Sabtu, 17 Januari 2009

Kasih Tercipta 16


“Fariq, ada apa-apa yang awak nak tanya saya?” tanya Anis sambil memandang wajah Fariq yang menunduk. Fariq mengangkat wajahnya. Kelihatan wajah itu kurang bermaya.

“Tak ada apa-apa,” jawab Fariq. Anis tersenyum kecil. Dia tahu isi hati lelaki itu. tentu dia sedang memikirkan tentang hubungan antara dia dan Aiman Daniel. Lelaki ini sengaja menyembunyikannya. Mungkin kerana dia juga memikirkan tentang keadaannya yang tidak sihat. Ah, lelaki ini terlalu baik.

“Jangan tipu. Awak fikir tentang perbualan tadi, kan? Awak tanyalah apa sahaja. Saya akan jawab,” kata Anis lembut. Fariq meraup wajahnya setalah mendengar kata-kata itu.

“Kenapa? Kenapa Daniel? Kenapa mesti dia? Kawan baik saya!” bentak Fariq tetapi masih perlahan. Anis hanya tenang memerhatikan Fariq.

“Saya tak sangka langsung!” bentak Fariq lagi.

“Sudahlah. Saya dah lupakan semua itu. Awak pun harus lupakan. Anggap aja awak tak tahu apa-apa,” ujar Anis. Fariq memandangnya tepat.

“Lupakan? Setelah apa yang dia buat pada awak?!” Fariq membentak. Anis tersenyum kecil.

“Ya. Saya dah mahu ingat lagi. Saya tak ada hubungan dia langsung. Saya mahu hidup aman dengan Danny!” Anis memandang Fariq yang duduk di kerusi di sisi katilnya meminta pengertian. Wajah Fariq jelas dalam keadaan menegang.
“Jadi, sekarang apa yang awak nak buat?” tanya Fariq kembali tenang. Anis menundukkan wajahnya.

“Saya nak berhenti kerja dan cari kerja baru. Saya dah tak nak jumpa dengan dia lagi,” ujar Anis. Fariq kelihatan sedang berfikir seketika.

“Daniel ada di dalam hospital sekarang. Tentu banyak kerja yang akan tertangguh nanti. Dia tak akan biarkan awak berhenti kerja,” kata Fariq. Anis tiba-tiba teringat. Dia mengeluh perlahan.

“Macam mana sekarang?” Anis menggigit bibir sambil berfikir. Akhirnya Fariq mengangkat wajahnya.

“Beginilah. Awak tetap kerja di sana dulu. Bila awak dah dapat kerja baru, barulah awak berhenti. Setuju?” cadang Fariq. Anis berfikir seketika. Macam mana ni?

“Hm, biar saya fikirkan dulu,” Anis tersenyum kecil. Tiba-tiba Daniel menerpa ke arah Fariq.
“Danny dah mandi?” tanya Fariq sambil menciut hidung Daniel. kanak-kanak lelaki itu ketawa kecil.

“Dah. Wangi, kan?” tanya Daniel sambil tersengeh. Dia duduk di atas riba Fariq. Anis hanya memerhati dengan senyuman. Layanan Fariq terhadap Daniel langsung tidak berubah walaupun dia sudah tahu perkara sebenar. Lelaki ini, betul-betul baik.

***************************

Aiman Daniel medengus kasar. Wajahnya berubah kelat. Stephanie di sebelahnya tersenyum kecil.


“Kenapa ni?” tanya Stephanie manja. Aiman Daniel merenung tajam dinding bilik. Moodnya betul-betul tidak baik sejak ditampar Anis beberapa hari lepas. Oleh sebab itulah dia memecut laju keretanya keluar dari pejabat. Dan lebih malang lagi, dia dilanggar dan meyebabkan dia melanggar orang lain. Seorang terkorban! Walaupun dia tahu dia tidak sebaik mana, tetapi dia tidaklah senang dengan menambahkan lagi mangsa korban kemalangan jalan raya di dunia ini. Huh!

“Daniel,” Aiman Daniel memandang mamanya di sudut katil. Dia perasan, wajah mamanya kelat apabila terpandang Stephanie di sisinya tetapi dia tak peduli. Entah mengapa mamanya memang tidak menyukai Stephanie sejak dia menjadi teman wanitanya. Jikalau dulu, wanita seperti Stephanielah yang mamanya gembar-gemburkan sesuai untuknya tapi sekarang, fikiran mamanya sudah berubah sepenuhnya. Apa sudah jadi ni?

“Daniel, tolong sur..”

“Mama, jangan mulakan!” bentak Aiman Daniel. Dia tiada masa untuk melayani sikap mamanya sekarang. Ditambah dengan kesakitan di tangan dan kepalanya, dia betul-betul tidak ada hati.

“Jangan tinggikan suara dengan mama!” keras suara papanya. Aiman Daniel mendengus kasar. Yalah, sekarang papanya sudah berpihak pada mamanya.

“Maaf, saya rasa lebih baik saya pergi sekarang,” Stephanie tersenyum kecil lalu menghilang disebalik pintu. Aiman Daniel memukul kuat katilnya dengan tangannya yang tidak cedera.

