Rabu, 7 Januari 2009

Kasih Tercipta 15

Air mata yang mengalir dari tadi langsung tidak diseka Anis. Dia betul-betul risaukan keadaan Mak Timah. Sejak medapat berita daripada telefon tadi, dia segera bergeges ke hospital. Tidak disangka, Mak Timah terlibat di dalam kemalangan.

Menurut saksi, sebuah kereta yang memandu laju merempuah sebuah kereta yang lain. Kereta yang dirempuh itu hilang kawalan dah terbabas ke tepi jalan, melanggar Mak Timah yang sedang berjalan di tepi jalan itu. Pemandu kereta yeng melanggar Mak Timah juga dikatakan cedera kerana selepas melanggar Mak Timah, kereta itu melanggar penghadang jalan pula. Kereta yang menyebabkan kemalangan ini berlaku pula lari tanpa menolong Mak Timah dan lelaki yang cedera disebabkannnya.

“Sabarlah, Anis. Mak Timah tak akan apa-apa. Percayalah!” Maira memujuk Anis. Dia risau melihat Anis yang tidak berhenti-henti menangis. Tiba-tiba seorang doktor keluar dari bilik kecemasan. Anis dan Maira segera meluru ke arah doktor itu.

“Macam mana keadaan mak cik saya, doktor?” Anis bertanya sambil menahan air matanya dari terus gugur. Wajah doktor itu kelihatan hambar.

“Maaf, kami sudah berusaha sedaya upaya tapi kecederaan mak cik awak terlalu serius. Lebih memburukkan lagi keadaan, dia lambat dihantar ke hospital. Maaf,” kata doktor itu perlahan sebelum beredar. Anis terejelopok ke lantai. Dia menekup mulutnya dengan tangan. Air mata semakin lebat mengalir.

“Maira, Mak Timah dah tinggalkan saya. Macam mana sekarang?” Anis menangis tersedu-sedu. Menitis air mata Maira melihat keadaan Anis sebegitu. Segera dia memeluk Anis, berharap dapat menenangkannya. Anis pula terus-terusan menangis.

**************************
“Anis,” satu suara asing memasuki gegendang telingnya. Anis cuba untuk membuka mata. Terasa berat kepalanya.


“Maira, kenapa ni?” tanya Anis apabila melihat Maira yang sedang muram wajahnya di sisinya. Anis memandang sekeliling.

“Di mana ni?” tanya Anis sambil mengerutkan kening. Maira mengusap perlahan rambutnya.

“Awak pengsan tadi, lepas dengar yang Mak Timah dah meninggal,” terang Maira. Serta-merta wajah Anis berubah pucat. Barulah dia teringat. Mak Timah sudah tiada. Mak Timah yang dia anggap seperti ibu sendiri sudah meninggalkan dia. Perlahan-lahan, air mata Anis mula menitis.


“Sabar, Anis,” Maira menepuk-nepuk perlahan bahunya. Tiba-tiba mata Anis memangkap sesuatu. Matanya dibulatkan.

“Puan Sri Maria. Tan Sri Amir,” Anis memandang dua orang manusia di hujung katilnya dengan renungan tidak percaya. Kenapa mereka di sini?

“Kami cuma ingin ucapkan takziah atas kehilangan kamu,” ujar Tan Sri Amir. Anis semakin bingung.

“Kenapa? Macam mana tan sri dan puan sri tahu?” tanya Anis. Maira pula kelihatan lebih hairan melihat Anis mengenali pasangan itu.

“Yang langgar Mak Timah, Daniel!” kata Tan Sri Amir. Anis tersentak. Entah mengapa kemarahannya membuak walaupun dia tahu, bukan salah Aiman Daniel. Dia juga dilanggar, oleh sebab itulah dia gagal mengawal kereta dan melanggar Mak Timah.

“Kenapa? Tak cukup lagi ke apa yang dia dah buat?!” Anis berkata perlahan tetapi masih dapat ditangkap oleh deria pendengaran Maira.

