Selasa, 10 Mac 2009

Kasih Tercipta 21



Anis tidak senang duduk. Betul-betul tidak senang duduk. Dia resah sedangkan Aiman Daniel yang sedang memandu disebelahnya kelihatan tenang. Namun, tidaklah lelaki itu kelihatan benar-benar tenang. Kadangkala Anis perasan keresahan bosnya itu. Entah apa yang difikirkannya itu. Kepergian Cik Stephanie ke luar negera? Mungkin.

Aiman Daniel mungkin rindukan kekasihnya itu. Riuh satu pejabat bercerita tentang kepergian Cik Stephanie ke luar negara. Malah akhbar juga menggembar-ngemburkan cerita. Ada juga khabar angin yang dia akan bertunang dengan kekasihnya sebaik pulang dari luar negara. Bagi Anis, dia tidak kisah langsung bila Aiman Daniel dan Cik Stephanie akan berkahwin. Bukan urusannya pun.
“Sampai bila kau nak tenung cermin kereta aku ni? Sampai berlubang?” sinis terdengar suara Aiman Daniel di cuping telinga Anis. Dia tersentak. Segera dia memandang sekeliling. Dia sudah sampai di taska Danny. Anis semakin resah. Tak sedap duduk dia dibuatnya.
“Kenapa kau tak turun lagi?” sekali lagi Anis tersentak. Cepat-cepat dia memboloskan diri dari kereta mewah berjenama Jaguar itu. Saat Aiman Daniel membukakan pintu untuk keluar juga, cepat-cepat Anis menghalang.
“Encik, tak payahlah encik turun. Menyusahkan encik saja. Terima kasih sebab hantarkan saya ke sini. Encik bolehlah pergi makan sekarang. Baiklah encik, saya pergi dulu,” Anis segera meninggalkan Aiman Daniel yang masih berada di dalam kereta itu. Dia menarik nafas lega. Akhirnya aman juga. Anis tersenyum kecil.

“Yang kau senyum ni, kenapa?” hampir terbeliak mata Anis apabila ditegur begitu. Perlahan-lahan, dia berpaling ke belakang. Aiman Daniel sedang berjalan ke arahnya dengan gaya tesendiri bersama senyuman sinis. Anis mengetap bibir. “Kenapa encik ikut saya?” tanya Anis. Nada suaranya sudah berubah dingin. Tajam pandangannya terarah pada Aiman Daniel. Jejaka itu hanya kelihatan selamba sahaja.

“Kan aku dah kata, aku nak pastikan dulu baru benarkan kau cuti. Kalau aku terus balik, manalah tau kalau kau tipu dan terus tahan teksi dan balik rumah kau. Tak mustahil, kan?” kasar suara itu. Dia turut memandang tajam Anis. Mereka berlaga pandang untuk satu jangka masa yang agak lama. Masing-masing tidak mahu mengalah. Akhirnya Anis menunduk dan menarik nafas panjang.

“Kenapa encik tak balik saja? Percayakan saya saja. Takkan saya nak tipu tentang anak saya pulak,” lembut suara Anis. Dia berharap Aiman Daniel akan berubah fikiran namun andaiannya meleset apabila jejaka itu memandangnya tanpa perasaan sebelum berkata..
“Dah siap bercakap? Sekarang baik kau masuk,” Aiman Daniel mula melangkah ke dalam pagar taska itu. Anis menarik nafas lemah. Dia kalah lagi! Lemah langkahnya menuruti langkah Aiman Daniel.

“Puan Anis, akhirnya puan sampai juga. Danny asyik merengek panggil nama puan dari tadi,” seorang wanita akhir 20-an meluru ke arah Anis sebaik melihat kelibatnya. Anis sedikit cemas.

“Siapa ni, puan?” tanya wanita itu lagi sambil melirik ke arah Aiman Daniel yang sedang bediri di sebelahnya. Anis serba-salah. Dia memandang Aiman Daniel sekilas.
“Bos saya. Dia tumpangkan saya ke sini,” jawab Anis sambil berlagak selamba. Aiman Daniel pun turut berlagak selamba dengan raut wajah kosong terlakar di wajahnya. Wanita itu tersenyum kecil.

“Oh, marilah saya hantarkan puan pada Danny,” wanita itu tersenyum dan mula menunjuk jalan pada Anis. Aiman Daniel mengikuti langkah Anis lambat-lambat.

“Sayang, sakit ke?” Anis segera meluru ke arah Danny yang sedang terbaring di atas katil dengan suara lembut. Pipi anaknya itu dielus-elus perlahan. Rasa kasihan Anis melihat dada Danny turun naik dengan susah payah. Bunyi yang agak kuat kedengaran setiap kali Danny menarik dan menghembus nafas. Asma anaknya menyerang kembali.

“Mama,” Danny memeluk ibunya perlahan. Anis dapat merasakan dengan jelas susahnya Danny hendak bernafas. Anaknya itu beberapa kali batuk dengan kuat. Anis mula bimbang.
“Sejak bila lagi?” tanya Anis pada wanita itu yang lebih mesra dipanggil Kak Ati. Dia langsung tidak memperdulikan Aiman Daniel yang sedang memerhatikan Danny sambil menyandarkan badannya pada dinding. Raut wajahnya sukar dimengertikan.

“Sejak pagi tadi lagi tapi sekejap je. Lepas je sedut inhaler tu, dah baik sikit. Tapi bila nak dekat pukul 12 tadi, asma dia datang balik. Semakin kuat pulak tu,” jawab Kak Ati. Raut wajahnya juga kelihatan risau. Baginya, setiap kanak-kanak yang dijaganya di taska ini sudah dianggapnya sebagai anak-anak sendiri.

“Mama, Danny nak nek,” perlahan suara Danny.
Dadanya naik turun dengan perlahan. Mata hazelnya pula kelihatan berkaca-kaca. Anis mengigit bibir. Matanya terasa berair tetapi dia cuba menahannya. Sudah lama asma Danny tidak menyerang. Dulu, sering sahaja Danny diserang asma dan Mak Timahlah yang membantu dia menjaga Danny apabila dia tidak sempat menjaga anaknya yang sering sakit itu. Sekarang, Mak Timah tidak ada lagi untuk dia meminta bantuan.

“Dah hantar ke hospital?” tiba-tiba satu suara garau mencelah. Anis berpaling ke belakang. Aiman Daniel!
“Tak lagi. Sebab inilah saya panggil Puan Anis datang sini. Biar dia bawa Danny ke hospital. Teruk saya tengok asma dia kali ini,” Kak Ati menjawab bagi pihak Anis. Dia memandang keadaan Danny dengan pandangan risau.

“Kalau begitu, tak apalah. Biar saya hantarkan Anis dan Danny ke hospital,” Aiman Daniel mempelawa. Panggilannya dari aku kau sudah bertukar saya awak depan orang ramai. Anis tersentak. Dia segera menggeleng.

“Tak payahla, encik. Saya tak nak susahkan encik. La
gipun encik dan tolong hantar saya ke sini. Biar saya bawa Danny dengan teksi je,” tolak Anis baik. Dia sebenarnya tidak mahu terhutang budi dengan Aiman Daniel.

“Saya dah ada di sini. Tak payah pergi dengan teksi. Biar saya yang hantar,” kedengaran sekali lagi nada tegas itu. Anis mengeluh perlahan. Malas mahu bertekak lagi. Lagipun, dia terlalu bimbangkan Danny. Saat tangannya mahu memeluk Danny untuk mendukung anaknya itu, Aiman Daniel berdiri disebelahnya dan dengan pantas mendukung Danny. Kepala Danny dilentokkan di bahunya yang tegap. Anis terkejut. Tangannya masih di dada Danny dan kini terlekap di dada Aiman Daniel yang sedang mendukung Danny! Tiba-tiba Anis berasa sebak apabila melihat Danny selesa di badan tegap itu. Dia segera menarik tangannya. Malu! Kak Ati yang memerhati mereka berdua tersenyum kecil.
“Kami pergi dululah, Kak Ati. Terima kasih sebab call saya,” ucap Anis ambil tersenyum kecil. Kak Ati mengangguk.

“Yalah, semoga Danny cepat sembuh ya,” Anis masih tersenyum kecil. Dia terus keluar dari pagar taska itu.

*********************************
“Mama, siapa uncle ni?” pertayaan Danny yang sedang berbaring di pangkuannya melenyapkan lamunan Anis. Anis serba-salah. Dia memandang Aiman Daniel yang sedang memandu di sebelah. Mereka baru sahaja selesai membawa Danny ke hospital. Di sana, Danny terus dibawa ke ruang kecemasan dan diberi rawatan kecemasan. Keadaannya sudah beransur baik. Betuknya juga dah semakin berkurangan. Sekarang pula, matanya bercahaya memandang orang asing yang mendukungnya tadi. Anis semakin serba-salah apabila perasan mata Aiman Daniel menjeling ke arahnya apabila dia tidak menjawab soalan anaknya itu. Anis tersenyum hambar.


“Ini bos mama, sayang. Nama dia Aiman Daniel,” jawab Anis. Mata Danny bersinar.

“Nama uncle macam nama Danny lah. Kan, mama?” tanya Danny. Senyuman mula terukir di wajahnya yang sedikit pucat. Anis tersentak apabila Danny berkata begitu. Dia hanya mengangguk kecil. Walaupun dia yakin, Aiman Daniel tidak mengetahui apa-apa tentang Danny, dia tidak sanggup berpaling dan memandang raut wajah Aiman Daniel sekarang. Malah, kata-kata hinaan Aiman Daniel tentang Danny dulu masih tersimpan kemas dalam memorinya.

