Khamis, 18 Disember 2008

Kasih Tercipta 1


Anis memandang skrin komputer dengan pandangan kosong. Entah mengapa, tiba-tiba teringat dia pada seseorang. Tiba-tiba alunan lagu My Baby You kedengaran.

“Anis, angkat phone tu,” suara seseorang kedengaran dari luar pintu. Lamunan Anis serta-merta terhenti.

“Yalah,” kata Anis lalu mencapai telefon bimbitnya namun aluman lagu itu sudah berhenti.

“Alamak,” Anis menarik kembali tangannya. Dia memandang skrin komputer sekali lagi. Selepas itu dia mengeluh perlahan.

“Sudah, Anis. Jangan diingat lagi pasal dia. Dia bukan siapa-siapa kau. Lupakan saja!” kata Anis sedikit kuat namun ingatannya masih kembali pada masa silam.
*********************

“Apa?! Anis jadi orang gaji? Kenapa?” tanya Anis lalu tunduk ke lantai. Dia baru menghabiskan peperiksaan SPMnya dan sekarang mereka mahu dia bekerja?

“Ya. Jadi orang gaji di bandar banyak gajinya. Aku dah terima duitnya. Kau kena jadi orang gaji kat sana jugak!” tegas ayahnya. Anis menundukkan kepalanya. Dia merasa tiada gunanya dia melawan. Ibu bapanya memang sering mengerahnya melakukan kerja-kerja rumah. Malah, dia yang terpaksa melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adiknya walaupun kakak sulungnya langsung tidak melakukan sebarang kerja. Hanya dia sahaja yang dikerah. Mungkin kerana dia hanya anak angkat tapi itu tetap tak adil!

“Kak Long ikut Anis jugak? Kak Long kan menganggur sekarang,” tanya Anis sambil memandang kakaknya, Nisa yang sedang sibuk menonton tv. Nisa yang mendengar namanya disebut tersentak sambil memandang anis.

“Eh aku ni lulusan universiti. Apa kelas jadi orang gaji. Aku hanya sesuai kerja di pejabat je tau. Kalau kau tu, memang sesuai. Entah berapa kau dapat dalam SPM nanti. Kau tu bodoh!” lantang Nisa memerli Anis dengan gaya angkuhnya. Anis mencebik. ‘Yelah, lulusan u cukup-cukup makan je. Kalau ayah tak jual tanah hujung kampung untuk masukkan kau dalam u, jadi orang gaji pun tak boleh. Pemalas!’ rungut Anis dalam hati.

“Berapa lama kak long nak jadi penganggur? Anis tengok kak long pun tak pernah cari kerja. Sijil u kak long tak laku ke?” Anis memerli. Dia betul-betul geram dengan Nisa. Sentiasa mencari cara untuk menyusahkannya. Dia juga tidak pernah letih memerli dan mencacinya sedangkan apa yang dikatakannya pada Anis lansung tidak benar. Nisa mulai berang dengan kata-kata Anis. Dia bangun dengan muka yang memerah.

“Woi! Kau apa tahu? Aku tak perlu cari kerja tapi kerja yang cari aku tau!” tengking Nisa sambil memandang Anis dengan renungan tajam.

“Berpijak di bumi yang nyata kak long. Kalau kak long tak cari kerja, ia tak akan datang pada kak long sebab kelulusan kak long tu cukup-cukup makan je. Kak longkan pernah kena ulang semestar sebab gagal ujian!” balas Anis juga mulai membahang. Dia betul-betul sudah hilang sabar dengan Nisa. Selama ini dia menurut sahaja dan langsung tidak membantah tapi sekarang dia rasa dia patut bersuara. Dia bukan boneka yang boleh diperlakukan sesuka hati.

“Sudah! Aku tak kira. Anis, kau kena pergi jugak kerja. Kalau kau tak nak pergi, kau jangan balik sini lagi. Berambus!” tengking Cheng dengan mata yang memerah. Anis kecut. Keberanian yang baru dicapai tadi terasa mendadak turun melihat kemarahan di wajah tua berbangsa Cina itu. Dia memang takut jika ayahnya marah kerana dia akan dipukul dengan teruk. Betul-betul teruk. Anis diam sambil berfikir seketika. Mungkin lebih baik dia pergi ke bandar bekerja daripada dia terus mengadap muka kak long di kampung. Lagipun dia tak mahu ayah dan ibunya marah. Perlahan-lahan Anis mengangguk patuh.

*************************

Anis memandang manusia-manusia asing yang juga sedang memandangnya. Anis memeluk tubuhnya. Kedinginan malam betul-betul mencengkam sehingga ke tulang.

“Puan Sri, ini pembantu rumah baru. Namanya Anis,” kata seorang wanita pertengahan usia di sebelah Anis kepada wanita bergaya awal 40-an di hadapan itu. Anis hanya mengangguk perlahan. Rambutnya yang berjuntai di dahu diraut perlahan.

“Saya Anis, puan,” kata Anis sopan. Suaranya direndahkan. Tiba-tiba mata wanita bergaya itu membulat.

“Apa?! Puan? Hei, susah susah aku dapat gelaran puan sri, kau panggil aku puan je?!” tengking Puan Sri Maria. Anis gugup.

“Ma..maaf puan sri. Silap saya,” kata Anis tergagap-gagap.

“Memang silap kau. Takkan salah aku pulak. Dah, cepat kemas rumah. Jangan nak jadi malas!” kata Puan Sri Maria itu lalu meninggalkan Anis dan seoarang pembantu rumah yang lain. Anis mengeluh.

“Memang puan sri macam tu. Anis jangan kecil hati, ya. Oh, ya. Nama mak cik, Timah. Panggil Mak Timah je,” kata wanita separuh abad itu. Anis mengangguk dengan senyuman di bibir.

“Oh ya. mari kamu ikut Mak Timah ke dapur cepat nanti kamu kena marah pulak dengan Puan Sri,”Anis mengangguk tanpa berkata apa-apa dan mengikut jejak Mak Timak ke dapur. Sesampainya mereka di dapur, Mak Timah menghulurkan satu baldi yang dipenuhi air dan pengemop lantai .

“Ini untuk apa Mak Timah?” tanya Anis

“Kamu pergilah mengemop lantai kat ruang tamu utama tu nanti. Puan sri marah pulak,” Mak Timah hanya tersenyum kecil dan beredar pergi. Anis juga beredar ke ruang tamu utama.

“Cantiknya,” untuk seketika, Anis terpaku apabila di ruang tamu itu. Perabotnya mahal-mahal belaka. Barangkali diimport dari Itali. Anis mengeluh perlahan sebelum memulakan kerjanya.

4 ulasan:

  1. erm..besh..sambung ye...

    writer baby pink..jomla g blog sy plak..
    http://sharethesweet.blogspot.com

    BalasPadam
  2. emm..
    nie msty ygk citer sweet spy kan2..
    dennis joseph o'neil ..
    encemm siottt..
    nam sang mi pon comel giler gak...
    kalo dyeorg kapel sungguh mmg r..
    hakkkk3..
    papepon endin t biar aiman ngan anis..
    xbest r ngan fariq 2..
    x leyh fell t.
    hhihihii

    BalasPadam
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam