Ahad, 25 Januari 2009

Kasih Tercipta 17


Anis mengetuk perlahan pintu bilik Aiman Daniel. Dia mengeluh perlahan sebelum masuk ke dalam bilik itu. Sebenarnya dia malas. Malas untuk melihat wajah bongkak itu.
“Kau nak berhenti kerja?” tanya Aiman Daniel sambil tersenyum bongkak. Anis menahan geram di dalam hati.

“Ya,” perlahan suara Anis. Jejaka tu menggeleng.
“Kenapa? Kau takut dengan aku ke?” sindir lelaki itu. Anis mengetap bibir.

“Kenapa pulak saya nak takut dengan encik,” balas Anis ambil cuba untuk tidak memasamkan mukanya. Aiman Daniel tersenyum sinis.

“Jadi, kenapa kau nak berhenti?” tanya jejaka it
u lagi. Anis mengeluh perlahan. Kenapalah jejaka ini tidak melepaskannya sahaja? Dia masih lagi bersedih dengan kematian Mak Timah. Dia mahu berhenti daripada berjumpa dengan lelaki ini lagi. Dia juga segan kerana pernah menampar Aiman Daniel di khayalak ramai. Sewaktu dia datang kerja tadi pun, dia dipandang oleh semua orang seperti seorang penjenayah.

“Encik tak perlu tahu,” jawab Anis. Aiman Daniel membetulkan tali leher hitamnya lalu memandang tepat wajah Anis.

“Maaf, aku tak dapat terima perletakan jawatan kau. Keadaan sangat sibuk sekarang. Kami tidak ada masa untuk mengambil pekerja baru. Lagipun keadaan aku tidak terlalu baik sekarang. Jadi, kerja kau akan bertambah,” balas Aiman Daniel bersahaja. Anis membulatkan matanya.

“Saya nak berhenti jugak,” keras suara Anis. Aiman Daniel tersenyum sinis.

“Bukan aku tak benarkan tapi kau juga harus fikirkan keadaan syarikat. Kalau kau nak berhenti juga, kau kena tunggu dulu,” kata lelaki itu. Anis mengetap bibir dan segera keluar. Dia tahu lelaki itu hanya memberikan alasan supaya dia terus terperangap di bawahnya. Ah, mungkin ini baik juga. Dia sedang kesuntukan wang sekarang. Jikalau dia berhenti sekarang, masa untuk mendapatkan kerja baru pasti sulit. Sedangkan dia amat-amat perlukan wang. Meminta bantuan dari Fariq? Seganlah. Mungkin baik juga dia mengikuti saran Fariq. Setelah dia mendapat kerja baru barulah dia berhenti. Ini lebih menguntungkannnya. Cuma, dia terpaksalah bertahan dengan kerenah Aiman Daniel seketika. Anis mengeluh lagi.

***************************************

“Uncle Fariq!” Danny berlari mendapatkan Fariq dengan senyum lebar. Sudah lama tidak berjumpa dengan unclenya, sudah pasti Daniel begitu merindukannya.

“Uncle, kenapa uncle dah lama tak jumpa Danny?” tanya Daniel dalam dungkungan Fariq. Anis tersenyum kecil.

“Uncle ada kerja, sayang,” kata Anis. Danny hanya mengangguk. Entah faham atau tidak. Mereka bertiga bergerak ke kereta.

“Awak dah cari kerja baru?” tanya Fariq. Tangannya cekap mengawal stereng kereta. Anis hanya mengeluh perlahan.

“Saya tak sempat lagi tapi saya nak cepat-cepat cari kerja baru,” jawab Anis. Fariq membelokkan keretanya masuk ke sebuah lorong.

“Awak nak saya tolong carikan?” tawar Fariq. Anis hanya menggeleng.

“Tak payahla. Awak pun tengah sibuk sekarang. Biarlah saya cari sendiri,” tolak Anis lembut. Sebenarnya dia memang tidak mahu menyusahkan Fariq lagi. Lelaki itu sudah cukup sibuk dengan kerjanya. Dia tidak mahu menambahkan beban lelaki itu lagi. Saat kereta berhenti di sebuah rumah, Anis segera keluar dari kereta.

“Tak nak minum dulu, ke?” pelawa Anis. Belum sempat Fariq menjawab, telefon bimbit Fariq berbunyi. Segera dia mencapai phonenya. Anis mendukng Daniel sambil memandang Fariq bercakap dengan pemanggil.

“Maaf, Anis. Saya harus pergi sekarang. Nanti saya datang jumpa Danny lagi,” kata Fariq dalam nada kesal. Anis hanya tersenyum.

“Tak apalah. Awak datang hari ini pun dah bagus. Danny, lambai uncle,” Anis melambaikan tangannya supaya Daniel mengikuti tingkahnya.

“Bye-bye, uncle,” Daniel melambai sambil menuturkan perkaataan dalam nada pelatnya. Fariq tersenyum lalu melambai kembali. Anis dan Daniel memerhatikan kereta Fariq menjauh dan kembali menghilang.

1 ulasan: