Ahad, 21 Disember 2008

Kasih Tercipta 3



Anis bangun pagi dengan hati yang sebal. Dia terpaksa meneruskan hari ini untuk menyiapkan semua kerja yang dia perlu buat,dengan hati yang malas itu. Anis terus menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan bersama dengan Mak Timah. Sesampainya
di dapur,Mak Timah menyuruhnya menyediakan sarapan pagi untuk majikan mereka.

“Mak timah, boleh Anis taya satu soalan?”

“Tanyalah. Apa Anis nak tahu?” Mak Timah tersenyum sambil memsukkan roti ke dalam pembakar roti.

“Hm, dalam rumah ni hanya puan sri dan tuan muda yang tinggal ke? Mana Ta
n Sri?”

“Tuan pergi ke Paris sebab ada urusan sikit. Kenapa Anis tanya?’

“Tak ada apa-apa lah. Saja je tanya,”Anis tersenyum kecil. Anis terus memulakan kerjanya. Dia sedikit kebingungan hendak masak apa untuk puan sri dan tuan muda.

“Mak Timah, kita nak masak apa ni?”
“Tak perlu masak. Mereka makan makan roti bakar je. Kadang-kadang sup cendawan,” kata Mak Timah.

“Ye ke? Jadi Anis kena buat apa sekarang?” tanya Anis. Mak Timah tersenyum.

“Bakar roti itu. Anis reti masakkan pasta?” tanya Mak Timah. Anis menggeleng.

“Kalau macam itu, Mak Timah ajar Anis,” kata Mak Timah. Anis tersenyum.

*******************************************

Anis menghidangkan sarapan di atas meja makan. Dia kemudian menyusun cawan dan gelas di bersebelahan dengan sarapan itu.

“Kamu, tolong bangunkan Danial kat atas tu,” arah Puan Sri lalu duduk meja makan.
“Baik puan sri” Tanpa melengahkan masa Anis terus melangkah menaiki tangga. Setelah sampai di hadapan sebuah pintu, Anis mengetuk pintu bilik itu namun tiada sahutan kedengaran. Anis mengetuk lagi dan setelah beberapa kali mengetuk tetapi keadaan masih tidak berubah, Anis mula merasa geram. Dia mula memulas tombol pintu bilik itu.

“Er, boleh saya masuk?” tanya Anis sedikit kuat sambil menjengukkan sedikit kepalanya masuk ke dalam bilik. Mulut Anis terlopong sambil dia se
gera masuk ke dalam bilik. Hiasan dalaman dan saiz bilik itu sungguh mengkagumkan. Jelas hiasan dalamannya bertemakan urban berdasarkan warna dan bentuk perabot di dalam bilik itu. Terdapat katil bersaiz king, sofa dari Itali, tv plasma LG, komputer riba jenama Apple, dan perabot berjenama tinggi, Anis betul-betul tergaman. Pertama kali dia masuk ke dalam bilik semewah ini(diakan orang miskin). Anis melangkah masuk lebih dalam dan mengadap dinding kaca yang membolehkan sesiapa di dalam bilik i
ni melihat pemandangan kolam renang dan langit di luar.

“Wow!” keluar perkataan itu dari mulut Anis sambil tersenyum. Bertuahnya tuan muda!

“Apa kau buat dalam bilik aku ni? Kau mengendap aku ke?!” Daniel tiba-tiba keluar dari bilik air dan menengkingnya. Anis tergamam apabila ditengking begitu dan melihat betapa selambanya Danial hanya bertuala di hadapannya. Titisan air masih lagi menitik dari rambutnya yang basah. Anis segera berpaling ke belakang. Segan apabila melihat Daniel begitu.

“Maaf, tuan muda. Puan Sri suruh saya kejutkan tuan. Saya dah ketuk banyak kali tapi tuan tak jawab pun. Jadi saya masuk,” kata Anis takut-takut tanpa memandang Daniel di belakang.

“Siapa suruh kau belakangkan aku? Kau ni orang gaji je! Pusing balik,” tengking Daniel. Anis tergaman. Cepat-cepat dia berpaling ke belakang dan apabila melihat keadaan tuan mudanya masih tidak berubah dan sedang merenung tajam padanya, Anis segera menundukkan wajahnya.

“Maaf,” ucap Anis perlahan. Buat seketika, suasana menjadi senyap.

“Apa lagi, pergilah! Kau nak tengok aku pakai baju ke?!” kemarahan tuan mudanya itu meledak kembali. Anis tersentak. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik mewah itu.

“Fuh, dasyat betul tuan muda rumah ni,” rungut Anis sendirian apabila di luar bilik daniel. Anis menarik nafas lega.

****************************************

Anis terus menuju ke dapur untuk meneruskan kerjanya tanpa cuba memikirkan perkara memalukan yang dilihat di dalam bilik tuan mudanya itu. Mak Timah menyuruh Anis menyapu halaman rumah puan sri itu. Semasa memulakan kerjanya Anis mula memikirkan perkara yang berlaku di dalam bilik tuan muda itu.

‘Eh,kenapa pulak aku pikirkan perkara tadi ye? Aku tahu lah yang tuan muda itu handsome lebih-lebih lagi semasa dia lepas mandi’ fikir Anis dalam hati sambil tersenyum nakal.

“Apa yang kau senyum-senyum tu hah? Dah gila ke?!” tengking Daniel. Anis terkejut mendengar suara itu. Dia segera menundukkan wajahnya. Pipinya terasa membahang apabila dia teringat tentang kata-katanya di dalam hati tadi. Malunya!

“Maaf, encik. Saya cuma teringatkan kampung saya saja,” dalih Anis. Dia melihat senyuman sinis terukir di bibir Daniel.

“Dasar perempuan kampung. Manalah sesuai dengan bandar ni,” sindir Daniel pedas lalu memboloskan dirinya ke dalam kereta Alfa Romeo yang mewah. Anis terpaku mendenga sindiran pedas itu. Terasa membahang tubuhnya. ‘Bongkak!’ marah Anis dalam hati.

1 ulasan: