Sabtu, 4 Julai 2009

Kasih Tercipta 29


Anis melangkah pantas. Fariq di belakang yang cuba mengejar tidak diperdulikan. Dia betul-betul geram dengan Fariq.

“Anis, dengar dulu penjelasan saya,” Fariq mencapai tangan Anis. Takut dia melarikan diri lagi.

“Tak nak. Awak ni memang nak buat saya marah. Kenapa awak cakap macam tu?!” Anis mengetap bibir. Fariq dipandanganya tajam namun jejaka itu hanya tersenyum.

“Sebab saya memang bermaksud begitu. Saya memang mahukan awak menjadi isteri saya,” lembut suara Fariq. Anis tersentak. Dia terdiam

“Tapi saya tak beritahu jawapan apa-apa lagi,” perlahan suara Anis. Fariq membawa Anis ke keretanya. Di dalam dia memegang erat tangan Anis.

“Tapi saya dah tahu jawapan awak,” Fariq memandangnya lama. Anis mengerutkan kening.

“Macam mana awak tahu?” kali ini sebelah keningnya diangkat. Fariq ketawa kecil. Comel sungguh apabila Anis melakukan itu.

“Apa yang kelakar sangat?!” lengan Fariq dicubit geram. Segera jejaka itu mengaduh kesakitan.

“Mak oi, adik beradik ketam batu ke ni? Habislah saya bila kahwin dengan awak. Asyik kena cubit je,” Fariq tersengeh sambil mengusap lengannya. Anis menjeling.

“Siapa nak kahwin dengan awak?!” dicebikkan mulutnya. Fariq tersenyum.

“Awaklah,” Fariq segera mengelak apabila tangan Anis mencari lengannya yang hendak dicubit. Tangan Anis digenggam erat.

“Awak, saya betul-betul ikhlas menyayangi awak dan Danny. Saya tak tipu. Terimalah saya,” kali ini renungan Fariq redup menusuk ke hatinya. Anis memandang Fariq lama. Mencari keikhlasan di situ. Akhirnya dia tersenyum dan mengangguk kecil. Fariq tersenyum riang. Hampir saja tubuh Anis dipeluk erat!

**************************************


“Kenapa dengan you ni? Dari tadi asyik diam je,” rungut Stephanie apabila mereka sampai di kondominiumnya. Aiman Daniel yang sudah merebahkan badannya di atas sofa kelihatan kaku. Stephanie segera merapatinya.

“Hei, you dengar tak apa yang I cakap tadi?!” geram nada suara Stephanie sambil dia menampar kuat lengan Aiman Daniel. Jejaka itu kelihatan tersentak.

“Er, apa yang you cakap tadi?” pertanyaan Aiman Daniel menaikkan darahnya. Cushion di tangan segera dilempar kuat ke wajah Aiman Daniel yang terpinga-pinga. Ish, geram betul!

“Hei, apa ni?!” Aiman Daniel bersuara sedikit keras. Stephanie memeluk tubuh lalu merebahkan badannya di sebelah Aiman Daniel. Wajahnya kelat, mulutnya memuncung. Aiman Daniel segera bangun dan menuju ke pintu.
“You nak pergi mana tu?!” Stephanie mengekori langkahnya. Aiman Daniel meraut wajah lalu memandang malas Stephanie. Dia betul-betul malas sekarang. Dia pening. Dia hanya mahu merehatkan badannya dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalahnya. Kata-kata Fariq tadi betul-betul mengejutkannya!

“I nak balik,” segera dia keluar. Bersama Stephanie, kepalanya bertambah sakit. Apatah lagi dengan sikap manja Stephanie yang berlebih-lebih. Maaflah, dia tidak ada mood nak melayan!

*****************************************

Pintu kereta dihempas kasar. Dia memandang rumah di hadapannya tajam. Memikirkan tindakan yang perlu dilakukan seterusnya. Sebetulnya dia buntu. Dia serba salah.

“Arggh!!” batu di atas tanah disepak geram. Batu itu melanggar kuat dinding dan melantun kasar ke tanah. Namun begitu, hatinya masih tidak tenang. Aiman Daniel melarikan diri ke taman permainan. Dia bagaikan dapat melihat Danny sedang ketawa sambil mengayun buaian. Dia beralih ke papan gelonsor. Di situ juga dia bagaikan dapat melihat kelibat Danny. Ah, dia rindukan anaknya itu! Bagaimana dapat dia leraikan rindu itu?

