Rambut yang panjang dilepaskan.
Baju tidurnya yang jarang dan terdedah dibetulkan sedikit. Haruman yang wangi
menusuk ke hidungnya. Minggu lepas Linda sudah membawa dia membeli beberapa
lingeria yang jarang dan beberapa haruman yang wangi. Katanya, itulah cara
untuk menggoda Airel. Emelda tersenyum kecil dan menuju ke dapur. Keadaan di dalam
rumah gelap. Mama dan papanya tidak ada di dalam rumah kerana mereka bercuti di
utara tanah air. Hanya ada dia, Airel dan beberapa orang pembantu rumah.
Langkah Emelda perlahan menuju ke dapur.
“Oh, Airel. You ada di sini rupanya. Terkejut I.
Ingatkan pencuri manalah tadi,” Emelda berpura-pura terkejut sedangkan
pertemuan itu sudah dirancang. Dia tersenyum saat Airel kelihatan tergamam
memandang badannya yang langsing, terdedah. Emelda tersenyum lagi apabila
teringatkan dia sudah beberapa hari memulakan rancangannya untuk menggoda
Airel. Seringkali Airel mengelak namun dia hanya berbuat selamba. Namun Emelda
yakin, Airel sudah mula tergoda.
“You..you buat apa di sini?” tanya Airel
tergagap-gagap. Emelda tersenyum dan berjalan merapati Airel.
“I nak minum. Haus,” dia berdiri di
sebelah Airel lalu mengambil gelas dan diisikannya dengan air. Gelas itu
dirapatkan ke bibirnya manakala badannya dirapatkan ke badan Airel yang sasa.
Dia perasan mata Airel tidak lepas-lepas memandang bahagian dadanya yang
terdedah dan dia hanya selamba sahaja. Badannya dipalingkan mengadap Airel.
“You tak nak minum?” gelas disua kepada
Airel. Badannya terlalu dekat dengan Airel sehingga jejaka itu menelan liur
apabila terbau haruman yang begitu mengasyikkan. Spontan tangannya bermain-main
di rambut Emelda yang lembut. Matanya merenung mata Emelda yang juga
merenungnya. Gelas di tangan Emelda diambil dan diletak di atas meja. Selepas
itu tangannya kembali bermain-main di wajah Meleda. Emelda hanya membiarkan.
Dia tersenyum menang apabila Airel mencempungnya ke bilik. Malam semakin larut
dengan membawa rahsianya sendiri.
*******************************************************
“Mama call tadi. Mama cakap mama
dan papa tak jadi balik esok. Kawan papa kena strok. Jadi, papa nak temankan
kawan papa,” Emelda duduk di sebelah Airel yang leka menonton televisyen di
sebelah.
“Jadi, untuk beberapa hari lagi, hanya
kita berdualah di rumah ini?” tanya Airel sambil memandang tepat wajah
isterinya itu. Emelda mengangguk.
“Kenapa? Tak suka ke?” duga
Emelda. Airel tersenyum. Dia memeluk pinggang Emelda lalu pandangannya dibawa
ke skrin televisyen semula. Emelda membaringkan kepalanya di dada Airel. Terasa
bahagia dirinya sekarang. Sudah beberapa hari hubungan mereka pulih seperti
hari bahagia mereka tiga tahun dulu.
“You tak nak pindah bilik I ke?” tanya
Emelda. Wajah Airel berubah namun dia tidak mengalihkan pandangan.
“Tak payahla. Begini pun bagus juga,”
jawab Airel selamba. Emelda tersentak. Dia memandang Airel tepat.
“Kenapa?” Emelda bertanya. Dia tidak
sedap hati dengan jawapan itu namun Airel hanya tersenyum tanpa kata. Dia
membenamkan wajahnya ke rambut Emeda yang lurus dan panjang.
“Wanginya you,” bibir Airel mula
mendarat di leher Emelda. Emelda hanya membiarkan. Senyuman terukir di
bibirnya.
*****************************************************
“Macam mana dengan kau dan Airel
sekarang?” tanya Linda. Emelda tersenyum.
“Rancangan berjaya. Dah hampir dua bulan
kami kembali seperti dulu,” ujar Emelda dengan senyum lebar. Linda turut
tersenyum.
“Aku gembira melihat kau
bahagia. Aku harap kebahagian kau akan kekal selamanya,” tangan Emelda dicapai.
Emelda mengangguk.
