Jumaat, 24 April 2009

Kasih Tercipta 23


“Argghh!” Aiman Daniel menghentak stereng keretanya kuat sebaik sahaja dia meletakkan keretanya di tempat parking yang disediakan di dalam kawasan kondonya. Segera dia memboloskan diri keluar dari kereta dan berjalan pantas menuju ke lif. Tanpa berlengah dia masuk ke dalam kondonya dan merebahkan badan sasanya di atas katil. Terasa sebu otaknya!


“Damn it!” terasa mahu sahaja dia menjerit sekuat hati meluahkan segala perkara yang menyerabutkan otaknya sekarang. Mahu sahaja dia membaling semua barang di dalam rumah ini sehingga hancur berkecai. Kancing baju kemejanya direntap. Rimas! Ahhh!

“Danny…” hampir tidak kedengaran suaranya saat dia menyebut nama anak itu. Aiman Daniel meraut wajahnya dengan kedua belah tangan. Entah kenapa, emosinya sejak tadi tidak stabil sebaik sahaja dia mengambil keputusan untuk menghantar Anis ke taska. Hatinya terasa meronta-ronta untuk berhadapan dengan budak yang didakwa anaknya itu. Oleh sebab itulah dia tidak peduli walaupun dia perasan betapa tidak selesanya Anis dengan keputusan itu.

Sesampai di sana, dia terkejut kerana Danny betul-betul seiras dengannya. Terasa ada satu rasa yang mengalir dalam dirinya saat itu. Rasa apakah itu, dia tidak pasti. Yang dia tahu, betapa dia risau apabila melihat keadaan anak itu bersusah-payah untuk bernafas. Terasa nafasnya juga tersekat-sekat. Dan sebaik sahaja dia mendukung Danny, rasa asing di dalam dirinya menjadi bertambah kuat. Dia senang apabila Danny dalam pelukannya. Seolah-olah dia meminjamkan kekuatannya untuk Danny yang sedang kesakitan.

“Kenapa dengan aku ni?” Aiman Daniel bangun dan menuju ke beranda rumahnya. Dipandangnya pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang cantik. Dibiarkan sahaja angin meniup badannya yang diliputi kemeja yang tidak berkancing, menampakkan badannya yang sasa. Fikirannya tidak tenang sekarang. Entah mengapa, dia senang saat Danny mengatakan yang namanya hampir menyerupai namanya. Segera dia memandang Anis untuk melihat reaksinya tetapi Anis hanya membuang pandang ke luar tingkap. Namun, dia segera kurang senang saat Fariq menelefon Anis dan berbual mesra dengannya. Hatinya menjadi lebih parah apabila Danny mengambil alih telefon itu dan begitu mesra dengan Fariq. Apatah lagi, dia mengatakan Fariq mahu datang ke rumah!
“I must be crazy!” Aiman Daniel kembali membaringkan badannya di atas katil. Pintu beranda dibiarkan terbuka. Angin dibiarkan masuk ke dalam. Dia buntu dan terasa betul-betul bingung sekarang. Kenapa hatinya segera tersentap sebaik sahaja melihat Fariq di hadapan rumah Anis? Kenapa hatinya terasa geram ketika Fariq mengambil Danny daripada dukungannya? Kenapa?!!!

“Danny…” sekali lagi nama anaknya disebut. Anak? Ya, anak. Memang tidak salah lagi Danny memang anaknya. Walaupun setelah melihat keputusan DNA itu, dia masih ragu-ragu namun sebaik sahaja melihat Danny dan membawa Danny di dalam dukungannya, dia segera yakin memang itu anaknya. Wajah Danny, memang seiras sekali dengannya. Senyuman Danny walaupun dalam keadaan wajahnya pucat, kelihatan amat mirip dengannya.

“What I’ve done?!” Aiman Daniel meraup wajahnya. Terasa begitu kesal sekali kerana mengabaikan anak itu selama ini. Apatah lagi, dia pernah menuduh anak itu hasil hubungan sulit Anis dengan ramai-ramai lelaki dalam hidupnya sedangkan dialah yang….ahhh!

“My god!” bantal di atas katil dibaling kuat ke arah dinding. Dia sudah mula menyayangi Danny. Dia pasti itu. Dia mahu memiliki anaknya itu dan sentiasa berada di sisinya. Dia mahu menebus segala kesalahannya kepada Danny tapi…macam mana dengan Anis? Dia pasti tidak akan membenarkannya mengambil Danny. Apatah lagi dia sedang berkasih dengan Fariq. Ah, Fariq! Rakannya itu pasti tidak akan membenarkannya merampas Danny daripada Anis. Jadi, apa yang patut dia lakukan sekarang? Pening!


