Khamis, 25 Disember 2008

Kasih Tercipta 8

“Apa?! Kau jangan nak menipu aku!” mata Puan Sri Maria memerah menahan marah sambil memandang tajam Anis dan Mak Timah. Anis kecut apabila melihat renungan itu. segera wajahnya ditundukkan.

“Puan Sri, kami tak akan tipu. Percayalah,” rayu Mak Timah. Puan Sri mendengus. Tidak disangka kedua orang gajinya menyampaikan cerita itu kepadanya sewaktu suami dan anak kesayangannya tiada di rumah akibat urusan masing-masing. Apa rancangan mereka semua sebenarnya?

“Apa buktinya kau semua tak tipu? Aku tak percaya anak aku ada hati dengan orang gaji. Dari kampung pulak tu!” kasar suara Puan Sri Maria. Anis mengetap bibir apabila dirinya dihina. Air mata mula merembes keluar.

“Anis dah mengandung, puan sri. Tuan muda harus bertanggungjawab!” keras suara Mak Timah. Anis menarik tangan Mak Timah agar dia bertenang. Puan sri memandang ke arah lain.

“Tak semestinya itu cucu aku. Entah-entah anak orang lain. Kau ingat kau boleh kaut harta aku kalau kau buat macam ini? Dasar orang gaji tak sedar diri. Aku bagi makan, tempat tinggal tapi kau nak perangkap aku?!” marah puan sri lagi. Mak Timah mahu membalas tetapi dihalang Anis. Dia menyeka air matanya.

“Saya langsung tak ada niat nak perangkap keluarga puan sri. Saya berkata benar,” kata Anis sambil memandang puan sri sayu.

“Aku tak percaya. Jangan nak perasan kau boleh kahwin dengan Daniel. Kau tak sesuai dengan keluarga kami. Mulai sekarang, aku pecat kau. Kau boleh berambus dari sini. Aku tak nak nak tengok muka kau lagi di sini. Berambus!” lantang suara puan sri. Anis menangis tersedu-sedu. Dia berjalan perlahan-lahan masuk ke biliknya. Dengan linangan air mata, dia mengemaskan begnya dan melangkah keluar dari blik itu.

“Tunggu,” suara Mak Timah kedengaran. Anis berpaling ke belakang. Mak timah sedang mengangkat begnya menuju ke arah Anis.

“Mak Timah buat apa ni?” tanya Anis sambil mengesat air matanya yang tumpah.

“Mak Timah tak nak kerja di sini lagi,” kata Mak Timah. Anis tersentak.

“Kenapa?” tanya Anis terkejut.

“Mak Timah tak boleh kerja dengan orang yang tidak berperikemanusiaan macam mereka. Jom, kita pergi,” Mak Timah memimpin Anis keluar dari pintu. Anis menyeka air matanya yang tumpah.

“Sekarang Anis nak pergi mana?” tanya Mak Timah. Anis menunduk. Dia pun tidak tahu kemana dia mahu pergi. Ibu dan ayahnya pasti tidak akan menerimanya kembali kerana dia sudah dibuang kerja. Lagipun mereka pasti mengamuk jika mengetahui tentang kehamilannya.

“Ayah dan mak Anis pasti tak terima Anis lagi. Mereka cakap kalau Anis dibuang kerja atau berhenti kerja, Anis tak boleh balik rumah lagi,” kata Anis dengan sayu.

“Tak akan mereka buat begitu dengan Anis. Mereka orang tua Anis,” kata Mak Timah lagi. Anis menggeleng.

“Anis cuma anak angkat, Mak Timah. Bukan anak kandung. Sejak kecil mereka tak pernah layan Anis dengan baik,” terang Anis. Mak Timah memandang Anis dengan pandangan simpati.

“Marilah ke rumah lama mak Timah. Kita tinggal di sana buat sementara waktu,” Mak Timah memimpin Anis. Anis hanya menurut.


**********************************

“Ayah, maafkan Anis,” Anis merayu di corong telefon. Dari tadi dia merayu agar ayah dan ibunya memaafkan kesalahannya.

“Dasar anak tak guna. Aku pungut kau, jaga kau sampai besar tapi ini yang kau buat pada aku?!” tengking ayahnya di corong telefon. Anis mengalirkan air mata lagi.

“Ayah, ini bukan salah Anis. Anis dirogol,” terang Anis lagi. Dia mendengar ayahnya mendegus kasar. Air mata yang tumpah dibiarkan. Tidak disangka Puan Sri Maria menelefon kepada ibu bapa angkatnya dan memberitahu dia sedang hamil. Puan Sri Maria juga berkata yang dia menuduh Aiman Daniel yang mengahamilkannya sedangkan dia ada hubungan dengan lelaki lain.

“Jangan nak menipu. Kau memang tak sedar diri. Mereka tu bagi kau kerja, kau nak perangkap pula mereka. Entah anak siapa, kau tuduh tuan muda rumah tu. Kau memang perempuan murahan!” tengking Cheng lagi. Anis semakin tidak dapat mengawal perasaanya. Air matanya semakin lebat mengalir.

“Ayah, bukan macam tu. Anis bukan perempuan murahan. Percayalah Anis,” Anis merayu lagi.

“Aku tak akan percaya. Lebih baik kau jangan muncul depan aku. Kalau aku jumpa kau, siaplah kau!” ayahnya menghempas ganggang telefon. Anis terduduk. Dia memandang Mak Timah di sebelah.

“Mak Timah,” Anis memeluk Mak Timah. Dia menangis di dakapan wanita itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan