Jumaat, 1 Mei 2009

Kasih Tercipta 24


“Anis, apa yang awak menungkan tu?” Anis tersentak. Dia memandang ke sebelah dengan hati yang berdebar. Wajah Fariq memenuhi pandangan matanya. Senyuman hambar dihadiahkan kepada jejaka itu.

“Tak ada apa-apa,” perlahan suara Anis. Dia kemudian memandang ke hadapan. Sesaat itu Danny melambai ke arahnya dan Fariq. Mereka berdua membalas lambaian itu.

“Danny, jangan berlari kuat sangat. Nanti sakit lagi,” Anis mengingatkan tetapi Danny kelihatan tidak peduli malah lariannya dipercepatkan apabila melihat seekor rama-rama yang cantik. Dia mahu mengejar rama-rama itu.

“Degil betul Danny ni,” komen Anis sambil tersenyum kecil.

“Sama macam papanya,” sambung Fariq. Anis terdiam. Fariq menundukkan wajahnya. Menyedari ketelanjuran kata-katanya.

“Maaf, saya tak..”

“Saya tak pernah mengaku dia ayah Danny. Lupakan pasal dia. Dia tidak ada kena mengena dengan Danny!” tegas Anis. Fariq mengangguk. Anis bangun dan ingin menuju ke arah Danny sebelum tangannya direntap Fariq. Dia segera berpaling memandang jejaka itu yang sudah tersenyum.

“Kita pergi bersama,” Fariq menarik tangan Anis menuju ke arah Danny. Anis terkedu dengan tindakan Fariq namun senyuman terukir perlahan-lahan di wajahnya.

********************************************

“Kau ikut aku petang Rabu nanti,” ujar Aiman Daniel tiba-tiba. Anis tersentak. Dia memandang bosnya itu lama.

“Kenapa? Awak dah terpikat pada saya ke sampai tenung saya begitu?” sindir Aiman Daniel. Anis mengetap bibir geram. Failnya digenggam erat.

“Kenapa?” soal Anis dingin. Aiman Daniel tersenyum kecil.

“Ikut sajalah,” selamba jawapan Aiman Daniel. Anis menganggukkan kepalanya.

“Oh, tidak boleh,” selamba juga Anis menolak pelawaan Aiman Daniel. Segera jejaka itu mengangkat muka dan memandang tajam Anis. Mungkin tidak menjangka Anis akan menolak pelawaannya.

“Kenapa?” tanya lelaki itu dingin. Anis mengangkat bahu.

“Tiada sebab tertentu. Lagipun saya nak temankan anak saya,” Anis tenang memberi jawapan. Aiman Daniel kembali mengadap fail di atas meja.

“Aku tak kira. Kalau aku kata kau kena pergi, maknanya kau kena pergi. Tiada alasan lagi. Sudah, pergi siapkan kerja kau!” sudah kembali sikap diktator Aiman Daniel. Anis menggigir bibir.

“Saya tak…” kata-kata itu terhenti apabila Aiman Daniel memberikan renungan tajam a.k.a mautnya. Gerun Anis dibuatnya. Akhirnya dia keluar dengan hati yang sebal. Sesampainya di luar bilik kakinya terus dihentak geram, mukanya dikelatkan. Aiman Daniel yang memerhati dari dalam pejabat tersenyum geli hati.

*********************************


“Assalamualaikum,” suara Fariq membuatkan kepala Anis yang asyik mengadap komputer mendongak. Senyuman terukir di wajah.

“Waalaikumussalam,” sesaat itu mata Anis memandang seorang gadis di sebelah Fariq. Cantik, itu anggapan pertama Anis.

“Siapa ni?” tanya Anis. Fariq tersenyum lebar.

“Ini Rina. Dia sepupu saya. Mulai hari ini dia mula berkerja,” terang Fariq. Gadis itu menghulurkan tangan.

“Rina,” gadis itu tersenyum lebar. Anis membalas senyuman itu.

“Anis,” tangan gadia itu digenggam erat.

“Abang, Syara nak lapar la. Jom makan,” Rina memandang ke arah Fariq semula. Fariq berfikir semula lalu menganggukkan kepalanya.

“Baiklah. Anis, kami pergi dulu,” Fariq dan Rina meninggalkan Anis dan hilang dalam sekelip mata. Anis tersenyum hambar. Bibirnya diketap. Entah kenapa, dia benar tidak senang hati apabila melihat betapa mesranya Fariq dengan Rina. Biasanya, Fariq akan mengajaknya makan sekali tetapi kali ini dia ditinggalkan. Malah, dia pergi bersama Rina..

“Mereka cuma pergi makan tengah hari je, Anis. Jangan fikir bukan-bukan,” Maira menegurnya sambil tersengeh. Anis membuat muka selamba sedangkan dia begitu malu kerana Maira seolah-olah dapat membaca fikirannya.

“Saya tak fikir apa-apa. Tapi saya suka tengok muka Rina. Cantik, manis..,” puji Anis. Maira tersengeh.

“Ala, tak nak mengaku pulak dia. Aku tahu kau tentu pelik kenapa Fariq tak ajak kau makan dengan dia hari ini. Ala, jangan risaulah. Dia nak belanja Rina la tu sebab hari ini hari pertama Rina kerja,” Maira masih lagi tersengeh-sengeh. Anis mencubit paha Maira.

“Auch!” Maira menggosok pahanya perlahan. Anis tersenyum kecil.

