Rabu, 9 Disember 2009

Kasih Tercipta 39


Dia meluru masuk ke dalam. Anis mengikuti langkahnya. Terus terlihat Stephanie sedang menekup mulutnya dengan tangan. Dia menarik nafas panjang.

“Stephanie,” tangannya mencapai bahu wanita itu tetapi segera ditepis.

“Don’t touch me!” menengking suara wanita jelita itu. Aiman Daniel mengeluh. Dia sudah tahu! Stephanie sudah tahu!

“Jangan buat kecoh di sini, Stephanie. Kita bincang kat luar,” tangannya menarik tangan Stephanie tetapi sekali lagi ditepis. Aiman Daniel meraut wajah.

“Don’t you dare to touch me! Budak ni, betul ke orang kata anak you?” mata Stephanie memerah. Tajam dia menikam wajah kacak tunangnya itu. Aiman Daniel jelas gelisah.

“Damn you, Daniel! Answer me!” suaranya makin meninggi. Anis hanya diam memerhatikan mereka. Terasa kacut juga hatinya melihat wanita yang sentiasa anggun dan baik dengannya ini meradang sebegitu. Apatah lagi bertanya soalan itu. Siapa yang memberitahunya? Dia sempat memberikan isyarat kepada lelaki itu agar menyangkalnya. Dia tidak mahu kecoh di sini.

“Cik, cik patut…,”

“Yes. This child is mine,” Aiman Daniel bersuara tenang. Dia tidak menghiraukan jelingan Anis yang jelas marah dengan kenyataan yang baru keluar dari bibirnya. Dia mengalihkan pandangan apabila Stephanie menundukkan wajah dan bibirnya diketap kejap. Bukan dia bermaksud untuk Stephanie tahu dengan cara sebegini. Dia sudah merancang untuk memberitahu Stephanie perkara sebenarnya dan memutuskan pertunangan itu tetapi kemalangan Anis dan Danny membantutkan niatnya. Dan sekarang berdirinya Stephanie di hadapannya dengan wajah yang jelas terluka.

“How could you! Dah berapa lama you ada affair dengan dia, ha?!” jelingannya beralih pada Anis. Anis menggeleng.


“Cik, saya dan Encik Daniel tak ada apa-apa hubungan!” dia bersuara tegas namun Stephanie hanya ketawa. Sinis.

“Oh, tak ada apa-apa hubungan. Kalau tak ada apa-apa, budak ni takkan lahirlah!” Stephanie menengking. Dia menjeling budak lelaki yang terbaring di atas katil. Dia tidak pernah percaya cerita orang lain tentang kehadiran anak luar nikah Aiman Daniel. Dia lebih percayakan tunangnya. Namun kepercayaannya semakin menipis apabila Aiman Daniel semakin tidak memperdulikannya. Ajak keluar, ada sahaja alasannya. Dan kadang-kala Aiman Daniel langsung tidak menjawab panggilannya. Tadi, dia hampir pengsan melihat wajah anak ini. Memang seiras! Tidak syak lagi, semua cerita itu benar. Ini anaknya dengan Anis!

“Sepanjang hubungan kita, you ada simpan mistress, kan? Perempuan ni, kan?” sinis nadanya. Jujur dia sakit hati. Betul-betul sakit hati. Dia terlalu cintakan lelaki ini. Dia sudah merancang untuk menarik diri dari dunia glamour untuk menjadi isteri yang baik untuk Aiman Daniel. Dia tidak pernah curang, malah dia menutup matanya untuk melihat lelaki lain kerana dia tahu Aiman Daniel adalah lelaki yang terbaik untuknya. Dia bukannya gilakan harta lelaki ini. Harta papanya pun sudah cukup banyak. Cintanya ikhlas tetapi ini balasan Aiman Daniel! Ini balasannya!

“Stephanie,” sabar Aiman Daniel sudah sampai kemuncaknya. Namun belum sempat dia menambah kata..

Pang!

Mata Aiman Daniel membulat. Anis terkedu.

“You tak layak nak tegur I!” tangannya digenggam erat. Pipi Aiman Daniel jelas merah akibat tamparannya. Anis menarik nafas panjang

“Cik, saya rasa labih baik cik dan Encik Daniel bincang di luar. Anak saya sakit,” nadanya tertahan-tahan. Dia tahu perasaan wanita itu. Dia perasan ada air mata di birai matanya. Dia juga wanita, dia tahu.

“There’s no need! Tak ada apa lagi nak dibincangkan lagi. Aiman Daniel, kalau you ingat I akan rayu di kaki you supaya tinggalkan Anis dan balik pada I, you silap besar,” Stephanie merapati Aiman Daniel. Tanpa diduga jag di atas meja dicapai dan..

