandang malas ke arah mamanya.

“Mama, Daniel letih la,” tolak Daniel namun apabia melihatan renungan tajam papanya, dia melangkah juga ke arah ibu bapanya itu.

“Ada apa?” tanya Daniel malas sambil melonggarkan tali lehar dan menangalkannya terus. Dia kemudian menyandarkan badan ke sofa dan memandang ibu bapanya. Kelihatan mamanya resah sedangkan bapanya tenang sahaja.

“Ini pasal Anis,” kata mamanya perlahan. Aiman Daniel segera beralih pandang.

“Kalau mama dan papa nak suruh Daniel mintak maaf dengan Anis, jangan harap! Daniel tak akan buat,” marah Aiman Daniel. Dia sudah berkira-kira untuk berdiri dan meninggalkan ibu bapanya. Dia sudah malas membincangkan tentang Anis. Sudahlah tadi dia bertengkar dengan Fariq kerana Anis. Marahnya terhadap Anis masih ada.

“Mama bukan nak suruh Daniel mintak maaf dengan dia tapi..” ayat Puan Sri Maria terhenti di situ.

“Tapi apa?” sampuk Aiman Daniel malas. Puan Sri Maria dan suaminya berpandangan seketika.

“Mama dan papa nak Daniel kahwin dengan Anis,” ucap papanya pantas. Aiman Daniel segera berdiri.

“Apa?!” Gila! Kerja Gila! Kahwin dengan pencuri itu? Memang kerja gila!

“Tak nak! Kenapa pulak Daniel nak kahwin dengan perempuan itu. Tak masuk akal!” bentak Aiman Daniel. Dia sudah melangkah meninggalkan mama dan papanya tetapi Tan Sri Amir cuba menghalang.

“Dengar dulu apa kami nak cakap,” tegas suara papanya. Aiman Daniel mendengus kasar lalu duduk kembali di sofa.

“Mama tahu tak, dia dah ada anak. Anak luar nikah pulak tu. Stephanie jauh lebih baik dari dia,” balas Aiman Daniel kasar. Mamanya mengeluh perlahan.

“Sebab dia dah ada anaklah mama nak Daniel kahwin dengan dia,” balas mamanya. Aiman Daniel tersentak.

“Hah?! Kenapa pulak! Tak masuk akal!” Aiman Daniel membentak. Tiba-tiba mamanya menghulurkan sekeping gambar pada Aiman Daniel. Dia menyambut dengan dahi berkerut.

“Budak ni…” Aiman Daniel cuba memerah otaknya mengingati pemilik wajah itu. macam pernah dilihatnya sahaja tapi di mana ya?

“Dia anak Anis. Anak Daniel juga,” tenang mamanya berkata begitu tapi Aiman Daniel seperti dipanah petir apabila mendengar mamanya berkata-kata. Dia bangun dengan pantas.

“Apa?!” jerit Aiman Daniel lantang. Mamanya menarik tangan Aiman Daniel supaya duduk kembali.

“Apa yang mama mengarut ni?!” wajah Aiman Daniel sudah merah padam memandang mamanya. Dia perlukan penjelasan, sekarang!

“Biar mama jelaskan dulu. Sebenarnya dulu mama saja reka cerita tentang kecurian barang kemas mama sebab mama nak rahsiakan sebab sebenar mama halau Anis. Bukan Anis yang curi barang kemas mama,” terang Puan Sri Maria. Aiman Daniel tersentak. Dia memandang papanya yang kelihatan tenang.

“Mama dah ceritakan ini pada papa beberapa tahun lepas,” terang papanya. Mungkin dapat membaca apa yang yang tersirat di kepala Aiman Daniel. Aiman Daniel meraut rambutnya. Jadi, Anis bukanlah pencuri. Hm, rasa bersalah pula kerana melemparkan kata-kata hinaan pada dia dulu.

“Jadi, kenapa mama cerita pada Daniel sekarang? Kenapa tak beritahu dari dulu lagi?” tanya Aiman Daniel. Suaranya sudah mula mengendur.

“Sebab dulu mama halau Anis dan Mak Timah kerana waktu itu, Anis…. mengandung,” tersekat mamanya memberi penjelasan. Aiman Daniel mengangkat sebelah keningnya.

“Dan Mak Timah cerita pada mama yang Anis mengandung anak Daniel,” sambung mamanya lagi. Aiman Daniel membulatkan matanya.

“Mengarut!” bentak Aiman Daniel keras. Mamanya kelihatan gelisah.

“Dulu mama pun tak percaya. Tapi sekarang..” kata-kata mamanya terhenti di situ. Aiman Daniel mengalih pandang ke arah sofa.

“Sekarang apa? Mama percaya benda mengarut itu?” tempelak Aiman Daniel kasar.

“Jangan cakap kasar dengan mama, Daniel,” tengur papanya. Aiman Daniel mendengus.

“Sebelum ini mama dah jumpa balik dengan Mak Timah. Mama terserempak je. Waktu itu, Mak Timah ceritakan semuanya sekali lagi. Mama tak percaya juga sehinggalah Mak Timah bawa Danny jumpa mama. Danny tu anak Anis,” Puan Sri Maria mengeluh perlahan. Aiman Daniel mengurut perlahan kepalanya. Terasa pening memikirkan kata-kata mengarut mamanya tadi.

“Mama percaya sebab tengok muka budak ni je? Kalau macam tu, ramailah anak Daniel kat dunia ni sebab bukan budak ni je ada mata hazel!” tempelak Aiman Daniel sekali lagi. Mamanya tersenyum kecil.

“Daniel ingat mama bodoh ke? Mama tak akan percaya sebab itu je,” balas mamanya pula. Aiman Daniel mendengus kasar.

“Jadi, apa yang buat mama percaya?” tanya Aiman Daniel malas. Dia sudah letih sekarang dan mamanya menghidangkan cerita mengarut padanya pula. Dia berharap cepat-cepatlah mamanya menghabiskan kata kerana dia mahu masuk bilik dan tidur!

“Apa ni?” tanya Aiman Daniel apabila papanya menghulurkan sepucuk sampul kepadanya.

“Ujian DNA. Mama dan papa dah buat ujian itu dulu. Kami berpakat dengan Mak Timah sebelum Mak Timah meninggal. Anis langsung tidak tahu. Semalam baru keputusan itu sampai,” jawab papanya. Aiman Daniel memandang lama sampul itu lalu membukanya. Tangannya menggigil saat membaca keputusan DNA itu. Tidak mungkin!

“Danny, anak Daniel,” ujar papanya. Aiman Daniel segera bangun. Fikirannya berserabut. Pantas, dia keluar dari rumah dan memboloskan diri ke dalam kereta. Dia keliru sekarang. Betul-betul keliru.