“Encik Daniel di dalam hospital ini juga. Dia cedera ringan,” ujar Maira. Elina mengalihkan pandangan. Dia langsung tidak mahu menengar nama lelaki itu lagi. Dia sudah menghancurkan hidupnya dulu, dan mencacinya seolah-olah dia perempuan murahan dan sekarang, lelaki itu menyebabkan dia kehilangan orang yang disayanginya. Lelaki itu, betul-betul-betul jahat!

“Mama!” Danny meluru ke arah Anis yang sedang berbaring di atas katil dari balik pintu. Anis mendepangkan tangannya dan sekelip mata, Daniel berada di dalam pelukannya.

“Macam mana Danny boleh datang sini?” tanya Anis sambil mengusap perlahan rambut Daniel. Anak kecil itu tersenyum kecil. Anis pula tidak selesa kerana puan sri dan tan sri masih ada di sisi katilnya. Mata mereka membulat memandang Daniel.

“Uncle Fariq yang hantar Danny. Mama, kenapa muka mama pucat?” tanya Daniel sambil mengusap pipi Anis. Anis tersenyum tawar.

“Mama tak sihat sikit. Mana Auncle Fariq?” tanya Anis. Daniel duduk di atas katil sambil tersenyum.

“Uncle cakap mungkin lambat skit. Tu, Uncle dah sampai,” kata Daniel lincah sambil terjun dari katil dan meluru ke arah Fariq. Fariq menyambut dan mengendong anak kecil itu. Anis melontarkan senyuman ke arah lelaki itu.

“Fariq, kenapa kamu ada di sini?” Puan Sri Maria dan Tan Sri Amir kelihatan terkejut melihat kemunculan Fariq. Baru Anis teringat. Aiman Daniel pernah berkata yang Fariq adalah rakan karibnya. Ini bermakna, puan sri dan tan sri pasti mengenali jejaka berdarah cina itu.

“Auntie, uncle. Kenapa ada di sini?” tanya Fariq kembali. Anis dapat meraskan, Fariq tidak tahu apa-apa tentang kemalangan yang menimpa Aiman Daniel.


“Daniel kemalangan. Dia cedera kecil,” jawab Tan Sri Amir. Fariq terpana.

“Apa? Macam mana boleh kemalangan?” tanya Fariq cemas. Anis memandang wajah cemas Fariq. Nampaknya, Fariq sangat mengambil berat tentang Aiman Daniel. Seperti mana Aiman Daniel mengambil berat tentang Fariq.

“Ada orang langgar kereta Daniel. Jadi, Daniel hilang kawalan dan langgar Mak Timah,” jawab Puan Sri Maria. Dari tadi matanya tidak lepas-lepas memerhatikan Daniel. Anis menjadi resah. Adakah dia dapat mengesyaki sesuatu? Ah, pasti tidak! Puan sri tidak percaya pun apa yang dikatakannya dulu. Malah dia dihina dengan teruk. Fariq pula kelihatan terkejut mendengar kata-kata itu.

“Daniel yang langgar? Hm, nanti sekejap. Auntie kenal Mak Timah?” Fariq mengangkat sebelah keningnya.

“Anis dan Mak Timah bekas pembantu rumah kami dulu,” ujar Puan Sri Maria. Anis pucat. Dia memandang Fariq dan Maira yang sedang membulat matanya memandangnya. Pasti mereka sudah tahu sekarang. Mereka berdua hanya tahu yang ayah Daniel adalah anak majikannya. Setelah apa yang telah dikatakan puan sri tadi, Anis yakin yang mereka berdua sudah dapat mengangak sekarang.

“Anis,” Fariq mengetap bibir. Tangannya terasa menggigil. Anis perasan itu. Dia memandang Fariq meminta simpati. Janganlah dibangkitkan topik itu sekarang. Bukan di hadapan ibu bapa Aiman Daniel!

