Rabu, 9 September 2009

Kasih tercipta 35



“Auntie minta maaf atas apa yang auntie dah buat pada Anis dan Danny. Pada waktu itu auntie cuma mahu melindungi keluarga auntie,” Puan Sri Maria menarik nafas panjang. Dia kemudian mengesat air mata di pipinya.

“Auntie menyesal, Anis,” sambung wanita itu lagi. Anis terdiam panjang selepas mendengar penjelasan wanita itu. Mak Timah yang menyamaikan semuanya tentang Danny kepada Puan Sri Maria. Malah, Danny di bawa berjumpa. Anis tidak tahu, kenapa Mak Timah berbuat begitu.

‘Tiada gunanya menyesal. Semuanya sudah berlalu,” Anis bersuara perlahan. Tiba-tiba tangannya digenggam Puan Sri Maria. Lembut.

“Maafkan auntie dan Daniel,”

“Saya..saya maafkan. Saya dah penat derdendam. Dah penat lari,” Anis tersenyum kecil walaupun tawar namun Puan Sri Maria tersenyum lebar.

“Terima kasih, Anis. Sekarang lega sikit hati auntie. Auntie harap Anis setuju nikah dengan Daniel. Demi Danny,” bersinar mata Puan Sri Mari saat berkata begitu namun Anis tidak. Matanya membulat. Menikah dengan Aiman Daniel? Lelaki bongkak tu?

“Er, maaf tapi rasanya puan sri salah faham. Saya cuma cakap saya maafkan dia. Saya tak cakap pun saya nak nikah dengan dia,”Anis bersuara selembut mungkin. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan kemarahannya nanti.

“Kenapa, Anis? Danny akan jadi papa yang baik untuk Danny,” Anis berpaling. Tersenyum sinis. Papa yang baik, mungkin tapi suami yang baik, jangan harap!

“Puan sri, beginilah. Encik Daniel boleh melawat Danny, bila-bila masa sahaja. Saya tak kisah tapi saya tak nak kahwin dengan dia,” usul Anis bersungguh-sungguh. Mata Puan Sri Maria membulat.

“Mana boleh. Anis fikir tak? Apa Danny fikir nanti? Dia akan keliru begini. Dia perlukan keluarga yang sempurna. Hanya Daniel yang boleh berikannya,” Puan Sri Maria memprotes.

“Tak semestinya. Kalau saya nikah dengan orang lain, Danny tetap akan ada keluarga yang sempurna,” lancar kata-kata itu keluar. Wajah Puan Sri Maria terus berubah. Bagaikan dia dalam ketakutan.

“Anis dah ada kekasih? Anis nak nikah dengan dia?” Puan Sri Maria menekup mulut. Anis terdiam, soalan itu dibiarkan tidak berjawab.

“Anis, terimalah Daniel. Auntie tahu dia akan berubah,” Puan Sri Maria mula merayu. Anis menggeleng.

“Auntie mesti faham. Sesetengah perkara tidak boleh diselesaikan begitu sahaja. Encik Daniel pun bukan ikhlas hendak menikah dengan saya. Hanya kerana Danny. Perkahwinan tanpa cinta tak akan membawa ke mana-mana. Hanya penderitaan. Lagipun, mana hendak diletak Cik Stephanie. Mereka akan berkahwin tak lama lagi,” Anis memujuk lembut.

“Mama,” tiba-tiba Danny menerpa ke arahnya. Anis tersenyum, dia bangun.

“Maaf puan sri. Saya pergi dulu. Saya kan balik semula Kuala Lumpur esok. Saya cuma harap perkara ini tidak ditimbulkan lagi. Ini keputusan muktamad saya,” Anis berpaling hanya untuk menyedari Aiman Daniel tercegat di situ. Raut wajahnya sukar ditaksirkan. Anis menarik nafas dan terus berjalan dan melepasi Aiman Daniel tanpa sebarang kata.