“Puas hati mama dan papa sekarang?!” bentak Aiman Daniel. Dia membaringkan tubuh di atas katil dan menarik selimut menutupi tubuhnya. Puan Sri Maria menghampirinya.

“Mama ada sesuatu nak cakap,” ujar mamanya. Aiman Daniel membuka mata.

“Esok boleh? Daniel nak tidur,” pintanya. Puan Sri Maria menggeleng. Aiman Daniel menarik nafas.

“Apa yang penting sangat tu?” Aiman Daniel duduk kembali di atas katil. Puan Sri Maria dan papanya duduk di sisinya.

“Daniel ingat, Anis dan Mak Timah? Pembantu kita dulu?” tanya Puan Sri Maria. Aiman Daniel segera memeluk tubuh. Dia betul-betul tak suka mendengar nama Anis. Menaikkan kembali suhu kemarahannya.

“Maksud mama, orang gaji yang curi barang kemas mama dulu?” tanya Daniel dengan nada sindiran. Wajah mamanya kelihatan pucat. Dia berpandangan sebentar dengan suaminya.

“Er, sebenarnya orang yang Daniel langgar tu Mak Timah. Dia tinggal serumah dengan Anis,” terang papanya. Aiman Daniel tersentak. Mak Timah?

“So?” Aiman Daniel mengangkat sebelah keningnya. Mama dan papanya berpandangan seketika lalu memandangnya kembali.

“Papa nak Daniel melawat Anis dan minta maaf dengan dia,” ujar papanya. Aiman Daniel membulatkan mata dan segera berdiri.

“Apa? Tak nak! Bukan salah Daniel Mak Timah mati. Lagipun, dia tu bukannnya anak Mak Timah pun. Buat apa mintak maaf dengan pencuri tu? Tak logik betul!” bentak Aiman Daniel. Mama dan papanya turut berdiri.

“Dia bukan pencuri, Daniel,” keras suara papanya. Aiman Daniel ketawa geli hati.

“Ye ke? Kan dia yang curi barang kemas mama dulu. Papa dah lupa?” sindir Aiman Daniel. Mama dan papanya kelihatan terdiam. Tidak boleh menjawab. Apatah lagi mamanya.


Dia tidak sanggup mengakui kesalahannya. Dulu, dia hanya mereka cerita sahaja tentang kecurian barang kemasnya agar suami dan anaknya tidak mengetahui apa-apa di sebalik kehilangan Mak Timah dan Anis. Lagipun dia tidak mahu kata-kata Anis dulu tersebar di kalangan jiran-jiran. Dia tahu, jika dia mengatakan perkara sebenar, suaminya pasti akan mencari Anis semula. Suaminya arif benar perangai anak lelakinya. Tentu dia akan mempercayai cerita Anis yang di anggapnya tidak masuk akal dulu.


“Sudahlah papa, mama. Daniel tak ada masa nak minta maaf dari perempuan tu. Buat pening kepala je. Lagipun Daniel benci dia. Sesuka hati je nak tampar orang. Tak sedar diri sendiri perempuan murahan!” Aiman Daniel melepaskan geram.

“Daniel!” papanya membentak. Dia tidak suka anaknya berkata begitu. Aiman Daniel semakin marah. Dia membaringkan tubuhnya di atsa katil dan terus memejamkan mata. Dia sudah malas bertekak lagi

10 ulasan:

  1. eeeeiii..
    geramnye ngn si daniel nieh,...
    huhu..
    smbung2...

    BalasPadam
  2. nak kene punumbuk free je.
    haishh.
    siap ah.
    agagag.
    -na'dz

    BalasPadam
  3. rase cam nak cekik2 je si daniel tuh...

    BalasPadam
  4. citer mmg best..
    klu dipjgkan agy, msti best...

    BalasPadam
  5. xnakla aiman tu ngan anis..
    nak fariq..

    BalasPadam
  6. geramnye ngn daniel ni..
    berlagak n sombong...!
    tgkla bile die tahu kbenaran nti..anis da suke kat fariq..!
    padan muke..sombong..xhengat..!

    BalasPadam
  7. waaa sgt bnci dgn daniel..seske ati je ckp org cm2..de 2 g trk xsdr diri..xigt dnia ego tggi melangit..dh 2 menggelabah lk 2..poyo gler..haha sume kuo...mntk2 la anis 2 ngn fariq..suke fariq sgt2..de 2 baik..hee..xyh la wt anis ngn daniel..mnyshkn idop je..

    BalasPadam
  8. eee...
    gram r daniel niex...
    hampess gler!!!
    smbung2...
    bler la nk sdar???
    iskz...

    BalasPadam
  9. tp hero cite nie deniel an..
    bkn fariq an??

    BalasPadam
  10. eee...stres tol dgn prangai daniel 2..bonhgkak + angkuh btol la!! tp kesian gk kt die..kne tipu dgn parents die smpai buat die bnci gle kt anis..em..nk anis dgn daniel gk even daniel jht..huahuahua..

    BalasPadam