Ahad, 20 Disember 2009

Kasih Tercipta 40


“Mama!” tangan kecil itu menarik lengan bajunya menyebabkan lamunannya tersentak. Anis menunduk.

“Ada apa, sayang?”

“Uncle datang,” jari tunjuknya ditundingkan. Anis menjeling ke arah itu. Fariq. Senyuman dilemparkan. Danny meluru ke arah pelukan Fariq. perlukan masa.

“I miss you, my love,” Fariq mendekatinya dengan Danny di dalam dukungannya sambil mengenyit mata nakal.

“Awak ni datang setiap hari, tak apa ke?” Anis mengisyaratkan Fariq duduk di bangku sambil berkata begitu. Lelaki itu tersenyum.

“Untuk awak dan Danny, semuanya boleh!” senyuman nakal diukir di wajah kacaknya. Spontan Anis menampar perlahan lengannya. Fariq ketawa kecil.

“Uncle, mama buat kuih, tau!” Danny menarik lengan baju Fariq. Menarik perhatian uncle kesayangannya.

“Apa sayang, kuih? Kuih apa?” hidung kecilnya dicuit.

“Kuih pisang!”

“Kuih pisang?” keningnya dinaikkan sebelah. Anis ketawa kecil.

“Pengat pisanglah. Manalah Danny tahu. Dari dulu lagi dia asyik suruh saya buat kuih pisang macam Mak Timah buat. Pening juga saya. Yalah kan, kuih pisang?”

“Oh, pengat pisang. Danny, sedap tak mama buat kuih pisang?” tanyanya pada anak kecil itu. Danny menunjukkan ibu jarinya.

“Cedap,” riang dia berteriak.

“Sebut betul-betul. Jangan buat pelat. Nanti sampai besar terikut pelat tu,” Anis membulatkan mata. Danny terus menarik muka masam.

“Ala, Anis. Danny kan kecil lagi. Biarlah,” ujar Fariq mencubit pipi montel Danny.

“Awak ni manjakan sangat dia. Danny ni bukannya pelat tapi dia sengaja buat. Saya tak nak jadi habit dia pulak!” dijengilkan matanya pula pada Fariq namun lelaki itu hanya ketawa. Apa yang lucunya?

“Biasalah budak-budak. Jangan garang sangat,” Aiman Daniel muncul dengan tiba-tiba. Di tangannya penuh bungkusan. Anis terpaku. Sudah agak lama Aiman Daniel tidak datang menjenguknya dan Danny. Selepas Danny keluar dari hospital itu, lelaki ini hanya melawat dua kali dan selepas itu terus senyap. Hanya Tan Sri dan Puan Sri yang datang. Ingatkan lelaki ini sudah mengalah. Dia juga sudah mendapat kerja baru. Walaupun gajinya tidak setinggi seperti bekerja dengan Aiman Daniel, tetapi dia lebih tenang.


“Hai, uncle!” Danny hanya melambai tangan tetapi langsung tidak berganjak dari paha Fariq.

“Biar saya ambilkan pengat,” Anis masuk ke rumah. Dalam hati terasa tidak sedap hati juga untuk meninggalkan Fariq dengan Aiman Daniel tetapi juga disedapkan hatinya. Bila dia kembali dengan sedulang minuman dan semangkuk pengat pisang, dia melihat Danny sudah beralih duduk di atas riba Aiman Daniel. Di tangannya terdapat psp berwarna hitam. Anis terpaku buat seketika.

“Mama, tengok apa yang uncle bagi kat Danny,” anaknya itu menunjukkan psp itu di hadapannya. Anis memandang Fariq di sebelah. Dia hanya tenang dan tersenyum.

“Encik,” pandangannya dialihkan pada Aiman Daniel yang sibuk mengajar Danny menggunakan alat elektronik itu.

“Awak tak payah panggil saya encik. Saya bukannya bos awak lagi,” panggilannya kau aku yang sudah bertukar. Anis terjongket keningnya kerana…er, terkejut barangkali!

“Enci…Daniel,” terus dia berubah panggilan apabila jelingan maut itu diberikan. Bukannya dia takut, malas membuat kecoh!

“Sayang, bagi balik psp tu pada uncle,” dia meminta lembut pada anaknya. Ternyata Aiman Daniel terkejut dengan tindakannya kerana senyuman di bibirnya terus mati.

