Khamis, 25 Disember 2008

Kasih Tercipta 9


Alunan lagu My Baby you kedengaran. Lamunan Anis serta-merta terhenti. Dia segera beristighfar dalam hati. Tidak seharusnya fikirannya melayang ke masa lalu yang perit itu kenangannya itu. Perlahan-lahan, Anis mencapai telefon bimbitnya yang seakan menjerit-jerit di telinganya.

“Fariq, ada apa telefon saya?” tanya Anis pada pemanggil di hujung talian.

“Bila awak mula kerja?” suara garau bertanya. Anis ketawa kecil.

Kan saya dah beritahu. Esok,” jawab Anis. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Seorang budak lelaki menerpa ke arah Anis.

“Mama, Danny nak ikut nenek,” kanak-kanak itu berbicara.

“Saya call lain kali ya. Danny ni,” kata Anis. Selepas itu dia memutuskan talian. Anis memandang kanak-kanak itu.

“Nenek nak pergi mana?” tanya Anis. Tiba-tiba Mak Timah masuk ke dalam bilik.

“Danny nak ikut Mak Timah ke pasar. Dari tadi asyik merengek,” kata Mak Timah. Anis tersenyum.

“Danny temankan mama kat rumah ya,” pujuk Anis. Dia kesiankan Mak Timah jika Daniel mengikut. Mak Timah terpaksa menjaga Daniel sambil membawa barang-barang yang berat. Daniel hanya mengangguk.

“Mak Timah pergi dulu ya,” Mak Timah keluar dari bilik. Anis membaringkan Daniel ke atas katilnya.

“Sayang, tidur ya,” dia mendodoikan Daniel. Beberapa ketika, kanak-kanak lelaki itu terlena. Anis mengusap-ngusap rambut anak lelakinya itu. Bersusah-payah dia mengandungkan Daniel dengan masayarakat sekeliling asyik mencacinya.

Setelah melahirkan Daniel, dia mengambil peperiksaan SPM sekali lagi. Hal ini kerana dia sudah menolak tawaran universiti kerana ketika itu dia sedang mengandungkan Daniel. Tawaran universiti sekali lagi diterimanya dengan penuh kesyukuran. Dia belajar sambil bekerja untuk menampung diri dan Daniel. Mujurlah Mak Timah sentiasa menyokongnya. Kalau tidak, dia mungkin sudah nekad membunuh diri akibat tidak tahan dengan makian masyarakat.

Syukur, sekarang dia sudah menamatkan pelajarannya. Dia juga sudah mengajak Mak Timah berpindah ke rumah baru dan esok, dia akan memulakan kerjanya yang diperolehi di atas titik peluhnya selama ini. Syukur!

“Mama sayang Danny,” ucap Anis perlahan. Dia tidak mahu menganggu lena anaknya itu. Perlahan-lahan, pipi anaknya dikucup. Betapa miripnya mereka. Mata hazelnya dan hidung mancungnya. Semuanya mengingatkan dia pada jejaka itu. Lelaki yang sudah menghancurkan hidupnya, lelaki yang menyebabkan dia dituduh per

empuan murahan. Sampai bila-bila pun, dia tidak akan maafkan jejaka itu. Tidak akan!

“Danny siapa yang jaga?” tanya Fariq Lee, jejaka kacukan cina di sebelahnya. Anis tersenyum nipis. Panggilan Danny itu sudah lama digunakan walaupun nama anaknya sebenar adalah Daniel. Malah, Fariq turut menggunakan panggilan itu.

“Mak Timah. Awak keluar ni, tak apa ke?” tanya Anis. Fariq menggeleng.

“Saya bos,” kata jejaka itu dengan bangga. Anis mencebik.

“Perasan,” kata Anis lalu ketawa kecil. Fariq turut ketawa. Mereka kemudian sama-sama melangkah ke dalam lif.

“Awak kerja bawah anak pengarah syarikat ini,” kata Fariq. Anis tersenyum. Dia senang dengan Fariq, seniornya sewaktu di universiti. Lelaki itu tidak kisah berkawan dengannya walaupun dia sudah tahu tentang statusnya sebagai ibu tunggal.

“Saya kena balik bekerja sekarang ini. Awak tak apa, kan?” tanya lelaki itu serba-salah. Anis tersenyum lalu mengangguk.

“Tak apa. Saya bukan budak kecil lagi,” jawab Anis. Dia kemudian berjumpa dengan seorang wanita awal 30-an. Dia akan menggantikan tempat wanita itu sebagai setiausaha. Wanita itu ramah menyambutnya.

“Kenapa kak berhenti kerja? Bos garang ke?” tanya Anis. Wanita bernama Suriati itu ketawa kecil.

“Kak tak nak komen. Anis tengok lah sendiri. Kak berhenti sebab akak ikut suami ke Kedah. Saya ni isteri, mestilah sentiasa di sisi suami,” jawab wanita itu dengan senyuman. Anis tersenyum kelat. Isteri? Gelaran itu pasti tidak akan dapat dipegangnya sampai bila-bila pun.

“Jom masuk,” Suriati menolak pintu dan menyuruh Anis masuk. Tiba-tiba Anis merasakan badannya seram sejuk, entah mengapa.

