Jumaat, 12 Jun 2009

Kasih Tercipta 27


Anis melangkah pantas menuju ke taman permainan. Hatinya dari tadi rasa tidak sedap kerana meninggalkan Danny sendirian di taman permainan. Dia sudah cuba untuk pulang lebih awal tetapi tiba-tiba ada kemalangan ketika di dalam perjalanan pulang. Hampir sejam dia tersangkut.
Anis melangkah lebih pantas lagi. Sebaik sahaja dia sampai ke taman permainan, segera dia mencari Danny. Hatinya bagaikan direntap apabila mendapati Danny tidak berada di situ.

“Danny!” Anis mengelilingi kawasan perumahannya dan mencari Danny tanpa arah. Air matanya sudah hampir gugur. Rasa menyesal kerana meninggalkan Danny yang masih kecil bertimpa-timpa. Macam mana kalau Danny diculik? Atau ditimpa kemalangan? Sebaik Anis memikirkan itu, air matanya jatuh tanpa henti. Dia terduduk di tepi jalan.

“Mama!” Anis terkejut apabila mendengar suara Danny. Kepalanya dipaling ke belakang. Danny sedang menghampirinya dengan senyum riang. Anis segera memeluk Danny erat. Dia menghembus nafas lega. Tekadnya, ini kali pertama dan kali terakhir dia meninggalkan Danny sendiri. Dia tidak sanggup kehilangan Danny!
“Sayang pergi mana tadi?” tanya Anis sambil meleraikan pelukan.

“Ngan Uncle Daniel,” jawab Danny. Leher mamanya dipegang erat. Anis mengerutkan kening. Uncle Daniel? Tanpa disangka, tiba-tiba ada seorang jejaka yang menghampirinya dan Danny. Anis hampir melompat dibuatnya.

“Encik Daniel?” Anis menutup mulut yang terlopong. Aiman Daniel merenungnya tajam.

“Danny pergi main dulu ya,” Anis bersuara lembut pada anak lelakinya itu. Danny segera berlari ke taman permaianan. Anis kemudian mengalihkan pandangan kepada bosnya.

“Mengapa? Macam mana?” hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya. Rasa terkejutnya masih tidak hilang. Aiman Daniel pula cuma berlagak selamba sambil menyelukkan sebelah tangannya ke dalam kocek seluar. Namun renungan tajamnya masih tidak berubah.

“Kau
dah hilang akal ke? Ada ke patut tinggalkan anak sorang-sorang kat taman ni! Macam mana kalau ada apa-apa jadi pada dia? Kena culik ke? Kemalangan ke?!” tiba-tiba sahaja Aiman Daniel membebel. Anis mengerutkan kening.

“Ini urusan saya. Danny anak saya,” walaupun Anis tidak berniat berkata sekasar itu, tetapi kata-kata itu lancar sahaja meluncur keluar dari bibirnya. Anis perasan wajah Aiman Daniel yang kacak itu semakin menegang apabila mendengar kata-katanya.

“Kenapa dengan kau ni?! Mujur aku tolong jagakan Danny. Kalau hilang, barulah nak menangis,” sindir Aiman Daniel. Anis mengetap bibir. Tahulah dia yang Aiman Daniel sudah melihat dia menangis tadi.

“Yalah, terima kasih sebab tolong jagakan anak saya. Saya minta diri dulu,” Anis melangkah pergi dengan hati yang sebal. Tetapi dia akui dia juga patut berterima kasih dengan Aiman Daniel. Betul katanya, entah apa yang akan terjadi kepada Danny jika Aiman Daniel tidak menjaga anaknya.

“Kenapa encik ikut saya ni?” Anis bersuara geram apabila mendapati Aiman Daniel mengekori langkahnya. Aiman Daniel dipandanganya tajam.

“Aku dah tolong kau, sekurang-kurangnya ajakalah aku ke rumah kau dan pelawa aku minum. Aku dahaga ni,” Aiman Daniel dengan muka tidak malunya selamba berkata-kata. Anis menggigit bibir. Akhirnya dia mengangguk setuju.

