Rabu, 24 Disember 2008

Kasih Tercipta 7



“Tahniah, you’re pregnant,” kata
doktor india dihadapannya. Anis merasakan batu besar sudah menghempap kepalanya. Kepalanya terasa berpusing.

“Are you sure, doctor?” tanya Anis gementar. Doktor berbangsa India itu tersenyum melihat wajah gelisah Anis.

“Ya. Sangat pasti," ujar doktor itu lagi dengan senyuman. Anis membalas dengan senyuman serba salah. Dugaan apa lagi yang perlu ditanggungnya sekarang?

*************************************

Rintik-rintik hujan diperhatikan Anis dengan gelisah. Entah apa yang perlu dilakukannya sekarang. Dia sudah mengandung dan tidak lama lagi kandunga
nnya akan makin membesar. Tentu masyarakat sekeliling mencacinya kerana dia hamil luar nikah.

Menyuruh Aiman Daniel bertanggungjawab? Tak mungkin lelaki itu akan bertanggungjawab. Malah mungkin lelaki itu mungkin akan menyuruhnya menggugurkan kandungan. Menggugurkan kandungan? Ah, dia tidak sanggup membunuh, tetapi sanggupkah dia menanggung malu yang teramat nanti?

“Kenapa kau tak sihat hari ini?” tanya Aiman Daniel keras. Anis segera berpaling. Dia sedikit terkejut kerana Aiman Daniel di dalam biliknya.

“Kenapa encik dalam bilik saya ini?” tanya Anis kembali. Wajah Aiman Daniel semakin tegang. Anis kecut.

“Aku tanya, kenapa kau tak sihat hari ini. Cepat jawab!” suara Aiman Daniel semakin keras. Anis memandang wajah kacak lelaki itu, cuba membaca apa yang ada di dalam fikiran lelaki itu. Dia dah dapat agakkah? Jadi sebab itu, dia marah-marah? Kalau aku ceritakan perkara sebenar, adakah dia akan semakin marah?


“Saya tak cukup tidur semalam. Pagi tadi pun tak makan sarapan. Jadi badan saya betul-betul tak sihat. Saya cuma demam biasa je. Kenapa, encik?” Anis berbohong dalam suara yang lemah. Tidak sanggup menghadapi kemarahan lelaki itu lagi. Lelaki ini bukannya boleh dijangka.
“Tak ada apa-apa. Oh ya, sekali lagi aku nak ingatkan. Jangan berangan nak jadi puan rumah ini sebab malam itu. Lupakan saja. Itu hanya kesilapan yang tidak disengajakan,” kata Aiman Daniel kasar. Anis mengeluh perlahan. ‘Tidak perlu diingatkan. Aku dah tahu dengan jelas’ detik hati Anis.

“Saya faham, tuan,” kata Anis perlahan. Dia tidak tahu sama ada Aiman Daniel dengar atau tidak apa yang dicakapkannya tetapi dia tidak peduli. Dia begitu l
emah hari ini. Anis hanya melihat dengan ekor mata sewaktu jejaka itu keluar dari biliknya sambil menghempas daun pintu dengan kuat. Anis mengeluh sekali lagi.

*********************************************
**

Anis sedang cuba untuk baring ketika Mak Timah masuk ke biliknya. Selepas itu Mak Timah duduk di sisinya diatas katil.

“Doktor cakap apa tadi?” Mak timah bertanya dengan suara perlahan. Anis serba salah untuk menjawab.

“Tak ada apa-apa lah Mak Timah,” Anis berbohong tanpa memandang wajah Mak Timah. Mak Timah menyentuh wajah Anis lembut nak menarik wajah Anis memandang tepat padanya.

“Anis, Mak Timah lebih lama hidup dari Anis. Mak Timah tahu. Kenapa boleh jadi macam ni? Sanggup Anis buat perkara terkutuk itu. Berdosa besar tau,” kata Mak Timah dengan wajah serius. Anis terpaku. Tidak disangka Mak Timah boleh mengagak apa yang sedang terjadi padanya sekarang tapi Mak Timah sudah salah faham. Perkara ini di luar kerelaannya.

“Mak Timah, Anis masih tahu hukum agama. Anis masih tahu halal haram, dosa pahala. Anis tak….” Anis tidak meneruskan kata-katanya. Dia menekup kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. Air mata lebat membasahi pipinya. Mak Timah mengeluh perlahan.

“Siapa?” tanya Mak Timah. Anis menunduk.

“Siapa lelaki itu, Anis?!” suara Mak Timah berubah keras. Anis mengetap bibir.

“Tuan muda,” kata Anis perlahan. Mak Timah menutup mulutnya yang terlopong.

“Aiman Daniel?” tanya Mak Timah meminta kepastian. Anis mengangguk lalu menyeka air mata yang mula kembali.

“Macam mana? Ceritakan pada Mak Timah,” Mak timah memandang tepat wajah Anis. Anis mengelap air matanya lalu mula bercerita. Bermula dari tragedi malam itu sehinggalah sekarang. Mak Timah mengeluh perlahan.

“Kita harus beritahu dia. Tuan muda harus bertanggungjawab!” Mak Timah menggenggam erat tangan Anis.

“Tak boleh Mak Timah. Tuan muda tu jenis kaki perempuan. Dia anggap Anis macam bekas perempuan-perempuan dia. Awal-awal lagi dia dah bagi amaran pada Anis jangan nak perasan jadi isteri dia. Kata dia, Anis tak layak langsung! Kalau dia tahu, pasti dia mengamuk. Anis takut,” Anis membalas genggaman Mak Timah. Berharap agar dia dapat meminjam kekuatan daripada wanita separuh abad itu.

“Tak boleh. Dia kena tanggung apa yang dia buat. Mak Timah akan beritahu puan sri,” tekad Mak Timah. Anis hanya memandang dengan pandangan risau. Apa yang akan terjadi seterusnya?

1 ulasan:

  1. Weyh, maksudnya, Aiman suka kat Anis sebab dia boleh terkeluarkan air mani dia terkena pada alat sulit Anis.. #BakalDoktor

    BalasPadam