“Aku pasti Airel tak akan terlepas lagi
dari genggaman aku. Aku pun tak akan tinggalkan Airel lagi,” pegangan tangan
Linda dieratkan.
Langkah Emelda perlahan memasuki
rumah. Matanya meliar memandang sekeliling.
“Emel, baru balik?” Datin Sofia menegur Emelda.
Segera Emelda menyalam tangan Datin Sofea.
“Ya, mama. Emel naik dulu ya,” Emelda
mendaki tangga. Saat matanya terhenti di depan pintu Airel, langkah Emelda
terhenti. Dia berdiri di depan pintu agak lama sebelum memutuskan untuk masuk
ke dalam bilik itu. Serentak itu dia terdengar suara Airel.
“Sayang, you balik lusa? Baguslah.
I betul-betul rindukan you,” hampir tercabut jantung Emelda apabila mendengar
Airel berkata begitu namun dia terus mendengar.
“Emel? Dia masih lagi tinggal di rumah I. I biarkan dia tinggal dulu sebelum you pulang dan kita
kahwin. Kesianlah dia tak ada tempat nak tinggal, sayang,” lembut suara Airel
bertutur dengan Qis. Darah Emelda menggelegak. Rupanya Airel hanya memainkan
perasaanya. Dia tidak mahu putus dengan Qis. Dia cuma mahu memuaskan nafsunya
sebleum Qis pulang. Jahanam!
“Okay, I tunggu you balik. Daa,” talian
dimatikan. Airel melangkah ke katil. Badannya direbahkan di situ sambil
tersenyum. Saat itu, Emelda segera merempuh masuk dan menutup pintu dengan
kuat. Airel terkejut dengan kedatangan Emelda.
“Oh, jadi selama ni you tipu I?! I
langsung tak sangka, Airel!” suara Emelada keras. Airel terdiam.
“I sayangkan Qis. I nak kahwin dengan
dia,” balas Airel. Emelda mengetap bibir.
“Jadi I ni siapa? Pemuas nafsu you
sebelum you nikah dengan Qis? You nak ceraikan I, kan ?” marah Emelda lagi tapi suaranya
dikawal. Dia tidak mahu ibu mertunya dengar.
“You yang goda I,” perlahan suara Airel.
Emelda tersenyum sinis. Kini dia pula yang disalahkan.
“Terpulang tapi dengar sini. Kalau you
tetap nak nikah dengan Qis, ceraikan I.
itu yang you nak, kan ?
Tapi sebelum you buat apa-apa keputusan, I nak you tahu yang I sedang
mengandung sekarang dan ini anak you! Kalau you nikah dengan Qis, I akan
gugurkan tanpa berfikir panjang lagi. Jadi, sekarang keputusan ada di tangan
you!” Emelda segera keluar dari bilik dengan wajah yang masam. Dia dalam
biliknya dia meraut wajah. Terasa kesal pula mengatakan yang dia mengandung
sedangkan tidak! Macam mana dia boleh terlanjur menipu? Tapi dia tidak sanggup
kehilangan Airel lagi. Betulkah tindakan itu tadi?
Airel yang duduk di atas katil
betul-betul terkejut. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Emelda mengandung?
Dan jika dia mengahwini Qis, Emelda mahu diceraikan dan menggugurkan
kandungannya? Argh! Apa yang harus dibuat sekarang. Walau apapun, anak itu tetap
anaknya. Dia tidak boleh membiarkan Emelda menggugurkannnya tapi dia tidak
boleh lepaskan Qis. Ahh, pening!
**************************************************
“Apa yang kau nak?!” tanya Emelda
kasar sebaik memandang wajah Qistina di hadapan pintu. Qistina tersenyum.
“Airel ada?” tanya Qistina lembut.
Emelda menggeleng.
“Dia tak ada!” kasar nada suaranya.
Sebenarnya dia masih marah. Walaupun dia menipu yang dia sedang mengandung,
Airel masih tidak mengambil apa-apa tindakan tentang hubungannya dengan Qis.
Itu yang membuat dia bengang!
“Qis, aku nak mintak tolong
boleh tak? Jangan ganggu Airel lagi. Dia masih suami aku!” Emelda berterus
terang. Qis kelihatan terkejut tetapi dia masih tersenyum.
“Tapi kamu berdua akan bercerai. Dia
sayangkan aku,” selamba Qis berkata begitu. Emelda meradang.