“Stephanie,” Aiman Daniel terlopong. Badannya sudah basah kuyup. Anis berpaling ke arah lain. Dia bukannya jahat tetapi jika dia di tempat Stephanie, bukan setakat air je yang disimbah!

“I bukan perempuan murah. I don’t want to see your face anymore! Jangan harap I akan jadi isteri you!” serentak itu Setphanie menanggalkan cincin di jari manisnya dan melemparkannya ke arah Aiman Daniel. Dia terus meluru keluar. Aiman Daniel yang basah kuyup terus terpaku, tidak langsung mencuba untuk mengajar. Anis kekal diam. Dia tiada hak mencampuri urusan mereka berdua.

“Daniel, apa dah jadi ni?” muncul Tan Sri, Puan Sri dan Fariq di muka pintu. Jelas raut terkejut mereka melihat keadaan Aiman Daniel yang basah. Air menitik dari rambutnya. Pandangan mereka teralih pada Anis. Anis menjeling ke arah lain. Malas bersuara.

“My fiancĂ©e just broke off our engagement,” rambutnya yang basah diraut ke belakang. Puan Sri Maria berpandangan dengan suaminya. Fariq memandang rakannya itu lama.

“Mama,” satu suara halus mengejutkan mereka semua. Anis segera meluru ke katil Danny. Dilihat anaknya itu sudah membuka mata. Tangan Danny dicapai.

“Sayang,” dia tidak boleh berkata-kata. Bertapa bersyukur dia medengar Danny memanggilnya mama kembali.

“Mama, sakit,” anaknya itu menangis. Tanpa diduga air matanya juga tumpah. Ada tangan yang menyentuh bahunya. Dia berpaling ke belakang. Aiman Daniel dan Fariq. Mereka masing-masing berada di sisinya. Puan Sri dan Tan Sri juga.

“Anak mama jangan nangis. Nanti Danny pasti sembuh,” pipi Danny dicium lembut. Betapa rindunya dia!

**************************************************


Buka mulut sayang,” Anis menyuap buah ke mulut anaknya. Luka-luka di badan Danny sudah semakin sembuh. Cuma luka di perutnya yang agak dalam masih perlu diawasi lagi. Takut terkena jangkitan.

“Danny boleh balik petang ni, tau!” Maira tiba-tiba muncul dengan senyuman lebar. Terus dipeluknya anak kecil yang comel itu.

“Yay. Danny nak balik,” jelas keriangan di wajahnya. Anis tersenyum kecil. Bila melihat bekas-bekas luka di tubuh Danny, sedikit sebnayak tercuit hatinya. Kalaulah dia memeluk erat Danny, pasti keadaan Danny takkan menjadi sebegini.

“Maafkan mama, sayang,” dipeluknya Danny. Anak itu termangu-mangu. Tidak faham dengan tindakan mamanya. Yalah, dia kecil lagi.

“Uncle!” tiba-tiba Danny terjerit. Anis tersentak. Dia berpaling ke belakang. Fariq dan Puan Zuria. Anis menunduk. Apa yang Puan Zuria buat di sini? Mahu menghinanya lagi?
“Danny dah sihat? Mari peluk uncle!” dibawa Danny dalam pelukannya. Anak itu ketawa.

“Uncle bawak Danny gi jalan-jalan eh,” suaranya masih pelat. Fariq ketawa . Rindunya dia pada suara pelat Danny. Lega hatinya. Dia tidak sanggup lagi menghadapi hari-hari Danny terlantar lesu di katil.

“Anis,” Puan Zuria menghampirinya. Anis menunduk. Kalau boleh, dia mahu berpura-pura tidak mendengar panggilan itu tetapi masih ada rasa hormatnya pada ibu Fariq ini. Sekurang-kurangnya Puan Zuria pernah menyayanginya dulu.

“Apa khabar, auntie?” dipaksa diri untuk mengangkat wajah. Puan Zuria tesenyum.

“Khabar baik. Auntie ada benda sikit nak bincang dengan Anis ni,”

“Er..auntie,” Anis serba salah. Dia berpandangan dengan Fariq. Terkejut apabila lelaki itu mengangguk.

“Mama keluar dulu ya. Danny jangan nakal tau,” pipi anaknya dicuit lalu dia keluar mengikuti langkah Puan Zuria.

**********************************



“Kenapa ni, auntie?” suaranya perlahan. Puan Zuria menunduk.

“Auntie nak mintak maaf,” tangan Anis digenggam. Anis terpana. Terkejut dengan ucapan yang tiba-tiba itu namun dia tetap diam.