******************************************


“Anis, sampai bila kau nak seksa dia?” Maira duduk di sebelah dengan wajah yang memuncung. Anis yang sedang menonton tv hanya diam.

“Dah hampir seminggu dia macam orang gila cari kau. Sekarang kau dah balik, call dialah,” Maira meneruskan kata tapi Anis tetap membisu. Rakannya itu menarik nafas panjang.

“Anis, saya tak tahu apa masalah awak dengan dia tapi tak baik tau buat dia macam tu. Tak tentu arah, cemas!” kali ini nada Maira menaik. Anis mengeluh juga. Remote dicapai dan dia menekan butang off.

“Maira, awak tak faham,” nadanya lemah. Sesungguhnya dia juga terluka. Dia sayangkan Fariq tapi…

“Jadi awak kena fahamkan saya!” tempelak Maira kembali. Anis mengetap bibir. badannya disandar pada sofa yang empuk.

“Mama Fariq datang cari saya,”

“Jadi?” kening Maira berkerut. Anis tersenyum kecil. Pasti Maira akan terkejut dengan kata-katanya nanti. Dia pun tidak menyangka Puan Zuria yang lemah lembut itu boleh berubah sedrastik itu.

“Dia baru tahu saya ada anak, anak luar nikah,” bagaikan belati menusuk hatinya ketika mengingati kata-kata yang perna diucapkan Puan Zuria. Dia memandang Maira. Ternyata betul tekaannya, Maira sedang menekup mulut dengan wajah pucat lesi.

“Biar saya agak, dia datang dan suruh awak jangan ganggu Fariq lagi?” kening Maira berkerut. Perlahan, Anis mengangguk. Mata Maira membulat kembali.

“Aw…….Berat masalah ni,” Maira meraut rambut. Anis berpaling ke arah lain, terasa sebak dadanya. Tanpa diduga tangan Maira menyentuh bahunya.

“Saya tak tahu apa jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini tapi percayalah, saya akan sentiasa menyokong keputusan yang awak buat. Tapi satu je, tolong jangan larikan diri lagi. Itu hanya memburukkan lagi keaadaan,” Maira tersenyum kecil. Anis terharu dengan ketulusan rakannya itu.

“Terima kasih,”

********************************************

“Mama, kenapa mama buat Fariq macam ni?” Fariq meraut wajah. Wajah ibunya dipandang lemah.

“Buat apa?” Puan Zuria menyiram pokok bunga tanpa memperdulikan anak lelakinya itu.

“Kenapa mama sanggup pisahkan Anis dengan Fariq? Mama tahu kan, Fariq sayangkan Anis!” dia melangkah pantas ke arah ibunya. Wajah Puan Zuria segera berubah tegang. Dari mana anaknya ini tahu?
“Sayang? Perempuan yang ada anak luar nikah tu?” terjolol matanya memandang anak kesayangannya yang kelihatan tak terurus. Rambutnya kusut masai, mukanya cengkung. Entah-entah tak tidur, tak makan!

“Mama, Anis dirogol. Bukan kemahuannya,” Fariq cuba bersuara lembut. Namun mamanya kelihatan tidak berganjak.“Mama, Fariq sayangkan Anis. Begitu juga Danny. Fariq dah jaga Danny sejak dia kecik lagi. Dah macam anak Fariq sendiri!”

“Mama malu! Mana mama nak letak muka mama kalau kawan-kawan mama tanya pasal Danny? Anis tu pulak, kalau kena rogol, kenapa tak gugur je? Tak pun serahkan pada keluarga angkat? Nampak sangat dia sayang bapak budak tu!” suara mamanya meninggi. Fariq menarik nafas dalam-dalam.

“Anis tak sayang pada Da…ah! Mama nak Fariq menderita? Ma, Fariq..,”

“Sudah! Mama kata mata tak suka, maknanya mama tak suka. Dari mana kamu tahu ni? Perempuan tu yang mengadu ke?!” sinis nadanya bila teringatkan Anis. Dulu dia kui dia sukakan Anis tapi setelah mengetahui perkara sebenar, perasaan suka bertukar benci!

