Sabtu, 9 Mei 2009

Kasih Tercipta 25



“Maira, ada nampak Fariq tak?” Anis berhenti di meja Maira yang sednag sibuk mengemas untuk pulang. Maira segera mengentikan pergerakannya.

“Er, tak silap saya dia dah balik dengan Rina tadi,” jawab Maira. Anis terpaku. Bukan dia tidak percaya itu berlaku cuma dia tidak menyangka sahaja. Rasanya dia sudah memaklumkan kepada Fariq yang malam ini dia mengadakan parti hari jadi untuk Danny. Sebelum ini, belum sempat dia meberitahu Fariq, lelaki itu sudah terlebih dahulu mengajaknya meraikan hari lahir Danny. Dan kali kali pertama dia mengadakan parti dan menjemput jiran-jirannya datang. Fariq tidak pernah lupa tarikh lahir Danny. Tidak disangka Fariq terlupa kali ini.
“Anis, awak tak apa-apa ke?” Maira menepuk pipinya perlahan. Anis terkejut. Hilang segala lamunannya tadi. Yang dia nampak sekarang adalah wajah Maira yang kebingungan. Perlahan-lahan, Anis melemparkan senyuman hambar.


“Tak ada apa-apalah. Jangan lupa datang malam ni, tau,” Anis mengingatkan. Maira mengangguk. Tiba-tiba Anis menepuk dahi.

“Kenapa?” tanya Maira. Anis menggigit bibir.

“Saya tak beli lagi hadiah Danny. Saya ingat nak cuti hari ini untuk buat persiapan parti dan beli hadiah untuk Danny tapi Encik Daniel….Ish!!” Anis menghentakkan kakinya. Maira ketawa kecil.

“Sudahlah. Kalau awak marah-marah pun dah tak guna. Baik awak pergi beli hadiah dan balik rumah cepat. Takut tak sempat,” nasihat Maira sambil tersenyum. Anis mengangguk dan terua berlari meninggalkan Maira. Alamak, habislah dia!



**************************************




“Sayang, maaf mama lambat,” Anis menerpa ke arah Danny yang sudah memuncung mulutnya. Tubuh kecil Danny dipeluk seeratnya namun anak lelaki kesayangannya itu hanya kaku.


“Kenapa ni, sayang? Mama mintak maaf. Mama tak sengaja lambat. Bos mama yang buat hal,” kata-kata terakhir itu diucap dengan rasa geram yang teramat. Ya, kerana Aiman Daniellah dia terlewat menjemput anaknya untuk menyambut hari yang penting bersama-sama. Aiman Daniel tu, memang menjengkelkan!

“Bos mama yang mana? Yang nama macam Danny tu ya?” soal Danny sambil membulatkan matanya. Entah ke mana hilang rajuknya tadi. Dengar sahaja tentang Aiman Daniel, terus baik.

“Err, ya,” lambat-lambat Anis mengangguk. Danny tersenyum comel dan memeluk tangan ibunya kejap.
“Uncle tu datang tak malam ni?” tanya Danny lagi. Anis mengetap bibir. Kenapa pula dia perlu mengajak Aiman Daniel?! Soalan itu hanya tersimpa di dalam hati, tidak diluahkan pula.

“Tak, sayang. Dia sibuk,” Anis berbohong. Danny hanya mengangguk. Anis memimpin tangan Danny ke arah teksi yang sedia menunggu. Dia masih lagi tidak mempunyai kereta sendiri. Dulu memang tidak mampu tetapi sekarang, dia sudah boleh membeli sebuah kereta walaupun hanya yang kecil sahaja. Susah berulang-alik dengan bas dan teksi. Lebih baik dia membeli kereta sahaja. Yang terpakai juga boleh. Asalkan boleh digunakan untuk pergi ke mana-mana nanti. Tidak perlulah dia menumpang kereta Fariq lagi. Segan. Lagipun Fariq sekarang pergi dan pulang dari pejabat dengan Rina. Tidak mahulah dia mencelah di antara mereka.
“Mama, Uncle Fariq mana?” soalan Danny mengejutkan Anis. Dia memandang Danny yang membulat matanya. Anis menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan berita itu kepada Danny. Tentu Danny susah hati nanti.

