Jumaat, 2 Oktober 2009

Kasih Tercipta 36



Fariq menjengukkan kepalanya ke arah rumah yang kelihatan sunyi itu. Matanya meliar mencari kelibat manusia di sekitar rumah itu, tiada! Dia berjalan lagi. Mindanya bagaikan mengarahkan dia supaya berhenti mencari lagi kerana Anis tiada di situ tetapi hatinya ragu-ragu. Dia berhenti di hadapan pintu. Dia mengangkat tangannya. Perlahan, dia mengetuk pintu. Pada mulanya tiada balasan. Dia menekan loceng ini. Kali ini pintu terbuka dengan Anis di hadapannya!

“Anis!” tangan wanita itu dicapai. Anis kelihatan terkejut dengan kehadirannya. Tubuh wanita itu hanya kaku.

“Anis, kemana awak menghilang? Saya risau!” jarinya mengusap pipi wanita kesayangan. Ya tuhan, betapa dia cintakan wanita ini!

“Kenapa awak di sini?” kedengaran suaranya bergetar. Fariq terpaku melihat Anis mengalihkan wajahnya. Seolah-olah tidak mahu bertentang mata dengannya. Kenapa begini jadinya?

“Anis, saya minta maaf. Saya tak tahu mama..,”

“Mama tak salah. Dia cuma yang terbaik untuk anaknya. Saya faham. Kalau saya pun, saya takkan suka anak saya menikah dengan perempuan yang ada anak luar nikah!” bibirnya diketap kuat. Cuba mengawal tangisannya dari pecah di hadapan jejaka ini.

“Anis, awak bukan perempuan sebarangan. Awak perempuan yang saya cinta. Berapa kali saya ulanginya? Kenapa awak tak pernah faham perasaan saya?” tangannya mencengkam bahu Anis, memaksa Anis bertentangan mata dengannya.



“Saya faham perasaan awak tapi saya tak pernah faham kenapa awak tak beritahu mama awak perkara sebenar? Kenapa?!” soalnya agak keras. Fariq tersentak. Dia dapat melihat sinar kebencian sekilas di mata jernih itu. Segera dia mengalih pandangan. Tak sanggup melihatnya lagi.

“Saya ada alasan saya sendiri,”

“Alasan apa? Awak nak tipu mama awak sampai bila-bila? Awak dah tahu mama awak takkan suka saya kalau tahu perkara sebenar. Itu alasan sebenar awak, kan?” Anis bertanya geram. Tangannya dikepal, geram. Fariq menarik nafas dalam.

“Ya! Saya tahu mama takkan restui hubungan kita! Saya terlalu cintakan awak, Anis. Saya takkan kehilangan awak. Bertahun saya tunggu awak balas cinta saya. Bila awak terima lamaran saya, saya bersyukur sangat tapi sekarang, sekarang semuanya jadi begini! Awak tahu tak betapa takutnya saya bila awak menghilang? Awak tahu ke betapa sakitnya hati saya bila fikir awak akan tinggalkan saya selama-lamanya?!” nada Fariq bergetar menuturkan itu. Matanya berkaca. Anis menunduk. Terasa sebak, dia tak sanggup mendengar lagi. Dia juga merasai sakitnya, bukan Fariq seorang sahaja.

“Kita tak bolah, Fariq,” perlahan suaranya.

“Kenapa tak boleh?!” Fariq mula bersuara keras. Dia tidak mahu kehilangan Anis!

“Sebab dia akan menikah dengan aku,” suara itu tiba-tiba muncul. Anis dan Fariq tersentak. Spontan mata mereka meliar ke arah datangnya suara itu. Aiman Daniel sedang bersandar di dinding dengan gaya bersahaja. Lama mereka merenungnya sebelum Aiman Daniel tersenyum kecil dan berjalan ke arah Anis. Dia merentap tangan Anis daripada genggaman Fariq.

“Kau dengar kan? Dia tak boleh bersama kau lagi sebab dia akan menikah dengan aku!” dia merenung tajam Fariq. Anis pula terlopong besar, bila masa pulak dia setuju nak nikah dengan mamat ni?!