“Tak nak. Uncle kan bagi kat Danny. Mana boleh bagi balik. Kalau mama nak, suruhlah uncle beli satu lagi!” petah anaknya berbicara. Aiman Daniel tersenyum sinis ke arahnya. Anis semakin berapi.



“Danny…bagi..balik…psp..tu..kat..uncle!” disebutnya satu persatu. Wajah anaknya terus berubah. Dia meletakkan di paha Aiman Daniel dan berlari masuk ke bilik. Aiman Daniel terus bangun dan memandang Anis dengan raut tidak puas hati.

“Kenapa ni? Biarlah Danny main!” suaranya dikawal. Dijelingnya Fariq yang senyap di sebelah. Tidak selesa bergaduh di hadapan saingannya.

“Kenapa enc..awak kata? Kami tak perlukan ihsan awak. Saya dah ada kerja tau!” bibirnya digigit perlahan.

“Saya ni buat ni bukan sebab kasihan. Diakan anak saya. Normallah kalau saya beli apa-apa untuk dia, kan? Lagipun bukannya mahal sangat,” dipalingkan ke arah lain. Mula bosan dengan sikap Anis. Namun Anis menarik tangannya ke sudut yang agak terlindung. Sempat Aiman Daniel menjeling ke arah Fariq. Lelaki itu tetap tenang. Malah sempat memakan pengat pisang dengan berselera lagi!

“Danny kecil lagi tau. Dia nak buat apa dengan psp ni? Awak nak rosakkan pemikiran dia eh? Awak nak dia habiskan masa dengan benda ni?”dihentak psp di dada Aiman Daniel. Lelaki itu terdorong sedikit.

“Awak jangan ingat dengan duit boleh beli segalanya. Saya memang terhutang budi atas apa yang awak buat bila Danny sakit dulu tapi janganlah macam ni. Saya tak kisah dengan harta awak. Saya ni bukannya perempuan materialistik,” Anis cuba memperlahankan suaranya seperlahan mungkin tetapi tetap mengekalkan nada tegasnya. Aiman Daniel terkelu. Sesaat kemudian dia meraut rambut. Wajahnya tegang.

“Dengar sini, tolonglah. Nanti bila awak datang melawat Danny, tolong jangan bawak barang-barang mahal ni lagi. Sekarang ni, jom makan pengat. Oh, ya. Sebelum awak balik nanti, tolong bawa balik sekali psp dan barang tu semua ya,” di tuding pula ke arah bukusan di sisi bangku. Aiman Daniel sedaya upaya menahan barannya. Daniel, ingat nasihat mama, jangan marah-marah. Ikut je rentak Anis!

“Baiklah,” pantas langkahnya mendekati meja dan bangku batu. Fariq berdiri dengan Danny dalam dukungannya. Entah bila Fariq masuk ke dalam rumah dan memujuk Danny. Sekarang anaknya itu sudah kembali ceria. Keluhannya berat dilepaskan.

*****************************************



“Fariq, saya..,” Anis terkelu apabila lelaki itu meletakkan bekas baldu berisi sebentuk cincin lamanya yang dipulangkan dahulu di telapak tangannya.

“Saya..saya tak boleh,” dipalingkan ke arah lain. Namun Fariq tetap tersenyum.

“Awak boleh. Terimalah. Saya tak main-main,”

“Tapi kenapa?” direnungnya mata lelaki itu. Ah, dia tetap tenang.

“Saya ikhlas, Anis. Betul-betul ikhlas. Jangan hampakan permintaan saya dan mama saya,” lama mereka bertentangan. Akhirnya Anis mengangguk perlahan. Fariq tersenyum. Mereka memandang Danny yang sedang sibuk bermain dengan remote control car yang baru diberikan tadi.

“Terima kasih,” perlahan diucapkan. Fariq menggeleng.

“Saya yang patut ucapkan terima kasih, Anis,”

“Romantiknya korang berdua,” Anis dan Fariq sama-sama berpaling. Ah, Aiman Daniel.

“Awak ni, selalu datang tiba-tiba. Tak boleh ke bagi salam dulu?” tegur Anis. Wajah Aiman Daniel menegang.

“Kau dah buat keputusan, kan?” panggilan kau aku kembali semula. Anis termangu-mangu. Dia terdiam lama. Fariq mula bersuara.

“Kau datang sini nak jumpa Danny ke? Dia ada kat..,”

“Aku tahu. Dah lima minit aku kat sini,” giginya diketap geram. Anis membulatkan mata.