“Danny lapar tak?” tiba-tiba Aiman Daniel bersuara. Anis terkejut. Serentak itu dia mengalih pandang ke arah Aiman Daniel yang tenang memandu. Kerutan mula muncul di dahinya.

“Lapar,” jawab Danny perlahan. Anis merenung Danny lama dan memberi isyarat agar Danny tidak bersuara lagi.
“Kita pergi makan, ya?” Aiman Daniel tersenyum kecil pada Danny di dalam pangkuannya. Anis hampir terlopong. Apa kena dengan dia ni? Tiba-tiba je baik.


“Nak!” Anis semakin terkejut apabila mendengar jawapan Danny yang riang. Anis segera menggeleng.

“Tak payahla encik. Kalau encik nak pergi makan, encik turunkan saya di stesen bas depan tu. Saya dan Danny boleh balik dengan bas je,” Anis segera menolak. Aiman Daniel segera merenungnya tajam. Anis telan liur.

“Ada aku tanya pendapat kau? Tak ada, kan? Jadi, kau ikut saja kata aku. Jangan membantah!” Aiman Daniel membisik keras di telinga Anis. Wajah Anis serta-merta berubah. Panggilan tadi sudah kembali kepada aku kau. Pandai betul Aiman Daniel berlakon.

“Baiklah. Saya ikut je cakap encik. Saya ni kan kuli je,” balas Anis tajam sambil berpura tersenyum kecil. Aiman Daniel langsung tidak memperdulikan kata-kata Anis itu. Anis menggigit bibir perlahan. Geramnya!!

p/s: maaf lambat masukkan new n3. mmg sibuk skit kebelakangan ni. ^_^


15 ulasan:

  1. akhirnye...
    stlah lame mnunggu...huhu
    xpe...suka part nih...
    sweettt...!!

    BalasPadam
  2. penungguan satu penyeksaan.
    huhu.
    asal tetibe bek lak daniel nie.
    xsuke die ckp aku kau dgn anis.
    he
    smbung2
    -na'dz

    BalasPadam
  3. ngeeee..
    akhirnye..ader gak n3 bru..
    ske2..
    aiman daniel nieh ader gak sifat kebapaan..
    sweet sgt kalo dorang 1 fmly yg bhgie..
    ngeee,,ske2..
    danny pon cm ader chemistry je ngn aiman daniel..
    huhu..
    besh2..
    smbung cpat2..

    BalasPadam
  4. ske2. hehe.. daniel dah jumpe ngan danny! sambung cepat2 ye!

    BalasPadam
  5. huhuhu...
    tumpang membaca disini
    lama tunggu...
    tapi n3 kali ni best....
    sambung cepat sket yer klu dah xbusy nanti...
    thanks...~sakina~

    BalasPadam
  6. sweetnye!!!!!! x sbr bk tnggu smbngn...
    penulis bz ye..xpe2.. sabar menanti..he3

    BalasPadam
  7. cpt2... hehe
    x sbr sey..

    BalasPadam
  8. smbung lagi yekkk...
    xsabar la nie...huhu...
    da lama sngt tggu...huhu

    BalasPadam
  9. huaaaa..
    lame tggu
    tp xpe
    penantian yg bebaloi bile kua part besh gini
    hehe
    dr n3 ni leh gak org tau aiman tu ade gak ati perasaan..huahuahua
    kalo da ade pertalian darah tu
    mmg la akn ade chemistry kn
    windu mama papa...waaaa!!
    smbg lg ek ^_^

    -che na-

    BalasPadam
  10. akhirnya cita nie muncul kmbali...
    lama sy tnggu, tpi mood cita nie sy bca xilang..ingat jew..
    nak lagi.. saya rasa nvel nie bleh dpasarkn..
    gya pnulisan dia ok, cuma ada 1 2 jew yg prlu dperbtulkan..
    gud luck!!>>.. n nak lagi!!!

    BalasPadam
  11. makin lembut hati si aiman daniel kan???
    anak dia gak...hehehhe

    BalasPadam
  12. penantian memang satu penyeksaan. lama gak nak tunggu anda mengupload.

    BalasPadam
  13. btol 2 penantian satu penyeksaan
    jadi jgn la awk menyeksa org lain huhuhuuh

    BalasPadam
  14. babypink..
    cpt la smbung..
    huhu..
    plisshh..
    xsaba nk taw smbungnnye..
    nggeeee..

    BalasPadam
  15. lama lagi ke nak sambung.. besh2 tk sabo

    BalasPadam