“Encik Daniel, rasanya ada sala..,”

“Tentu awak faham maksud ros ni kan, sayang,” entah dari mana datangnya sejambak bunga ros merah. Terus Aiman Daniel menghulurkannnya kepadanya. Anis terpaku. “12 roses,” Aiman Daniel tersenyum menggoda dan kemudian mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Peach blossom? Dari mana pulak mamat ni kutip peach blossom?

“Do you know the meaning behind these flowers?” Aiman Daniel mendekatkan
wajahnya dan menghulurkan peach blossom itu ke tangannya. Anis menelan liur. “I’m your captive, honey,” dia berbisik lembut di telinganya. Anis terpaku dan terlopong di situ. Hantu jepun mana yang merasuk lelaki ini. Seram sejuk dia dibuatnya!

“Hei, kenapa dengan kau ni?” tiba-tiba Fariq menarik bahu Aiman Daniel daripada terus mendekat dengan Anis. Anis bernafas lega. Hampir sahaja dia kehilangan nafas!



“Kenapa pulak? Aku nak beri bunga untuk bakal isteri aku je. Tak salah. Kan, sayang?” Aiman Daniel mengenyit mata sambil tersenyum nakal. Anis sekali lagi terpaku!

“Anis tunang aku lah,” Fariq mula berbahang. Aiman Daniel berhadapan dengan Fariq. Wajah yang tadinya nakal sudah berubah serius.

“Pembetulan, ex fiancĂ©,” Aiman Daniel bersuara keras. “Mama kau sendiri yang memutuskan pertunangan. Jadi, kau dan Anis dah tak ada apa-apa hubungan. Suka hati dia lah nak kahwin dengan sesiapa pun!” tempelak Aiman Daniel.

“Itu bukan kehendak aku! Aku tak percaya Anis nak kahwin dengan lelaki hati batu macam kau ni. Kau tak cintakan Anis!”

“Siapa kata aku tak cintakan Anis?!” mereka saling berbalas pandangan. Anis menyusup di tengah-tengah mereka. Berusaha mengelak daripada pergaduhan berlaku.

“Kau nak campak mana Rina?” Aiman Daniel menggeggam penumbuk.

“Habis, Stephanie kau nak letak mana?” Fariq turut mengepal penumbuk. Anis cemas.

“Eh, awak berdua. Janganlah macam ni,” Anis cuba meleraikan mereka berdua tapi tahu-tahu sajalah, dia bagaikan pelanduk yang tersepit di tengah-tengah dua ekor gajah! Besar betul dua orang ni. Entah apa yang mama dia orang bagi makan waktu kecil. Terlebih vitamin kot!

“Tak baik bergaduh ni. Kita bincang baik-baik,” Anis bersuara lagi namun dia ditolak ke tepi oleh dua tangan berlainan.

“Kau diam. Ini urusan kami!” Aiman Daniel bersuara keras. Anis membulatkan mata. Berani dia berkata begitu padanya!

“Habis, awak berdua saya ni barang la? Siapa yang menang pergaduhan ini akan dapat saya lah?” Anis menempelak geram sambil memeluk tubuh.

“Ya!!” serentak mereka menjawab tanpa meleraikan perlawanan mata itu. Anis terlopong!

“Suka hati awak berdua lah!” Anis masuk ke dalam rumah.

“Kau takkan dapat bahagiakan Anis. Dia hanya kan bahagia dengan aku!” Fariq menjerit. Aiman Daniel tersenyum sinis.

“Kau ingat dia akan bahagia dengan kau kalau mama kau sendiri tak suka dia?!” balas Aiman Daniel pula. “Mama dan papa tak ada bantahan pun. Malah mama sendiri desak aku!”

“Kalau setakat mama kau yang suruh, tak payahla. Kau pergilah menikah dengan Stephanie tu!” mereka berdua bergaduh bagai budak kecil. Anis menggeleng kepala. Dia mendukung Danny yang masih mamai kerana dikejutkan tidur dan keluar dari rumah.

“Awak nak pergi mana?” Fariq menjeling ke arahnya. Anis memasamkan muka.

“Awak berdua dah ganggu Danny. Teruskan bergaduh, saya nak pergi kedai dengan Danny kejap,” Anis selamba melintasi mereka dan keluar dari halaman rumah.

“Tata, uncle,” Danny melambaikan tangan comelnya pada mereka berdua. Fariq dan Aiman Daniel berpandangan.



“Anis, naik kereta saya,” Fariq cuba mengejar Anis tetapi dihalang Aiman Daniel.

