Rabu, 31 Disember 2008

Kasih Tercipta 14


“Encik Daniel, petang nanti encik ada temu janji dengan Encik Rizwan,” ujar Anis tanpa mengangkat wajahnya. Dia sebenarnya tidak selesa kerana wajah lelaki itu kelihatan begitu tegang.

“Saya keluar dulu,” pinta Anis lembut. Dia mula melangkah untuk keluar.

“Tunggu” keras suara Aiman Daniel. Langkah Anis segera terhenti. Dia berpaling semula tetapi wajanya langsung tidak diangkat. Takut..

“Ada apa, encik?” tanya Anis perlahan. Keadaan senyap sunyi seketika.
“Apa hubungan kau dengan Fariq?” tanya Aiman Daniel kasar. Matanya tajam memandang Anis. Anis pula segera mengangkat wajahnya. Pelik dengan soalan lelaki itu.

“Kenapa encik tanya macam tu?” tanya Anis pula. Wajah lelaki itu semakin menengang. Anis dapat merasakan ada kebencian yang amat sangat di mata hazel lelaki itu untuknya. Tapi mengapa?

“Aku tak nak dia dipermainkan oleh perempuan murah macam kau. Berapa ramai orang yang kau nak jadikan mangsa?!” ujar Aiman Daniel perlahan tapi masih keras. Anis menutup mulutnya yang terlopong. Rasa marah mula menyala di hatinya.

“Encik tak berhak kata saya macam tu. Encik tak tahu apa-apa!” suara Anis mula berubah keras juga. Aiman Daniel ketawa sinis.

“Yelah tu. Cara kau cakap, macam kau ni perempuan baik-baik tapi aku dah tahu siapa kau sebenarnya. Kau ni macam pelacur. Perangkap lelaki kaya agar diorang tidur dengan kau, agar kau boleh dapat duit, kan? Bila kau tak boleh perdayakan aku, kau curi pula barang-barang dalam rumah aku. Perempuan jenis apa kau ni?!” suara Aiman Daniel mula menengking. Anis perasan staf-staf diluar sudah mula memasang mata melihat pertengkaran mereka tapi Anis tak peduli. Dia mengetap bibir. Lelaki ini memang melampau.

“Saya tidak begitu! Encik memang melampau. Setelah apa yang encik buat pada saya, encik boleh salahkan saya?!” Anis menggenggam penumbuk. Mahu saja dia menumbuk lelaki ini. Biar lebam wajah kacaknya itu! Aiman Daniel mula berdiri dan menghampiri Anis dengan wajah merah padam.

“Memang kau yang salah sebab itu semua rancangan kau! Ingat ni, jangan kacau kawan aku. Kalau tidak, siap kau!” Aiman Daniel memberi amaran dengan wajah yang bengis. Anis tersenyum sinis.

“Suka hati sayalah! Encik tak boleh halang saya!” tengkng Anis kembali. Aiman Daniel merapatinya lagi. Anis terpaksa mendongak memandang tajam Aiman Daniel yang lebih tinggi daripadanya.

“Kau ingat aku tak tahu, kau dah ada anak, kan?” suara Aiman Daniel mengendur tetapi nadanya kedengaran sinis. Anis tersentak. Macam mana dia tahu?

“Kau rasa, apa reaksi Fariq kalau dia tahu kau jalinkan hubungan dengan ramai lelaki sehingga melahirkan anak luar nikah?!” suara Aiman Daniel keras. Anis terpaku. Tanggannya menggigil.

“Encik tak layak cakap begitu!” Anis mengetap bibir. Aiman Daniel tersenyum sinis.

“Kenapa? Memang itu hakikatnya. Entah budak itu anak siapa. Betullah, dia anak luar nikah kau!” serentak itu tangan Anis menampar kuat pipi Aiman Daniel. Lelaki itu kelihatan terkejut dengan tamparan itu. Bukan lelaki itu sahaja, malah semua mata yang menyaksikan pertengkaran itu terpaku. Anis menggenggam kuat tangannya.
“Encik memang sudah melampau! Saya tak nak tengok muka encik lagi. Saya benci! Saya akan lupakan saya pernah jumpa dengan lelaki seteruk encik ni. Jika kita bertemu di jalanan pun, saya pun tak akan pernah mengenali encik. Jadi, encik lupakan jelah yang encik pernah jumpa perempuan murahan ni mulai hari ini!” kata Anis lantang lalu segera keluar dari pejabat Aiman Daniel dengan wajah yang merah padam. Kesemua orang di situ dengan memerhatikannya. Tiba-tiba langkah Anis terhenti. Puan Sri Maria!

“Anis,” perempuan itu memanggil namanya. Anis memalingkan mukanya dan berlalu pergi. Tentu jika dia masih kekal di situ, puan sri akan turut menyemburnya dengan kata-kata kesat seperti beberapa tahun dahulu. Lebih baik dia segera beredar.

*******************************

“Anis, sudahlah menangis. Dari tadi awak asyik menangis,” Maira menepuk-nepuk perlahan bahu Anis. Air mata Anis masih mengalir.


“Dia memang jahat. Saya tak nak kerja di situ lagi!” kata Anis dalam sendunya. Maira terkejut.

“Apa yang sudah terjadi sebenarnya? Saya tak pernah tengok Encik Daniel marah sebegitu. Apa yang berlaku antara awak berdua?” tanya Maira. Anis hanya menggelengkan kepala.

“Anis, jangan rahsiakan apa-apa daripada saya. Beritahu saya, sekarang!” keras suara Maira. Anis sekali lagi menggelengkan kepalanya.

“Semua ini sudah berakhir. Saya tak nak ingat lagi. Tolong jangan paksa saya,” pinta Anis dengan lingangan air mata. Hati Maira pilu melihat air mata itu, dia segera memeluk Anis. Tiba-tiba alunan muzik kedengaran. Anis menyapu air matanya sebelum mengambil telefon bimbitnya di dalam beg.

“Ya, saya. Ada apa ?” Anis berbicara. Tiba-tiba Anis terpaku mendengar kata-kata dari hujung talia itu. Matanya kembali berkaca.

“Ya Allah…!”

10 ulasan:

  1. wa!!!
    saper yg kol???
    curiousnyer nk tau!!!
    smbung ag!!!

    BalasPadam
  2. ape yg dh trjadi???
    alamakk...mesti xlena tdo mlm nih fkirkan sapa yg call anis n apa yg tlah trjadi...huhu
    kak..arap cepat2 laa smbung...
    x sbar nihh...hehe
    truskn usaha..
    very nice story..

    BalasPadam
  3. uiksss....sapa yg call????
    musykil gilos nie.....
    cpt2 la sambungnyer....

    BalasPadam
  4. weeyhh...
    sape yg kol nieh..
    adooyy..
    cpat2 smbung...

    BalasPadam
  5. ler..apsal tergantung?? suspend giler

    BalasPadam
  6. ehmmm..apasal tergantung...bila nk ada sambungannya nie?

    BalasPadam
  7. erhhh...
    suspen nyer...
    bler nk smbg lg ni??
    x puas la bcer, cter ni pndek2...

    BalasPadam
  8. ceriter nie mmg best..
    cpt la sbung..
    tak sabar lah nak thu..
    cepat tau..

    BalasPadam
  9. mane dpt gmbr2 yg slalu ade kat cni..?gmbr pelakon2 korea tu..ade cte ke yg dorng blkon..??cte ape eh..hehe...cm menarik jek plk...suke lee jun ki...hehe...plz reply eh..

    BalasPadam