Jumaat, 29 Mei 2009

Kasih Tercipta 26




“Sayang mengantuk ke?” tanya Anis apabila melihat Danny sedang bersandar di atas kerusi dengan mata yang kuyu. Danny hanya mengangguk. Anis terus duduk di sisi anaknya itu.

“Jom, mama hantar masuk tidur,” Anis memimpin tangan Danny masuk ke dalam namun Danny mengeraskan badannya. Langkah Anis terhenti.

“Kenapa sayang? Taknak tidur ke?” tanya Anis lagi. Danny hanya menggeleng. Anis diam. Dia kemudian meninggalkan Danny dan meneruskan kembali kerjanya membersihkan sisa-sisa kotoran yang ditinggalkan selepas parti. Anis menjeling jam di tangan. Agak lewat. Dia kembali semula pada Danny.

“Jom, sayang. Mama hantar ke bilik ya,” Anis memujuk lagi. Danny menggeleng. Anis mengerutkan kening.

“Kenapa ni? Danny tak ngantuk ke?” tanya Anis lembut. Pipi anaknya yang agak merah diusap perlahan. Mata hezel anaknya itu juga direnung. Namun, Danny tetap menggeleng.

“Mama, anak haram tu apa?” tiba-tiba Danny bertanya. Anis terpaku.

“Er, kenapa Danny tanya macam tu?” tanya Anis kembali. Dadanya terasa berdebar-debar. Danny diam dan memuncungkan bibir merahnya. Anis memerhatikan kelakuan Danny dengan gementar.

“Kawan Danny cakap mama dia tak bagi kawan dengan Danny sebab Danny anak haram. Mama, anak haram tu apa?” kata-kata Danny membuatkan Anis terpaku. Apa yang paling ditakutinya kini berlaku jua! Dia sangat sayangkan Danny, oleh itu dia tidak sanggup menyerahkan Danny kepada keluarga angkat. Namun dia mengambil risiko besar. Ramai yang mengetahui status Danny tetapi mereka tidak mengetahui perkara sebenarnya. Dia sanggup berpindah dan berharap tiada yang akan mengingati kisah silamnya. Dia sayangkan Danny. Dia tidak mahu Danny terluka. Tetapi sekarang…..!

“Mama..mama,” anaknya itu menggoncangkan badannya berkali-kali tetapi Anis tidak memberi respon. Badannya seolah-olah kaku namun dia terasa begitu lemah. Dia tidak tahu bagaimana mahu beriaksi sekarang.

“Danny…” Fariq muncul dari belakang. Dia menghampiri Danny dan mendukung anak lelakinya itu. Anis terkejut dengan kemunculan Fariq sebenarnya. Dia menyangka Fariq sudah pulang tetapi badannya dan wajahnya seolah-olah tidak berdaya untuk bergerak. Dia hanya mampu untuk melihat apabila Fariq membawa Danny masuk ke rumah. Selepas itu fikirannya terasa kosong. Masa bagaikan berlalu terlalu lambat. Daun di atas pokok di hadapannya gugur dan jatuh ke tanah dirasakannya begitu lambat.

“Anis..” suara lembut Fariq menerpa ke pendengarannya. Namun dia tidak mengedahkan. Dia lebih leka memerhatikan daun gugur itu.

“Anis,” kali ini suara Fariq lebih keras. Dia merasakan tangannya dibuka dan ada sesuatu di letak di telapak tangannya. Perlahan-lahan, pandangan matanya dialihkan.

“Awak hendak permainkan saya ke?” soalnya keras saat memandang kotak baldu berisi sebentuk cincin yang agak cantik. Fariq diam. Dia duduk di sebelah Anis dan menggeleng perlahan.

“Saya sedang lamar awak dan saya bukan main-main,” perlahan suara Fariq. Anis menundukkan wajahnya.

“Awak dengar kan, apa yang Danny cakap tadi? Awak tak malu ke lamar saya?” soal Anis sebak. Air mata yang ditahan sejak tadi gugur jua. Fariq menarik nafas panjang. Dia memandang Anis lama dan akhirnya tersenyum kecil.

