Ahad, 28 Disember 2008

Kasih Tercipta 12

“Siapkan esok!” keras suara Aiman daniel pada wanita di hadapannya itu. Selepas itu dia mengekori langkah wanita itu keluar dari biliknya dan duduk di meja dengan ekor matanya. Tiba-tiba alunana muzik kedengaran di telinganya. Segera Aiman Daniel mencapai telefon bimbitnya.
“Sayang, you tengah buat apa tu?” kedengaran suara manja di hujung talian. Aiman Daniel tersenyum.

“I tengah kerjalah. Kenapa you call I?” tanya Aiman Daniel.

“Tak boleh ke I call you? Tak adalah. I cuma nak cakap, I dah sampai Malaysia ni,” suara manja itu kedengaran lagi. Senyuman Aiman Daniel semakin lebar.

“Ye ke? Kita jumpa petang ini, okey?” tanya Aiman Daniel sambil menilik jamnya. Wanita di talian itu ketawa kecil. Aiman Daniel mengerutkan keningnya.
“Tak perlu. I dah nak sampai pejabat you ni. Kita jumpa di sana ya. Daa,” wanita itu cepat-cepat memutuskan talian. Aiman Daniel terkejut mendengarnya. Tidak lama kemudian, seorang wanita jelita memasuki pejabatnya. Wanita itu terus menerpa ke arah Aiman Daniel dan memeluknya.

“Kenapa you ke sini, Stephanie?” tanya Aiman Daniel. Gadis jelita itu tersenyum manis.

“Sebab I rindukan you. Walaupun I pergi seminggu je, tapi rindu tau. Ti amo(saya cintakan awak!)” kata Stephanie manja. Perkataan cinta itu sengaja dia tuturkan dalam bahasa Itali kerana dia tahu, Aiman Daniel faham apa yang dikatakannya.

“Ye ke?” duga Aiman Daniel. Stephanie menampar perlahan bahu Aiman Daniel.

“Yalah. You tak rindu I ke? Atau you keluar dengan perempuan lain? You bukannya boleh percaya sangat,” sindir Stephanie. Aiman Daniel hanya tersenyum.

********************************
Anis yang memerhatikan kemesraan pasangan itu meluat sendiri. Selama dua bulan dia bekerja dengan jejak itu, sudah beberapa kali perempuan itu datang ke bilik bosnya itu.


“Cantik,” terkeluar perkataan itu dari mulut Anis. Tidak dinafikan, wanita itu begitu cantik dengan darah kacukan Cina dan Itali. Pakaian yang dipakai juga mendedahkan kecantikannya. Kalau tidak cantik, macam mana wanita itu boleh manjadi model dan pelakon? Anis memandang lagi. Kelihatan wanita itu sedang mengusap pipi Aiman Daniel. Jejaka itu hanya membiarkan sahaja.

‘Dasar kaki perempuan!’ kutuk Anis di dalam hati. Lantas dia menarik kembali kata-katanya. Aiman Daniel bukan kaki perempuan lagi. Dia kini sudah mula belajar untuk setia. Cuma batas antara wanita dan lelaki langsung tidak dihiraukan. Selamba sahaja bersentuhan. Kata kawan sepejabatnya, mereka berdua sudah menjalinkan hubungan hampir setahun.

Ada desas-desus juga mengatakan, mereka akan berkahwin akhir tahun ini. Anis hanya selamba mendengarnya. Dia tiada hubungan dengan Aiman Daniel, jadi dia tidak perlu merasa apa-apa. Tentang Daniel, lebih baik menjadi rahsia. Daniel tak perlu dia ada ayah seteruk itu. Biarlah Daniel membayangkan ayahnya adalah seorang yang baik dan amat menyayanginya.

“Cantik kan, Cik Stephanie tu. Sesuai dengan En. Daniel,” kata Hani perlahan sambil menjeling ke dalam dinding kaca Aiman Daniel. Anis mengangguk.

“Dia tu model dan pelakon. Mestilah cantik,” kata Anis. Dia menilik jam tanganya. Sudah sampai masa untuk pulang. Kerja yang disuruh Aiman Daniel tadi mujurlah perlu dihantar esok. Hari ini dia mahu membawa Daniel ke mall untuk membeli baju baru. Komputer di mejanya ditutup. Anis mencapai beg tangannya.

“Dah nak balik?” Maira menghampiri.

“Ya. Dah janji dengan Danny nak beli baju baru,” kata Anis dengan senyuman. Maira sudah tahu tentang kewujudan Daniel. Anis juga sudah menceritakan segala-galanya pada Maira. Sangkanya, mungkin Maira akan menjauhinya setelah mengetahui perkara sebenar tetapi tidak. Maira tetap mahu menjadi rakan karibnya. Malah, Maira juga rapat dengan Danny. Cuma satu perkara yang tidak diceritakan Anis pada Maira iaitu ayah kandung Daniel adalah Aiman Daniel. Boleh huru-hara jadinya kalau Maira tahu.

“Ala, sayang betul dia pada Danny. Bertuah betul budak itu,” Maira mengusik. Anis ketawa.
“Mestilah, anak saya. Siapa tak sayang anak Cik Maira oi?” balas Anis kembali. Maira ketawa kecil.


“Hm, saya kena pergi sekarang. Takut bas sesak pulak nanti,” Anis mencapai beg tangannya. Tiba-tiba Fariq menghalang laluannya.

“Kenapa tergesa-gesa ni?” tanya Fariq. Anis tersenyum.

“Nak balik,” jawab Anis ringkas. Fariq mengangguk. Dia mengikuti langah Anis. Serta-merta Anis berhenti.

“Kenapa ikut saya?” tanya Anis. Fariq mengangkat sebelah keningnya.

“Nak hantar awak balik,” jawab Fariq selamba. Anis menggeleng.


“Tak payahla. Menyusahkan awak saja. Saya boleh balik dengan bas,” tolak Anis. Azza menyikunya.

“Ala, pergi jelah. Dah ada orang nak tumpangkan. Baguslah tu,” kata Maira sambil tersengeh. Anis membulatkan matanya.

“Yalah. Lagipun Danny dah ajak saya pergi mall sekali malam ini,” kata Fariq. Anis terlopong. ‘Patutlah gembira semacam je Danny tadi. Rupanya dah janji dengan uncle kesayangannya’ monolok dalaman Anis.

“Apa tunggu lagi, pergilah,” Maira menolak perlahan tubuh Anis. Dia kemudian mengenyit sebelah matanya pada Fariq.

“Saya sokong awak,” Maira berbisik perlahan pada Fariq. Fariq hanya tersengeh lalu mengikuti langkah Anis.

2 ulasan:

  1. kui3...
    danny tuhs msT bdak bijk kn>>>
    hu~
    besh r...
    bler la daniel tau yg dye dh ade ank>>>
    hak3..
    x sbr gler nk bc!!!
    h0h0h0h

    BalasPadam
  2. nnt mesti danial nmpak danny.
    agagaga.
    suke2
    xsbr.
    -na`dz

    BalasPadam