Selasa, 30 Disember 2008

Kasih Tercipta 13


Baju yang senget dibetulkan Anis agar lebih kemas. Dia menilik penampilannya sekali lagi di cermin. Dia berpuas hati dengan blouse labuh lengan tiga suku dengan reben di bawah dada dan bewarna merah jambu bersama dengan seluar slack hitam. Rambut panjang lurusnya bibiar bebas dan hanya sedikit rambut di tengah dikepit kebelakang. Anis kemudian keluar dari bilik.

“Sayang, dah siap?” tanya Anis apabila melihat Daniel sudah duduk di sofa.

“Mari mama betulkan tshirt Danny,” Anis membetulkan baju Daniel yang sedikit senget. Dia kemudian meletakkan Daniel di atas ribanya.

“Danny yang ajak Uncle Rafiq ya?” tanya Anis. Daniel mengangguk.
“Kenapa?” tanya Anis lagi.

“Bosan kalau Danny dengan mama je. Mama marah?” tanya Danny sambil membuat muka kesian. Anis mengeluh. Dia betul-betul lemah dengan raut wajah itu. Dari mana dia belajar kelemahan mamanya yang satu itu?

“Mama tak marah tapi lain kali Danny tanya mama dulu ya,” Anis mengingatkan sambil mencuit hidung mancung anaknya itu. Danny ketawa kecil.

Tiba-tiba satu ketukan kedengaran. Anis bangun dan membuka pintu. Tercegat Fariq di hadapan pintu denganm senyuman. Anis menjemput Fariq masuk dahulu sebelum menghilang ke dalam bilik Mak Timah.

“Mak Timah, Anis pergi dulu ya,” kata Anis pada Mak Timah lalu menyalami wanita itu. Dia kemudian keluar dari rumah itu bersama Daniel dalam dungkungan Fariq.
********************************

“Danny, ke sini,” panggil Anis. Daniel datang berlari menghampirinya. Anis menunduk dan mendekatkan sehelai tshirt hitam lengan pendek di badan Daniel.

“Fariq, okey tak?” tanya Anis sambil memandang Fariq di belakang. Fariq memandang Daniel sambil terdiam seketika.

“Lebih baik ambil yang lengan panjang. Saya jarang tengok Danny pakai lengan panjang. Kalau waktu malam, lebih sesuai yang lengan panjang,” cadang Fariq. Anis mengangguk. Menyutujui cadangan lelaki itu.

“Yang ini cantik juga,” Fariq menghulurkan sehelai tshirt bewarna biru gelap lengan panjang kepada Anis. Segera Anis menyambutnya dan mendekatkan baju itu di tubuh Daniel.
“Baju ni okey cuma besar sikit,” kata Anis. Fariq menghulurkan tangannya.

“Biar saya yang beritahu pekerja ni. Awak tak nak beli apa-apa lagi?” tanya Fariq sambil mengambil baju dan seluar yang telah dipilih Anis untuk Daniel. Anis hanya menggeleng. Selepas itu, Farig menghilang.

“Danny suka dengan baju dan seluar yang mama pilih?” tanya Anis. Daniel mengangguk.

“Suka. Mama, Danny nak ais krim,” pinta Daniel. Anis tersenyum.

“Yalah. Nanti mama belikan,” Anis tersenyum. Selepas beberapa ketika, Fariq datang dengan beg kertas di tangannya.

“Mana baju tu?” tanya Anis. Fariq mengangkat tangannya yang memegang beg kertas.

“Saya dah bayarkan,” jawab Fariq ringkas. Anis membuka beg tangannya dan mengambil dompetnya.

“Berapa? Saya bayar balik pada awak,” ujar Anis. Fariq menggeleng.

“Tak payah. Saya hadiahkan pada Danny,” kata Fariq sambil mengusap perlahan rambut Daniel.

“Mana boleh. Saya bayarkan balik ya,” pinta Anis lagi.

“Saya tak akan terimanya. Hm, kalau awak nak bayar juga, apa kata kalau awak belanja saya makan?” saran Fariq. Anis terdiam seketika lalu mengangguk setuju. Dia baru sahaja mendapat gajinya, oleh sebab itu dia bercadang untuk membeli sesuatu untuk Daniel.

“Danny nak makan apa?” tanya Fariq. Daniel mengerutkan kening, seperti memikirkan jawapan pada soalan yang susah.

“Hm, Danny nak makan burger,” kata Daniel.

“Kalau macam itu, kita makan kat Mc Donald jelah,” kata Fariq . Anis mengangguk setuju.

**********************************
Anis dan Fariq yang sedang berjalan bersama dengan seorang budak lelaki dipandang Aiman Daniel tanpa kelip.

“Fariq dengan orang gaji tu? Biar betul!” kata Aiman Daniel tidak percaya. Fariq adalah rakan baiknya, kenapa dia tidak pernah diberitahu?

“Kenapa, sayang?” tanya Stephanie sambung memandang ke arah Fariq dan Anis juga. Mata Stephanie membulat.

“Kan itu kawan you. Perempuan tu macam setiausaha baru you. Diorang dating ke?” tanya Stephanie sambil memandang manja Aiman Daniel.

“Entah dan I tak nak tahu pun. Jom kita pergi,” kata Aiman Daniel lalu berlalu di situ. Stephanie memaut tangannya. Mood Aiman Daniel tiba-tiba berubah. Dia betul-betul benci melihat wajah bekas orang gajinya itu. Sewaktu perempun itu masih bekerja di rumahnya, dia lari dengan barang kemas mamanya. Sambil mengamuk mamanya menceritakan perkara yang terjadi sewaktu ketiadaannya. Amarahnya memuncak.

Lebih geram apabila perempuan itu menjadi setiausahanya. Oleh sebab itulah, sering sahaja wanita itu dihamburkan dengan amarahnya. Kalau boleh, dia mahu perempuan itu berhenti kerja dan jangan lagi menunjukkan mukanya.

Betul tindakannya dulu, mengabaikan wanita itu. Sememangnya perempuan itu memang perempuan murahan yang gilakan wang. Bila tidak dapat memerangkapnya, perempuan itu melarikan barang kemas mamanya. Entah macam mana dia boleh belajar dan menjadi setiausahanya. Arghh!

5 ulasan:

  1. iskk....
    troknye aiman danial nieh...
    gerammm...
    huh..
    sambung2..

    BalasPadam
  2. la...
    cian gak kt daniel...
    rupe2nyer mak dye wat cter!!!
    ic..
    hak3..
    nk ag!nk ag!
    eg0 la daniel niex..
    wahaha~

    BalasPadam
  3. citer dh mula berkembang...
    syoknyer baca...hehe
    sambung cepat2...
    nk tgk reaksi aiman daniel...
    (^O^)// support u!

    BalasPadam
  4. heeeeeeeeeee.....tak baik wat cam tue....kesian kt anis......

    BalasPadam
  5. bencinyer kat mak daniel tuuu... jahat.. busuk ht...

    BalasPadam