“Saya tahu kisah sebenarnya. Selama ini saya sayangkan Danny dan saya takkan ubah itu hanya kerana beberapa orang bermulut kepoh!” balas Fariq. Anis menggeleng. kotak itu diletak kembali di tangan Fariq.

“Saya tak layak untuk awak. Awak berhak mendapat seseorang yang lebih baik. Berhentilah bersimpati dengan saya!” kali ini suara Anis bergetar. Fariq diam.

“Saya tak bersimpati,”

“Macam mana dengan Rina?” soal Anis tiba-tiba. Fariq senyum nipis.

“Rina sepupu saya,” ringkas jawapan Fariq. Anis mengangkat wajah memandang Fariq. Fariq tak faham. Rina sukakan Fariq. Dia dapat melihat melalui cara renungan Rina terhadap jejaka ini.

“Dia sukakan awak!” tegas Anis. Fariq terdiam sekali lagi.

“Saya tahu,” Fariq bersuara perlahan. “Tapi saya hanya anggap dia sebagai adik saya. Saya tak mungkin dapat menerima dia,” Fariq bangun, mungkin bersedia untuk meninggalkan Anis. Anis menggigit bibir.

“Awak simpanlah cincin ini. Saya akan tunggu jawapan awak,” kotak baldu itu diletak di paha Anis dan Fariq terus berlalu pergi. Anis memandang lelaki itu dengan ekor mata. Sekali lagi, air matanya gugur tanpa dapat ditahan lagi.



***************************************************


“Kak Anis,” satu panggilan menghentikan langkah Anis. Dia berpaling ke belakang dan melihat Rina sedang memandangnya tepat. Anis melontarkan senyuman hambar.


“Ada apa Rina?” Anis melangkah mendekati Rina. Gadis itu tersenyum. Rambutnya yang panjang diselak ke belakang.

“Tak ada apa-apa. Rina cuma nak ajak kak lunch,”

“Oh ya? Boleh tapi kenapa tiba-tiba ni?” soal Anis pelik. Rina hanya tersenyum pendek. Tiba-tiba Anis teringatkan sesuatu.

“Sebab Fariq tak ada, baru ajak kak ya?” tanya Anis nakal. Rina tersengeh. Anis diam seketika. Dia teringatkan Fariq. Selepas peristiwa lamaran tempoh hari, Fariq terus terbang ke Kedah untuk bertugas. Sehingga ke hari ini, Anis tidak berpelung untuk menyatakan keputusannya. Namun baik juga begitu kerana dia sendiri masih keliru. Dia tidak mahu Fariq terus bersusah untuknya dan Danny tapi…

“Kak, kak dah terbang ke mana?” sentakan Rina di bahunya mengejutkan Anis. Dia terus berightifar di dalam hati.

“Maaf, Rina nak makan di mana?”

“Entah. Rina tak tahu tempat sedap di sini. Selalunya Abang Fariq yang bawa Rina. Rina ikut kak ajalah,” tutur Rina lembut. Anis mengangguk.

“Okay, jom kita pergi sekarang,”

************************************

“Kak, Rina nak tanya sesuatu boleh?” Rina memandangnya setelah selesai makan. Anis mengangkat wajah.


“Soalan apa?”

“Er, kak dan Abang Fariq ada apa-apa ke?” pertanyaan Rina hampir membuatkan Anis tercekik. Dia segera mencapai gelas dan meneguk air di dalamnya. Rina memerhatikannya dengan ekor mata.

“Kenapa Rina tanya macam tu?” Anis mengembalikan soalan. Rina mencebikkan bibir. Tangannya menongkat wajah.

“Ala, jawab ajalah. Rina dah tanya Abang Fariq,” ujar Rina. Anis tersentak. Dia membetulkan duduk. Terasa tidak selesa pula berada di dalam situasi ini dengan Rina.

“Apa yang Fariq jawab?” soal Anis. Dia cuba menenangkan dirinya. Wajah Rina segera berubah.

“Abang cakap kak orang istimewa dalam hidupnya,” rendah suara Rina. Anis terdiam. Dia teringatkan kata-kata Fariq sewaktu lamaran itu. Dia terasa bersalah pula pada Rina.