“Awak curi dengar perbualan saya dan Fariq? Tak beradap betul awak ni!”

“Yalah, aku mana setanding dengan pakwe kau yang baik serba serbi ni!” dijelingnya ke arah Fariq. Dilihat cincin yang berada di genggaman Anis. Rasa sakit hatinya menggunung. Dari dulu lagi Anis sudah memilih Fariq. Kenapa dia bodoh kerana masih menaruh harapan?

“Kenapa dengan awak ni?” Anis menghambur kata. Memang dia tidak selesa dengan perangai Aiman Daniel yang panas baran.

“Daniel, kau tak patut..,”

“Sudahlah. Aku dah malas. Dah bosan! Kau hidup bahagialah dengan Fariq. Aku takkan ganggu korang dua lagi. Cuma satu je, jangan halang aku jumpa dengan Danny. Tak kira apa pun, dia tetap anak aku!” dipandanganya Fariq dan Anis silih berganti. Walaupun hatinya menjerit menidakkan kenyataan itu, tetapi hakikatnya mereka berdua sungguh sepadan. Dia juga yakin Fariq pasti akan menjadi ayah yang baik untuk Danny. Mungkin lebih baik dari dirinya..

****************************************



Dia memberhentikan keretanya di tepi pantai. Dari tadi dia asyik memandu tidak berhenti. Dia mahu melepaskan diri dari rasa sakit di hatinya ini. Tetapi sejauh manapun dia pergi, rasa sakit itu tidak hilang, malah makin parah. Dia meraut muka dengan tapak tangan.

“Aku sudah kalah,” diulang ayat itu. Memang dia sudah kalah. Yang menang adalah sahabatnya. Dulu mungkin dia pernah berikrar untuk mendapatkan Anis dan Danny dengan apa cara sekalipun tetapi hakikatnya dia tidak berdaya. Dia sudah penat. Betul-betul penat dengan karenah Anis. Mungkin Anis bukan untuknya. Anis ditakdirkan untuk Fariq. Dia mahu menerima hakikat itu. Dia mahu meneruskan hidup dan melupakan cintanya pada Anis. Dia mahu mencari gadis yang sesuai untuknya. Namun dia tahu benar, semua itu mustahil baginya.

***************************************


Fariq, saya..,” wajahnya dipalingkan ke arah lain. Fariq menggeleng.

“Dia takkan apa-apa. Saya kenal dia,” ucapnya perlahan. Anis menunduk. Rasa bersalah menyelubunginya.

“Tapi bila ingat balik apa yang pernah saya cakap pada dia, rasa bersalah… Saya tak patut cakap macam tu, kan?” diketap bibirnya kejap.

“Anis, awak tak patut rasa bersalah. Saya yakin dia akan lupakan semua. Dia cuma perlukan masa. Dia akan balik semula ke Malaysia. Percayalah!” senyuman di bibir Fariq dibalas namun hatinya tetap dicengkam bersalah.

*******************************

p/s: ada satu lagi bab seblum cite ni hbis! tunggu ya. ^_^

32 ulasan:

  1. waa....konius betul. anis pilih fariq kew??

    BalasPadam
  2. hah?!
    tak nak anis dgn fariq!!!

    BalasPadam
  3. anis nak pili sape sbnye ni???
    x nk r fariq

    BalasPadam
  4. ta sabar nak bca citer yg seterusnya...=p

    BalasPadam
  5. Alaa..
    Taknak Anis ngan Fariq!
    "____"

    BalasPadam
  6. kesian la plak kat daniel tu...
    myb dye da betul2 mnyesal.
    tapi nak anis dgn fariq..
    fariq tu baik..
    x kan nak lukakan hati fariq..
    nak anis dengan fariq..
    fariq ley jadi ayah y baik untuk danny...

    BalasPadam
  7. x nk la anis ngan fariq
    nk anis ngan aiman daniel
    x pn bg fariq mati jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahah!!! Kelakar laa..
      Senangnye suruh Fariq mati je?? Tapi saya sokong sebenarnya!!! X suka langsung dgn Si Fariq tu! Sebokkkk jeeee!!! Geramm

      Padam
  8. huhu.. anis pilih fariq ke?
    hurm.. sian aiman daniel..
    tp x pe la.. cpt2 sambung.. x sabar nak taw ujung cite.

