Jumaat, 17 Julai 2009

Kasih Tercipta 30


Anis memotong bawang berhati-hati. Dia harus cepat dan memasak. Hari sudah lewat. Tangannya pantas bergerak. Sesekali dia menjenguk ke arah Danny yang sedang leka dengan botol susunya. Anis tersenyum. Danny begitu sayangkan botol susunya. Dia lansgung tidak meninggalkan tabiat minum susunya. Anis dan Mak Timah cuba menukar tabiat itu. Mengajar Danny minum susu dengan menggunakan gelas tetapi sebaliknya Danny muntah sebaik minum.

“Auch!” tangannya ditarik pantas. Dia melihat lelehan darah di jarinya, kesan daripada hirisan pisau. Serta-merta dia bergerak ke sinki untuk mencuci darah yang agak banyak. Kepala paip dipegang. Belum sempat dia berbuat apa-apa, pintu diketuk. Anis terkesima sebentar. Ketukan di pintu bertambah kuat. Anis mengetap bibir. Dia segera menuju ke pintu dengan tangannya yang berdarah. Sempat dijelingnya Danny kembali. Anaknya itu sedang tidur. Begitu polos.

“A..ap,” suaranya tersekat di kerongking. Dia memandang Aiman Daniel yang sedang merenungnya tajam. Dadanya terasa berdebar tiba-tiba. Bagaikan perkara buruk yang akan berlaku. Lama dia dan Aiman Daniel berdiri di situ. Sambil memandang mata masing-masing dengan fikiran yang berbeza.

“Apa yang encik buat di sini? Kalau encik nak bincang pasal kerja, saya rasa ini bukan masa yang sesuai,” Anis bersuara sebaik sahaja mendapat kembali ketengangan di dalam dirinya. Mata dialihkan dariupada terus merenung wajah kacak Aiman Daniel. badannya disandarkan ke pintu.

“Aku bukan nak bincang pasal kerja,” suara Aiman Daniel kedengaran menakutkan. Anis tersentak. Dia meneguk liur dan menarik nafas panjang.

“Kalau macam tu, saya tak nampak apa perlunya encik berada di rumah saya sekarang. Saya harap encik beredar,” pintu cuba ditutup tetapi Aiman Daniel menolak kasar. Anis tertolak ke belakang. Wajahnya kelihatan terkejut dnegan tingkah Aiman Daniel yang tiba-tiba.

“Kenapa dengan encik ni? Keluar dari rumah saya sekarang!” suara Anis mula tegang namun segera dia kawal. Danny sedang tidur. Namun lelaki itu seperti pekak. Dia langsung tidak memperdulikan wajah tegang dan merahnya sebaliknya Aiman Daniel menerpa ke arah Danny. Dia melutut di sisi sofa dan memerhatikan Danny tidur. Tangannya mengusap-ngusap rambut Danny. Aiman Daniel mengetap bibir. Betapa dia rindukan Danny. Dia mahu berada di sisi anaknya selalu.

“E..encik,” Anis bernafas kencang. Dia betul-betul tidak sedap hati melihat kelakuan Aiman Daniel yang pelik itu. Dia berdiri di situ. Memerhatikan tingkah Aiman Daniel untuk beberapa ketika. Tiba-tiba Aiman Daniel bangun dan menuju ke arahnya.

“Kita kahwin?” soalan itu terlontar dari bibir jejaka di hadapannya. Anis terlopong.

“Apa??!!” matanya membulat memandang Aiman Daniel. Jejaka itu kelihatan tenang. Anis segera menggelengkan kepalanya pantas.

“Jangan hendak buat lawak, encik!” Anis menahan rasa amarah yang mula timbul. Ini bukan masanya hendak bergurau!

“Aku tak buat lawak. Aku serius! Kahwin dengan aku,” tangan Anis digenggam. Anis betul-betul terpana. Apatah lagi melihat wajah Aiman Daniel yang kelihatan nekad.

“Encik tahu tak saya ni bakal isteri kawan baik encik? Sekarang ni, lebih baik encik keluar dari sini sebelum saya panggil polis. Lepaslah!” Anis berusaha merungkai pegangan Aiman Daniel tetapi jejaka itu terlalu kuat untuknya. Terasa sakit tangan kecilnya digenggam. Dia menjeling Danny yang sedang tidur di sofa. Dia tidak mahu Danny tersedar dan melihat pertengkarannya dengan Aiman Daniel.

“Aku takkan lepaskan kau sebelum kau setuju kahwin dengan aku,” tubuh Anis ditolak ke dinding. Hati Anis berdebar kencang sehingga terasa menyakitkan.

“Kenapa dengan encik ni?! Dah terdesak sangat ke? Kenapa encik nak paksa saya kahwin dengan encik?!” Anis cuba memberanikan diri merenung wajah Aiman Daniel yang tegang. Lelaki itu mendekatkan wajahnya ke arahnya. Anis mengetap bibir. Dia mahu lari tetapi dinding di belakang menyekat laluannya.