“Uncle tak boleh datang, sayang. Dia sibuk,” perlahan Anis memberikan jawapan. Serta-merta wajah Danny berubah muram. Anis gelisah.

“Tak apalah. Mama kan ada. Nanti kawan-kawan Danny pun ada malam ni,” pujuk Anis lagi. Dia tidak suka melihat Danny kecewa.

“Tapi Danny nak uncle jugak!” Danny menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati. Air matanya mengalir ke pipi. Anis menggigit bibir resah.

“Sayang, uncle sibuk. Kesian uncle. Danny budak baik, kan? Jadi, janganlah macam ni,” Anis terus mendukung Danny. Anaknya itu semakin berat. Belakang Danny ditepuk-tepuk perlahan, cuba untuk memujuk Danny tetapi Danny terus menangis. Ah, sayang benar Danny pada Fariq. Dia dapat membayangkan betapa kecewanya Danny apabila Fariq tidak datang. Selama ini dia membesar dengan Fariq menemani setiap malam hari lahirnya. Dan kini mungkin kehadiran Fariq sudah menjadi satu habit yang dia tidak mahu mengubahnya. Anis mengeluh perlahan. Sejak Rina berkerja di syarikat itu, Fariq semakin kurang meluangkan masa dengan Faris dengan Danny. Mungkin ini jalan terbaik. Fariq juga perlukan teman wanita dan berkahwin suatu hari nanti. Ketika waktu itu tiba, Fariq mungkin tidak akan mempunyai masa untuk melayani Danny lagi. lagipun Danny bukan siapa-siapanya. Oleh itu, memang Fariq tidak salah jika dia tidak dapat lagi bersama Danny. Jadi, lebih baik Danny membiasakan diri tanpa kehadiran uncle kesayangannya itu mulai sekarang.


******************************************


“Danny, potonglah kek tu sayang. Kawan-kawan Danny semuanya mahu makan,” pujuk Anis. Dia memandang resah sekeliling. Dia dapat melihat betapa kanak-kanak di dalam majlis itu memandang teringin pada kek lahir Danny yang ditempah khas. Biasalah, budak-budak. Mereka tidak hipokrit dalam melahirkan keinginan mereka. Hanya orang dewasa yang begitu. Bila difikir-fikir kembali, dia juga manusia hipokrit.

“Danny tak nak. Danny nak tunggu uncle,” Danny menggeleng pantas. Anis cuba mendukung Danny tetapi anak itu tetap kaku. Anis mengeluh perlahan. Apa yang perlu dibuat sekarang?

“Auntie, Amy nak makan kek,” rengek seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang cukup comel. Amy anak jirannya. Anis menunduk ke arah Amy dan tersenyum nipis. Anis memimpinnya ke meja yang dipenuhi pelbagai makanan.

“Amy makan coklat ini dulu, ya. Kita tunggu kawan-kawan Amy yang tak datang lagi,” pujuk Anis. Amy mengangguk dan segera mencapai coklat di atas meja. Anis tersenyum lega. Dia menilik jam tangannya, malam masih muda dan dia masih mempunyai masa untuk memujuk Danny. Hidangan di atas maja dipandang sekilas. Masih banyak. Dia tersenyum kecil apabila teringatkan betapa kelam-kabutnya dia tadi untuk menyediakan semua ini. Bukan dia yang memasak, dia hanya ke kedai dan mencapai hidangan apa yang dirasakan sesuai untuk parti anak kesayangannya itu. Selepas itu dia memerhatikan keadaan parti yang agak riuh rendah dengan kehadiran jiran-jiran dan kawan-kawan Danny di taska.
“Anis, mana Danny? Kakak nak bagi hadiah,” Kak Ati tersenyum memandang Anis. Anis membalas senyuman itu dengan senyuman lebar.

“Danny ada di dalam. Kak dah makan?” tanya Anis. Huluran tangan Kak Ati disambut.

