Ahad, 22 Mac 2009

Kasih Tercipta 22



“Sayang, makan perlahan-lahan,” Anis mengelap bibir Danny yang sedikit comot. Dia kemudian menyuap Danny sedikit nasi lagi.

“Awak tak nak makan ke?” Aiman Daniel yang sedang makan memandang tepat wajahnya. Anis menggeleng.

“Kenapa?” tanya Aiman Daniel lagi. Anis serba-salah.

“Saya tak lapar,” ringkas jawapan Anis. Dia tersenyum
memandang Danny disebelahnya.

“Dah tak nak,” Danny menolak tangan Anis yang mahu menyuap Danny menggunakan sudu. Anis mengangkat kening.

“Sayang makan sikit sangat. Makan sikit lagi ya,” pujuk Anis. Dia sedikit risau melihat wajah Danny yang kembali pucat. Asma anaknya menyerang kembalikah?

“Tak nak,” Danny menggeleng. Dia kemudian membaringkan kepalanya di atas paha Anis. Matanya dipejamkan. Anis segera menyentuh dada Danny perlahan. Pernafasannya lemah sedikit. Anis mengetap bibir.

“Kenapa dengan Danny?” soalan daripada Aiman Daniel mengejutkan Anis. Dia memandang Aiman Daniel lalu tersenyum kecil.

“Danny tak pulih sepenuhnya lagi. Saya rasa lebih baik saya bawa dia balik ke rumah dan berehat,” jawab Anis. Aiman Daniel mengangguk perlahan. Anis memandang Aiman Daniel. Dia sedikit tercuit dengan pertanyaan Aiman Daniel tadi. Aiman Daniel kelihatan prihatin dengan keadaan Danny. Malah, dia merasakan yang suasana yang mereka hadapi sekarang seperti satu keluarga. Alangkah bagusnya kalau itu benar-benar berlaku. Danny tidak akan kekurangan kasih sayang seorang bapa.

“Ahh,” Anis meraup wajahnya perlahan. Dia tidak sepatutnya berfikiran seperti itu. dia sudah bertekad bahawa Aiman Daniel langsung tidak mempunyai kaitan dalam kehidupan dengan Danny. Kenapa sebentar tadi dia terleka?

“Kenapa?” Anis tersentak. Dia mengangkat wajah. Wajah kacak Aiman Daniel memenuhi ruang mata. Belum sempat dia menjawab, nada dering telefon bimbitnya berbunyi. Anis segera mencapai telefon tangannya.

“Assalamualaikum, Fariq. Ada apa?” Anis tersenyum kecil apabila mendapati panggilan itu dari Fariq. Dia menjeling Aiman Daniel dengan ekor mata. Jejaka itu kelihatan menyambung kembali makannya tanpa memperdulikannya.

“Saya ambik cuti separuh hari hari ini. Asma Danny datang balik,” Anis mengusap-ngusap rambut Danny yang sedikit keperangan. Mata anak itu terbuka perlahan-lahan dan bangun sambil menggosok-gosok matanya. Anis mencuit pipi anaknya itu perlahan.

“Taklah teruk sangat. Tadi dah hantar ke hospital. Awak nak cakap dengan Danny? Sekejap ya,” Anis menghulurkan phonenya kepada Danny. Anak itu menyambut dengan senyum lebar.

“Uncle Fariq! Dengan mama dan bos mama. Taklah sakit sangat. Dah baik. Kenapa uncle lama tak jumpa Danny?” petah anaknya itu berbicara. Anis tersenyum kecil melihat gelagat anaknya itu. Riang semacam kalau dengan Uncle Fariqnya!

“Rapat ke Fariq dengan Danny?” tanya Aiman Daniel dengan lagak bersahaja. Anis terkejut dengan pertanyaan itu. Dia memandang Aiman Daniel tidak percaya.

“Pelik sangat ke soalan saya?” tanya Aiman Daniel sinis. Anis menggeleng perlahan. Sebentar tadi, jantungnya sempat berdegup kencang. Pertanyaan Aiman Daniel tadi seolah-olah dia mengambil berat tentang Danny tetapi hakikatnya dia prihatin terhadap rakan baiknya, Fariq.

“Kan awak tak suka kalau Fariq rapat dengan Danny. Habis, kenapa tanya?” balas Anis perlahan. Dia tidak mahu Danny yang rancak berbual di sebelah mendengar kata-katanya. Aiman Daniel yang mendengar segera berubah mukanya. Anis membuat tidak peduli.

“Jawab ajalah!” suara itu sudah mula kasar. Anis tersenyum sinis.

“Apa yang akan buat kalau saya tak nak?” duga Anis. Aiman Daniel merenung tajam Anis. Anis menundukkan wajahnya sebentar. Selepas itu dia mengangkat wajahnya kembali sambil tersenyum kecil. Kali ini senyumannya betul-betul ikhlas.

“Saya akan jawab, sebab awak kawan Fariq. Hm, saya kenal dia sejak saya masuk universiti dan dia rapat dengan Danny sejak Danny baby lagi. Puas hati?” Anis meneguk minumannya perlahan. Belum sempat Danny berkata apa-apa, Danny menghulurkan telefon bimbit kepada ibunya semula.