“Oh, begitu rupanya. Auntie, uncle, saya nak jenguk Daniel. Jom pergi sama-sama,” Fariq mengalihkan pandangan dari terus menentang mata Anis. Dia berpaling dan keluar dari bilik itu. Puan sri dan tan sri turut keluar. Tapi sebelum itu, Anis dapat menangkap pandangan puan sri pada Daniel. Anis menarik Daniel ke dalam dakapannya.

“Encik Daniel, kan? Anis, dia kan?” Maira menggenggam erat tangan kanan Anis. Tangan Maira kelihatan menggigil. Anis mengawal air matanya. Dia menundukkan wajah.

“Anis! Pandang saya. Encik Daniel, dia kan punca sengsara awak selama ini, kan?” tanya Maira lagi lebih kuat. Daniel kelihatan kecut melihat wajah Maira yang mulai memerah. Dia memeluk Anis lebih erat. Anis diam. Air mata mulai menitis. Perlahan-lahan Anis mengangguk.

“Lelaki itu, dia memang…!” Maira ingin meluru keluar tapi dihalang Anis. Dia menarik pantas tangan Maira.

“Jangan. Saya akan berhenti. Kami tak akan ada apa-apa hubungan lagi selepas ini. Saya tak mahu semua ini berlarutan. Biarlah ni semua berakhir setakat ini sahaja,” rayu Anis. Maira menghentikan langkahnya.

“Tapi, dia patut terima balasannya!” Maira menumbuk dinding marah. Anis menarik Maira ke arah katil. Daniel hanya memandang pelik kelakuan ibu dan auntienya.

“Tak ada gunanya. Perkara itu sudah berlalu. Saya cuma hidup aman dengan Danny. Boleh awak tolong saya?” tanya Anis. Maira mengeluh perlahan sebelum mengangguk.

“Tolong rahsiakan semua ini terutamanya dari Encik Daniel. Saya tak mahu dia fikir saya nak gunakan Danny untuk mengikis hartanya,” pinta Anis dengan mata bergenang. Maira mengeluh sekali lagi.

“Saya tak tahu. Macam mana dengan Danny? Dia patut tahu!” Maira mengingatkan. Wajah Anis serta-merta berubah.

“Dia tak perlu tahu lelaki jahat itu…..ah!” Anis memandang marah ke arah dinding. Maira menepuk perlahan bahu Anis.

“Saya akan rahsiakan. Sekarang ini lebih baik awak tidur dulu. Nanti awak pengsan pulak. Doktor kata, esok awak boleh keluar hospital,” Maira memimpin Anis ke arah katil. Dia membaringkan Anis di katil itu. Dia kemudian mengambil Daniel dan didudukkan di atas pahanya. Dia memandang Anis yang mula menutup mata. Apabila sudah pasti Anis sudah tidur, Maira merenung tepat wajah Daniel.

“Muka kamu dengan ‘dia’ memang seiras,” selepas itu Maira mengeluh perlahan.

9 ulasan:

  1. erkk..
    jap2,,confused sket,,spe yg ader kat hspital tuh sbnrnye??
    maira ke azza??
    huhu..
    anyway,,best bangat...
    excited gile..
    smbung2..
    isk2...

    BalasPadam
  2. owh.
    suke2.
    agagag.
    asl fariq blah?
    ah.geramnye.
    -na`dz

    BalasPadam
  3. smbg arr lg..
    hehe..
    best nie..
    tp nme tuh mmg kdg2 tertukar ek..

    BalasPadam
  4. haha..
    tesalah la tu kot
    babypink alert k
    niway cpt smbg ye
    nk tgk ap jd kt daniel yg sombong x hengat tuh
    gud job gurl ^_^

    -che na-

    BalasPadam
  5. hehehe...
    mmr r besh cter niex>>>
    h0h0h0...
    smbung2...

    BalasPadam
  6. best3..
    nak lg.. =)

    BalasPadam
  7. nk g..
    nk g..
    nk tau gk pe yg terjadi kt daniel2..
    huhu..
    besh2..

    BalasPadam
  8. sy ske citer nie..
    cpat la sbung citer nie..
    x sbar la nak thu kesudahan citer bie
    plez...

    BalasPadam