“Belum. Kak baru sampai. Maaf la lambat. Ada hal sikit tadi. Kek dah potong ke?” tanya Kak Ati lagi. Anis menggeleng perlahan. Dia berjalan menuju ke arah Danny yang sedang memuncungkan mulutnya. Amy dan rakan-rakan di sisi yang sedang ketawa riang langsung tidak dihiraukannya.

“Hai, Danny. Kenapa masam je ni? Hari ini kan hari lahir Danny,” Kak Ati mencium kedua belah pipi Danny. Danny ketawa ecil diperlakukan begitu. Hadiah di tangan Kak Ati bertukar tangan.

“Cakap terima kasih, sayang,” Anis mengingatkan. Danny mengangguk.

“Mekacih, auntie,” Danny mencim pipi Kak Ati pula. Anis sekadar senyum. Dia kemudian duduk dan meletakkan Danny dia atas ribanya.

“Sayang, jomlah potong kek. Kawan-kawan Danny nak makan kek. Auntie Ati pun nak makan jugak. Kesian diorang,” Anis kembali memujuk. Danny tidak menjawab.

“Yalah, auntie pun nak makan jugak. Lapar lah,” kali ini Maira yang entah datang dari mana mana mencelah.
“Tapi Danny nak tunggu Uncle Fariq,” Danny berterus-terang untuk kali ke berapa. Anis mengeluh perlahan. Pandangannya dan Maira bertaut. Maira bagai mengerti apa yang ada difikirannya sekarang apabila berkata..

“Uncle tak boleh datang, sayang. Uncle sibuk,”

“Yalah. Kan mama dah beritahu tadi. Kalau Danny tunggu pun uncle tak akan datang. Kita potong kek dulu ya,” pujuk Anis lembut. Danny diam lagi namun akhirnya dia mengangguk. Anis tersenyum kecil. Maira pula sudah berdiri dan mengumpulkan kesemua kanak-kanak di situ mengelilingi Danny yang berdiri di hadapan kek yang agak besar dan sudah dinyalakan lilinnya. Dapat dilihat di wajah kanak-kanak yang mereka tidak sabar untuk menikmati kek itu. Anis tersenyum kecil.

“Jom kita nyanyi, ya,” Maira riang saat berkata begitu. Serentak itu nyanyian selamat hari lahir bergema. Namun di saat Danny sepatutnya meniupkan api lilin sehingga padam, Danny langsung tidak bertindak apa-apa. Anis rungsing. Dia menunduk dan memandang wajah anak lelakinya itu.

“Kenapa tak tiup lilin, sayang?” tanya Anis lembut. Danny diam. Anis menegakkan kembali badannya. Tentu Danny mahukan sambutan hari lahirnya yang dahulu. Dulu, dia, Fariq dan Mak Timah yang berada di sisinya di saat Danny meniup lilin dan memotong keknya. Selepas itu, kek akan disuap ke dalam mulutnya. Tapi Mak Timah sudah tiada. Oleh sebab itulah dia mengadakan parti ini. Dia tidak mahu Danny merasakan ketiadaan Mak Timah. Dia tidak mahu Danny sedih lagi tapi nampaknya ketiadaan Fariq semakin memburukkan keadaan. Ah, Fariq tidak salah. Danny bukanlah tanggungjawabnya.

“Awak call Fariq la. Mintak tolong dia datang sini,” cadang Miara. Mungkin kehilangan cara untuk memujuk Danny. Anis segera menggeleng.

“Tak payahla. Dia sibuk. Lagipun saya tak nak susahkan dia,” jawab Anis perlahan. Maira diam seketika. Kanak-kanak yang tidak sabar untuk memakan kek dan kerenah Danny memeningkannya.

“Atau awak call Encik Daniel. Ajak dia datang sini,” cadang Maira lagi. Anis segera membulatkan matanya.

“Gila! Buat apa saya nak ajak dia datang sini!” balas Anis pantas. Maira ketawa kemudian wajahnya berubah serius kembali.