“Apa yang uncle cakap dengan Danny?” tanya Anis. Danny senyum.

“Uncle kata uncle nak datang umah lepas ni. Uncle tanya nak makan apa,” jawab Danny riang. Anis tersenyum. Aiman Daniel hanya memerhati perbualan ibu dan anak itu.

“Danny jawab apa?” tanya Anis. Danny duduk dia atas riba Anis. Manja sekali Danny dengan ibunya!

“Danny cakap Danny nak uncle datang je. Danny tak nak apa-apa,” Danny ketawa senang. Anis mencubit perlahan pipi Danny.

“Anak mama ni pandai cakap betul!” Danny terus ketawa senang saat mamanya menggeselkan hidung mancungnya dengan hidungnya. Sering Anis melakukan begitu, cara untuk lebih mengeratkan kasih sayang di antara mereka. Aiman Daniel pula hanya seperti tadi, diam memerhatikan gelagat mereka berdua.




*****************************************


Kereta Jaguar meluncur laju meredah jalan raya yang agak lenggang. Anis memeluk Danny yang suah terlena sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Dia menjeling Aiman Daniel di sebelah. Sejak Fariq menelefonnya tadi, Aiman Daniel jarang bercakap. Sikapnya berubah tiba-tiba.

“Encik..” Anis memulakan bicara. Namun, Aiman Daniel tidak menyahut langsung. Anis hampa, dia berpaling kembali ke arah luar tingkap.

“Ada apa?” Anis terkejut apabila mendengar suara lelaki itu. Ingatkan pekak tak dengar aku panggil tadi! Anis mengetap bibir.

“Er, saya..” Anis tidak tahu bagaimana dia mahu mengucapkan permintaan itu. Takut Aiman Daniel akan marah kepadanya tapi… “Tak payah datang pejabat esok kalau kau tak nak. Cuti jelah,” perlahan suara Aiman Daniel. Mungkin dia tidak mahu menganggu lena danny. Anis terpana. Dia kaku tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Apa?!” bulat mata Anis. Aiman Daniel berpaling kepadanya sebentar dan tersenyum kecil.

“Kenapa? Kau ingat aku tak tahu ke apa yang ada dalam kepala kau tu?” balas Aiman Daniel selamba. Anis mengetap bibir geram tetapi dia senang melihat senyuman itu. Yalah, muka serius je setiap masa. Macamlah kena masuk lokap kalau senyum. Malah, semakin kacak adalah!

“Kau rasa kau kena pergi hospital juga la. Dari tadi asyik senyum sorang-sorang. Demam ke?” sindir Aiman Daniel. Anis mencebikkan bibirnya dan akhirnya tersenyum saat kereta Aiman Daniel berhenti di hadapan pagar rumahnya.

“Sayang, bangun sayang. Kita dah sampai rumah ni,” Anis mengusap-ngusap rambut Danny namun anaknya itu langsung tidak bangun dari lenanya. Anis mengeluh dan berkira-kira untuk mendukung Danny sahaja sebelum Aiman Daniel terlebih dulu mengambil Danny dari pangkuannya. Anis terpaku seketika. Akhirnya dia memboloskan diri daripada kereta apabila Aiman Daniel dan Danny sudah berada di luar. Anis terpaku apabila melihat kereta Fariq sudah berada di hadapan pintu pagar rumahnya. Fariq menyandarkan diri ke arah keretanya.
“Sejak bila awak tunggu ni? Saya ingat awak nak datang petang nanti,” Anis mendekati Fariq. Fariq memandang Aiman Daniel sekilas lalu tersenyum kecil.

“Saya risaukan Danny. Asma Danny kan teruk,” Fariq mendekati Aiman Daniel dan mengambil Danny dari dukungannya. Mereka bertatapan seketika. Entah mengapa, Anis dapat merasakan sesuatu yang tidak baik dari pandangan itu. Apatah lagi Aiman Daniel dan Fariq kelihatan masih berperang dingin. Dia lambat-lambat berjalan mendekati Aiman Daniel dan Fariq yang berlawan pandang.

“Er, awak berdua berbuallah dulu. Saya bawa Danny masuk dulu,” Anis tersenyum kecil dan mengambil Danny dari pangkuan Fariq. Dia betul-betul tidak selesa apabila mata kedua lelaki itu tajam memandangnya. Cepat-cepat Anis melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mahu lari dari situasi tegang itu. Mata kedua lelaki itu mengekori langkah Anis ke dalam rumah sebelum kembali berlawan pandang. Fariq tersenyum sinis dan kembali menyandar ke arah keretanya. Matanya masih tidak lepas dari memandang sahabat karibnya itu.

“Macam mana kau boleh tolong Anis bawak Danny ke hospital? Kan kau….!” Fariq menyindir. Aiman Daniel menyeluk sebelah poketnya dan membalas renungan tajam Fariq.