“Abang Fariq tak pernah cakap begitu depan Rina. Rina terkejut sangat,” suara Rina mula berubah serak, mungkin menahan sebak. Anis mula cemas. Dia tidak mahu Rina menangis. Dia terasa sangat bersalah sekarang.

“Kak…”


“Jangan cakap apa-apa sekarang, kak! Rina dah lama sukakan Abang Fariq. Sejak kecil lagi. Abang Fariq pun sentiasa ikutkan permintaan Rina. Rina tak mungkin lepaskan Abang Fariq begitu sahaja. Jadi, mulai hari ini Rina akan berusaha supaya Abang Fariq cintakan Rina. Rina tak akan biarkan Abang Fariq jatuh ke tangan perempuan lain. Rina harap kak faham!” serentak itu Rina terus bangun dan meninggalkan Anis sendirian dalam keadaan yang terkejut. Anis menarik nafas panjang. Matanya dipejam rapat. Dia tidak pernah menyangka Rina yang begitu manis dan lembut berani berkata begitu. Tentu cintanya terhadap Fariq begitu dalam. Mengingatkan kemungkinan Fariq bersama Rina menyebabkan hatinya terasa sakit tiba-tiba.

“Apa kena dengan kau ni, Anis?!” bentaknya. Dia segera bangun dan keluar dari restoran selepas membayar bil. Fikirannya bercelaru sekarang.

****************************************


Aiman Daniel memandu keretanya dengan fikiran yang kusut. Dia tidak tenang. Betul-betul tidak tenang semanjak bertemu dengan Danny. Serta-merta dia teringatkan perbualannya dengan mama dan papanya semalam.

“Daniel nak buat apa sekarang?” pertanyaan Datin Maria mengejutkannya. Dia yang baru melabuhkan badan di sofa mewah itu segera tersentak. Duduknya dibetulkan. Wajah mamanya dipandang tepat.

“Nak buat apa?” pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Datin Maria mengeluh perlahan.

“Mama nak cucu mama. Mama nak Danny,” ada nada berharap pada suara Datin Maria. Aiman Daniel semakin tidak senang duduk. Dia meraut wajah.

“Habis, mama nak Daniel buat apa?” tanyanya malas. Dia pening. Dia terasa begitu tidak berdaya untuk memikirkan masalah ini. Semuanya terlalu rumit. Pening!

“Kahwin dengan Anis!” tekad suara mama. Aiman Daniel terkesima. Apa? Kahwin dengan Anis?

“Tak mungkin!” spontan perkataan itu keluar dari mulutnya. Mama mengerutkan kening.

“Kenapa tak mungkin?! Daniel dah musnahkan hidup Anis. Jadi memang wajar Daniel kahwin dengan dia. Bertanggungjawab atas apa yang Daniel dah buat pada Anis dan Danny!” bentak Datin Maria. Wajahnya kelihatan menahan geram. Aiman Daniel menggigit bibir.

“Anis dah ada Fariq. Daniel dah ada Stephanie,” hanya itu yang mampu diperkatakan. Mengingatkan Fariq, dia terasa lemah pula. Dia tahu, Fariq sudah tahu perkara sebenar. Mungkin sebab itulah, hubungannya dengan Fariq semakin renggang. Dia sayangkan persahabatannya dengan Fariq. Sejak dahulu lagi mereka bersama-sama. Dan sekarang persahabatan itu terlerai kerana salahnya sendiri. Dia tidak mahu mengikut cadangan mamanya itu. Bukan kerana dia tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia tidak mahu melukakan Fariq. Dia juga tidak boleh mengecewakan Stephanie. Tapi kalau begitu, apa yang dia boleh lakukan sekarang? Berpura-pura tidak tahu? Tidak, perasaan bersalahnya terlalu kuat. Akhirnya dia hanyut dalam kekeliruannya.

PHINNN!!!!

Bunyi hon mengejutkannya. Aiman Daniel memandang cemas ke sekeliling. Hampir terlopong dia apabila lamunannya tadi membawa dia tidak sedar dia sudah memandu sehingga ke kawasan perumahan Anis. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Wajahnya diraut kasar. Apa yang aku buat ni?! Aiman Daniel menghentak stereng kasar. Fikirannya berserabut!

