“Mama, papa mana?” kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu bertanya pada Anis lalu duduk di ribanya. Anis tersentak.
“Papa mana, mama?” tanya Daniel sekali lagi. Anis terdiam. Entah apa yag perlu dijawabnya. Adakah dia perlu berkata yang dia baru sahaja berjumpa dengan papanya tadi? Tak mungkin!
“Papa tak ada, sayang. Kenapa Danny tanya?” tanya Anis pula. Daniel tersenyum.
“Tadi kawan Danny cerita pasal papa diorang. Diorang tunjuk gambar papa mereka. Mama, mana gambar papa? Danny nak tunjuk kat diorang esok,” pinta Daniel penuh harap. Anis serba-salah.
“Kawan kat taska ya?” tanya Anis. Daniel menganggukkan kepalanya. Anis terdiam.
“Danny tidurlah dulu. Dah lewat ni,” Anis mendukung anak lelakinya ke atas katil. Daniel kelihatan tidak puas hati.
“Tak nak. Danny nak tengok gambar papa!” Daniel menghentakkan kakinya. Anis bertambah serba-salah.
“Sayang, mama kena pergi kerja esok. Mama tak boleh tidur lambat. Nanti mama sakit. Danny nak mama sakit?” Anis memujuk anaknya. Nampaknya cara itu berjaya apabila Daniel menggeleng lalu membaringkan dirinya di atas katil. Anis tersenyum lalu menyelimuti anaknya. Sebelum beredar, sempat dikucupnya dahi anaknya itu.
****************************************
“Tadi Danny tanya pasal papa dia,” kata Mak Timah. Anis yang sedang menonton tv tersentak.
“Tadi Danny tanya pasal papa dia,” kata Mak Timah. Anis yang sedang menonton tv tersentak.
“Tadi pun dia ada minta gambar papa dia,” kata Anis perlahan. Tiba-tiba sahaja rancangan di tv menjadi kurang menarik. Mak Timah mengeluh perlahan.
“Kesian Danny,” kata Mak Timah. Anis mendengus perlahan
“Dia akan lebih kesian kalau dia tahu siapa papa dia. Lelaki jahat itu,” Anis mengetap bibir geram. Dia terasa marah setiap kali teringatkan Aiman Daniel dan apa yang telah lelaki itu lakukan kepadanya.
“Hm, macam mana kerja tadi?” tanya Mak Timah mengubah topik. Dia sedar, Anis tidak selesa membincangkan kisah lalunya itu.
“Err, okey. Tak ada masalah. Mujur Fariq tolong carikan kerja untuk Anis. Cepat sikit dapat. Hm, tadi Anis ada jumpa kawan lama Anis. Tak sangka boleh jumpa semula setelah sekian lama,” kata Anis menyembunyikan perihal Aiman Daniel daripada Mak Timah. Mak Timah merenung Anis seketika.
“Anis dengan Fariq tu ada apa-apa ke?” tanya Mak Timah lalu duduk di sebelah Anis. Anis tersentak
“Kami cuma kawan biasa,” jawab Anis. Dia cuba mengalihkan pandangannya.
“Mak Timah tengok, dia tak anggap kamu macam kawan biasa. Dia macam sukakan kamu aja,” kata Mak Timah lagi. Anis ketawa kecil.
“Takkanlah orang macam dia nak ibu tunggal macam saya ni. Dia tu muka boleh tahan, kerja bagus, baik pula tu. Tak mungkinlah, Mak Timah,” katawa Anis masih belum reda. Tiba-tiba Mak Timah mencubit pahanya.
“Auch, sakitlah,” Anis menggosok-gosok pahanya. Mulutnya memuncung
“Mak Timah cakap betul-betullah. Dia boleh ketawa pulak,” tegur Mak Timah. Anis memeluk bahu wanita separuh abad itu.
“Anis tahu tapi tak mungkin Fariq boleh suka pada Anis. Dia cuma anggap Anis juniornya sahaja. Tak lebih dari itu,” kata Anis lembut. Mak Timah menggeleng.
“Mak Timah tahulah. Cara dia tengok kamu, cara dia layan kamu, nampak sangat yang dia sukakan Anis. Dia pun baik dan rapat dengan Danny,” Mak Timah masih tidak putus asa. Anis mengeluh perlahan.
“Anis tak sesuai dengan dia. Anis ibu tunggal,” kata Anis lalu memandang pintu bilik Danny. Mak Timah mencapai tangan Anis dan mengurutnya perlahan.
“Itu tak semestinya Anis tak boleh bahagia. Anis masih muda dan cantik. Fariq tu macam tak kisah dengan status kamu tu. Lagipun Danny perlukan ayah,” pujuk Mak Timah lagi. Anis terdiam.
“Anis boleh jaga Danny,” kata Anis.
“Memang kamu boleh jaga dia tapi kasih sayang ibu tak sama dengan kasih sayang ayah. Kamu harus fikirkan itu,” ujar Mak Timah. Anis terdiam lagi.
eeii...
BalasPadambest2...
smbung2..
hihi..
t0ol ckp zatie tuhs>>>
BalasPadamcter ni mmg besh!!!
hu~
suke bngt!!!
ganbatte!!!