“Aku dah ada di situ. Takkan aku nak biarkan Anis naik teksi hantar Danny,” balas Aiman Daniel selamba. Fariq mengangkat sebelah keningnya.

“Ada hati perut jugak kau ni,” sekali lagi Fariq menyindir. Aiman Daniel mengalih pandang ke arah lain. Cuba tidak begitu marah dengan rakannya itu. Dia tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengan Fariq. Apatah lagi hubungannya dengan Fariq baru-baru ini dingin.

“Aku bukannya kejam sangat. Dahla, aku nak balik. Tak nak ganggu orang tak sabar-sabar nak jumpa buah hati,” sindir Aiman Daniel kembali. Dia memboloskan diri ke dalam Jaguar kesayangannya tanpa sempat Fariq membalas kata-katanya. Fariq yang ditinggalkan berpaling mengadap ke arah rumah Anis. Dia memerhati rumah itu tanpa kata. Pelbagai perkara berpusing ligat di kepalanya.


29 ulasan:

  1. best2..
    ego tol si aiman ni..
    fariq ni baik sgt la..
    nk anis ngn fariq...lgpon aiman kn ade stephanie..xyahla rebut2 ngn fariq..(hehe,suke2 ati je)
    smbung lg tau..!

    BalasPadam
  2. geram tol ngan si aiman nih..
    ish2..
    geram2..
    hehe..
    cpt2 smbung please...

    BalasPadam
  3. welll...besh..

    tp jgn lame sgt utk upload n3 bru!

    BalasPadam
  4. aiman cemburu je bila fariq ade
    tapi npe dye suka marah
    best
    nk lagi

    BalasPadam
  5. huhu..
    aiman daniel jeles uh..
    huhu.
    nk anis ngn aiman daniel lorh..
    dorang nmpk sweet sgt..tmbh2 lgi ader danny..
    huhu..
    cpat smbung2.

    BalasPadam
  6. agagagag.
    nmpak sgt aiman daniel tu jeles.
    huhu.suke jerw.
    smbung2
    setuju ckp ko zatie,nk anis dgn aiman.he3
    cepat2
    -na'dz

    BalasPadam
  7. haha...so sweet..cemburu dh merajai hati dua lelaki tu..apepun mmg best...smbung g ye..

    BalasPadam
  8. saya pun setuju ngan dorg tue...
    nk anis n aiman daniel....huahahaha...sweet je nmpk dorgk kuar makan sesama.....cepat2 la sambung ye...

    BalasPadam
  9. nak lagi..
    nak lagi..

    BalasPadam
  10. mcm budak2..
    thanks 4 n3..

    BalasPadam
  11. nice novel...patut publishkan novel ni

    BalasPadam
  12. bila la cinta anis ngn aiman nak bsatu...
    x sbrnya nak tau...
    cpt la antar n3 bru...
    huhuuuuuuuu

    BalasPadam
  13. lama nye nak tunggu n3 baru....
    samb la cepat tak sabar nak baca....

    BalasPadam
  14. awat lambat benor uploadnyer....
    ........#@$%^&$%#@.........

    BalasPadam
  15. bila lar nak ada n3 baru nih..jenguk2 tak nampak2 pn huhuhu

    BalasPadam
  16. nice story...
    tp ni nk bg komen skit...
    klu leh,jgn lah guna bhs yg baku sgt...
    ssuaikan ngn keadaan...
    biar nmpak sntai skit cra penulisn...
    (sbenanya bru pas assig ttg kririkas sstera)
    apa2 pun...
    keep up the gud work!!!
    ^-^
    www.AyaAkira1011.blogspot.com

    BalasPadam
  17. ala samb la...lama dah tunggu nie.

    BalasPadam
  18. cpt r upload cita baru

    BalasPadam
  19. sambung n3 cepat na..tak sabaq neh!!
    best btoi dua2 tuh..hehe

    BalasPadam
  20. mana sambungannya nih??
    aduhai..x sabar nak bace nih...

    BalasPadam
  21. new n3 plizzzz!!!!!!!
    tep2 ari bkak tp still tade...
    wuaaaa~~~~

    BalasPadam
  22. dh lama xde n3 baru.. dh lama sgt dh tunggu.. dh masuk minggu ke-3 tp ttp xde n3 br..

    BalasPadam
  23. smbg2 lg

    taknak anis dgn aiman
    nak fariq jugak2
    hehehehe

    BalasPadam
  24. aku tahu kenapa dia x upload lg. tentu sibuk sekarang. takpe. sy faham asalkan jngan berhenti tulis cerita ni ya! ^_^

    BalasPadam
  25. huhuhu..xde sambungan lagi ke?tgh best layan ni..huhuhu..

    BalasPadam
  26. tak setuju anis dengan aiman daniel -_-
    nak anis dengan fariq..baru besh ^_^
    anis patot wat pilihan bijak

    BalasPadam
  27. writer, umo u bapa ek? tomtombak

    BalasPadam
  28. sebulan dh tgu ni...hari2 on blog..xde smbgn(hampe)...sy suke citer ni..cpt smbg tau..

    BalasPadam