“Danny, potonglah kek. Auntie nak makanlah,” Maira cuba merengek untuk mengambil simpati Danny. Cara itu agak berjaya apabila Danny akhirnya mengangguk. Anis turut memegang pisau untuk memotong kek. Dia tidak mahu Danny bersikap seperti tadi lagi. Maira berada di sebelah kiri Danny, menggantikan tempat yang selalunya diduduki Fariq.

“Dah nak potong kek? Kenapa tak tunggu saya?” suara yang agak garau itu mengejutkan Anis dan Maira. Hampir terlepas pisau ditangannya. Danny pula segera meluru ke arah Fariq. Kedua belah pipi Fariq diciumnya pabila dia terus didukung Fariq.

“Mama cakap uncle tak datang. Uncle sibuk,” Danny segera mengadu. Anis terus terkejut. Mengadu pulak! Fariq pula hanya senyum. Dia melangkah mendekati Anis yang berada berhampiran dengan kek. Kanak-kanak di sekeliling kek itu masih ramai.

“Maaf. Uncle ada hal tadi. Lama tak Danny tunggu uncle?” tanya Fariq. Danny mengangguk pantas. Fariq ketawa kecil dan hidung mancung Danny dicuit perlahan. Danny ketawa diperlakukan begitu. Gembira benar dia apabila uncle kesaaaaaayangaaaaannya datang. Terus lupa pada mamanya.

“Jom kita potong kek. Kesian kawan Danny,” ujar Fariq. Kali ini Fariq yang memulakan nyanyian selamat hari lahir dan diikuti oleh kanak-kanak lain. Dan dengan mudahnya Danny memotong kek sambil ditemani Anis dan Fariq. Entah kenapa, tiba-tiba hati Anis menjadi pilu. Dia segera mengetap bibir.

“Mama, makanlah,” dan seperti biasa, Anislah orang pertama yang akan Danny suapkan kek. Anis tersenyum kecil lalu terus membuka mulut. Dia kemudian menyaksikan Fariq disuap Danny. Habis comot mulut Fariq dibuatnya. Dia turut tersenyum apabila melihat Danny dan Fariq ketawa akibat itu.

“Nah, ini hadiah Danny,” Fariq menghulurkan bungkusan yang agak besar. Danny menyambut dnegan senyuman yang lebar.

“Cayang uncle,” Danny mencim sekali lagi pipi Fariq. Dia kemudian memanjat naik ke paha Fariq dan duduk di situ. Mereka berbual-bual seketika sambil memakan kek.

“Sayang, kenapa comot ni?” Anis menegur apabila melihat mulut Danny yang begitu comot dengan krim pelbagai warna. Anis tersenyum geli hati.

“Saya dah sapu tapi kemudian comot balik. Jadi saya biarkan je,” jelas Fariq. Anis hanya mengangguk. Danny tiba-tiba bangun dan berlari ke arah kawannnya. Tinggallah Anis dan Fariq berdua sahaja di situ.

“Maaf, saya lambat. Saya hantar Rina dan mak cik saya ajak saya…”

“Tak perlu jelaskan. Kalau awak tak datang pun, saya tak marah. Danny bukan tanggungjawab awak,” kata-kata Anis menghentikan penjelasan yang ingin dibuat Fariq. Suasana menjadi senyap sunyi.

“Saya pergi dulu. Saya kena layan tetamu lain juga,” Anis segera beredar. Dia tidak tahu kenapa dia berbicara begitu dengan Fariq. Dia tahu pasti Fariq sedikit kecil hati dengan katanya itu tetapi dia sendiri tidak dapat mnegawal persaannya sendiri. Akhirnya dia membawa diri ke belakang rumah. Satu suara menghentikan langkahnya.

“Kau nampak tak lelaki tu? Dia selalu datang ke rumah ni. Siap masuk rumah. Kalau dulu ada Timah, tak apalah. Tapi sekarang Timah kan dah meninggal. Entah apa yang dibuat dalam rumah, manalah kita tahu!” kata-kata yang datang dari jirannya yang paling kepoh, Puan Minah menyentapkan jantung Anis. Dia kekal berdiri di situ, tidak tahu apa yang perlu dibuat.