***************************************

Dulang berisi minuman dan sepotong kek dibawa dari dapur ke ruang tamu. Anis melontarkan senyuman apabila dia menghidangkan makanan dan minuman di dulang itu di hadapan Fariq.

“Kek ni awak yang buat sendiri ke?” tanya Fariq sambil mengelus-ngelus rambut Danny yang sedang enak tidur di ribaannya. Anis mengangguk.


“Ya. Danny merengek-rengek nak makan kek yang Nenek Timah dia buat semalam Saya tak ada pilihan. Jadi saya pun buat. Dia sempat komen lagi, mama buat tak sedap,” Anis ketawa kecil. Begitu juga dengan Fariq. Kemudian keadaan menjadi senyap sunyi. Entah mengapa keadaan antara mereka menjadi begitu kekok. Anis membetulkan rambutnya yang sedikit kusut akibat ditiup angin daripada pintu yang dibuka luas. Sengaja dia berbuat begitu, untuk mengelakkan fitnah daripada jiran-jirannya.

“Sedap,” Anis tersentak

“Apa yang sedap?” tanya Anis bingung. Fariq mengetap bibir.

“Saya kata kek yang awak buat dah sedap,” perlahan suara Fariq.

“Macam mana Danny dengan Daniel tadi?” tanya Fariq tenang. Anis mengeluh. Dia tahu pasti Fariq akan bertanyakan itu.

“Nak macam mana lagi. Pelik jugak saya, dia layan Danny dengan baik,” jawab Anis. Dia menyandarkan badannya ke sofa. Fariq mengeluh.

“Saya juga. Awak fikir, dia dah tahu ke?” tanya Fariq sambil merenung tepat mata Anis. Anis tersentak. Dia faham soalan itu. Perlahan, Anis menggelengkan kepalanya.

“Tak mungkin dia tahu. Hanya saya, awak, Maira dan arwah Mak Timah je yang tahu. Lagipun kalau dia tahu pun tak ada gunanya. Dia takkan percaya dan mengaku!" lama Anis menggeleng. Fariq menundukkan kepalanya.

“Kalau dia tahu, apa yang awak akan buat?” tanya Fariq lagi. Anis mengetap bibir. Soalan itu benar-benar tidak menyelesakannya.

“Dia tidak akan tahu. Tiada siapa yang akan beritahu dia,” tegas suara Anis. Fariq mengangkat wajah dan memandang Anis lagi. Seolah-olah dia sedang cuba membaca fikiran Anis yang sedang tersenyum kecil.

“Maaf, sudah lama saya di sini. Saya patut balik,” Fariq bangun sambil mendukung Danny. Dia bergerak ke pintu. Anis mengikuti langkah Fariq.

“Baik-baik ya. Awak berdua je dalam rumah ni. Ish, saya risaulah,” muka Fariq kelihatan kelat. Sekali lagi Anis tersenyum.

“Tak payah risaulah. Saya yakin saya dapat jaga diri. Terima kasih kerana mengambil berat,” Anis mengambil Danny dari dukungan Fariq.

“Kalau begitu, saya pergi dululah. Assalamualaikum,” Fariq bergerak ke kereta sambil melontarkan senyuman.

“Waalaikumuassalam,” Anis memerhatikan kereta Fariq mulai menghilang dari pandangan. Dia menutup pintu perlahan dan bergerak ke katil. Dibaring dan diselimutkan Danny. Lama dia duduk di situ memerhatikan Danny tidur. Peristiwa berasa Aiman Daniel bersama Danny tadi berlegar-legar di kepalanya.

“Danny nampak tak tadi? Dialah papa Danny. Maafkan mama sayang, papa Danny tak tahu kewujudan Danny. Mama terpaksa, sayang. Maafkan mama..” dia menekupkan kedua belah tangan ke wajah, menyembunyikan wajahnya. Pelbagai rasa bercampur gaul di dalalam dirinya sekarang.

**********************************

Fariq memerhatikan jalan di depan dengan perasaan yang kacau bilau. Emosinya ridak stabil sekarang, pelbagai persoalan menerpa otaknya.

“Kenapa dengan aku ni?!” Fariq menghentak stereng. Rasa marah dan kurang senang meluap-luap. Akhirnya dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia mahu menenangkan dirinya sebentar.