“Sebab Danny anak aku!” tengking Aiman Daniel. Anis terpaku. Suara Aiman Daniel tadi bagaikan halilintar mengenai tubuhnya. Dia bernafas kencang. Wajahnya digeleng-geleng pantas. Dari mana dia tahu? Bertahun dia cuba merahsiakannya. Dari mana Aiman Daniel tahu?

“Jangan mengarut, encik! Danny anak saya!” kali ini rontaannya bertambah kuat. namun Aiman Daniel membalas dengan memegangnya dengan lebih kuat. Terasa sakit bahunya.

“Aku tahu Danny anak aku. Ujian DNA sudah membuktikannya. Kau tak boleh nak sorok lagi, Anis. Aku mahukan anak aku!” Aiman Daniel bersuara kasar. Anis tersentak. Serentak itu..

PANGG!!!

Aiman Daniel terdorong ke belakang. Matanya terbeliak dengan tamparan Anis yang tiba-tiba. Dia betul-betul tidak terduga. Anis pula merenung Aiman Daniel dengan pandangan tajam. Wajahnya merah menahan marah.

“Dia anak saya! Encik tak ada hak atas dia!” kali ini giliran Anis pula menengking. Aiman Daniel betul-betul terkejut. Selama dia menyeksa dan mengenakan Anis, belum pernah dia melihat Anis semarah ini. Dia menarik nafas panjang. Tali leher yang terasa menjeruk lehernya tiba-tiba, dilonggarkan.

“Dia anak aku jugak. Sampai bila-bila pun kau takkan boleh ubah kenyataan itu,” suaranya diturunkan. Matanya memandang Anis yang mencebikkan bibirnya.

“Anak encik? Tak malu ke encik mengaku Danny tu anak encik? Kan dia anak luar nikah saya dengan lelaki lain? Lagi satu, tak malu ke ajak perempuan murahan macam saya ni kahwin? Jatuhlah reputasi encik!” tempelak Anis kasar. Aiman Daniel mengetap bibir. Kata-katanya dulu menjeratnya kembali.

“Aku tahu aku salah. Aku mintak maaf. Apa kata kita berdamai?” ujar Aiman Daniel. Dia bergerak merapati Anis. Namun sekali lagi..

PANGGG!

“What the…!!!” Aiman Daniel sekali lagi berundur ke belakang. Dia menggerakkan rahangnya yang terasa kebas. Matanya tajam merenung Anis. Tindakannya sudah melampau.

“Ini bukan apa-apa berbanding apa yang telah encik buat dalam hidup saya! Encik musnahkan hidup saya dan dengan mudahnya encik cop saya sebagai perempuan murahan. Saya malu! Semua orang pandang serong pada saya sedangkan ini bukan salah saya! Salah encik tapi encik bolah bersenang-senang saja. Encik tahu tak betapa menderitanya saya selama ini? Betapa susahnya hidup saya selama ini?! Encik takkan boleh bayangkan. Dan sekarang encik suruh saya lupakan! Takkan. Saya takkan pernah lupakan!” Anis menjerit bagaikan histeria. Aiman Daniel melulu ke arah Anis dan mencengkam bahunya.

“Sebab itu aku mahu tebus balik apa yang aku buat dulu. Beri aku peluang!” Aiman Daniel hanya membiarkan Anis memukul-mukul dadanya dengan tangan halusnya. Dia harus mententeramkan Anis.

“Tiada peluang untuk orang macam encik! Sekarang keluar dari sini dan jangan muncul dalam hidup kami berdua lagi!” Anis menerit. Dia betul-betul marah dengan jejaka ini. Jangan ingat dia akan senang-senang melupakan apa yang telah Aiman Daniel lakukan di atas hidupnya.

“Danny anak aku. Aku papanya!” cengkaman Aiman Daniel bertambah kuat. Dia geram dengan kedegilan perempuan ini. Susah sangat ke menerimanya? Kalau perempuan lain, sudah tentu menangis gembira apabila dilamar olehnya. Tetapi Anis tidak. Malah dia ditampar dua kali. Aiman Daniel menggerakkan rahangnya apabila teringat tamparan Anis. Sakit lorr!

“Danny tak ada ayah yang tak guna macam encik ni! Saya rasa kalau dia tak tahu, lebih baik!” balas Anis geram. Aiman Daniel menjeling Anis tajam. Tahap kesabarannya sudah mencapai hadnya.

“Aku ada hak atas Danny! Baik kau jangan bermimpi hendak kahwin dengan Fariq. Kau akan jadi milik aku. Kau takkan terlepas daripada aku, selamanya! ” Aiman Daniel tersenyum sinis. Anis menggigit bibir marah. Tangannya diangkat untuk menampar Aiman Daniel untuk kali ketiga tetapi dihalang kejap dengan tangan kasar Aiman Daniel. Lelaki itu menggenggam tangannya kuat. Tidak rela pipinya ditampar lagi.

“Encik, lepaslah. Sakit!” Anis mengaduh sakit. Aiman Daniel tidak peduli. Kedegilan perempuan ini betul-betul mencabar egonya. Belum pernah dia ditampar seumur hidup, dan Anis pula menamparnya dua kali!

