Jumaat, 21 Ogos 2009

Kasih Tercipta 34



Anis terpaku di situ. Wajahnya kelat sambil matanya memandang tajam pemandangan di hadapannnya ini. Dia betul-betul marah. Dia betul-betul sakit hati!

“Danny, jom balik!” tangan Danny direntap kasar. Danny yang sedang memeluk insan di hadapannya itu kelihatan terkejut.

“Tak nak la mama. Danny nak jumpa uncle kejap. Kejap je,” Danny membuat muka comelnya. Anis mengetap bibir. Geram.

“Danny, dengar cakap mama. Kita balik sekarang!” tangan Danny ditarik kasar. Danny agak menjerit. Belum sempat dia melangkah, jalannya dihadang.

“Encik Daniel, tolong beri laluan. Saya nak cepat ni,” dingin suaranya. Jejaka tegap di hadapannya dipandang tajam. Kalau diikutkan hati yang panas ni, mahu sahaja dia menyimbah air sirap ke mukanya yang terlebih ‘handsome’ tu!

“Anis, Danny
sakit tu!” suara Aiman Daniel sedikit keras sambil memandang Danny. Anis tersentak. Dia menunduk memandang Danny. Kelihatan wajah Danny memerah, keningnya berkerut-kerut. Tangan kecilnya pula asyik menolak tangan Anis yang sedang mencengkam erat tangannya.

“Ops,” Anis segera melonggarkan pegangannya. Dia tidak sedar yang dia menyakiti Danny semata-mata kerana terlalu marahkan lelaki di hadapannya ini!

“Sayang, sakit ke?” pergelangan tangan Danny yang kecil digosok lembut. Dia kemudian terus mendukung Danny. Agak berat. Yelah, Danny makin besar.

“Sakit…” mata anaknya itu berkaca. Anis mengeluh perlahan. Menyesali perbuatannya tadi.
“Mama mintak maaf ya. Jom kita balik,” Anis mula melangkah namun sekali lagi langkahnya dihadang. Kali ini dia betl-betul marah.

“Encik n
ak apa lagi? Tepilah! Kan saya dah kata jangan ganggu saya lagi,” dia mula menengking namun ayat terakhirnya diperlahankan apabila melihat wajah takut Danny. Mungkin anaknya masih takut dengan pertangkaran terakhir mereka.

“Anis, tolonglah jangan berperangai macam budak-budak. Kau menghilang, menyusahkan semua orang!” Aiman Daniel memandangnya bengis. Anis meletuskan tawa. Sinis.

“Saya berperangai macam budak-budak? Suka hati sayalah. Kalau saya nak pergi mana pun. Bukan urusan encik!” Dia berpaling ke belakang. Mahu lari dari jejaka ini tetapi tangannya direntap kasar.

“Anis, jangan degil. Aku bagai nak gila cari kau dua mingg
u ni. Boleh tak kau jangan nak serabutkan kepala aku lagi?” Aiman Daniel meraut rambut. Anis memandang lelaki itu lama. Ah, dia masih sama. Masih kemas dan masih bergaya. Cuma wajahnya saja, macam nak telan orang!

“Siapa suruh encik cari saya? Saya ni kan perempuan murah, encik ada apa-apa urusan ke dengan saya?” Anis berkata sinis. Aiman Daniel menarik nafas panjang. Mungkin mengumpul kesabaran. Dia tidak peduli. Anis merentap tangannya namun pegangan Aiman Daniel terlalu kemas.
“Anis, kita berbincang?” Aiman Daniel merendahkan suaranya. Anis menggeleng. tangannya dicengkam kemas. Sakit.

“Kita berbincang?!” dia mengulangi kata-katanya sedikit keras. Tangan halus Anis dipegang erat.

“Tak nak! Encik, lepaslah!” kali ini suaranya tidak dikawal lagi. Dan serentak itu Danny di dalam dukungannya mula menangis. Anis menarik nafas panjang. Tangannya diretap dan dia mengelap air mata Danny.

“Kenapa encik ni? Asyik nak buat anak saya nangis je!” dia berkata geram. Aiman Daniel menggigit bibir.

“Danny anak aku jugak!” balasnya. Berdesing telinga Anis dibuatnya.

