Isnin, 22 Jun 2009

Kasih Tercipta 28


Anis cuba memberi tumpuan kepada kerjanya. Sering kali Aiman Daniel memberikannya kerja yang lebih banyak. Benda-benda remeh pun dia terpaksa lakukan. Apabila melakukan kesalahan, terus dia dimarahi dan ditengking. Ah, alah bisa tegal biasa. Anis sudah lali dengan semua itu. Malah dia boleh bertenang walaupun wajah Aiman Daniel menyingga di hadapannya. Kadang kala Anis bingung. Terlalu dalamkah kebencian Aiman Daniel kepadanya sehingga dia sering diperlakukan seperti orang suruhan? Seperti orang tiada peraasaan?

“Kenapa dengan awak ni, Anis?” Maira menepuk bahunya perlahan. Anis mengeluh perlahan. Terbayang tingkah laku Aiman Daniel yang pelik beberapa hari lepas. Dia masih tidak percaya Aiman Daniel mesra dengan Danny. Pelik.

“Tak ada apa-apalah,” Anis mengelak. Malas mahu menceritakan peristiwa itu kepada Maira. Tahu sangat mulut Maira yang becok itu. Tentu dia akan menyoalnya bertalu-talu.

“Ala, jangan nak sorok la. Awak rindu pada Fariq, ya?” tembak Maira. Anis tersentak. Fariq. Hampir sahaja dia terlupa pada jejaka yang banyak menabur budi kepadanya itu. Bila teringatkan Fariq kembali, hati yang tidak tenang bertambah berat. Ah Maira, kenapa kau harus ingatkan aku pada masalah?

“Ala, malu-malu pulak. Mengaku ajalah, dah terlalu sarat menanggung rindu pada si jejaka hati!” Maira terus-terusan mengusikknya apabila Anis berdiam diri.

“Ehem!” Anis terpaku. Wajahnya pucat. Dia menahan liur tiba-tiba. Dia kenal itu. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya..

“Encik Daniel,” hampir tidak terkeluar suaranya kerana terlalu terkejut melihat wajah Aiman Daniel yang menegang. Maira apatah lagilah, terus memecut pergi. Dan dia sekarang, berhadapan dengan Aiman Daniel yang lagaknya seperti mahu menelannya. Rasanya seperti amat lama dia dileteri, ditengking dan dimarahi Aiman Daniel sebelum lelaki itu manapak kembali ke dalam bilik kerjanya. Anis akhirnya bernafas lega.

“Dasyat betul Encik Daniel dengan kau. Dengan orang lain, taklah dia segarang itu,” komen Maira sebaik sahaja sampai waktu makan tengah hati. Anis hanya mengangkat bahu. Dia tahu itu, Aiman Daniel lebih tegas dengannya. Ah, pedulikan lelaki itu.

Anis kembali meneruskan kerjanya. Tiada hati untuk pergi makan. Seleranya mati apabila ditengking Aiman Daniel tadi. Lelaki itu memang….!

“Anis,” sekali lagi dia terkejut apabila Fariq tiba-tiba terpacak di hadapannya. Hampir saja jeritannya terlepas.

“Fariq. Awak balik awal ke? Kenapa?” tanya Anis bingung. Rasanya hujung minggu ini baru Fariq akan kembali ke sini. Fariq tersenyum kecil.

“Saya rindukan awak. Sebab itu saya cepat-cepat habiskan kerja saya. Supaya saya boleh pulang dan ajak awak makan tengah hari bersama saya,” ujar Fariq bersahaja. Anis membalas senyuman lelaki itu. Wajah Fariq ditenung lama. Dia akui, dia rindukan Fariq sepanjang ketiadaanya. Dia tahu Fariq ada tempat yang istimewa di hatinya. Masa yang mengajarnya itu..

“Yalah,” Anis bangun dan mencapai beg tangannya. Saat kakinya mula melangkah, dia terpandangkan Rina yang berwajah kelat.

“Abang! Kenapa tak tunggu Rina?” dengan suara yang geram Rina bersuara mengadap Fariq. Anis terkelu. Dia berpaling ke arah lain. Malas meyampuk perbualan ini. Biarlah mereka menyelesaikan sendiri.

“Abang datang jumpa Anis,” jawab Fariq lembut. Senyuman masih terukir di bibirnya. Rina membaas senyuman itu dan lengan Fariq segera dirangkul.

“Ye ke? Tak apalah. Jom pergi makan. Rina laparlah..” Rina mula merengek. Wajahnya dicomelkan namun saat matanya bertembung dengan mata Anis, matanya berubah gelap dan dingin. Anis meneguk liur.

“Maaf la. Abang dah ajak Anis,” Fariq menolak. Suaranya dan wajahnya dimaniskan. Rina terpaku. Anis dapat melihat bibir Rina diketap kuat dan secepat kilat berubah manis kembali.

“Tak apalah. Biar Rina pergi dengan abang dan kak. Tak salah, kan?” senyuman Rina kelihatan sungguh manis tapi sayang hanyalah puraan. Anis serba salah namun Fariq masih juga tersenyum.