*************************************

Aiman Daniel melangkah masuk ke dalam rumah Anis dengan langkah perlahan. Matanya meliar memerhatikan hiasan rumah Anis. Hatinya memuji-muji cara Anis menghias rumahnya.

“Duduklah, encik,” Anis bersuara lembut. Aiman Daniel melabuhkan punggungnya di atas sofa. Langkah Anis yang menuju dapur diekori dengan ekor mata. Dia kemudian memandang Danny yang berlari-lari sekeliling rumah. Dia tersenyum kecil. Terhibur dengan gelagat Danny. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Segera dia bangun.
“Danny, uncle keluar kejap,” katanya kepada Danny yang sedang enak berlari itu. entah Danny faham atau tidak. Aiman Daniel segera mendekati keretanya. Dibuka bonet kereta dan dia mengambil beberapa beg kertas dan bungkusan dengan tangannya. Selepas itu dia kembali semula ke rumah Anis. Ketika itu, Anis sudah berada di ruang tamu sambil membawa dulang berisi minuman dan sepiring muffin.

“Encik ke mana tadi?” tanya Anis ambil meletakkan dulang itu di atas meja kopi. Aiman Daniel duduk di atas sofa. Wajah Anis direnung.

“Saya ambilkan hadiah hari jadi Danny,” ucapnya perlahan. Panggilannya bertukar saya awak di hadapan Danny. Wajah Anis berubah. Dia mengetap bibir.

“Untuk apa? Danny tak perlukan apa-apa daripada encik!” suara Anis tegas walaupun masih perlahan. Anis menarik nafas panjang. Dia tidak selesa dengan pemberian Aiman Daniel. Selama ini dia membesarkan Danny tanpa bantuan lelaki itu. Dia tidak perlukan bantuan Aiman Daniel!

“Kenapa? Tak boleh ke saya belikan hadiah untuk hari jadinya?” tempelak Aiman Daniel pula. Dia dapat melihat sinar kebenciaan dalam mata Anis sebentar tadi. Dia tahu Anis masih tidak dapat melupakan kesalahannya dulu.
“Bukan tidak boleh. Cuma saya tak jemput encik ke majlis hari jadinya,” tutur Anis perlahan. Aiman Daniel terdiam. Dia kecil hati juga sebenarnya. Kenapa dia tidak dijemput? Dia mahu menyambut hari lahir anaknya. Dia mahu mengantikan semula masa yang dia tinggalkan dulu. Dia mahu berada di sisi anaknya ketika anaknya meniup lilin. Dia mahu Danny menyuapkan kek ke dalam mulutnya dengan tangan comelnya. Aiman Daniel meraut rambutnya dengan tangan. Dia sedar sendiri. Masakan dia akan dijemput ke dalam parti hari lahir Danny dan diberitahu tentang hal berkenaan Danny jikalau Anis sendiri tidak tahu yang dia sudah sedar Danny adalah anaknya.

“Tak apa. Bukannya mahal pun,” dia menghulurkan kesemua bungkusan itu. Akhirnya Anis menerimanya dengan hati yang berat. Masakan dia ingin menolak di hadapan Danny. Nanti apa pula yang anaknya itu fikirkan. Namun matanya segera terbeliak apabila melihat isi kandungan beg kertas dan bungkasan itu semua. Daripada pakaian yang berjenama sehinggalah alat permainan yang mahal-mahal. Ini murah?!

“Encik. Saya tak boleh terima. Mahal ini,” Anis menghulurkan kembali segala pemberian Aiman Daniel namun jejaka itu langsung tidak menyambutnya.

“Kalau tak nak, buang sajalah,” selamba Aiman Daniel sambil menguyah muffin yang dibawa Anis tadi. Sedap juga. Anis yang mendengar mengeluh perlahan. Akhirnya dia duduk dia atas sofa. Danny diribanya.