“Kau tak malu ke musnahkan rumah tangga
orang. Untuk pengetahuan kau, aku sedang mengandungkan anak Airel. Jadi, betul
ke dia sayangkan kau?!” sinis kata-kata itu. Qis kelihatan terkejut.
“Emelda!” Airel menghampiri dengan wajah
yang merah. Emelda memeluk tubuh tidak peduli. Dia tahu Airel tidak akan
mengapa-ngapakannya walaupun dia menyakiti Qis. Airel terlalu menjaganya. Airel
percaya bulat-bulat yang dia sedang hamil. Dia dilayan bak puteri.
“Kita perlu berbincang,” Airel dan Qis
beredar meninggalkan Emelda sendirian. Emelda hanya tersenyum sinis. Dia tahu
kemenangan miliknya kini.
“Kau tipu dia yang kau mengandung?
Gila ke?” suara Linda nyaring di telefon. Emelda ketawa kecil.
“Aku cuma tak nak dia lari ke Qis je,”
selamba jawapan Emelda. Linda mengetap bibir geram.
“Habis, kalau dia tahu kau tak
mengandung macam mana? Takkan kau nak letak bantal kat perut kau!” marah Linda.
Emelda tersenyum.
“Aku tahulah nak buat macam mana. Yang
penting, sekarang Airel percaya aku mengandung dan dia dah putus dengan Qis.
Nampaknya rancangan aku berjaya. Padan dengan muka Qis!” Emelda ketawa. Hatinya
puas. Linda menggeleng.
“Kau ni macam watak jahat la,” komen
Linda.
“Mungkin. Tapi kalau setakat
menipu aku mengandung, aku bukannya jahat sangat lagi!” Emelda ketawa. Serentak
itu pintu biliknya dirempuh kasar. Airel memandangnya dengan wajah menyinga.
Emelda terlopong.
“Kau…kau tipu aku? Cepat cakap, kau
mengandung atau tidak?!” kasar suara Airel. Emelda terkejut. Dia betul-betul
tidak tahu apa yang perlu dia buat sekarang. Tiba-tiba Airel datang dan
mencengkam kuat lengannya.
“Sakitlah, Airel,” rintih Emelda tetapi
Airel tidak peduli. Tajam matanya memandang Emelda.
“Kenapa kau tipu aku?!” tengking Airel.
Emelda mengetap bibir.
“Sebab I tak nak you nikah dengan Qis.
You hak I!” marah Emelda kembali. Serentak itu ada tamparan yang mengena
pipinya. Emelda terduduk.
“Dengar sini, aku tetap akan nikah
dengan Qis walaupun kau suka atau tidak!” pintu bilik dihempas kasar. Emelda
mengesat air mata yang tiba-tiba tumpah.
**********************************************
“Tahniah, puan mengandung!” hampir
terlopong Emelda apabila mendengar kata-kata itu. Dia mengandung? Dia tidak
percaya.
“Pasti, doc?” tanya Emelda dengan
senyuman. Doktor itu mengangguk. Emelda ketawa gembira. Dia mengusap perut.
Anak ini muncul di saat yang tepat. Airel akan menikah dengan Qis sebulan lagi.
Dengan kehadiran janin ini, dia akan membatalkan perkahwinan Airel dan Qis dan
hidup bahagia dengan Airel!
********************************************
“Airel, tolong benarkan I
bercakap,” rayu Emelda. Wajah Airel memerah. Dia masih marah namun Emelda pasti
Airel tidak akan marah lagi jika dia memberitahu khabar gembira tadi kepada
suaminya ini.
“Apa yang kau nak, Emelda?” tanya Airel
kasar. Pintu direnggangkan. Emelda menapak masuk. Wajah Airel yang kelat
direnung.
“You masih marah I lagi?” tanya Emelda.
Airel tidak menjawab malah memandang ke arah lain. Emelda mengetap bibir.
“I mengandung,” lancar perkataan itu
keluar dari mulutnya. Airel kelihatan terkejut. Dia kemudian ketawa kuat.
Ketawa sinis.
“Kau dah gila ke? Kau ingat aku akan
percaya lagi? Pergi jahanam!” tengking Airel kuat. Emelda terkejut. Dia
menghampiri Airel dan menggenggam kuat tangan Airel.
“I tak tipu. Kali ini memang I
betul-betul mengandung!” Emelda cuba
menyakinkan Airel tetapi jejaka itu menarik tangannya kasar. Tidak mahu Emelda
menyentuhnya. Emelda terasa hati.