“Danny jangan main jauh-jauh ya. Mama nak pergi rumah Nek Sarah kejap,” suara Anis yang lembut mengejutkan Daniel. Dia mencari arah suara itu. Matanya terpaku pada Anis yang sedang memimpin Danny ke rah taman permainan. Tanpa sedar, dia memandu keretanya mengekori langkah Anis.

“Jangan cakap dengan orang tak kenal, tau. Jangan main dekat dengan jalan. Faham tak?” pertanyaan Anis dijawab dengan anggukan sahaja oleh Danny. Selepas itu anak lelaki kesayangannya itu terus berlari ke papan gelongsor yang ada di taman permainan itu. Anis tersenyum kecil. Dia risau juga sebenarnya untuk meninggalkan Danny di taman permainan ini tetapi dia sudah berjanji untuk menjeguk Mak Sarah yang sakit. Danny pula merengek hendak bermain di taman ini. Sudah banyak kali dia memujuk Danny tapi anaknya itu tetap bertegas. Ahirnya dia mengalah. Perlahan-lahan dia meninggalkan Danny.

Daniel yang memerhatikan semua itu hanya terdiam. Lama dia berfikir di dalam kereta mewahnya sebelum dia membuat keputusan untuk keluar. Langkahnya tenang menuju ke arah Danny yang leka bermain buaian.

“Danny,” dia tersenyum memandang Danny yang membulatkan mata melihat kehadirannya. Serentak itu Danny meluru ke arahnya sambil ketawa kecil.

“Uncle!"

*************************************


p/s: trimas sbb sbr menunggu ya ^_^

15 ulasan:

  1. hohoho.. beraninye anis tggalkn anak die kt taman permainan sorang2..dasat2..!da la byk kes pnculikan skrg..ehehe.. da ade naluri kebapaan da si aiman ni..hehe..nak lg..!

    BalasPadam
  2. best aih......suspen

    BalasPadam
  3. x sabar nak tunggu sambungan..
    cepat2 sambung ye.. :D

    BalasPadam
  4. ngeee..
    npe fariq..
    xske2..
    nk aiman daniel..
    huuhu..
    anis,,jgn time fariq plis...
    aiman daniel ader..dye xamek ape2 tindakan pon sbb fariq..
    huhu...
    smbunng2..

    BalasPadam
  5. nape daniel tu melawan sngat
    mak kau srh kawin, kawin je lah
    ape lah dye buat kat ank dye tu??

    BalasPadam
  6. ngeee.
    rina tu nmpk je lmbut.
    huh.last2 kasar gak.
    nk anis dgn daniel.
    tp fariq dh baik sgt.
    smbung2.
    yesyes danny jmpe papa die.hoye2.
    suke2
    -na'dz

    BalasPadam
  7. ala..nk ngan fariq..

    BalasPadam
  8. npe aiman mst muncul??
    nak anis dgn fariq

    let da best men win..
    =P

    BalasPadam
  9. huhu..tak tau nak cakap r..dua2 guy best..hensem.. let d best man win..hohoho..

    BalasPadam
  10. xnk la fariq..
    aiman daniel is the best..
    knp la fariq tu sk sgt kacau daun???
    knp tiap2 n3 br mesti ada fariq???
    wat la part aiman daniel n anis byk ckit..
    plizz...
    kalo x sia2 je penantian tunggu n3 br kalo asyik fariq je yg muncul....

    BalasPadam
  11. aiman daniel...
    i love u....

    BalasPadam
  12. nak part anis dgn aiman byk skit br best...
    time diorg tgh2 bek tb2 stephanie muncul...
    mnarik nie...
    upload cpt2 skit..
    xsbr nak tau samb

    BalasPadam
  13. nak anis dgn aiman

    BalasPadam
  14. hi BlueRose,

    suker sesgt ngan citer-citer awak...nice story.
    keep up a gud job girl.

    tp nak anis ngan daniel tau. x mau dier ngan si fariq tu.w/pn fariq is very nice to her n her son danny.

    biar daniel tu rase bertanggungjawab ckt ngan apa yg telah dier uat kt anis dulu.

    paper pn akak suker ngan citer nih! tak sabar rasernyer nak tau ending to this story...

    BalasPadam