Sabtu, 20 Disember 2008

Kasih Tercipta 2



Anis mengelap peluh yang mula terbit di dahinya. Selepas menyelesaikan tugasnya, Mak Timah mengajak Anis ke bilik orang gaji yang terletak di belakang rumah itu dan berhampiran dengan dap
ur. Mak Timah dan Anis masuk ke salah satu bilik di situ.

“Ini bilik siapa, Mak Timah?” tanya Anis,

“Ini bilik Anis lah. Hm, nanti bila locing rumah berbunyi, Anis kena buka pintu ya,” Mak Timah memberitahunya. Anis mengangguk.

“Siapa yang nak datang malam-malam buta ni?”tanya Anis kehairanan.
“Sebenarnya tak ada sesiapa yang nak datang tapi tuan muda yang pulang. Tuan muda tu anak kepada puan sri. Namanya Aiman Daniel. Tuan muda biasanya pulang lewat malam. Biasanya Mak Timah yang bukakan tapi sekarang kamu pulak,” kata Mak Timah sambil tersenyum kecil. Anis mengangguk.

“Bilik Mak Timah kat mana?” tanya Anis,
“Di tepi bilik kamu je. Kalau kamu hendak apa-apa, panggil Mak Timah ye,” kata Mak Timah sebelum beredar pergi.
****************************************

Jam di dinding bilik Anis menunjukkan pukul 1.00pagi.

Ting Tong,!Ting Tong,!..

Bunyi locing rumah kedengaran. Anis bangun dari tidur nyenyaknya lalu memegang kepalanya tang terasa sakit kerana bangun dengan tiba-tiba. Perlahan-lahan, dia memadang ke arah jam di tepi katil.

“Pukul 1 pagi? Lambatnya tuan muda rumah ni balik,” rungut
Anis kerana tidur lenanya diganggu. Dia kemudian terus bergegas untuk membukakan pintu. Selesainya dia berbuat begitu, amarah lelaki di hadapan mula meletus.

“Lembap betul. Tidur mati ke?!” tanya lelaki dihadapannya dengan kasar. Anis berundur setapak. Dia kecut melihat wajah bengis lelaki itu. Dia juga tidak tahan bau yang melekap di baju tuan muda itu.

“Ma..maaf, tuan,” ucap Anis tergagap-gagap. Dia memandang lelaki yang sudah berubah bingung dihadapannya.

“Siapa kau?” tanya Aiman Daniel dengan angkuh. Anis memandang lelaki itu dengan pandangan kagum. Lelaki itu memang punya daya tarikan. Dengan wajahnya yang tampan dan badannya yang tinggi dan tegap, dia memang mampu menarik perhatian di mana sahaja dia berada.

“Hei, pekak ke?! Aku tanya kau siapa. Kenapa kau ada kat rumah aku?!” tengking Aiman Daniel lagi. Anis terkejut dengan tengkingan kuat itu.

“Er, saya orang gaji baru, tuan,” kata Anis dengan perasaan takut.

“Orang gaji baru? Ha, kau rupanya. Baru hari pertama kerja dah malas. Lepas ni macam manalah. Kau nak makan gaji buta ke?!” tanya Aiman Daniel kasar. Anis memandang wajah Aiman Daniel dengan geram. ‘Muka handsome tapi perangai hancur!’ marah Anis dalam hati.

“Kenapa pandang aku begitu? Kau dah berkenan ke? Maaflah, kau bukan taste aku, orang gaji!” kata Aiman Daniel angkuh lalu berlalu pergi. Anis mengetap bibir. Geramnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan