Rabu, 24 Disember 2008

Kasih Tercipta 6


“Encik nak makan sekarang ke? Kalau encik nak makan sekarang, saya boleh panaskan,” tanya Anis tanpa memandang wajah Daniel yang sedang menonton tv di dalam biliknya.

Sejak kejadian pahit itu, Anis sedaya upaya menjauhkan diri dari majikannya itu. Tindakannya itu bukanlah kerana takut dengan Aiman Daniel tetapi kerana dia takut tidak dapat mengawal marahnya kalau melihat wajah selamba Aiman Daniel yang menyakitkan hatinya.

“Aku tak nak turun bawah. Kau bawakan makan malam aku ke sini,” arah Aiman Daniel dengan matanya masih melekap pada srin televisyen. Anis mengangguk. Dia segera turun ke bawah untuk menyediakan makan malam untuk lelaki itu. Biasanya Aiman Daniel akan makan bersama-sama dengan ibu bapanya tetapi hari in berbeza. Tuan Sri Amir dan Puan Sri Maria sedang pergi bercuti di Pulau Mauritius selama seminggu.

Lima belas minit kemudian, Anis kembali ke dalam bilik itu dengan dulang berisi makanan dan minuman untuk tuan mudanya. Kelihatan Aiman Daniel sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.

“Ala, sayang. Esok I jumpa you. Malam ni I malas nak keluar,” kedengaran suara Aiman Daniel bercakap di telefon. Aiman Daniel memberi isyarat mata agar dulang itu diletakkan di meja sahaja. Anis menurut. Apabila dia ingin keluar, Aiman Daniel sudah meletakkan telefon bimbitnya di atas katil dan berjalan menuju padanya.

“Saya keluar dulu, encik,” kata Anis perlahan sambil menunduk. Aiman Daniel langsung tidak berkata apa-apa lalu duduk di sofa semula. Anis keluar dari bilik itu dengan perasaan yang bercampur-baur.

***************************************

“Anis tak sihat ke? Mak Timah tengok muka Anis macam pucat je,” kata Mak Timah sambil memandang prihatin padanya. Anis hanya tersenyum kelat.

“Tak ada apa-apalah, Mak Timah. Saya tak cukup tidur rasanya. Sebab itu saya pening kepala,” kata Anis. Mak Timah mengusap-usap kepalanya.

“Kalau macam tu, Anis berehatlah. Biar Mak Timah yang bagitau tuan,” ujar Mak Timah. Anis menggeleng lemah.

“Tak payahla, Mak Timah. Nanti bising pulak Puan Sri. Saya tak apa-apa. Cuma pening sikit je. Lepas ni baiklah,” pujuk Anis menenangkan Mak Timah. Dia kesian jika membiarkan Mak Timah melakukan semua kerja rumah seorang diri di rumah besar ini. Mak Timah bukannya bertenaga sangat, dia sudah tua.

“Kalau macam tu, tak apalah. Mak Timah ambilkan kamu panadol,” Mak Timah berlalu meninggalkan Anis. Tiba-tiba kepalanya terasa semakin berpusing. Anis menutup matanya untuk menghilangkan rasa peningnya.

***********************************

Pinggang yang kotor dikutip Anis. Dia menundukkan wajahnya daripada memandang wajah puan sri, tuan sri dan semestinya, Aiman Daniel. Dia membawa pinggan yang kotor itu ke sinki. Tiba-tiba, Anis merasakan pandangannya berpinar. Pinggan di tangan terlepas dan jatuh berderai di atas lantai. Anis terjatuh terduduk.

“Ya Allah, kenapa ni, Anis?” tanya Mak Timah lalu meluru ke arah Anis. Anis menekan kepalanya dengan tangan. Kepalanya masih pening.

“Kenapa ni?!” suara Puan Sri Maria kedengaran keras. Anis menundukkan wajahnya sambil memandang pinggan yang pecah berderai.

“Maaf, puan sri. Saya tak sengaja,” kata Anis sambil cuba mengutip cebisan kaca itu. Puan Sri mendengus geram.

“Pinggan tu mahal tau. Gaji kau pun tak boleh ganti balik tau!” marah puan sri. Anis semakin kecut.

“Ada apa, mama?” Aiman Daniel masuk ke dapur apabila terdengar bunyi bising. Matanya membulat melihat Anis terduduk di atas lantai dengan serpihan kaca disekelilingnya.

“Anis tak sihat, puan sri, tuan muda,” kata Mak Timah cuba membela Anis.

“Ma…” sebelum sempat Anis bertutur, tekaknya terasa mual. Segera Anis meluru ke arah sinki. Makanan yang dimakan keluar semula. Tekaknya terasa seperti dijolok-jolok, perutnya terasa sakit. Anis menekan-nekan perutnya. Mak Timah datang menggosok-gosok belakangnya. Aiman Daniel dan puan sri hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Cuma Aiman Daniel kelihatan sedikit terkejut melihat keadaan Anis sebegitu. Tiba-tiba, mata Anis berbalam-balam. Akhirnya dia terjelopok si tepi sinki.

***************************************

Anis membuka matanya. Dia menekan kepalanya yang terasa sakit.

“Anis, dah sedar?” tanya Mak Timah apabila Anis sudah membuka mata.

“Kenapa Anis ada di sini?” tanya Anis sambil memandang biliknya yang sempit itu. Mak Timah mengeluh.

“Anis pengsan tadi. Tuan muda dukung Anis ke sini. Teruk sakit Anis ni. Jom Mak Timah temankan Anis ke klinik. Puan Sri dah benarkan,” kata Mak Timah. Anis mengangguk perlahan. Dia cuba bangun, badannya terasa sangat lemah tetapi digagahnya juga.

1 ulasan:

  1. wa!!!
    besh la...
    cian anis!!!
    msT dye pregnant>>
    tr0k la DANIEL tuhs..
    nk ag!
    samb0ng2>>>
    chaiyy0!!!

    BalasPadam