Ahad, 25 Januari 2009

Kasih Tercipta 18


Jam tangan berjenama ditilik Aiman Daniel untuk kesekian kalinya. Dia merenggangkan ikatan tali lehernya dan bersandar ke kerusi. Pandangannya tertumpu pada seorang wanita yang sedang tersenyum padanya. Aiman Daniel membalas senyuman itu.

“Ah, perempuan,” Aiman Daniel meraup rambutnya perlahan. Dia sudah lali dengan situasi itu. Kemana sahaja dia pergi, pasti dia menjadi perhatian. Dia bukannya tidak suka malah dia gembira. Ini adalah satu kelebihannya. Dia senang melayan mereka semua. Oleh sebab itulah dia dicop kaki perempuan. Dia tidak kisah. Mereka semua sukakannya kerana rupa dan harta. Dan dia cuma mahukan sedikit balasan atas apa yang telah dia curahkan pada mereka. Apa itu? Alah, macamlah tak tahu lagi. Fikirlah sendiri.

“Kenapa nak jumpa aku?” tiba-tiba wajah Fariq terlayar di layar matanya. Wajah kawan baiknya itu kelihatan tidak senang dengannya. Kenapa?

“Kenapa? Aku tak boleh jumpa kau ke?” balas Aiman Daniel kembali sambil merenung tajam Fariq yang sedang kelihatan bersahaja. Dia memandang wanita yang tersenyum kepadanya tadi. Pandangan wanita itu kini beralih pada Fariq pula. Ah, perempuan. Senang sahaja beralih arah pada yang baru. Tidak pernah setia pada yang satu. Itulah sifat perempuan yang paling dibencinya. Itulah juga salah satu faktor kenapa dia susah setia pada seorang perempuan. Tapi sekarang, dia sudah bosan. Lagipun, dia sudah jatuh sayang pada Stephanie, model terkenal negara ini. Hm, tiada salahnya mencuba untuk setia.

“Aku sibuk,” jawapan Fariq menghapuskan lamunanya tadi. Wajah Fariq dipandang tajam.

“Sibuk bercinta dengan Anis ke?” dia menyindir. Fariq kelihatan terkejut dia berkata begitu.

“Hm, mungkin juga,” balas Fariq. Wajahnya dibiarkan selamba. Kini dia terasa tidak senang setiap kali melihat wajah kawan baiknya itu. Mungkin setelah apa yang telah lelaki itu lakukan terhadap Anis, rasa kurang senangnya muncul. Aiman Daniel pula memandang curiga.

“Kau gila ke? Perempuan tu bukan perempuan baik-baik,” kata Aiman Daniel sinis. Fariq tersentak. Amarah mula menguasainya.
“Kau tahu dari mana dia bukan perempuan baik-baik?” bentak Fariq pula. Tangannya menggenggam penumbuk. Aiman Daniel ketawa sinis.

“Dia pernah jadi orang gaji di rumah aku. Dia pencuri tau. Habis barang kemas mama aku dia curi,” bentak Aima Daniel pula. Fariq mengalih pandang. Sedikit terkejut dengan tuduhan itu. Dia kenal Anis. Dia tak akan berbuat perkara itu. Pasti Aiman Daniel mereka cerita.

“Aku tak percaya,” balas Fariq ringkas. Aiman Daniel memeluk tubuh menahan geram. Di matanya terlayar Anis yang kelihatan manis sepanjang masa. Diakui, Anis memang cantik tapi perangainya tidaklah secantik mana. Entah apa yang dibuat Anis sehingga rakan baiknya ini langsung tidak mempercayainya. Geram Aiman Daniel bertambah.

“Itu hak kau tapi untuk pengetahuan kau, mama aku yang beritahu. Takkan mama aku nak bohong,” dia masih tidak putus asa. Fariq mendengus perlahan.

“Aku kenal Anis. Dia takkan buat perkara itu,” jawab Fariq malas. Dia betul-betul sedang bengang dengan Aiman Daniel. Kenapa dia memusuhi Anis? Tidak cukupkah apa yang dia sudah buat dulu sehingga Anis menderita dulu?

“Betul kau kenal dia? Kau tahu tak, dia ada anak luar nikah! Kau masih sukakan dia?!” tanya Aiman Daniel kasar. Fariq tersentak. Dari mana dia tahu?

“Ya,” jawab Fariq. Aiman Daniel menepuk perlahan meja melepaskan geram.

“Kau gila?! Kau nak ke perempuan macam tu? Entah siapa bapak budak tu. Kau masih percaya dia perempuan baik-baik?!” tanya Aiman Daniel kuat. Fariq merenung tajam Aiman Daniel. Berani dia berkata begitu?! Sedangkan dia yang menjadi punca semua itu.

“Kau tahu siapa ayah budak itu?” tanya Fariq sinis. Aiman Daniel tersentak. Lain macam je nada Fariq.

“Kau tahu ke?” tanya Aiman Daniel kembali. Lagaknya bersahaja walaupun hatinya meronta-ronta ingin tahu. Fariq pula hanya meraut wajahnya. Dia hampir-hampir sahaja memecahkan rahsia besar itu.

“Ah, lupakan,” Fariq memalingkan wajah. Semakin curiga hati Aiman Daniel.

“Kau ke?” ringkas soalan itu. Kening Fariq berkerut.

“Aku apa?” tanya Fariq kembali. Aiman Daniel tersenyum sinis.

“Kau ke bapak budak tu? Perempuan itu perempuan simpanan kau? Hm, tak sangka aku,” kata Aiman Daniel bersahaja. Fariq membentak meja kuat. Terkejut pengunjung restoran lain tetapi Aiman Daniel masih dengan raut tenang.

“Aku bukan macam kau!” bantak Fariq kuat lalu berlalu meninggalkan Aiman Daniel dengan wajah memerah. Aiman Daniel bengun selepas Fariq beredar. Wang dicampak ke atas meja sambil dia juga melangkah keluar dengan wajah merah padam

10 ulasan:

  1. ala..pendeknye n3 kali ni
    cpt la smbg
    nk tau ape lak jd pasni

    -che na-

    BalasPadam
  2. eeeee....bncinye kt aiman daniel 2!! kerek+poyo+menyakitkn ati!! *dish2*

    BalasPadam
  3. best arr..
    tp walaupun aiman daniel tu
    kerek,still nak dia as a hero...

    .:Maira:.

    BalasPadam
  4. sengal tol aiman daniel nieh..
    isk2..
    sokong maira..
    still nk dye jd hero..
    huhu..

    BalasPadam
  5. bez!! sambung la cepat. huhu..

    BalasPadam
  6. suke cite ni.. walaupun aiman jahat tp ske die.. ble ade n3 br.. x sabar ni..

    BalasPadam
  7. ble nk smbung????
    lmbt lg ke???
    to the writer, blh bg tau lmbt lg ke nk tunggu nie???
    dh x sbr nk tau ksh selanjutnye.

    BalasPadam
  8. Biarlah Aiman mati cepat! Anis dan Fariq berkahwin.
    Happy ending~~
    Huwaahaahuaaa!!!

    BalasPadam