“Siapa kata? Dan..,” tangisan Danny makin kuat. Anis panik. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghentikan tangisan anaknya itu. Tiba-tiba ada tangan mengambil Danny dari dukungannya. Dia terkejut. Puan Sri Maria!

“Kalau kau berdua nak bergaduh, jangan depan anak!” Puan Sri Maria duduk sambil meletakkan Danny di pehanya. Memujuk Danny sehingga tangisan Danny reda. Anis memandang lama. Kedua tangannya meraut wajah.

“Boleh tak jangan ganggu saya lagi? Saya tak kacau encik pun. Tolonglah pergi. Saya dah letih. Betul-betul letih,” Anis merayu. Aiman Daniel turut diam. Dia menarik tangan Anis dan mereka sama-sama duduk. Memerhatikan gelagat Puan Sri Maria dan Danny.

“Aku mintak maaf sebab berkasar tadi. Aku cuma geram. Kau menghilang macam tu saja,” Aiman Daniel memulakan bicara.

“Kalau saya menghilang pun, saya tak salah,” dia membalas. Aiman Daniel menggeleng.

“Kau bawa Danny. Dia anak aku!”

“Anak encik? Dia bukan anak encik. Dari segi hukum dan undang-undang pun dia bukan anak encik. Encik tak ada hak atas dia,” kali ini dia bersuara tenang.

“Dia perlukan papa dia. Kau ingat kau sorang boleh besarkan dia?” wajah Aiman Daniel menegang.

“Encik nampak macam dia kekurangan sesuatu ke? Dia baik-baik aja. Tanpa encik pun, hidupnya lebih baik!” dia membidas. Aiman Daniel menarik tangannya ke pantai. Anis tahu, pasti lelaki ini mahu menengking, menjerit, bla bla bla..

“Kau ni kenapa?!” tengkingnya. Anis tersenyum sinis. Tengok, betul kan tekaannya tadi!

“Kenapa pulak?” dia membuat muka bodoh. Aiman Daniel menyepak pasir di hadapannya.

“Encik ni panas baran, tau tak? Kalau saya serahkan Danny pada encik entah berbirat-birat badannya encik kerjakan!” komennya. Wajah Aiman Daniel terus selop. Dia meraut rambutnya.

“Mana ada aku panas baran? Aku marah je sebab kau ni degil,” jawabnya perlahan. Anis tersenyum. Tak panas baran? Dia melihat tangannya yang dipegang Aiman Daniel tadi. Biru!

“Ala, encik. Mengaku ajalah. Sikap encik ni yang buat orang di sekeliling encik menyampah tau tak. Bukan itu sahaja. Encik ni pentingkan diri, bongkak, perasan hensem, ingat diri sendiri je betul, tak per…”

“Sudah!” dia tersentak. Terkejut apabila bahunya digoncang Aiman Daniel.

“Okay, aku mengaku aku memang panas baran, bongkak, atau apa-apa jelah yang kau sebut tadi. Tapi boleh tak kau beri peluang untuk aku jelaskan semua masalah ni? Bukan kau sorang yang tengah marah, aku pun tengah berapi ni!” bahunya dilepaskan. Anis masih terkejut dengan aksi tiba-tiba tadi. Akhirnya dia menarik nafas panjang. Yalah, sudah sampai masanya dia berhenti melarikan diri. Langsung tidak menyelesaikan masalah.

“Baiklah. Sekarang ni, katalah apa saja,” dia duduk di bangku. Aiman Daniel mengambil tempat di sebelahnya tidak lama kemudian. Kedua tangannya digenggam.

“Aku nak mintak maaf atas apa yang aku buat pada kau dulu. Sungguh, aku memang tak sedar malam tu. Aku mabuk,” katanya. Anis diam. Malas menyampuk.

“Well, aku memang dah agak kau pregnant dulu. Tapi kau cakap kau tak,” kali ini suaranya bertambah perlahan.

“Saya tak cakap sebab saya tahu kalau saya cakap encik pasti suruh saya gugurkan. Saya tak sanggup. Saya cakap pada Mak Timah, Mak Timah cakap pada puan sri, saya kena halau dan sekarang….saya berdiri di sini.
Saya bukan Anis yang dulu, yang senang encik buli,” balasnya agak lembut namun dia dapat melihat wajah Aiman Daniel berubah.