“Sayang pergi ke mana tadi?” tanya Anis. Danny yang
sedang memakan muffin yang dibuatnya dipandang sayang. Walaupun dulu Mak Timah yang sering memasak, dia tidak lupa belajar resepi-resepi daripada ibu angkatnya itu. Sekarang apabila Mak Timah sudah tiada, dia mengambil alih tugas memasak. Dia gembira kerana Danny semakin menyukai masakannya.

“Danny pergi shopping dengan uncle dan nenek,” jawab Danny. Mulutnya masih tidak berhenti mengunyah muffin dengan mulut comelnya. Anis mengerutkan kening. Nenek?

“Mama ikut sekali,” Aiman Daniel tiba-tiba bersuara. Dia tahu Anis meminta penjelasannya. Dia tiba-tiba teringat kejadian tadi. Sebaik sahaja dia membawa Danny pulang ke rumahnya, mamanya segera mencium pipi Danny bertalu-talu sehingga lemas anaknya itu dibuatnya. Selepas itu segera mamanya menarik dia dan Danny ke pusat membeli-belah. Hampir semua barang diborongnya. Sebab itulah banyak sangat hadiah untuk Danny.

“Oh,” Anis menundukkan wajah. Dia keliru. Kenapa Aiman Daniel dan ibunya berubah. Dulu, mereke semua begitu membencinya. Malah, mereka melayan Danny dengan baik. Masakan boleh! Sedangkan Anis yakin Aiman Daniel pasti sudah mengabarkan kepada keluarganya yang Danny adalah anak tidak sah taraf. Bagaimana mereka boleh melayan Danny dengan baik. Jangan-jangan… Puan Sri Maria tahu Danny adalah anak Aiman Daniel! Dulu dia sempat mengabarkan berita kehamilannya kepada Puan Sri Maria. Tapi Puan Sri Maria tidak percaya. Malah, dia dihalau dari rumah. ‘Ah, dia pasti tidak tahu!’ Anis menyedapkan hatinya.

Tiba-tiba Aiman Daniel berdiri dan melangkah ke dinding. Anis hanya membiarkan. Dia sibuk melayan Danny yang sudah comot mulutnya. Aiman Daniel pula sibuk memerhatikan gambar Danny ketika bayi. Betapa comelnya anaknya itu. Tiba-tiba dia merasa rugi. Dia mahu melihat kelahiran Danny. Dia mahu melihat langkah pertama Danny. Dia mahu mendengar Danny memanggilnya papa dengan mulut comelnya. Dia mahu melihat Danny membesar di depan matanya. Betapa ruginya dia!

“Boleh saya tengok gambar Danny yang lain?” Anis terkejut apabila Aiman Daniel berkata sebegitu. Untuk apa? Dia menggelengkan kepalanya.

“Maaf. Hanya itu satu-satunya gambar yang ada,” jawab Anis perlahan. Aiman Daniel terkejut. Masakan ini sahaja. Dia mahu melihat gambar Danny ketika bayi, ketika mula merangkak, mula berjalan. Adakah Anis sengaja berkata begitu kerana tidak mahu dia melihat gambar Danny? Adakah Anis begitu membencinya?

“Kenapa?” tanyanya pantas. Anis menundukkan wajah.

“Saya orang susah, encik. Waktu mengandungkan Danny dulu, saya langsung tak boleh kerja. Alahan teruk sangat. Saya hanya boleh kerja dari rumah je. Mak Timah yang kerja luar. Manalah banyak sangat duit yang dapat. Susu, lampin, semuanya mahal. Lagipun dulu Danny sering sakit-sakit. Manalah kami mampu gambar-gambar ni semua. Gambar tu pun atas ihsan jiran kami dulu je,” entah mengapa Anis perlu meluahkan semua itu. Yang pasti dia mahu Aiman Daniel tahu betapa menderitanya dia. Tapi dia juga tahu Aiman Daniel pasti tidak merasa apa-apa. Kenapa? Kerana dia tidak tahu Danny itu anaknya!