“Biar aku je yang hantar Anis,” Aiman Daniel pula ingin menyaingi Fariq. Anis menggeleng kepala. Macam budak-budak. Dia pantas naik ke sebuah bas. Lega dapat melepaskan diri daripada dua orang jejaka itu. Dahi Danny dicium lembut.

“Apa masalah kau ni?!” soal Aiman Daniel kasar apabila jalannya dihalang Fariq sehingga bas itu terlepas. Fariq mendengus kasar.

“Aku yang patut tanya apa sebenarnya masalah kau. Anis dan aku baik-baik je. Dah tunang pun. Yang kau kacau kami, apasal?”

“Suka hati akulah. Lagipun Danny anak aku, kan? Dia lebih baik dengan aku!”

“Selama ini kau tak pernah peduli pun pada dia. Aku yang jaga dia sejak kecil. Dia membesar di mata aku. Kau takkan mudah pisahkan dia daripada kau. Kami berdua dah sebati. Macam ayah dan anak!”

“Tapi itu tetap tidak mengubah hakikat sebenar yang Danny anak aku!” mereka berdua sudah tidak peduli lagi jika ada yang menyaksikan pertengkaran mereka. Bagi mereka, perkara ini harus diselesaikan hari ini juga!

DUMMMM!!

Aiman Daniel dan Fariq terpaku apabila mendengar bunyi kuat itu. Hati mereka tidak tenteram, berdebar-debar. Serentak mereka bertentangan dan menoleh ke jalan raya. Mereka tahu sesuatu yang buruk sudah terjadi. Wajah mulai pucat. Anis dan Danny!!

19 ulasan:

  1. hah?
    anis n danny kena langgar kerw?
    or bus xcident?
    adoiii.nak anis dgn aiman
    ahaaa
    -na'dz

    BalasPadam
  2. huhu
    best2 nk lgy
    ape lh danial ngan fariq tu
    mcm budk kecik
    haha

    BalasPadam
  3. ahirnya terubat jugak demam rindu kat anis & denial... tp rasa macam tak cukup la plak..
    nk lagi bleh... best bangat...

    nza

    BalasPadam
  4. hahaha.. boleh plak gado cm tu. tak matured lgsung. kikiki..

    BalasPadam
  5. uuuuuuu..
    gado2..
    isk2..
    pe jd weyhh..
    spe accident??
    huhu..nk anis n aiman..

    BalasPadam
  6. best!! asal lak diorg ni gaduh?
    x mature betul la..
    hihi..

    BalasPadam
  7. sapa kah yang eksiden itu ?
    adehh..
    suspen suspen

    BalasPadam
  8. sape yg accident tu?
    mcm bdak kecik lah dorang 2 org nie..
    aishhh....

    BalasPadam
  9. jgnlah gadoh2 x gentlementlah.Ape2 je dua2 tu. Ape2 pon daniel & anis ek:D

    BalasPadam
  10. laa.....
    nape suma nk anis ngn daniel????
    klu sy nk anis ngn fariq blh x???
    diorg serasi bersama....
    heheh...

    BalasPadam
  11. huhuhu...
    nak anis dan daniel tapi nak gak anis ngan fariq cian fariq yang baik tu cuma mama die jer halangan...
    ape2pun ikut penulislah nak wat ngan sape kan..kitorang sokong je apa kata penulis
    betul tak kawan2

    ~vee~ (bilalah saya nak ade blog sendiri nie)he3

    BalasPadam
  12. klu anis ngan fariq lg sweet..
    danial 2 kejam...

    BalasPadam
  13. cpt2 ye...
    sape yg kne lggr???
    nape sume org ske anis ngan daniel?
    sye lg ske anis ngan fariq....
    caiyok2...

    BalasPadam
  14. best banget..
    cpt la smbg..
    ske r cte nie

    BalasPadam
  15. i dont want to make any speculations...

    but dont say anis and danny terlibat dalam kemalangan...
    x maula sad ending...

    BalasPadam
  16. bila cik penulis nak sambung..
    nak tahu juga kesudahan cerita ni

    BalasPadam
  17. nk anis ngan daniel...
    lgi sweet.. lgpun skg daniel n mk dy dh bek laa...
    cute ank dy.. =)

    BalasPadam