Jumaat, 13 Februari 2009

Kasih Tercipta 19


Pintu kereta Jaguarnya dihempas kasar. Aiman Daniel melangkah masuk kedalam rumah banglo mamanya dengan wajah merah padam. Pertengkarannya dengan Fariq tadi betul-betul menaikkan suhu kemarahannya. Ini semua Anis punya pasal!

“Daniel, ke sini sekejap,” mamanya melambaikan tangan ke arahnya. Aiman Daniel memandang malas ke arah mamanya.

“Mama, Daniel letih la,” tolak Daniel namun apabia melihatan renungan tajam papanya, dia melangkah juga ke arah ibu bapanya itu.

“Ada apa?” tanya Daniel malas sambil melonggarkan tali lehar dan menangalkannya terus. Dia kemudian menyandarkan badan ke sofa dan memandang ibu bapanya. Kelihatan mamanya resah sedangkan bapanya tenang sahaja.

“Ini pasal Anis,” kata mamanya perlahan. Aiman Daniel segera beralih pandang.

“Kalau mama dan papa nak suruh Daniel mintak maaf dengan Anis, jangan harap! Daniel tak akan buat,” marah Aiman Daniel. Dia sudah berkira-kira untuk berdiri dan meninggalkan ibu bapanya. Dia sudah malas membincangkan tentang Anis. Sudahlah tadi dia bertengkar dengan Fariq kerana Anis. Marahnya terhadap Anis masih ada.

“Mama bukan nak suruh Daniel mintak maaf dengan dia tapi..” ayat Puan Sri Maria terhenti di situ.

“Tapi apa?” sampuk Aiman Daniel malas. Puan Sri Maria dan suaminya berpandangan seketika.

“Mama dan papa nak Daniel kahwin dengan Anis,” ucap papanya pantas. Aiman Daniel segera berdiri.

“Apa?!” Gila! Kerja Gila! Kahwin dengan pencuri itu? Memang kerja gila!

“Tak nak! Kenapa pulak Daniel nak kahwin dengan perempuan itu. Tak masuk akal!” bentak Aiman Daniel. Dia sudah melangkah meninggalkan mama dan papanya tetapi Tan Sri Amir cuba menghalang.

“Dengar dulu apa kami nak cakap,” tegas suara papanya. Aiman Daniel mendengus kasar lalu duduk kembali di sofa.

“Mama tahu tak, dia dah ada anak. Anak luar nikah pulak tu. Stephanie jauh lebih baik dari dia,” balas Aiman Daniel kasar. Mamanya mengeluh perlahan.

“Sebab dia dah ada anaklah mama nak Daniel kahwin dengan dia,” balas mamanya. Aiman Daniel tersentak.

“Hah?! Kenapa pulak! Tak masuk akal!” Aiman Daniel membentak. Tiba-tiba mamanya menghulurkan sekeping gambar pada Aiman Daniel. Dia menyambut dengan dahi berkerut.

“Budak ni…” Aiman Daniel cuba memerah otaknya mengingati pemilik wajah itu. macam pernah dilihatnya sahaja tapi di mana ya?

“Dia anak Anis. Anak Daniel juga,” tenang mamanya berkata begitu tapi Aiman Daniel seperti dipanah petir apabila mendengar mamanya berkata-kata. Dia bangun dengan pantas.

“Apa?!” jerit Aiman Daniel lantang. Mamanya menarik tangan Aiman Daniel supaya duduk kembali.

“Apa yang mama mengarut ni?!” wajah Aiman Daniel sudah merah padam memandang mamanya. Dia perlukan penjelasan, sekarang!

“Biar mama jelaskan dulu. Sebenarnya dulu mama saja reka cerita tentang kecurian barang kemas mama sebab mama nak rahsiakan sebab sebenar mama halau Anis. Bukan Anis yang curi barang kemas mama,” terang Puan Sri Maria. Aiman Daniel tersentak. Dia memandang papanya yang kelihatan tenang.

“Mama dah ceritakan ini pada papa beberapa tahun lepas,” terang papanya. Mungkin dapat membaca apa yang yang tersirat di kepala Aiman Daniel. Aiman Daniel meraut rambutnya. Jadi, Anis bukanlah pencuri. Hm, rasa bersalah pula kerana melemparkan kata-kata hinaan pada dia dulu.

“Jadi, kenapa mama cerita pada Daniel sekarang? Kenapa tak beritahu dari dulu lagi?” tanya Aiman Daniel. Suaranya sudah mula mengendur.

“Sebab dulu mama halau Anis dan Mak Timah kerana waktu itu, Anis…. mengandung,” tersekat mamanya memberi penjelasan. Aiman Daniel mengangkat sebelah keningnya.