“Kau biar betul, Minah. Aku tak percayalah. Anis tu nampak baik, cantik. kalau dia bukan janda muda, dah lama aku kahwinkan anak aku dengan dia,” satu suara menyampuk. Anis mendengar suara dengusan Puan Minah.

“Kau tahu dari mana dia tu janda?” Puan Minah mencebik. Rakan-rakannya mengerutkan kening.

“Dah ada anak pun,” jawab salah seorang daripada mereka. Puan Minah tersenyum sinis.

“Danny tu anak luar nikah! Kawan aku yang cerita. Dia kata, sebelum Anis dan Timah pindah ke sini, dia berjiran dengan dia,” suara Puan Minah kedengaran jelas apabila mengatakan begitu. Mungkin bangga kerana mengetahui rahsia yang tidak diketahui orang lain. Anis yang mendengar hampir pitam dibuatnya.

“Apa?! Kau jangan buat fitnahlah. Tak baik,”

“Dia yang tak baik. Entah-entah Danny tu anak jantan tu. Kita mana tau! Mungkin Anis tu nampak baik tapi takkan orang baik ada anak luar nikah. Fikirlah sikit!” semakin kuat suara Puan Minah. Anis segera melangkah pergi. Dia tidak sanggup mendengar lagi!


p/s: sme cam finding mr. glasses, alya mungkin x leh upload new n3 minggu dpn sebb ada exam. betul2 mintak maaf ya... = )


18 ulasan:

  1. kesian anis..tp nak anis ngan Fariq! hehehe

    BalasPadam
  2. cehh..
    sekeh kang si puan minah ngn member dye nieh..
    huhu..
    aiman daniel mane??
    muncul la kt mjlis danny nieh..
    plis2..
    nk anis ngn aiman daniel..
    huhu..xmo ngn farid..

    BalasPadam
  3. sokong sesgt...nk anis ngan aiman daniel....x mo la anis n fariq....

    BalasPadam
  4. kureng nye pn minah..
    pape pn nk anis ngn fariq gk..
    xmo anis ngn aiman daniel..
    fariq terlalu bek tok d lukai..
    plz2...

    BalasPadam
  5. tol2
    mane aiman daniel.
    nk tgk reksi anis
    ahakzzzz
    sambung2
    -na'dz

    BalasPadam
  6. knp xde aiman daniel???
    dh lama tunggu part aiman daniel n anis...
    part lepas pun ckit je pasal aiman daniel..
    rindu kat aiman daniel...

    BalasPadam
  7. ntah2..fariq dengar..
    cian anis..

    BalasPadam
  8. realitikn org suke mgumpat..nk wat cmne..sean nye anis..fariq, jgnla suke kt rina..huhu

    BalasPadam
  9. soma ngah bz ngan xzam..
    sma ja ngan Aya...
    gud luck Bluerose...
    gambate!!!!!
    wish me luck tu...
    pas abs xzam post byk2 n3 tau!!!
    tkut mti kebosanan wktu cti nnt...
    ^-^

    BalasPadam
  10. mne aiman daniel??
    nk anis ngan aiman daniel..

    gud luck 4 ur exam!!

    BalasPadam
  11. nak ngan fariq ar..
    walaupun aiman agi hnsome..
    kuang2..

    BalasPadam
  12. x tahu nak pilih yg mana fariq ke aiman daniel
    geram tol pn minah 2

    BalasPadam
  13. sy nak anis dengan aiman..
    fariq memang baik tapi sy rase aiman lebih sesuai dengan anis..

    cepat2 sambung taw...:D

    BalasPadam
  14. woiii....emo gak pembaca semua ni...aper2 pun leh ketawa baca komen dr semua...bila nk sambung ni

    BalasPadam
  15. ak pn nk anis ngan aiman...
    hehe...
    seronok bce...
    smbg lg...

    BalasPadam
  16. kalau ibu tunggal...gelaran untuk dia...Puan ke Cik yer?
    daku nak anis dgn aiman sbb aiman hensem banget. hehe

    BalasPadam
  17. ehehe

    ni la org mlyu
    ske sgt buat cite dongeng

    pape pn
    smbg2

    BalasPadam