“Mama dah menyesal. Dia sendiri yang beritahu aku pasal Danny,”

“Dari mana puan sri tahu?” Anis segera bertanya.

“Mak Timah,” Anis dan Aiman Daniel serentak berpaling ke suara itu. Puan Sri Maria sedang memimpin Danny di sebelah.

“Pergi kat uncle, sayang,” kata Puan Sri Maria. Anis hanya memandang Aiman Daniel mendukung Danny dan bergerak ke pantai.

“Auntie mintak maaf,” Anis tidak sedar Puan Sri Maria berada di sebelahnya. Wajah Puan Sri Maria ditenung. Dia masih lagi cantik, namun jelas kecantikannya dulu sudah dimamah usia. Cuma satu sahaja yang berbeza. Dia tersenyum! Belum pernah Anis melihat mama Aiman Daniel ini tersneyum. Dulu dia sentiasa bengis.

“Tak ada apa yang hendak dimaafkan, puan sri. Benda dah lama berlalu. Lepaskanlah saya. Saya pinta sangat,” suaranya lemah. Tanpa diduga tangan Puan Sri Maria menepuk-nepuk perlahan bahunya.

“Panggil saja auntie. Auntia tahu Anis dah lama menderita. Auntie cuma nak tebus balik kesalahan kami sekeluarga terhadap Anis. Terhadap Danny. Tak kira apa pun, dia tetap darah daging kami. Kami tak boleh biarkan dia sahaja,” lembut suaranya. Anis menggeleng pantas.

“Tak. Danny anak saya. Encik Daniel tak ada hak atas dia!” Anis mengetap bibir.

“Auntie tahu. Tapi Anis kena faham. Danny makin besar. Apa yang Anis mahu jawab bila Danny persoalkan siapa papa dia pada Anis bila dia dewasa nanti?” tempelak Puan Sri Maria. Anis segera terdiam. Dia memang takutkan soalan itu. Dari dulu lagi dia takut, jika Danny tahu perkara sebenarnya nanti.

“Sebab itu Mak Timah bawa Danny jumpa auntie,” dia meneruskan kata. Anis tersentak. Mak Timah?

“Mak Timah?!” dia segera bangun. Matanya mula berkaca. Sampai hati Mak Timah buat dia begini. Dia percayakan Mak Timah.

“Jangan marah melulu, Anis. Dengar dulu penjelasan auntie,” Puan Sri Maria menarik tangannya. Anis kaku.

“Anis..,” suaranya bernada menegur. Anis duduk dengan wajah kelat.

“Baiklah. Terangkan semuanya. Sekarang!”

8 ulasan:

  1. wah baguslah
    anis cubalah dengar perjelasan aiman ngan mak dia
    jgn lah marah2
    best,kesian kat danny kena marah ngan mak dia
    nak lagi!!

    BalasPadam
  2. anis bagilah peluang kat daniel.
    daniel dah berubah.dia dah sayang kat anak die.dan daniel pon dah sayang anis.kalau tak die tak cemburu anis dgn fariq.danny pun perlukan pap-a die.
    ahakzzzz.comel je daniel dkung danny
    sukesuke
    -na'dz

    BalasPadam
  3. huhu..
    dgr dlu penjelasan tuh anis..
    mane taw ade sumthing yg awak tataw..
    huhu..comel btol aiman daniel n danny nieh..
    sifat kebapaan da terserlah..
    huhu...
    smbung2..

    BalasPadam
  4. menarik..
    hope daniel propose anis..
    lpak 2 kawen..
    nie smua utk kbaikkan bersama...
    hehehe

    BalasPadam
  5. mntk2 la anis time daniel..
    tok kbhagiaan danny gak..
    daniel dh brubah 2..
    anis bg la peluang kt daniel..
    insyaAllah anis xkn mnyesal..
    n daniel xkn mnyakiti anis lgi.
    beshhh!!!..smbg la lg cpt2 =)

    BalasPadam
  6. anis maafkan la daniel...
    makin seronok citer nie..
    sambung lagi..

    BalasPadam
  7. cpr2 r hbskn cte ni k...
    x sabar nk bace yg seterusnye..
    huhuhu

    BalasPadam