“I tak tipu you. I tak nak you kahwin
dengan Qis!” ujar Emelda kuat. Serentak itu Qis menapak masuk. Dia memerhatikan
Airel dan Emelda. Wajahnya keliru. Emelda tidak memperdulikan kehadiran Qis.
“Kalau you menikah dengan Qis, I akan
gugurkan kandungan ni,” Emelda menggugut. Dia sudah tidak ada modal lagi untuk
menghalang perkahwinan Airel dan Qis. Qis kedengaran terkejut dengan kata-kata
itu namun Airel hanya tersenyum sinis.
“Oh, ya? Kalau begitu gugurkan saja! Aku
tak kisah. Aku tak pernah nak ada anak dengan perempuan jahat dan murah macam
kau. Dengan bersaksikan Qis, aku ceraikan kau dengan talak satu!” hampir
terduduk Emelda apabila Airel bekata begitu. Qis turut terkejut.
Perlahan-lahan, Emelda menapak keluar. Ditinggalkan Qis dan Airel dan dia
melangkah ke biliknya.
**************************************************
“Emelda, kenapa tak makan? Tak
sedap ke nasi goreng tu?” tanya Datin Sofea. Emelda menggeleng. dia menyuap
nasi sesudu lagi. Airel di sebelah dijeling. Mereka berdua tidak memberitahu
lagi yang Airel sudah melafazkan lafaz cerai kepadanya minggu lepas. Airel
hanya akan memberitahu mama dan papanya setelah dia menikah dengan Qis dan pada
hari Emelda meninggalkan rumah.
“Sedap, mama. Cuma Emel tak ada selera,”
jawab Emel sepatah. Dia kurang makan kebelakangan ini. Dia susah hati. Dia
tidak pedulikan kandungannya lagi. Dia sudah tawar hati setelah kata-kata Airel
dulu. Sekarang dia merasakan kandungan ini satu beban pula. Alahannya begitu
teruk. Hampir sahaja dia tidak boleh bangun setiap pagi. Badannya juga selalu
letih dan kepalanya pening.
“Tak baik begitu. Sarapan penting. Oh,
ya. Mama tengok Emel lain sekarang ni. Macam orang....” kata-kata Datin Sofea
berhenti situ. Airel memandang mamanya. Emelda mengetap bibir. Adakah mama
sudah boleh menganggak? Emelda mengusap perutnya yang masih lagi kempis.
“Tak adalah mama. Biasa saja,” ujar Emelda.
Dia segera membawa pinggan ke dapur. Dia tidak mahu membicarakan topik yang
berbahaya itu. Dia sudah betul-betul tawar hati untuk memberitahu sesiapa lagi.
Dia hanya memberitahu Airel dan penerimaan Airel betul-betul mengecewakannya.
***********************************************
“Kau kena tolong aku, Linda,”
tangan Linda digenggam. Emelda kebuntuan sekarang.
“Kenapa ni?” tanya Linda. Emelda
mengeluh. Teruk juga dia dileteri Linda sebaik sahaja dia tahu yang Airel
mengetahui dia menipu. Linda betul-betul tidak suka dengan rancangan itu.
“Aku mengandung,” mata Linda membulat.
Dia menjerit kesukaan.
“Mengandung? Wah, nampaknya masin mulut kau.
Kau mengandung betul-betul! Jadi, apa yang kau nak aku tolong? Tolong belikan
baju mengandung dan baby kat butik-butik luar negara?” Linda mengenyitkan mata.
Emelda menggeleng.
“Tolong aku cari tempat untuk gugurkan
kandungan ini,” pinta Emelda. Wajah Linda berubah.
“Apa? Kau dah gila ke?!” jerit Linda.
Emelda memberi isyarat memperlahankan sedikit suaranya. Lagipun sudah ada
beberapa orang di restoran itu memandang mereka.
“Kenapa nak gugurkan? Kan ini yang kau hendak?” tanya Linda tidak
puas hati. Emelda mengetap bibir.
“Kalau dulu ya. Tapi sekarang tidak
lagi,” Emelda menghirup kopi. Segera kopi itu dirampas oleh Linda.
“Kopi tidak bagus untuk wanita hamil,”
Linda mengingatkan. Emelda tersenyum.
“Tapi aku akan gugurkan kandungan ini.