“Dan Mak Timah cerita pada mama yang Anis mengandung anak Daniel,” sambung mamanya lagi. Aiman Daniel membulatkan matanya.

“Mengarut!” bentak Aiman Daniel keras. Mamanya kelihatan gelisah.

“Dulu mama pun tak percaya. Tapi sekarang..” kata-kata mamanya terhenti di situ. Aiman Daniel mengalih pandang ke arah sofa.

“Sekarang apa? Mama percaya benda mengarut itu?” tempelak Aiman Daniel kasar.

“Jangan cakap kasar dengan mama, Daniel,” tengur papanya. Aiman Daniel mendengus.

“Sebelum ini mama dah jumpa balik dengan Mak Timah. Mama terserempak je. Waktu itu, Mak Timah ceritakan semuanya sekali lagi. Mama tak percaya juga sehinggalah Mak Timah bawa Danny jumpa mama. Danny tu anak Anis,” Puan Sri Maria mengeluh perlahan. Aiman Daniel mengurut perlahan kepalanya. Terasa pening memikirkan kata-kata mengarut mamanya tadi.

“Mama percaya sebab tengok muka budak ni je? Kalau macam tu, ramailah anak Daniel kat dunia ni sebab bukan budak ni je ada mata hazel!” tempelak Aiman Daniel sekali lagi. Mamanya tersenyum kecil.

“Daniel ingat mama bodoh ke? Mama tak akan percaya sebab itu je,” balas mamanya pula. Aiman Daniel mendengus kasar.

“Jadi, apa yang buat mama percaya?” tanya Aiman Daniel malas. Dia sudah letih sekarang dan mamanya menghidangkan cerita mengarut padanya pula. Dia berharap cepat-cepatlah mamanya menghabiskan kata kerana dia mahu masuk bilik dan tidur!

“Apa ni?” tanya Aiman Daniel apabila papanya menghulurkan sepucuk sampul kepadanya.

“Ujian DNA. Mama dan papa dah buat ujian itu dulu. Kami berpakat dengan Mak Timah sebelum Mak Timah meninggal. Anis langsung tidak tahu. Semalam baru keputusan itu sampai,” jawab papanya. Aiman Daniel memandang lama sampul itu lalu membukanya. Tangannya menggigil saat membaca keputusan DNA itu. Tidak mungkin!

“Danny, anak Daniel,” ujar papanya. Aiman Daniel segera bangun. Fikirannya berserabut. Pantas, dia keluar dari rumah dan memboloskan diri ke dalam kereta. Dia keliru sekarang. Betul-betul keliru.


14 ulasan:

  1. tau pn takut tgk ujian
    DNA tu.
    smbung2
    suke2
    -na'dz

    BalasPadam
  2. yeayyy...akhirnye ader gak n3 bru..ske2..

    uurrrrrrmm...
    arap2 si daniel nie da nyesal n pujok anis spye dpt time dye..huhu...
    hope anis ngan daniel..
    kalo dorang bersme,,mesty sweet gile..
    huhu..
    cpat2 smbung plis...
    xsaba nk tggu ending...

    BalasPadam
  3. finally.....ada sambungannya......more n3 please...nk tau apa yg dlm fikiran Aiman....

    BalasPadam
  4. ala..xnkla ngan daniel
    nak ngan fariq..
    hehe..

    BalasPadam
  5. bestnya...
    nk anis dgn aiman daniel...

    BalasPadam
  6. apa yang daniel akan buat ya? tak sabar nak tau. hm, tak bleh pilih antara daniel n fariq la.

    BalasPadam
  7. akhrnye..
    kbnrn terserlah..pdn muke ngn daniel..
    ego thp maut..
    xnk daniel ngn anis..
    nk anis ngn fariq gk..
    fariq terlalu baik tok dilukai..

    BalasPadam
  8. akhir nye...
    lme gle tgu...
    dpt jugak!
    yes2...
    bez2...
    cpt2 sambung ea???
    huhuhu....

    BalasPadam
  9. nk anis ngan daniel..

    BalasPadam
  10. anis ngan daniel.. adat dalam bercinta kalo fariq kalah dalam merebut cinta anis.. kalo cinta die ikhlas die xkan minta cintanya dibalas..

    BalasPadam
  11. hi!!sy pendatang baru utk novel awak nie. firstly i wanna say, cite awak memang best..ditambah dengan actors and actres dari korea tue..tp yg heroin tue sapa?heroin dalam cite sweet spy ke? x sabar2 nak tahu sambungannya..adakah anis akan berkawin dengan daniel cause of danny atau stay dengan fariq?

    BalasPadam
  12. lambtnye n3 br..
    kalo mcm ni ble nk abs cite ni..

    BalasPadam
  13. anis ngan daniel lah best...

    BalasPadam