Aiman Daniel yang mendengar bagaikan dirempuh lori. Rasa bersalah bertimpa-timpa apabila mendengar luahan Anis. Dia mengutuk sikap rakusnya dulu. Sikap yang membawa kepada penderitaan Anis dan Danny. Jadi apa yang perlu dia lakukan sekarang? Dia mahu bertanggungjawab dan menjadi ayah kepada Danny tapi bayangan Fariq sering menggangunya. Fariq juga mampu menjaga Anis dan Danny dengan baik. Malah dia merasakan Fariq pasti lebih baik daripadanya tapi….Arggh! Dia betul-betul bingung!
********************************
p/s: maaf la kalau n3 ni x best sangat. alya cepat2 tulis gantikan yg dah hilang dlu. maaf lambat ya...

21 ulasan:

  1. haha. dah ada n3 anis ngan aiman. yes! aiman dah jd baik! biarlah anis ngan aiman ya....

    BalasPadam
  2. alya sambung la cepat erk..aiman mcm dah insaf..biasa la lelaki kan...hehehe

    BalasPadam
  3. x pe aslkan akak post n3 hhehe lmbat pon x pe tp biarla n3 panjang heheheh bleh x akak????

    BalasPadam
  4. besh la ctr ni..
    smbung lg ye..
    terima ksih=)

    BalasPadam
  5. huhu..aiman daniel btol2 da ade sifat kebapaan..
    huhu...
    xm0 la fariq ngn anis..
    nk aiman daniel...mesty sweet bangat kalo dorang 1 fmly..isk2..
    vote 4 aiman daniel..hehe..
    nk lgi2...

    BalasPadam
  6. best2... x sabor nok bc cite selanutnye

    BalasPadam
  7. wawa..sedihla plak hidup anis dulu..
    best n3 kali ni...ade aiman, anis n danny..danny comel..!

    -cheesecake-

    BalasPadam
  8. yes..
    aiman da jadi baik..
    anis pun cam da leh baik2 sikit ngan aiman..
    perubahan yg bagus..
    hehehe..
    cepat2 sambung..

    BalasPadam
  9. best nye ade n3..
    aiman nak berbaik ngan anis yea..
    tp org nak ngan fariq la..
    hihihi

    BalasPadam
  10. nnti ending dia anis dgn aiman eh
    sweet je dorg tuh...

    BalasPadam
  11. ngeeeeee
    danny g shopping dgn papa n nenek die
    comey2.
    ahakzzz.suke2
    -na'dz

    BalasPadam
  12. best la n3 ni...
    aiman daniel dh mula rse bersalah

    BalasPadam
  13. best2..
    sambung la cepat ckit ek..

    BalasPadam
  14. aku pon sukeeeeeee
    kawenkn aje diaorg nih

    BalasPadam
  15. verry berry sweettt...
    daniel ngan papa dia shoppg ae..
    kasi laa diorg 1 family together... :D

    BalasPadam
  16. baeknye aiman daniel ...

    die dah stat syg tuh kt danny ....

    tp ,sian lak kt fariq ...

    mse anis ssh fariq yg bn2 die...

    aaahh~! complicatdnye...[cm ak lak yg wt novel nih ]

    ~ sori alya ~huhu..

    BalasPadam
  17. best...
    bg la daniel kawen dgn anis...
    nnt bley la daniel isi blik masa tluang dgn danny...
    samb2...

    BalasPadam
  18. hehehe....bgos2...
    cter yg mtang..hehe
    smbung ler cpat...x sabo daa nih nk bce n3 strusnye...hehe

    BalasPadam
  19. ish, aiman daniel ni mmg muka tembok
    anis dh tak hingin, lagi die mau terhegeh2 kejar si anis.
    fariq much more better than daniel
    lebih responsible dan prihatin ngn anis

    BalasPadam