“Aku takkan lepaskan. Kau..” tiba-tiba kata-kata Aiman Daniel terhenti. Rontaan Anis juga terhenti tiba-tiba. Mereka berdua memandang ke arah kanan. Danny sedang duduk di atas sofa sambil menangis teresak-esak. Matanya memandang mama dan unclenya yang asyik bertengkar sejak tadi. Anis dan Aiman Daniel terpana. Mereka lupa pada Danny yang sedang tidur di sofa. Tentu Danny terkejut dan takut melihat pertengkaran mereka tadi.

“Mama..mama. Mama,” Danny terus menangis. Anis melepaskan pegangan Aiman Daniel yang sudah longgar dan meluru ke arah Danny. Anaknya itu segera didukung. Kepala dan belakang Danny diusap-usap. Berusaha menghentikan tangisan Danny yang makin kuat. Anis mengetap bibir. Rasa marah dan geram membuatkan dia terasa ingin menangis.


“Sayang, jangan nangis. Mama ada di sini,” Anis cuba memujuk. Dia menyeka air mata yang mula mengalir di pipinya. Akhirnya dia terduduk di sofa. Air matanya mengalir deras. Dia betul-betul kalah sekarang. Dia tidak sanggup lagi menghadapi ini semua.

Aiman Daniel pula terpaku di situ. Hatinya sakit melihat air mata Anis dan Danny mengalir. Dia mahu membalas balik kesalahannya tetapi dia hanya membuat Anis lebih terluka. Lihatkah air mata yang keluar dari mata cantik Anis itu. Dan lihatkah betapa takutnya Danny dengan pertengkaran mereka berdua tadi.

“Encik, keluar,” lemah suara Anis sambil cuba menahan air matanya dari terus mengalir. Aiman Daniel terpaku di situ. Akhirnya dia melangkah keluar dengan langkah yang lemah. Air mata Anis semakin lebat…

19 ulasan:

  1. Ohhh....bestnya n3 kali ni
    sesuka hati jer Daniel melamar
    betul gak cakap Anis....terdesak sangat ker?

    tak sabar tunggu n3 baru

    BalasPadam
  2. aiman daniel cuba lg!!
    xnk anis kawen ngan fariq...

    BalasPadam
  3. betul tue betul...
    daniel...teruskn mencuba....jgn bg anis n fariq...x mooooo....
    nk daniel n anis gaks....

    BalasPadam
  4. chayok2 aiman daniel..
    pe kate psnieh,,wat aiman daniel patah blk kat anis ngn danny n pujok dorang...
    at least,,pujok danny pon oke..
    n danny lak,,ble aiman daniel pujok je..dye senyap n tetdo blk..haha..
    ske2 je wat cite senyry..
    nk aiman daniel n anis gak..
    chayok2..

    BalasPadam
  5. huhu.. chayok2 daniel...
    wat la ape je asalkan anis x terlepas ke tangan fariq..
    huhu.. tol kate kesengalan terserlah..
    kan best klu daniel patah balik n pujuk diorg..
    huhu..

    best2.. cpt2 smbung..

    BalasPadam
  6. hu~
    caya r daniel..
    xpe, usaha tangga kejayaan..
    hak3..
    xnak anis ngan fariq..
    gee~

    BalasPadam
  7. a'ah. Nak aiman daniel nagan anis gak!
    hehehe

    BalasPadam
  8. bolehlah kalau ANis ngan Fariq... Daniel kasar sangat kesian kat Anis.... Fariq penyayang... sweet sesangat..

    BalasPadam
  9. adoi..nak aiman ngan anis.huhu...dia da insap tuh..pelan2

    BalasPadam
  10. ouch!
    menyakitkan..
    and...
    apa dah jadi pada LUKA di jari anis??
    *garu kepala*

    BalasPadam
  11. makin best.. cpt2 sambung ye kak!!!!

    BalasPadam
  12. jahatnye daniel ni..

    BalasPadam
  13. betul betul betul
    try harder daniel! x nak anis kawen dgn fariq ;)
    tp mmg patut pun daniel kena tampar 2 kali
    patutnya writer genapkan je 3 kali
    haha :DD

    BalasPadam
  14. daniel sgt teruk!!!
    hati batu!!!

    BalasPadam
  15. cte nie lau dterbit kan..
    sure aq bliiiiiii..
    besh3
    smbg le cpt2
    =)
    ~iQ~

    BalasPadam
  16. best2x...
    nak aiman dgn anis jgk....
    fariq brambus ja la...
    hehehe...
    aiman g la pujuk danny...
    br anis xbuka skit ati kat aiman...
    hehehe

    BalasPadam
  17. apa dah jadi dengan luka di tgn anis tu?? hairan sungguh aku... dia tampar mcm mana agaknya muka aiman daniel tu?? dgn jari yg luka?? mesti darah keluarkan???

    BalasPadam
  18. jari luka sikit ja. bukannya sampai putus jari pun. lagipun....Anis kan betul2 marah dgn Aiman.jadinya memang logik kalau Anis terlupa langsung psl kesakitan tuh.

    BalasPadam
  19. woooo
    aiman daniel pat-pat b4 fariq amik anis.
    suke2
    -na'dz

    BalasPadam