“Ya Allah,” Fariq meraup rambutnya. Dia betul-betul tidak senang sebaik sahaja dia menelefon Anis dan bercakap dengan Danny tadi. Anis tidak memberitahunya yang dia sedang keluar dengan Daniel. Ketika bercakap dengan Danny, barulah anak itu mengabarkannya. Rasa aneh meluap-luap dalam dirinya tetapi segera dihilangkan dengan pertanyaan, siapa kau untuk dia beritahu dengan siapa dia keluar?!

“Ahhhh,” kepalanya disandarkan di kerusi. Tangannya diletak di kepala. Dia mengakui, dia cemburu apabila Danny dan Anis keluar bersama dengan Aiman Daniel. Dia gelisah dan dengan pantas dia memandu ke rumah Anis. Sebaik sahaja Anis pulang, hatinya segera tersentap apabila melihat Danny di dalam dukungan Daniel. Entah mengapa, dia merasakan yang lelaki itu cuba untuk merampas Danny darinya. Dia sudah terlanjur menyintai Anis dan Danny. Cinta itu sudah dipupuk sejak Danny bayi lagi. Yang pasti, dia tidak mahu Danny beralih kepada Daniel yang seolah-olah tiba-tiba berubah. Apa kena dengan Daniel? Dia sudah tahukah? Kalau sudah tahu, dari mana dia mengetahuinya?

Tangan Fariq menyeluk poketnya tiba-tiba. Dikeluarkan sebuah kotak baldu dan segera dibukanya. Sebentuk cincin platinum dihiasi berlian segera terpapar di matanya. Lama dia merenung cincin itu. Hatinya berkira-kira, patutkah dia melamar Anis dengan cincin itu? Dia betul-betul cintakan Anis dan Danny. Dia yakin kasihnya pada Danny tidak akan berubah. Lagipun dia takut jika suatu hati nanti Daniel tahu tentang status sebenar Danny, dia akan merampas kanak-kanak itu daripadanya. Adakah dia pentingkan diri sendiri?
“Tidak,” dia tidak pentingkan diri sendiri. Dia cuma mahu menyayangi dan menjaga Anis dan Danny. Dia tidak mahu Anis terluka lagi akibat sahabat baiknya itu. Dia mahu melindungi Anis dan Danny. Dia mahu sentiasa bersama mereka.


“Pusing!” enjin kereta dihidupkan kembali. Dia harus berehat sekarang dan memulihkan kekusutan yang ada di kepalanya sekarang.





****************************

P/s: Maaf lambat poskan bab baru. Semoga anda semua terus menyokong cerita ini ya! = )


14 ulasan:

  1. OWH YE KE??? EHM PE NME BLOG BLUE ROSE 2????

    BalasPadam
  2. dah 2 kak alya 2 post kat blog yg ner???

    BalasPadam
  3. waahaaaaaaa...
    aiman daniel,,go n catch them..
    tawan hati anis blek..
    kalo dorang berbaek,,
    mest jd 1 fmly yg comel n sweet sgt..
    xm00 fariq ngn anis..even fariq tuh baek sgt..
    huhu..
    nk anis ngn aiman daniel...huhhuh..
    mknenyer nnty,,blog nieh da x active la??

    BalasPadam
  4. salam.
    bluerose tu blog mana?leh bagi alamat blog blue rose tak?

    BalasPadam
  5. besh cite nie..hope ader smbgn lg..
    slalu tertunggu2 n3 br..

    BalasPadam
  6. tak la. bluerose akan postkan di blog ni jugak. cuma akan guna namanya. sy saje je nak maklumkan kepada para pembaca semua. yang lain tidak berubah. jadi, jangan riasau la. ^_^

    BalasPadam
  7. bestt!!!siapa la yg akan dpt anis tu yerr??

    BalasPadam
  8. ala... blog kak alya blue rose tu kat mane?
    nak alamat..

    BalasPadam
  9. ok..
    hope dpt bca n3 bru cpt2..
    hehe

    BalasPadam
  10. yes.how nice!!
    nak aiman dgn anis although
    fariq baik.
    cz anis n danny akan bahagie dgn aiman.
    n danny bersama dgn ayh yg sbenarnya.smbung2
    -na'dz

    BalasPadam
  11. saya dah agak dah yang tulis ni mesti kak alya..
    rasanya ni blog kak alya (http://bluerose2you.blogspot.com/)

    BalasPadam
  12. atau ini http://coretanbluerose.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. hahaha..
    dennis joseph o'neilllllllll
    encemmm siotttt!!!

    BalasPadam