“Kenapa tak jawab?” Puan Zuria mencebik. “Daripada Fariq tunggu Anis yang dah ada anak sorang tu, baik Fariq kahwin dengan Rina. Dia pun sukakan Fariq tau!” Puan Zuria tersenyum. Fariq membulatkan matanya. Betullah sangkaanya, tentu Rina yang menghasut mama. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Rina yang kian menghampiri. Amarahnya mula memuncak.

“Mama, Fariq tak pernah dan takkan pernah sukakan Rina. Dia dah Fariq anggap sebagai adik je. Walaupun hanya dua sahaja perempun yang tinggal di dunia ini, Fariq tetap takkan pilih dia!” suaranya sengaja dikuatkan. Dapat dilihat langkah Rina terhenti dan wajah adik sepupunya itu berubah.

“Kenapa? Dia baik dan dia cintakan Fariq” Puan Zuria membeliakkan mata. Tidak suka dengan nada anaknya.

“Kalau dia baik, dia takkan musnahkan kebahagiaan orang yang dia sayang. Itu bukan cinta tapi nafsu. Nafsu untuk memiliki, untuk menang!” Fariq segera meninggalkan mamanya dan berdiri berhadapan dengan Rina. Wajah gadis itu merah, entah marah, entah malu.

“Hentikan ini semua. Kalau ditakdirkan abang dan Kak Anis tak ada jodoh pun, abang takkan pernah lupakan dia, selamanya,” dia segera berlari ke keretanya. Tidak menyahut lagi laungan dari mamanya. Dia tekad untuk mencari Anis, mendapatkan Anis kembali!

*****************************************

“Sayang, you rasa gaun ni sesuai tak dengan I?” Stephanie menunjukkan gaun putih yang terdedah bahu dan dihiasi butiran pertama di dadanya. Wajahnya berseri-seri berada di butik pereka fesyen terkenal itu.

“I ingat nak buat tempahan jelah. Apa pendapat you?” Stephanie mengalihkan pandangan ke arah Aiman Daniel yang sedang duduk di sofa yang disediakan. Dia kelihatan muram.

“Suka hati you lah,” Aiman Daniel mengerut kening. Kata-kata Anis di pantai dulu sering menghantuinya. ‘Encik Daniel pun bukan ikhlas hendak menikah dengan saya. Hanya kerana Danny. Perkahwinan tanpa cinta tak akan membawa ke mana-mana. Hanya penderitaan. Lagipun, mana hendak diletak Cik Stephanie. Mereka akan berkahwin tak lama lagi’. Arghh, kenapa otak ini tak boleh lupa kata-kata itu?

“Daniel, kenapa dengan you ni? Dari tadi pelik je. You sakit ke?” tangan Stephanie melekap di dahinya namun Aiman Daniel segera menepis.

“I’m okay,” dia menyandarkan badan ke sofa. Kata-kata Anis kembali lagi. Memang benar dia ingin mengahwini Anis kerana Danny. Hanya kerana Danny. Salah ke? dia mahu bertanggungjawab. Cinta itu, lain cerita.

“Jom keluar. I rimas lah di sini,” Aiman Daniel segera bangun dan meninggalkan Stephanie tercegang-cengang. Beberapa saat kemudian, Stephanie berada di sisinya dengan muka yang masam.

“Kenapa ni? You macam tak suka je nak kahwin dengan I. You jangan buat perangai pulak!” Stephanie menjeling lelaki yang dicintainya itu tajam. Dia perasan, Aiman Daniel sudah jarang melayannya sekarang. Terasa ada yang tidak kena dengan hubungan mereka tapi dia tidak pasti apa puncanya.

“Tak adalah. I penat je. Ini dah butik ketiga yang you singgah, tau!” Aiman Daniel masuk ke keretanya. Stephanie juga, dengan menghempas pintu kereta!