    BalasPadam
  9. knpa anis pilih fariq...
    huhuhu...
    fariq tu cm ambik ksmpatan lak huhuh...
    cpat upload epsode akhir erk...hehhe
    ermmm nak danien ngn anis...
    :)

    BalasPadam
  10. Alaaaaaa....naper Anis pilih Fariq????? X mo laaa....nk Anis n Daniel jugak.......

    BalasPadam
  11. ngaaaaaaaaa..
    kenapa anis pilih fariq...?
    cetss..
    anis,,anis,,anis...
    daniel...ngaaaaa..siannye..
    nk la anis n daniel...
    huhuuhu...

    BalasPadam
  12. warghhh
    kenape anis pilih fariq?
    die xde perasaan langsung dekat aiman ke?
    alorrrr.xsukexsuke
    sian daniel
    adoiii
    -na'dz

    BalasPadam
  13. best laaa..
    kita lagi suke Anis ngan Fariq..
    Tapi biarlah writer tentukan kan??
    hihihi..cepat sambung ea..!!

    BalasPadam
  14. waa best
    dh lme tgu
    sye tk nk anis ngn fariq
    n sye nk anis ngn daniel je
    please writer!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  15. dh nk abs?? mknenye anis dgn fariq? ala....x beshnye..huhuhu

    BalasPadam
  16. ala..nk die ngn aiman..
    mmg la fariq baik..tp aiman rela berubah demi danny..bg la chance kt die..

    BalasPadam
  17. anis & daniel lah. Anis & farig mcm action gitu dpn daniel. Sian daniel.

    BalasPadam
  18. orang tak nak anis ngan fariq....
    orang nak anis ngan daniel ....

    BalasPadam
  19. nak anis gan fariq la. fariq baik apa? sesuai gan org baik cam anis tu. wlwpun daniel dah insaf tp baran dia masih ada. kan org selalu cakap yg baik mesti dpt yg baik..baru adil.
    klo pilih daniel, grenti la cter ni panjang lagi sebab anis kena la lembutkan perangai baran c daniel tu.
    so in a nutshell, elok la dia gan fariq je. sokong writer.!!!!!!!

    BalasPadam
  20. eksyen nye anis & fariq. Daniel kasi hadiah utk anak dia pun x nak ambik.Sian daniel.

    BalasPadam
  21. xkisah la anis dgn sapa..
    sambung lagi yer..
    xsabar nak tau ending nya..

    BalasPadam
  22. erm...
    papew x nk anis dgn fariq...
    nk jgk...nk jgk...
    anis dgn dniel...
    huhu...
    sal cam cpt sgt cite nie abes...
    rse cam x puas plak...
    haha
    papew gud luck 2 writer...
    cpt smbng ek...!!

    BalasPadam
  23. nk anis ngan daniel jgakkk!!!!

    BalasPadam
  24. saya pun sama nak anis dengan daniel....

    BalasPadam
  25. ala, x nak fariq dgn anis.
    ish, fariq ni sibuk je ptg line.
    ksian daniel. bgi lar anis dpt kat daniel.
    plezzzz...

    BalasPadam
  26. Nak anis ngan Aiman Daniel 😘😘😘

    BalasPadam
  27. Alaaaaaaaaa~~~
    Kenape mcm niiii....
    Dari awal follow... Best memang best...
    Tp dh smpai bab ni...
    Dh mcm tau je akhirnye macam mane...
    Sorry laaa Writer, saya baca sampai sini jerr...
    Sebab kalo sambong bab seterusnye mesti saya sakit hati!!
    Memang x rase rugi pon x follow sampai last bab...
    Sbb dh dpt agak ape pengakhirannye!
    And yg pasti mesti saya dapat sakit hati jerr~~
    Sorry! Sbb emo terlebih...
    Tp memang x suke lah cerita jenis mcm nii...
    Hahahhh!
    Bubye! Grak luuuu~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tekaan awq slh anis ttp dengn daniel..stiap penulis mesti ade teknik penulisan yg tersendiri..sbbtu kita sbgai pmbaca kena baca smpai hbis baru buat konklusi..kalau x kita dh serkp jarg..k tu je nasihat saya saya harap nasiht dpt bri mnfaat buat sume yg bace

      Padam
    2. Tekaan awq slh anis ttp dengn daniel..stiap penulis mesti ade teknik penulisan yg tersendiri..sbbtu kita sbgai pmbaca kena baca smpai hbis baru buat konklusi..kalau x kita dh serkp jarg..k tu je nasihat saya saya harap nasiht dpt bri mnfaat buat sume yg bace

      Padam