“Maaf, abang ada something nak cakap dengan Anis. Lain kali ya,” lengan Rina dilonggarkannya. Fariq kemudian menarik tangan Anis melepasi Rina. Anis sempat berpaling ke belakang. Renungan tajam dan gelap Rina bertembung dengan matanya. Anis terkelu.
******************************


Anis menongkat dagu dan memandang pemandangan di luar dinding kaca itu. Fikirannya bercelaru. Pelbagai perkara yang mengganggu fikirannya. Danny, Rina, Fariq, dan Aiman Daniel. Mereka semua membawa masalah yang berbeza kepadanya. Masalah yang dia tidak tahu bagaimana untuk selesaikan. Danny mahukan papa, Rina mahukan Fariq, Fariq mahukan dia, Aiman Daniel pula mahukan… apa yang lelaki itu mahukan? Dia sendiri tidak tahu. Masih samar-samar. Perangai Aiman Daniel begitu sukar dijangka. Apa yang ada di fikiran lelaki itu?

“Hello!” Anis tersentak apabila Fariq memetik jari dihadapannya. Segera dia memandang Fariq yang sudah berpeluk tubuh dan menyandar pada kerusi.

“Apa istimewanya jalan itu? Cantik muka saya lagi. Apa kata kalau awak tengok muka saya pulak,” rungut Fariq dengan muka cemberut. Anis menunduk sambil menyembunyikan senyumannya. Kelihatan comel pula ketika Fariq begitu. Saat dia mengangkat wajah kembali, renungan Fariq terus menusuk ke hatinya. Anis menunduk kembali. Darah panas menyerbu ke pipinya.

“Saya suka tengok pipi awak merah. Comel!” Fariq ketawa kecil. Anis mengangkat wajah dan terus menampar perlahan lengan Fariq. Geram dengan lelaki itu. Namun Faiq hanya melemparkan senyuman yang paling menggoda. Anis menjulingkan matanya ke atas dan mengangkat bahunya Fariq ketawa sekali lagi.

“Macam mana Danny? Dia sihat tak?” Fariq menegakkan bahunya dan meneguk minuman. Anis kembali memandang Fariq lama tanpa menjawab soalan Fariq. Lelaki itu memandang Anis dengan hairan.

“Kenapa? Ada yang tidak kena ke?” tanya Fariq. Keningnya diangkat. Anis menggigit bibri namun dia tidak mengelihkan pandangan.

“Awak betul-betul sayang pada Danny ke?” soalan itu keluar tanpa dirancang. Fariq kelihatan terkejut dengannya. Segera minuman diletak kembali ke atas meja. Matanya merenung tepat wajah Anis.

“Kenapa awak tanya saya begitu? Saya betul-betul sayang pada Danny. Saya tengok dia membesar sejak dia bayi lagi sehinggalah sekarang. Kalau saya tak sayang, saya tak akan habiskan masa saya dengan dia sebegitu lama. Dan kalau awak ingat saya pura-pura sayangkan dia semata-mata untuk mendapatkan awak, awak silap besar. Saya masih akan jenguk dia walaupun awak tolak saya!” suara Fariq kedengaran keras tetapi Anis dapat mengesan kekecewaan di raut wajah Fariq. Anis serba salah. Sebelum ini dia tidak pernah meragui ketulusan Fariq tetapi kenapa hari ini mulutnya terlalu lancang?

“Maaf, saya tak berniat..!” Anis menggingit bibir. Dia gelisah di tempat duduknya. Fariq hanya mengangguk dan tersenyum.

“Sudahla. Jangan fikirkan tentang itu. Hm, saya ingat saya nak singgah kedai buku kejap. Awak nak ikut saya tak?” Fariq bertanya. Anis memandang jam tangannya sekilas dan mengangguk setuju.
*************************************


Aiman Daniel mengetap bibir. Dia melangkah pantas memasuki ruang restoran itu. Tadi dia tiba-tiba mendapat panggilan yang tidak dijangka. Dia pelik, dia keliru. Kenapa cepat sangat? Dia masih belum lagi dapat menyelesaikan masalahnya. Dan sekarang sudah muncul masalah baru.

“Er, maaf!” segera dia berpaling dan meminta maaf kepada orang yang dilanggarnya. Namun matanya terbeliak serta-merta apabila melihat gerangan orang itu. Anis! Dan dia sedang berada di sebelah Fariq. Sejak bila Fariq balik?

“Kau buat apa di sini?” dia memandang wajah Fariq yang tenang dan wajah Anis yang agak gelisah.

“Makanlah. Kenapa kau lambat hari ini?” tanya Fariq kembali. Dia kelihatan agak tidak selesa juga dengannya. Aiman Daniel faham. Jika dia berada di tempat Fariq, tentu dia juga begitu. Malah, mungkin lebih teruk. Namun, dia gembira kerana Fariq tidak lagi mengeluarkan kata-kata sinis kepadanya.

“Aku ada hal sikit. Aku..!”

“Sayang!” tiba-tiba Aiman Daniel merasakan dia dipeluk dari belakang. Segera dia berpaling. Wajahnya pucat lesi tiba-tiba.

