“Jom, Anis,” Fariq mula beredar. Anis tiada pilihan dan menurut dalam paksaan.
************************************
Fariq memandang Anis yang kelihatan gelisah di hadapannya. Tidak berkelip dia memandang gadis itu yang manis dengan blouse biru dan seluar slack hitam itu. Bertambah manis apabila Anis melepaskan rambut lurus panjangnya melepasi bahu. Wajahnya cantik tanpa diliputi mekap yang tebal. Hanya bedak yang nipis. Bibirnya juga merah semula jadi.
“Awak nak makan apa?” tanya Fariq. Anis kelihatan berfikir seketika.
"Awak yang pilihla. Saya makan aja,” jawab Anis sambil menyelit rambutnya di cuping telinga. Semakin manis Fariq melihatnya.
“Baikhlah kalau begitu,,” kata Fariq lalu memberitahu pelayan itu pesanannya.
“Anis, hari ini saya pergi rumah awak boleh? Saya janji dengan Danny nak main bola dengan dia,” Fariq memulakan bicara. Anis tersentak. Dia kemudiannya tersenyum.
“La, patutlah dia asyik suruh saya ajak awak datang rumah hari ini. Rupanya nak main bola,” Anis ketawa kecil apabila mengingati rengekan Daniel semalam. Bila dikata Uncle Fariqnya sibuk, muncung Daniel keluar sedepa. Fariq hanya tersenyum.
“Danny tu budak yang aktif. Dia tak penat pun main bola,” kata Fariq. Anis mengangguk.
“Mujur ada awak tolong temankan dia. Saya tak reti,” kata Anis. Serentak itu, pesanan mereka tiba.
“Saya gembira dengannya,” kata Fariq perlahan. Dia memandang Anis yang sudah mulai makan.
Wanita manis di hadapannnya ini, kelihatan sedang menyimpan seribu rahsia. Sewaktu kali pertama dia berjumpa dengan Anis, dia tahu dia sudah jatuh cinta. Bila mengetahui yang wanita pujaanya sudah mempunyai anak, kasihnya langsung tidak luntur. Malah, dia turut menyayangi Daniel. Dia mahu berkahwin dengan Anis dan menjadi ayah kepada Daniel. Namun dia ragu, adakah Anis juga berperasaaan kepadanya? Adakah Anis menyintai papa Daniel? Dia tidak tahu sebab Anis betul-betul jarang bercakap tentang lelaki itu. Yang dia tahu, Anis mangsa rogol. Selebihnya, dia tidak tahu. Misteri sungguh.
***********************************
“Sayang, mama di sini,” Anis sedikit menjerit apabila melihat anaknya di taska. Daniel ketawa kecil lalu berlari menghampirinya.
“Mama,” Daniel mencium pipi ibunya. Anis tersenyum. Tiba-tiba Fariq datang menghampiri.
"Hai, uncle,” ucap Daniel sambil ketawa.
“Hai, Danny. Nak main bola, tak?” tanya Fariq. Daniel mengangguk pantas.
“Kan uncle dah janji. Mama ikut sekali, ya,” pinta Daniel dengan wajah mengharap. Anis mengangguk. Dia paling lemah dengan wajah itu.
“Uncle, nak dukung,” pinta Daniel. Fariq ketawa kecil lalu mendukung Daniel.
“Daniel kan dah besar. Nak dukung lagi?” usik Anis. Daniel tidak memperdulikan ibunya lalu membaringkan kepalanya ke bahu lelaki itu. Fariq menepuk-nepuk belakang Daniel sambil berjalan ke keretanya. Tersentuh Anis melihat betapa manjanya Daniel dengan Fariq. Kata-kata Mak Timah tentang betapa perlunya papa kepada Daniel terngiang-ngiang kembali di telinganya.
iskz!!!
BalasPadamx kn la daniel tuhs x sdr k0wt>>>
mmg la tr0ok...
nk ag!!!
keep it up!
besh>>>