“Kenapa semuanya harus bertukar begini?” dia duduk di atas bangku sambil meraut wajah. Dia betul-betul berserabut. Apatah lagi setelah mendengar pengakuan daripada Fariq tadi. Dirasakan dia akan kehilangan Danny untuk selama-lamanya. Dia tahu, selepas Fariq dan Anis menikah, peluangnya untuk mendapatkan Danny teramatlah tipis. Dia tidak punya hak terhadap Danny, dia tahu itu. Tetapi dia tetap ingin menjaga anaknya itu. Dia mahu menebus kembali kesalahannya kepada Danny. Anak itu terpaksa hidup susah sedangkan ayahnya lebih baripada mampu untuk memberi kemewahan kepadanya

“Ish!” bibirnya digigit. Dia bangun dari kerusi. Niatnya untuk kembali ke kereta namun langkahnya terhenti apabila melihat kereta Fariq berhenti di hadapan rumah Anis.

“Awak tak nak masuk dan minum dulu ke?” dia mendengar suara lembut Anis mempelawa. Fariq hanya menggeleng. Danny yang tidur di dalam dukungannya beralih tangan. Mata Aiman Daniel terpaku pada anaknya yang comel dan polos itu tidur. Keinginannya meluap-luap untuk memilkinya.

“Saya terpaksa pergi dulu. Hati-hati ya,” kereta Fariq meluncur laju. Aiman Daniel tercegat lama sehingga dia tidak persaan Anis sudah lama masuk ke rumah. Bila disedarinya, marahnya meluap-luap. Dia tidak boleh membiarkan Anis dan Danny terlepas ke Fariq begitu saja. Dia harus melakukan sesuatu. Dengan pantas, kakinya melangkah ke pintu rumah Anis. Dia dan Anis perlu berbincang! Harus!!

14 ulasan:

  1. Ha, anis terima Fariq! tidak!!!!!!

    BalasPadam
  2. ala..nk anis ngan fariq..
    daniel ni..
    tamo kacaula..

    BalasPadam
  3. heh? ape yg aiman nk bncgkn tu?
    skitnye..rndu la ngn danny..huhu..

    BalasPadam
  4. xnak anis dgn fariq...
    nak anis dgn daniel jgk...
    skit ja kali nie???
    bl nak samb...

    BalasPadam
  5. yeah..anis ngan fariq..tapi at the same time nk anis ngan daniel gak! entahlah..sambung cepat ek!

    BalasPadam
  6. setuju.....nk anis n daniel....
    xmo fariq....

    BalasPadam
  7. ala...knp skit je n3 kali ni?x puas baca la..
    kesian kat danny kecik tu..jd mangsa keadaan..apepun cepat la smbung yer??

    BalasPadam
  8. alaaaaaaaaaa.........
    npe anis ngn fariq..
    xmooooooo..
    nk anis ngn aiman daniel..
    huhu..xmo la cmnie..
    huhuhuuuuuk...

    BalasPadam
  9. yeah anis ngn fariq..
    xnk la ngn daniel..
    daniel 2 kco jer..

    BalasPadam
  10. nk anis dgn daniel jgk..
    huhu..
    x kre..
    hehe..
    fariq mmg baek tp klo anis kwen fariq...
    mmg da x ada feel nk bc..
    sori ar ek kpda yg mnat fariq jgn mreh..
    hihi
    i luv aiman daniel and danny..

    BalasPadam
  11. alaa..nape trima fariq...
    sambung lg yer..

    BalasPadam
  12. x mo anis n fariq...
    nk dgn aiman daniel....
    encem! fariq tu kacau daun jer....
    plizzzz....
    sambung ye....

    BalasPadam
  13. hehe.. dlm part nie fariq perasan sgt lah.. yakin sangat yg anis nk kahwin dgn die.. anis cuma keliru sbb fariq dh terlalu baik dgn die dan danny..

    BalasPadam
  14. kapan ada new n3?

    BalasPadam