“Apa salahnya. Perkahwinan ini sekali seumur hidup tau! Mestilah I nak yang terbaik untuk perkahwinan dengan orang yang I cinta!” Stephanie memeluk tubuh namun Aiman Daniel tersentak. Cinta?

“You cintakan I?” keningnya terangkat. Wajah Stephanie berubah.

“Mestilah. I takkan nak kahwin dengan you kalau I tak cintakan you. Dah berjuta kali I cakap, kan?” Stephanie kembali memasamkan wajah namun Aiman Daniel terkelu. Stephanie cintakan dia? Tapi dia tidak pasti cintakan Stephanie atau tidak. Teringat kata-kata Anis, perkahwinan tanpa cinta tidak membawa bahagia. Benarkah?

“You keluar sekarang,” perlahan suaranya. Stephanie tersenyum, mengira Aiman Daniel mahu kembali ke butik itu. pantas sahaja dia keluar dari kereta. Tanpa diduga, Aiman Daniel memecut meninggalkannya. Setphanie terlopong!

******************************************

“Mama!” Aiman Daniel masuk ke rumah dengan raut wajah yang kusut. Puan Sri Maria memandang anaknya pelik.

“Kenapa ni, Daniel?” Puan Sri Maria duduk di sofa. Aiman Daniel menghempaskan tubuhnya di sebelah mamanya. Rambutnya diraut.

“Kusut lah, mama,” Aiman Daniel mengeluh. Puan Sri Maria menarik nafas dalam.

“Pasal Anis?” duganya. Aiman Daniel segera mengangkat wajah. Macam mana mamanya tahu?

“Daniel patut cakap Daniel cintakan dia. Jangan senyap saja. Tengok apa yang dia fikir. Dia ingat Daniel nak kahwin dengan dia sebab Danny saja,” mamanya meneruskan kata. Dahi Aiman Daniel berkerut seribu. Cintakan Anis?

“Apa yang mama mengarut ni? Mana ada Daniel cintakan dia. Daniel nakkan Danny je,” Aiman Daniel bangun dan berjalan mundar mandir di hadapan mamanya. Puan Sri Maria terdiam seketika, kemudian tersenyum kecil.

“Kenapa dengan anak mama ni? Takkan perasaan sendiri pun tak tahu. Mama, papa pulak yang perasan perasaan Daniel,”

Aiman Daniel terhenti langkahnya dan memandang mamanya tajam. “Apa maksud mama ni?”

“Daniel sayang, Daniel tu cintakan Anis. Kalau tak, masakan bimbang benar bila Fariq dengan Anis. Masa Anis hilang dulu, macam orang hilang bini je mama nengok!” Puan Sri Maria mencebik. Aiman Daniel mengetap bibir.
“Kan Daniel dah cakap, Daniel nak Danny je!” wajahnya dipalingkan. Puan Sri Maria mengeluh perlahan. Alahai, kenapalah lembap sangat anaknya dalam bab-bab ini?

“Okay, cuba Daniel bayangkan kalau Anis serahkan Danny pada Daniel dan kahwin dengan Fariq. Danny puas hati tak?” Puan Sri Maria mengangkat kening. Aiman Daniel terdiam.

“Anis takkan buat begitu. Dia takkan putus asa pada Danny,” jawabnya perlahan. Puan Sri Maria menggeleng.

“Hm, mungkin. Tapi sekarang kan dia dah benarkan Daniel jumpa dengan Danny. Anis ada cakap dengan mama dia boleh berikan Danny keluarga yang sempurna kalau dia menikah. Mama yakin, dia maksudkan Fariq,” Puan Sri Maria tersenyum apabila wajah anaknya itu berubah. Betul-betul berubah.

“Tanya hati, jangan tutup hati Daniel. Dalam itu Daniel akan jumpa orang yang Daniel cinta, orang yang Daniel mahu kasihi, yang Daniel mahu lindungi. Pergilah kepadanya,” Puan Sri Maria bangun dan berjalan ke dapur.