“Stephanie..” suara Aiman Daniel hampir tidak keluar.

“Mi manchi molto(saya sangat rindukan awak!)” ujar Stephanie riang. Pelukannya masih tidak dileraikan. Aiman Daniel terkaku di situ. Dia tidak tahu mahu beriaksi bagaimana. Akhirnya dia meleraikan pelukan Stephanie dan memandang kekasihnya itu lama. Semakin cantik Stephanie sejak pulang dari negara kelahirannya.

“What a surprise! I ingat you akan tinggal lama kat Italy,” sedaya upaya Aiman Daniel cuba mengukirkan senyuman tetapi bibirnya seolah kaku. Namun Stephanie kelihatan tidak perasan tentang keadaannya itu.

“Hye, Fariq. Dah lama I tak jumpa you. Makin kacak sekarang ni!” Stephanie memeluk tangan Aiman Daniel saat berkata begitu. Fariq tersenyum kecil. Aiman Daniel serba salah melihat renungan Fariq yang bertambah dingin dan Anis yang sudah mengalihkan pandangan ke arah lain.

“Biasa saja. You balik ke Italy? Kenapa?” soal Fariq. Tangannya mencari tangan halus Anis dan digenggamnya erat. Anis tersentak. Dia cuba menarik tangannya kembali tetapi tidak berjaya.

“Oh, Daniel tak bagitau you lagi? We’ll get married!” Stephanie berkata teruja. Aiman Daniel mengetap bibir. Dia menekup wajahnya dengan tangan dan berpaling ke arah lain. Dia tidak mahu rahsia ini terbongkar. Namun, ebaik sahja Stephanie pulang, terus…!

“Oh, ya? Tahniah! Bila tu?” Fariq tersenyum lebar. Nampaknya kebimbangannya tidak berasas. Aiman Daniel akan berkahwin tidak lama lagi. Anis tidak akan terlepas ke tangan sahabatnya.

“Nanti I akan berikan kad. Eh, ini siapa? You lunch dengan dia?” mata Stephanie beralih pada wanita di sebelah Fariq. Cantik. Sesuai dengan Fariq. Baru dia teringat. Dia pernah ternampak dengan wanita ini dan Fariq di pusat membeli-belah dulu. Eh, ini Anis. Setiausaha Daniel!

“Hm, ya. You dah kenal Anis, kan?”

“Yup! Hm, you dan dia ada apa-apa ke?” soal Stephanie dengan kening yang ternaik sebelah. Fariq ketawa kecil. Dia memandang Aiman Daniel yang gelisah dan Anis yang tidak selesa sekilas sebelum menggenggam tangan Anis lebih erat.

“Mestilah. She’s my girlfriend and my future wife,” sesaat itu mata mereka semua terbeliak memandang Fariq!

16 ulasan:

  1. Apa?! tak nak! nak anis ngan Daniel! wa!

    BalasPadam
  2. erm..fariq mmg baik..! baik sgt..!
    tp xtau la..cm nk anis ngn aiman pon ye gak..
    nk anis ngn aiman bole ker?ahaha..

    BalasPadam
  3. nak aiman dgn anis jgk...
    lg best la...
    ksian danny...

    BalasPadam
  4. walaweeyyhh..
    apesal la fariq amek keputusan senyry..
    ta npk ke anis ngn aiman daniel gelisah..
    mknenyer ade smething yg xterluah..
    huhu..
    fariq baek sgt..sgt2 baek,,tp tataw arh..cm ade yg xkene kalo dorang berdue..nk aiman daniel ngn anis gak..bg la dye peluang..
    huhu..

    BalasPadam
  5. wawawa..bagusnye..
    fariq bgtau sume..
    huhuhu

    BalasPadam
  6. ala.... nape nih...
    jgn la anis n fariq.. uhuhuhu cepat la sambung entri baru.. jgn la amik mase lame sgttt

    BalasPadam
  7. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Fariq tu baik, Anis pun baik.

    BalasPadam
  8. bestnye n3 baru ni..so nice..
    fariq tu baik..kan best klu cinta fariq n anis bersatu..
    tp kena fikir gak ttg aiman daniel..
    aiman daniel dh berubah ke??

    BalasPadam
  9. x moooooooooooooo......x moooooo......nk Anis n Aiman Daniel gak........

    BalasPadam
  10. emm...xtaw nak plih mna satu arr..

    dua2 baik...

    confusee!!!

    sapu dua2lah...hihi..

    gurau jewww...jan mrah...

    BalasPadam
  11. Nak Aiman Daniel ngan Anis!

    BalasPadam
  12. ya Allah siannye fariq..
    die baik sangat.. huhu..

    best la cite ni..
    cepat2 sambung. :)

    BalasPadam
  13. fariq mmg macho! berani, akak suka dgn watak fariq ni. direct to the point. tak buang masa. apapun, akak follow.........................

    BalasPadam
  14. yeah! Akhirnya anis ngan fariqπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

    BalasPadam
  15. yeah! Akhirnya anis ngan fariqπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

    BalasPadam