“Auntie tahu auntie dah lukakan hati Anis tapi auntie kecewa sebab kamu berdua tak ceritakan perkara sebenar pada auntie. Auntie ingat..,”

“Saya perempuan murahan,” dia menyambung perlahan. Puan Zuria menggeleng.

“Auntie kesal tak bertanya dulu. Auntie terlalu ikutkan hati. Auntie ingat ini yang terbaik untuk Fariq tapi mama silap. Sekarang ni anak auntie yang menderita,” Puan Zuria menunduk. Anis juga menunduk. Tidak tahu apa yang perlu diucapkan.

“Sudahla, auntie. Saya dah maafkan pun,”

“Fariq dan Daniel..,” Anis menggeleng menyebabkan kata-kata itu terhenti.

“Saya cuma mahu menjadi seorang ibu, auntie. Saya hampir kehilangan Danny. Saya tak nak perkara sama berulang kembali. Saya tak yakin saya akan berjaya harunginya lagi,” nafasnya dihela panjang. “Sudahlah. Mari saya kenalkan auntie dengan Danny. Dia pasti suka,” dia berdiri dan berjalan beriringan dengan Puan Zuria ke bilik anaknya. Tersenyum mereka apabila mendengar ketawa Fariq dan Danny.

***************************************


“Apa yang Daniel nak buat sekarang?” pertanyaan perlahan Puan Sri Maria membuatkan Aiman Daniel terdiam. Lama.

“Entahla mama. Daniel pun tak pasti. Biarlah Danny dan Anis balik rumah dulu. Biar semuanya reda. Takkan Daniel nak berebut Anis dengan Fariq begitu saja,” ucapnya perlahan. Teringat perbualan Anis dan mama Fariq yang dia terdengar tadi. Kedengaran seperti Puan Zuria sudah merestui hubungan mereka berdua. Susahlah. Apa lagi halangan untuk mereka bersama?

“Uncle, Danny nak ice cream, boleh tak?” kedengaran suara comel Danny. Daniel menjeling ke arah Danny dan Fariq yang begitu mesra. Rasa cemburu menggigit tangkai hati. Bila sedar sahaja, Uncel Fariqnya yang kedua dicari selepas mamanya. Seperti Danny sudah menganggap Fariq sebagai papanya. Dia bagaikan orang luar di antara mereka bertiga.

“Daniel, jangan macam ni. Kan Fariq dah jaga Danny dari kecik lagi. Tentulah dia sayangkan uncle dia tu!” mamanya bagai dapat membaca apa yang difikirkannya. Aiman Daniel menyandar ke dinding.


“Tapi Anis tak adil, mama. Daniel tak tahu bila dia akan beritahu Danny yang Daniel ni papa dia. Daniel nak rasa anak Daniel panggil Daniel papa. Salah ke, mama?” rambutnya diraut. Mungkin dia bersikap tidak matang dan tidak sabar tapi dia mahu menjadi sebahagian dalam hidup anak itu. Dia tidak mahu satu-satunya anaknya menjadikannya hanya sekadar orang asing dalam hidupnya.

“Sabarlah. Bila tiba masanya, mama yakin Anis akan beritahu Danny juga. Daniel jangan terburu-buru. Kalau Daniel macam ni..,”

“Daniel tahu, mama. Daniel tahu,” suaranya tidak sabar.

“Jom, sayang. Kita dah nak balik,” kelihatan Anis membawa beg berisi barang keperluan Danny sepanjang di hospital ini. Tadi doktor sudah memberi kebenaran untuk Danny pulak ke rumah. Anaknya itu sungguh gembira. Aiman Daniel bangun untuk membantu.

“Biar saya saja yang pegang,” Fariq terlebih dahulu mendahuluinya. Aiman Daniel terkaku.

“Tak payahla,” senyuman yang diberikan kepada Fariq itu begitu manis. Ada rasa sakit di dadanya.

“Uncle, nak dukung,” dia tersentak apabila mendengar Danny merengek begitu. Mahu mendekati anaknya tetapi Danny terlebih dahulu didukung manja oleh Fariq. Dia hanya memandang kemesraan itu.

“Daniel,” entah bagaimana ekspresi wajahnya sehingga mamanya menyentuh bahunya dan menggeleng perlahan. Barulah dia perasan, tangan kanannya sudah dikepal erat.

“Arghh!” terus dia keluar dari bilik. Tidak sanggup lagi melihat itu semua.

27 ulasan:

  1. geram...........
    nak daniel dgn anis jugak,...
    fariq baik tp yg terbaik utk anis adalah daniel..
    nak daniel dgn anis jugak,,erm emo sket heheheh...