Aiman Daniel terduduk di sofa. Matanya dipejam. Wajah Stephanie menjelma. Dia sedang mengucapkan kata cinta namun cepat sahaja wajah Stephanie hilang dan diganti dengan Danny. Danny sedang ketawa senang sambil memandangnya dengan mata hazel bulatnya. Anaknya itu sungguh comel. Bayangan Danny hilang. Kali ini bayangan itu sangat kabur namun semakin jelas. Anis! Dia sedang tersenyum, sungguh manis. Kemudian raut Anis berubah, sedang marah, sedang menangis. Kemudian Danny kembali muncul, Anis mendukung anaknya itu. Dia kembali tersenyum, Danny ketawa. Suasana berubah. Aiman Daniel keliru dengan apa yang berada di dalam otaknya ini tetapi dia dapat melihat dirinya sendiri dalam kumpulan kecil itu. Dia sedang mendukung Danny dengan Anis di sisinya. Mereka bertiga ketawa senang. Dia tidak pernah menyangka dia akan ketawa seperti itu, terasa bahagia. Aiman Daniel segera membuka mata. Dia sudah faham hatinya sendiri, dia sudah tahu perasaanya. Dia takkan membuang masa lagi.

“Daniel pergi dulu, mama,” Aiman Daniel berlari keluar ke keretanya. Puan Sri Maria menjenguk dari dapur. Dia tersenyum senang, dia tahu anaknya sudah faham. Aiman Daniel pula memecut laju meninggalkan banglo mamanya. Dia akan berusaha mendapatkan Anis dan Danny, by hook or by crook!

21 ulasan:

  1. go daniel go....
    chayok2..
    nk aiman daniel n anis...
    pls2..

    BalasPadam
  2. alahai..
    kejo yop kejo..
    hikhikhik..
    sis..byk typing errorla..
    puan sri jd tan sri..
    tamo mara..

    BalasPadam
  3. yes! by hook or by crook. Go daniel go. Make daniel, anis & danny happy2 eh.

    BalasPadam
  4. huhu sis jalan cter ok dah..tp rasa nya lebih baik kalo dpt baikkan sekali cara susunan ayat, penggunaan bahasa...mest makin touching...chaiyok2

    BalasPadam
  5. yeahh!!,,cpt daniel..
    sblm anis d sambar org..

    BalasPadam
  6. terserlah kejantanan Daniel kali ni
    cepat2 bertindak
    jgn buang masa

    buat writer....tqvm sbb letak n3 baru

    BalasPadam
  7. chayok! chayok! daniel kejar anis sampai dpt... nk anis dgn daniel... semoga anis lembut hati & terima daniel seadanya... utk kebahagiaan mereka sekeluarga especially danny...

    BalasPadam
  8. daniel.mmg cinta anis.
    weyhhh chaiyok2.pat2 sebelom fariq dpt.
    ahakzz.
    -na'dz

    BalasPadam
  9. huhuhu...

    cepat3 sebelum terlambat..slow betul eh daniel tu ek..hehehehe...

    ~vee~

    BalasPadam
  10. cptlh smbg x sbr rasenye......

    BalasPadam
  11. salam..

    cepat sambung..tk sabar tngu dh nie..
    best..
    gud job.
    adnil_jr@yahoo.com

    BalasPadam
  12. alah.. bila nak sambung lagi???

    BalasPadam
  13. dennis joseph o'neil says...
    wat la danial sme2 ngan anis yerr
    bru besh



    dennis joseph o'neil

    encem siott

    BalasPadam
  14. http://www.danaraya.com/?id=firafaizal

    BalasPadam
  15. akak..
    cpt laa sket upload..
    lama da tggu nie..hee~

    BalasPadam
  16. nak fariq ngn anis...xnak daniel ngn anis...hehehe nak fariq...

    BalasPadam