Jadi, tak apalah,” Emelda mengambil semula cawan berisi kopi itu dan
menghirupnya. Sekarang dia sudah meminum kopi. Kalau dahulu dia tidak sukakan
kopi kerana rasanya yang pahit, sekarang dia merasakan kopi itu tawar pula
rasanya. Ibarat hidupnya yang mulai tawar. Linda mengeluh.
“Kenapa kau buat macam ini? Kau
boleh gunakan baby itu supaya Airel balik semla pada kau,” kata Linda. Emelda
tersenyum.
“Aku dah cuba dan dia suruh aku gugurkan,”
selamba kata-kata Emelda. Linda terlopong.
“Dia…suruh…kau….gugurkan?!” tidak percaya
kelihatan di wajah Linda. Emelda mengangguk.
“Ya. Lagipun dia dah ceraikan aku. Aku
akan keluar dari rumah itu selepas majlis perkahwinan mereka,” tenang raut
wajah Emelda sebaik dia berkata begitu. Linda menyentuh tangan Emelda.
“Tapi…gugurkan? Emel, dia tetap anak kau
juga. Walaupun kau dan dia dah bercerai, baby tu tak bersalah,” nasihat Linda.
Emelda menggeleng.
“Aku tak tahan, alahan teruk sangat.
Makan apa pun muntah balik. Pening kepala, letih, tak usah nak ceritalah. Aku
tak nak jadi ibu tunggal. Kau lupa, mak aku lahirkan aku walaupun dia dan papa
dah bercerai waktu itu. Aku betul bencikan tindakannya itu. Aku tanya kenapa
dia lahirkan aku. Aku menderita tau, tak? Aku tak nak anak aku jadi macam aku.
Aku tak nak buat kesilapan yang mama aku buat.
Dan yang paling penting, aku benci Airel!
Bencikan dia dan aku tak nak lahirkan anaknya. Lagipun senang je, dia pun dah
suruh aku gugurkan. Jadi, semua masalah akan selesai sebaik sahaja aku gugurkan
baby ni,” sambil tersenyum pahit Emelda berkata begitu. Linda sebak. Dia
bersimpati kepada Emelda tetapi dia juga kesiankan anak yang dikandung Emelda.
“Airel, Qis. Kebetulan jumpa di sini,”
Emelda menegur dengan senyuman sebaik Airal dan Qis berdiri di sebelah mejanya.
Dia berpura-pura senyum walaupun hatinya berkecai.
“Eh, apa ni Airel?” Emelda terkejut
sebaik Airel menarik tangannya dan meninggalkan Qis dengan Linda. Tangan Emelda
terus ditarik dan badan Emelda dipaksa masuk ke dalam kereta mewah Lexusnya.
Emelda mengerutkan kening. Airel memandu dengan wajah tegang.
“Airel, I tengah bercakap dengan Linda
tadi. Tolong hantar I balik. Lagipun kereta I ada di situ,” pinta Emelda geram.
“Tidak sebelum kau jawab soalan aku. Kau
mengandung ke?” tajam renungan Airel. Emelda terkejut dengan pertanyaan itu.
Lama dia terdiam sebelum menggeleng.
“I tipu je,” perlahan dia menuturkan
itu. Dia sudah malas memikirkan tentang kandungannya. Tiba-tiba Airel
menghentak stereng.
“Jangan menipu!” keras suara Airel.
Emelda mengeluh.
“Betullah. Sudah, kalau you tak nak
balik semula, turunkan I di sini,” lemah suara Emelda. Dia memicit dahi.
Peningnya kembali semula. Ini semua kerana Airel. Membencikan betul!
“Aku dah dengar semua perbualan kau
tadi,” Airel membuat pengakuan. Emelda terkejut tetapi dia hanya berlagak
tenang.
“Jadi?” wajah Airel memerah mendengar
suara selamba Emelda.
“Kau tak rasa apa-apa ke bila kau kata
nak gugurkan kandungan? Kau tak tahu ke salah buat begitu! Kenapa dengan kau
ni?!” amarah Airel meledak. Emelda ketawa kecil. Sinis.
“Salah? You juga yang suruh I gugurkan!”
balas Emelda geram.
“Tapi waktu itu…”
“..you ingat I menipu? Sudahlah, you
teruskan ingat I menipu dan semua akan jadi baik. Lagipun beberapa minggu lagi
you dah nak nikah dengan Qis. Jangan fikirkan apa yang you dengar tadi,” Emelda
memandang ke luar tingkap. Airel menggigit bibir.