“Encik Daniel. Ini setiausaha encik yang baru,” kata Suriati pada seseoarang jejaka yang membelakangi mereka. Anis terasa tidak sedap hati. Seperti pernah dilihat jejaka dan apabila lelaki itu memalingkan tubuh, Anis hampir terjelopok di situ. Ya Allah!

“Awak?” kedengaran suara lelaki yang amat dibenci oleh Anis itu. Anis memalingkan wajahnya. Tidak sanggup dia melihat wajah lelaki itu, menyakitkan hatinya sahaja.

“Baiklah, Suriati. Awak boleh keluar sekarang,” arah Aiman Daniel. Anis hanya mendiamkan dirinya. Dia kemudian memalingkan kembali wajahnya ke arah bos barunya itu. Dia harus bersikap profesional. Dia harus bersikap selamba. ‘Anis, bertenang’ detik hati Anis.

“Kau setiausaha baru saya?” tanya Aiman Daniel sambil memandangnya tajam. Anis mengangguk. Terasa seperti dia mahu lari sahaja dari situ. Marahnya mula membara.

“Ya, encik,” jawab Anis perlahan. Aiman Daniel mengalihkan pandangannya lalu melemparkan fail di atas meja.

“Taip ini,” arah Aiman Daniel tegas. Anis mengangguk. Dia mencapai fail itu dan keluar dari bilik. Dia beredar ke majanya yang sudah ditunjukkan oleh Suriati tadi dengan perasaan lega.

“Assalamualaikum,” ucap Fariq sambil menghampiri mejanya. Anis tersenyum kelat sambil membalas salamnya.

“Macam mana kerja? Okey tak?” tanya Fariq. Anis terdiam seketika. Kalau boleh, mahu sahaja dia berhenti kerja dan mencari kerja lain tetapi disebabkan Fariq yang bersusah payah mencarikan kerja ini untuknya, perasaan bersalah timbul. Perlahan-lahan Anis menguntumkan senyuman.

“Bolehla. Apa yang awak buat di sini?” tanya Anis. Jejaka berlesung pipit itu tersenyum.

“Nak jumpa bos awak. Ada hal sikit. Pergi dulu,” Fariq menghilang di balik pintu. Anis mengeluh perlahan.

“Hai, nama saya Liyana,” datang seorang gadis beramput pendek menghampiri Anis bersama-sama rakannya. Anis tersenyum sambil menyambut huluran tangan gadis-gadis itu.

“Saya Anis. Setiausaha baru,” Anis memperkenalkan diri. Liyana tersenyum.

“Kak Suriati dah beritahu. Bertuahnya awak dapat jadi setiausaha Encik Daniel,” kata Liyana. Anis mengerutkan kening.

“Kenapa pulak?” tanya Anis. Mereka semua terkejut mendengarnya.

“Dia tu handsome betul. Awak tak terpikat ke?” tanya gadis bernama Hani. Anis terdiam. ‘Bertuah? Aku sanggup tukat tempat dengan korang dari jadi setiausaha lelaki jahat itu!’ marah Anis dalam hati.

“Taklah. Lagipun saya tak pandang sangat paras rupa ini tapi kebaikan hatinya,” balas Anis. Dia menolak anak rambut yang menganggunya. Tiba-tiba Fariq keluar dari bilik Aiman Daniel dan melemparkan senyuman pada Anis sebelum beredar.

“Awak ada apa-apa ke dengan jurutera itu?” tanya Liyana. Anis tersentak.

“Tak adalah. Dia senior saya waktu di universiti,” kata Anis. Liyana dan Hani kelihatan tidak puas hati.

“Anis!” ada seseorang menjerit memanggil namanya. Serentak itu dia terasa dirinya dipeluk.

“Anis, saya betul-betul rindukan awak. Awak pergi mana sebelum ini?” tanya seorang wanita yang memeluknya. Anis terkejut.

“Tak sangka boleh jumpa awak si sini, Maira. Saya pun rindukan awak,” kata Anis lalu menyeka air mata di pipi Maira. Rindunya pada rakan karibnya sejak kecil itu membuak-buak.

“Awak kerja di sini ke?” tanya Maira dengan riak teruja. Anis mengangguk. Sekali lagi dia menjadi mangsa pelukan Maira.

“Dahlah. Waktu lunch nanti kita berbual lagi ya,” kata Anis. Maira, Liyana dan Hani beredar. Anis mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah dinding kaca bilik Aiman Daniel. Matanya bertembung dengan renungan tajam dari mata hazel Aiman Daniel. Serta-merta dia mengalihkan pandangannya.

4 ulasan:

  1. isk2..
    mkin menarik nieh,,
    ske2...
    smbung cpat2..
    hihi...

    BalasPadam
  2. t0ol tuhs...
    ade her0 bru la...
    hak3...
    beshnyer!!!

    BalasPadam
  3. nape jd cm2??
    png kpla nk bce,,
    xnmpk dgn jls r,,

    BalasPadam
  4. adoyai tulisn..kui lme kui sakit mte..hu2..
    tp cite best

    BalasPadam