    BalasPadam
  2. ya allah..geramnyeee...
    ttbe rse geram gle kat si fariq nie...
    die taw kan danny ank daniell.
    tp kenape die tak pernah bg peluang kat daniel untuk jd papa kpd danny..
    sumenye die yg nk dulu..
    sian kat daniel..
    tolonglaa fariq..
    biarlah dorang satu family..
    danny,daniel n anis..

    BalasPadam
  3. anis ngan daniel lah.

    BalasPadam
  4. YEAA..ADA SAMBUNGAN LAGI..!!
    NAK LAGI..NAK LAGI..
    CHAIY0KK..
    DANIEL JGN MENGALAH..!

    BalasPadam
  5. ya Allah geramnye
    sian daniel
    asal fariq mcm sengaja je nk suh daniel sakit hati
    sian daniel
    danny tu anak daniel,bg lah peluang utk die rapat dgn papa die
    urghhh
    -na'dz

    BalasPadam
  6. alaaa...bia la dulu..bia wat daniel tersiksa...haha...bru pdn muke..dulu wat anis terluke..ingt senang2 ke nk sembuhkan luke tu...tp bia la danny tw yg daniel tu papa dye...ngeee

    BalasPadam
  7. akhirnya stephanie dah tau... skg ni fariq je la... nk daniel dgn anis... huhuhu

    BalasPadam
  8. adoi.. terasa geram giler la plak dgn fariq tu!!
    nak anis dgn daniel!!

    BalasPadam
  9. huhuhu..
    mmg nk anis ngn daniel..
    tp biar la dulu fariq seksa jiwa anis..
    ahaha..
    tp watak sy plg suke,watak danny..cute sgt!

    BalasPadam
  10. memang, Danny kiut sangat. tapi nak anis ngan fariq la..

    BalasPadam
  11. bestnya..hope sangat anis & danial bersama!!

    BalasPadam
  12. cian daniel..
    danny xingat lgsung kat daniel ke..
    nak anis dgn daniel..
    sambung lagi..

    BalasPadam
  13. nak anis dengan fariq..
    biar padan muka danial tu..

    BalasPadam
  14. biar anis dgn fariq..
    siapa yg jaga anis bila danial tak ada dulu..
    tak kan nak biar fariq mcm tu je.
    fariq tu baik apa..
    fariq boleh je jaga anis dan danny..
    sambung lagi..

    BalasPadam
  15. biar danial 2...,
    dulu die buang anis 2 mcm 2 aje...
    skrng plk die nk anis blk coz anis lhrkn ank die ade ke patut...
    biar anis dgn fariq...
    fariq baik ape...
    mase anis ssh., fariq aje yng ade...
    so biarlh anis rse bhagia plk nk...
    biar padn muka danial 2...

    BalasPadam
  16. ala kacau tul fariq ni...
    huhuhuh
    nk daniel kmbali bersama ngn anis smula..
    biar diorg happy ngn ank mereka..
    anis+daniel+danny=happy selamanya...
    :)

    BalasPadam
  17. biar lah fariq dgn anis
    x mau lah dgn daniel.....

    BalasPadam
  18. nak anis dengan daniel:)
    biar la fariq dengan orng lain...

    BalasPadam
  19. huhu... tak pe iman suka anis dgn fariq... tiada org yg lebh baik dr yang tahu menghargai kita... mcm fariq menghargai anis... biarlah daniel dengan stephanie

    BalasPadam
  20. nk anis ngan daniel la...
    diorng 2 sweet tau...
    fariq nie kacau jewp..
    lgi pown daniel kan da mnyesal...
    so..bgi la die bhagie lak...
    stiap org msti ade wat slh punye...
    sooo...sume org x perfect...
    nk anis ngan daniel gak!!!!

    BalasPadam
  21. xpatut anis ngn daniel...
    biarkn saja anis ngn fariq...
    baru padan muka daniel...

    BalasPadam
  22. rasanyer baik anis ngan fariq....kisah daniel angna anis lama sebenarnya dah tamat....

    BalasPadam
  23. biar anis dgn fariq..
    daniel x sesuai dgn anis..

    BalasPadam
  24. salam
    kesian kat daniel....
    walaupun daniel slah tp dia dh taubat cz dia tau danny anak dia tak kira dia nafikan...
    walau apa pun penulis, nk anis dgn daniel...
    tak kira mcm mana pun ksh syng ayah ngn anak tak baik dipisahkan kecuali ayah yg jenis ntah pa2 2...
    semua orng ada kesilapan silam begitu juga ngan daniel...

    BalasPadam
  25. nk anis ngan fariq....

    BalasPadam