“Padan muka. Tulah, fikir bukan-bukan lagi. Saya tak ada apa-apa pun, awak yang lebih-lebih. Dahla, pergilah makan, saya nak buat banyak kerja ni,” Anis kembali mengadap komputer.

“Tak nak pergi makan ke?” tanya Maira. Anis menggeleng.

“Saya dah kenyang la,” jawab Anis. Maira tersengeh.

“Fariq pergi makan dengan perempuan lain, terus hilang selera!” usik Maira. Serentak itu Anis membaling kertas ke arah Maira tetapi rakannya itu lebih cepat mengelak.

“Tak kena!” Maira menjelirkan lidahnya lalu terus ketawa dan berlalu. Anis tersenyum. Macam budak-budak!
****************************************************


“Nah,” ada satu bungkusan diletak di atas mejanya. Anis mengangkat wajah. Fariq!

“Apa ni?” tanya Anis sambil memandang Fariq yang tersenyum manis itu.

“Makanan untuk awak. Saya tahu awak pasti tak akan pergi makan tengah hari kalau saya tak paksa awak seperti dulu. Awak makan ya. Nanti sakit perut. Kesian saya,” kata Fariq. Anis mengerutkan kening.

“Kenapa pulak awak yang kesian kalau saya yang sakit perut. Patutnya sayalah yang paling kesian,” tanya Anis sambil mengangkat pening. Fariq merapatkan wajanya ke arah Anis. Serentak itu jantung Anis berdebar.

“Kalau awak sakit, saya akan rasa sakit juga. Malah saya akan risau dan tak boleh makan, tak boleh tidur. Jadi, jangan cederakan diri awak ya. Kesiankan saya,” bisik Fariq di telinganya. Badan Anis kaku kerana terkejut dengan kata-kata Fariq itu.

“Ingatkan saya bila makan,” Fariq mengenyitkan matanya sebelum berlalu. Anis memandang plastik makanan itu. Pantas bibirnya mengukir senyum. Awak memang baik, Fariq!
*************************************
Hai, alya ni. Banyak jugak pic yg alya upload. Sarat sangat ke? Kalau sarat, lain kali alya x upload byk pic lg.

20 ulasan:

  1. Nak anis ngan Fariq jugak! fariq baik laaaaa! hihi

    BalasPadam
  2. siapa Rina tu? watak baru ke? dia ske kat Fariq ke? saingan Anis lah Rina ni, ya?????

    BalasPadam
  3. kalau korang, korang ske anis ngan sape? aku ske anis ngan fariq.

    BalasPadam
  4. erm...pic xbyk..tp klu blh biar kerap...
    haahah..

    BalasPadam
  5. nak fariq ngan anis..
    hihihi..
    xtido mlm la anis ingat kat fariq

    BalasPadam
  6. x suke la anis dgn fariq..
    nk anis dgn daniel gak..
    mmg la fariq baik sbb penulis yg create watak die mcm tu..
    daniel pun blh jd baik..
    semenya bergantung pd penulis..
    fariq tu bkn baik sgt..
    die baik dgn anis sbb die sk anis je..
    biase la mcm tu..
    anis jgn ngada2 sk kat fariq tau..

    BalasPadam
  7. nk anis dengan aiman daniel..
    mesti jd sebuah keluarga bahagia..
    x best la cite ni kalo anis dgn fariq..
    mcm x meriah je cite ni nnti..
    mcm x cukup sesuatu kalo anis dgn fariq..
    x feeling nnti..

    BalasPadam
  8. we want aiman daniel!!
    please writer......

    BalasPadam
  9. nk anis ngan daniel gak...
    sbb danny anak daniel...

    BalasPadam
  10. alaaa nak aiman dgn anis
    tp bg ah aiman insaf skit
    hihi :D

    BalasPadam
  11. nk anis ngn daniel...
    x leh ngn fariQ...to0l tuhs...
    rse cm ade somting yg missing
    klu wat anis ngn fariq>>
    hahaha...
    nex..nex..

    BalasPadam
  12. nak ngan daniel gak...
    fariq g cari org lain la...

    those pic sgt nice.., xmenyemak pun...=)

    BalasPadam
  13. hu~
    nak anis ngan aiman gak!!
    hu~

    BalasPadam
  14. huhu..xkisah pon gmbar byk..
    best2..nk lg..!

    -cheesecake-

    BalasPadam
  15. biar fariq dgn rina tu jer...
    sesuai....

    BalasPadam
  16. anis mesti ngan daniel punye...lau ngan fariq pn msti da halangan. fmly fariq pasti xsetuju lau tau pa yg telah terjadi kat anis dl...penulis wat la cam2...br la daniel da pluang ngan anis..hehee

    BalasPadam
  17. btol2..
    nk anis ngn fariq..
    even fariq baik..
    tp kalo dorang berdue,,cm ader smething xkene arh..
    nta..tp tuh la yg aku rse..
    cm xbest kalo dorang due..
    kalo anis ngn aiman,,aku ske.
    bru ngam..
    huhu..nk anis ngn aiman daniel gak...
    smbung2.,.

    BalasPadam
  18. ak rs kalo ikot penulis msti lg sdp citer ni..
    pape pon wat y trbaek k..
    ngan sape pon c anis 2..
    ak 2ggu ending nya nnt..

    BalasPadam
  19. daniel ngan anis..
    fariq ngan rina..
    hehe..

    BalasPadam
  20. comelnye lee jn ki
    nak tahu ape penghujungnye...
    x sabar!

    BalasPadam