“Aku tak akan lupakan. Dengar sini,
jangan harap kau boleh gugurkan baby tu,” tegas suara Airel. Emelda menggeleng.
“Siapa you nak arah I?” balas Emelda.
“Aku…”
“…bekas suami! Bukan suami I lagi. Jadi,
I boleh buat apa yang I suka. Lagipun, you akan dapat anak juga dengan Qis nanti.
Jadi, jangan risaukan I,” tempelak Emelda lagi.
“Kau tak boleh buat begini, Emelda. Anak
tu tak salah. Takkan kau tak sayang langsung pada dia?” kali ini suara Airel
berubah nada. Emelda mengetap bibir.
“Sebab sayanglah I kena buat begini. I
tak nak dia jadi macam I,” suara Emelda juga berubah. Suasana diam seketika.
“Apa yang perlu aku buat agar kau takkan
gugurkan anak aku?!” keras kembali suara Airel. Emelda menggeleng.
“Tak payah. I takkan ubah keputusan I,”
Emelda menolak. Airel semakin tegang.
“Kita rujuk!” tekad suara Airel. Emelda
senyum sinis dan menggeleng.
“Tak nak!” bantah Emelda. Airel
memberhentikan kereta tiba-tiba. Serentak itu badan Emelda terdorong ke
hadapan.
“Auch!” Emelda menekan perutnya. Airel
memandang Emelda dengan cemas.
“Sorry. Did I hurt you and
the baby?” tanya Airel. Tangannya memegang erat bahu Emelda. Segera Emelda
menepis kasar.
“Jangan sentuh
I. Hantarkan I balik. Sekarang!” Emelda
menyandar ke arah kerusi. Perutnya masih terasa sakit. Terasa mencucuk-cucuk.
Emelda teringatkan pesan doktor agar menjaga kandunganya. Kandungannya baru
beberapa minggu, jadi tersangatlah lemah.
“Kita ke hospital sekarang,” Airel
memusingkan kereta. Emelda mengetap bibir.
“Tak payah! Hantar I…Ahhh!” sakitnya
semakin kuat. Emelda mengetap bibir. Airel di sebelah cemas apabila melihat
keadaan Emelda yang begitu. Timbul rasa bersalah kerana mencederakan Emelda.
Berpeluh dahi Airel melihat keadaan Emelda yang menahan kesakitan.
“Maaf. Tahan ya,” kelajuan kereta
dipercepatkan. Dia sudah tidak peduli lagi walaupun kelajuan keretanya melebihi
120km/j. Dia lebih mementingkan Emelda dan kandungannya. Tiba-tiba kepala
Emelda terkulai di sebelahnya. Airel semain cemas. Ya Allah!
******************************************
Ada satu lagi part.
******************************************
Ada satu lagi part.
best2...=D
BalasPadamBuat pengguna android, nih ada app buat nyari DOLLAR online secara mudah tanpa modal dan legal modal HP aja , lumayan bisa ditukerin sama STEAM gift card, gem coc , Google Play gift card, paypal, facebook giftcard, Xbox,PlaystationStore, Amazon dan ItunesGiftCard
Padam1. Download aplikasi Whaff Rewards di playstore
2. Setelah ke intsall buka appnya
3. Seteah di buka klik tombol login, login ajaa pake akun facebook kalian
4. Abis itu ada kotak invitation code
5. Masukan kode AW47917
6. Setelah masukan kode diatas kalian bakal Dapet $0.3, lumayan kaan, kalian tinggal ngumpulin deh sampe 10$
7. Cara ngumpulinnya gampang, tinggal invite orang lain atau download aplikasi yang ada di app tersebut
8. Setiap download aplikasi kalian akan mendapat hadiah sebagai reward, hadiahnya bisa $0.17, $0.22 sampe $0.66
9. Setiap hari kalian pun akan mendapat reward bila setelah di download aplikasi tersebut tidak di uninstall lagi lumayan kaan setiap hari Uang kalian bertambah hehehe
10. Setelah terkumpul $10 baru deh kalian bisa tukerin ke voucher google play,
11. Terus kalian juga bisa tukerin sama Google Play gift card, steam gift card , paypal, facebook giftcard, Xbox,PlaystationStore, Amazon dan ItunesGiftCard
Jangan lupa share trik ini ya :)
alahaiii 2-2 sama ja...
BalasPadamx blh sebelahkan mana2 pihak cam gini...=(
GAIYO 1 lg part..
Ohhhh. Bestnye. Cepat update.
BalasPadam-fz-